INI MAHASISWA YANG BERANI

“Sekolah agama Islam dalam kabin, ia menyedihkan!” - Tian Chua

“Sekolah agama Islam dalam kabin, ia menyedihkan!” - Tian Chua

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan kedudukan sekolah agama rakyat yang serba daif sehingga terpaksa ditempatkan di dalam kabin membuktikan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak peka terhadap pendidikan agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqimah di Taman Beringin Jinjang Utama, di sini, hari ini.

"Saya pernah hantar surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan Zulhasnan Rafique sebelum ini. Dan, dia (Zulhasnan) kata yang dia akan usahakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran agama untuk anak-anak murid di sini.

"Saya akan menulis surat semula kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin agar beliau dapat mengambil perhatian semula ke atas hal ini," kata beliau.

Tian Chua berkata, pendidikan agama Islam tidak sepatutnya dianggap sebagai pendidikan sampingan dan bersifat pinggiran.

"Dalam negara ini, pendidikan agama Islam sepatutnya menjadi pendidikan arus perdana, apatah lagi pendidikan ini bersifat meningkatkan kualiti akhlak rakyat," kata beliau lagi.

Dalam lawatan bersama tenaga pengajar dan ibu bapa ke sekolah agama tersebut, beliau turut menyatakan rasa kesal berhubung prasarana yang sangat daif.

"Saya lihat tandas ini cukup merbahaya," kata Tian Chua, "kalau berpuluh-puluh orang memijak lantai tandas yang dibuat daripada kabin ini, tandas ini akan runtuh tak lama lagi. Ini akan membahayakan mereka."

Seorang wakil ibu bapa di situ ketika bermesyuarat bersama Ahli Parlimen itu, turut supaya dipercepatkan pemindahan sekolah itu ke sebuah tempat yang lain.

"Ada tempat yang lebih selesa di tempat lain. Untuk sementara, pindahkan dulu pelajar-pelajar di sini ke tempat tersebut. Keadaan di sini tidak selamat," kata beliau.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com (e-mel).

Kongsi berita ini

BINA JALANRAYA



BUKIT MERTAJAM -CROSS STREET – Sebanyak RM17,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan Negeri bagi kerja-kerja menurap serta membaiki jalan-jalan utama di sekitar Kampung Cross Street, dekat sini.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, YB Mohd Salleh Man berkata, peruntukan berkenaan diluluskan setelah beberapa kajian di buat dari pelbagai aspek serta berdasarkan aduan pendudukan kampung berikutan keadaan jalan di kampung tersebut yang mengalami kerosakan setelah sekian lama tidak dinaik taraf.

Menurutnya, segalanya bermula ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada Ogos 2009 lalu, yang mana penduduk kampung meluahkan masalah mereka dan mahukan jalan di situ dibaik pulih dan diturap.




“Selepas menjadi wakil rakyat kawasan, saya terus mengemukakan permohonan kepada Ketua Menteri (KM), Lim Guan Eng bagi mendapatkan peruntukan untuk menaik taraf jalan di sini.


“Sebelum ini, semasa kempen pilihan raya, ADUN Padang Lalang, Michael Tan Cheong Heng diberi kepercayaan oleh KM untuk melakukan tinjauan serta penilaian.


“Saya amat berpuas hati kerana dapat membantu rakyat di kawasan Cross Street ini dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan apa yang diberikan ini sebaik mungkin. Saya juga berharap agar Tahun Baru Cina kali ini menjadi tahun yang paling bermakna serta menggembirakan mereka,” katanya ketika melawat tapak projek naik taraf jalan di Kampung Cross Street, di sini, kelmarin.


Menurut YB Ustaz Salleh Man berkata, beliau akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat dalam DUN Permatang Pasir selagi beliau menjadi wakil rakyat di situ.


Hadir sama, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Oon Neow Aun, Soon Lip Chee dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cross Street-Kampung Paya, Foong Hiam Khiang.