RAFIZI PERLU BUAT PENDEDAHAN SEBELUM MUKTAMAR PAS 28 APRIL


Selepas Akta 355 semakin disedari tidak lebih sekadar alat permainan kerana ia hanya dibentang separuh jalan dan sengaja dibiarkan tergantung sehingga Julai dan Ogos depan, perkara yang paling ditunggu-tunggu ramai sekarang tentunya mengenai pendedahan Rafizi Ramli tentang adanya individu yang rapat dengan pemimpin Pas turut menerima dana 1MDB daripada Najib Razak.

Rafizi, malah berjanji akan mendedahkan nama individu tersebut dalam minggu-minggu seterusnya, malah mengatakan ia juga dalam pengetahuan SPRM.

Selepas Sarawak Report dan Husam Musa membuat pendedahan tentang Pas dan menerima wang tunai daripada Najib dan sehingga ini tertangguh-tangguh lagi untuk diambil tindakan saman terhadap kedua-dua pihak itu, Rafizi menjadi pihak yang ketiga berbuat demikian.

Menelusuri rekod Rafizi dalam membuat pendedahan sebelum ini, Pas seharusnya berjaga-jaga dan wajar mula berasa bimbang. Rafizi tidak akan bercakap jika tiada fakta atau bukti dalam tangannya.

Lihat bagaimana beliau mendedahkan mengenai lembu NFC yang dikaitkan dengan Shahrizat Jalil dan pembelian kondo daripada dananya, 1MDB, perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuan Najib, kemewahan Rosmah Mansor dan pelbagai lagi.

Jika dapat didedahkan bukti mereka yang rapat dengan pemimpin Pas tiba-tiba menerima wang yang banyak daripada Najib, ia sudah tentu merupakan malapetaka yang amat memalukan. Tujuan dan niat wang tersebut diberikan akan menimbulkan banyak persoalan.

Tidak mungkin individu terbabit menerima wang tanpa sebab daripada Najib dan tidak mungkin juga Najib suka-suka hari bersikap murah hati.

Dalam hal ini, Rafizi wajar menimbang untuk membuat pendedahan tersebut sebelum Muktamar Pas yang akan berlangsung pada 28 April ini. Ia bagi tujuan mencelikkan ahli dan perwakilan Pas seluruh negara yang akan memilih barisan kepimpinan terbarunya dalam muktamar di Kedah itu nanti.

Menjelang muktamar ini, pimpinan Pas sedang bernyanyi-nyanyi gembira dengan kejayaan usul persendirian Hadi berjaya dibentangkan seolah-olah ia merupakan kemenangan besar yang pasti syurga sebagai habuannya.

Walaupun amat mudah untuk difahami realiti dan permainannya, mereka enggan menerima hakikat bahawa tindakan membiarkan Akta 355 terus tergantung tidak lain kerana Najib jelas tersepit dan berada dalam dilema antara mengharapkan sokongan Pas dengan kehilangan kepercayaan rakan-rakan komponen BN sendiri.

Dengan terus membiarkan ia tergantung, kemungkinan pilihanraya akan diadakan sebelum sidang Parlimen 24 Julai akan datang atau mungkin juga perbahasan akan terus ditangguhkan lagi untuk memberi laluan pilihanraya diadakan dahulu. Yang jelas, Najib tidak mungkin berani sampai ke peringkat berlakunya perbahasan dan pengundian.

Jadi, mengadakan pilihanraya sebelum perbahasan adalah jalan selamat bagi Najib untuk mendapatkan sokongan Pas dan dalam masa yang sama tidak hilang kepercayaan daripada rakan-rakan komponen BN.

Tetapi, jika Rafizi dapat menyegerakan pendedahannya yang ditunggu-tunggu itu, Pas akan mati langkah dibuatnya. Hubungan mesra dan berkawan baik dengan Najib serta tidak tidak lagi memusuhi UMNO, ada makna rupa-rupanya.

Bagi pemimpin dan parti yang mengaku memperjuangkan Islam, berkawan dan berdamping dengan pencuri, penyamun serta kleptorat saja sudah dianggap sesuatu yang janggal serta durjana, apa lagi jika terbukti turut selesa dan tidak merasa berdosa menerima wang daripada mereka.

Ia akan menyerlahkan bahawa di sebalik bait-bait kata perjuangan dan cemuhan kepada mereka yang mempertikaikan Akta 355 seperti gugur akidah, puasa dan sembahyang tak diterima serta layak ditanam dijirat Cina, syurga dunia nyata lebih memukau dan menggoda untuk ditolak begitu saja.

Setidak-tidaknya pendedahan Rafizi yang ditunggu-tunggu itu adalah satu sumbangan untuk menyelamatkan negara ini daripada golongan yang pandai menjual bangsa dan menggadai agama daripada terus bermaharajalela serta berkuasa. (ShahbudinHusin 08/04/2017)

Kisah cinta UMNO-PAS tangguh ke sidang berikutnya


Kita disajikan dengan kisah cinta yang mempertemukan dua kekasih yang bernama PAS dan UMNO. Cinta ini berputik daripada rasa yang sama, kononnya untuk memperkasakan agama Islam melalui RUU355.
Penyokong drama sinetron mana yang tak terharu, apabila melihat air mata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi tumpah di persidangan Parlimen, di fikirannya mungkin terbayang dirinya sedang memimpin seluruh umat Islam ke arah cahaya, ke jalan yang benar lagi lurus.
Setelah dibahas panjang lebar selama hampir satu jam oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai mengapa cinta antara UMNO-PAS ini harus dimekarkan di bumi Malaysia untuk nanti bunganya dipetik dalam bentuk RUU355, klimaks yang ditunggu-tunggu penyokong (baca: penonton) nampaknya tak kesampaian.
Ia ditangguh lagi, kali ini dengan campur tangan oleh pihak ketiga, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Cinta songsang lagi kotor ini cuba dibangkang dan dibahas Ahli Parlimen pembangkang, namun dihalang oleh keputusan berat sebelah Pandikar.
Kali pertama ditangguhkan, dua kali ditangguhkan, dengan kononnya untuk memperjelaskan RUU355 kepada penyokong (baca: penonton), untuk difahamkan. Malah diadakan perhimpunan ungu di ibu kota, dengan ucapan salam mesra penuh kasih dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sebelum bertolak perdana menteri dan timbalan perdana menteri minta saya sampaikan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada tuan-tuan dan puan-puan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dihadapan ribuan penyokong (baca: penonton) RUU355.
Bukan sukar untuk membayangkan akan ada lagi perhimpunan kali kedua. Ibu kota mungkin sekali lagi dipenuhi dengan warna ungu, atau hijau, atau apa-apa yang menarik hati Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Undi kami untuk memakmurkan Islam” akan jadi slogan untuk menarik sokongan. Semua ini tak lain dan tak bukan permainan cinta sonsang UMNO dan PAS demi mengekalkan kuasa.-

Halang bahas RUU 355 canggah demokrasi dan syura Islam, kata Anwar


Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar IbrahimTindakan speaker dewan rakyat yang menangguhkan perbahasan usul pindaan akta 355 adalah bertentangan dengan semua amalan demokrasi dan konsep syura yang dianjurkan Islam.
 
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam kesal kerana kesempatan untuk berbahas dinafikan oleh Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Mulia kerana menangguhkan sidang pada jam 4 petang. 
 
"Ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam," katanya.
 
Menurutnya Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 bermula dengan polemik hangat mengenai pelaksanaan hukum hudud dan perundangan Islam. 
 
"Maka, pembentangan YB Dato’ Seri Ustaz Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) dan YB Datuk Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Baru) membantu meredakan sambil memberikan pencerahan.
 
"YB Dato' Seri Ustaz Abdul Hadi dan YB Datuk Takiyuddin menerangkan di Parlimen bahawa RUU Pindaan kepada Akta 355 ( “RUU 355”) bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. 
 
"Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua," katanya.
 
Beliau percaya Ustaz Hadi tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan. 
 
"Kegagalan Speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan," katanya.
 
Beliau mengulangi kenyataan bertarikh 23hb November 2016 oleh Presiden PKR tahun lalu, pertama, untuk menghormati hak YB Marang membentang usulnya; dan kedua, untuk mendapatkan jawapan tegas daripada Perdana Menteri samada kerajaan sedia membentuk satu Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti Rang Undang-Undang pindaan tersebut yang dicadang oleh YB Marang.
 
"Setelah menunggu dua tahun, Perdana Menteri Dato' Sri Najib telah menyatakan kerajaan tidak akan mengambilalih RUU tersebut dan membentangnya seperti dicadang atau dengan pindaan atau perubahan, jika ada.
 
"Peraturan mesyuarat Parlimen No 49 yang terpakai kepada Rang Undang-Undang Persendirian menghendaki kerajaan melalui peraturan 49(2), selepas usul untuk kebenaran dilulus melalui peraturan 49(1), untuk mengambil alih, meneliti dan menyediakan laporan berkenaan rang yang dicadangkan, untuk dibentang semula ke Parlimen; dan nampaknya, kerajaan telah awal-awal menolak tanggungjawab tersebut.
 
"Pada peringkat penelitian dan penyediaan laporan tersebut, satu Jawatankuasa Pilihan boleh ditubuhkan oleh Parlimen untuk melaksanakan tugas itu," katanya.
 
PKR katanya telah menyatakan kerelaan menyertai Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti, secara menyeluruh, pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan termasuk yang berikut: keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara termasuk tahap hukuman, program latihan yang perlu serta infrastruktur yang lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.
 
"Maknanya, usul Jawatankuasa PIlihan lebih luas dan mencakupi, dan tidak hanya terbatas kepada tahap hukuman," katanya.
 
Menurut beliau satu aspek kontroversi dan membimbangkan dalam RUU 355 adalah hukuman yang jauh lebih tinggi daripada yang sedia ada dan perlu penelitian dan pemerincian.
 
"Pendekatan ini lebih bermakna dan terjamin keberkesanannya, dan akan membuka peluang untuk memberikan penjelasan kepada rakyat termasuk bukan Islam," katanya.

RUU 355: ANWAR MAHU PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH DAHULU

NAJIB PUNCA KAKITANGAN AWAM MENINGKAT SETENGAH KALI GANDA – TUN M

(function() { var d = document, w = window; w

VIDEO 1 1/2 MINIT : BAGAIMANA NEGARA BOLEH ELAK DAN HAPUSKAN LOMPAT PARTI