Zaman Kebangkitan?

Zaman Kebangkitan?

Oleh http://sakmongkol.blogspot.com

Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi

reality.

Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas.

Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ‘ bersyusun susyun’ mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana.

Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.

Di planet mana si Datin ni diami? Its not like Batu Sapi tu macam satu enclave kampung Cina seperti di desa Pulai Gua Musang. Saya harap, dia akan segera belajar bahasa Melayu. Kalau tak, apa dia nak buat dalam parlimen?

Apa nak buat, kalau BN sudah pilih makcik ni. Saya tidak dapat membayangkan apa dia nak cakap dalam parlimen nanti. Jika ini kualiti AP yang di tawarkan kepada rakyat, bagaimana kita boleh kata BN sudah di yakini kembali?

Tolong perhatikan kenaikan peratus meningkat PKR. Yong Tek Lee bekas CM Sabah pun tidak dapat mengatasi PKR. Apa yang di tunjukkan oleh perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa PKR boleh mencabar BN di Sabah.

Jadi, sebelum kita galak sangat mengonfirmkan Sabah FD untuk BN, elok kita slow sedikit. Parti pembangkang bukan melihat kepada menguasai Sabah atau Sarawak. Mereka berminat untuk mendapat tambahan kerusi parlimen. Sebab mereka tahu, itu kunci kepada peguasaan Putarajaya. Dato Najib menjerit kuat mana pun, jika kerusi parlimen UMNO dan BN berkurangan, orang lain akan tawan Putrajaya dan orang lain jadi PM.
Jadi, kemenangan Batu Sapi kepada saya, tidak ada bearing kepada politik akan datang di negara ini. Kemenangan Datin adalah localized issue.

Kemenangan BN di Galas lebih signifiken. Daripada minus kepada positif. Dari deficit kepada surplus yang melebihi majority yang di perolehi oleh arwah wakil rakyat yang terdahulu. Tapi ada kita dengar ucapan terima kasih dari UMNO kepada pengarah PRK Galas? Ku Li?

Tidak ada. Kerana setiap pemimpin UMNO takut pada bayang bayang sendiri. Mustapha Mohamad dan imam2 perang UMNO lain tidak pun mengucap tahniah kepada Ki Li. Sebab setiap mereka mahu menempa nama dalam kemenangan tersebut. Semua mahu claim mereka sudah banyak berbakti kepada UMNO.
UMNO menang Galas kerana 2 faktor besar. Pertama kerana ketokohan Ku Li. Kedua, kerana strateji kempen yang berlainan. Bukan baru, tapi berlainan.

Jadi jangan kita nak sandiwara kata ini petanda UMNO pulih. UMNO belum pulih jika jentera UMNO tidak mengobah cara kerja mereka. Saya berpendapat, jika di takdirkan UMNO jatuh tersungkur, ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Ini kerana, UMNO sekarang ini, tidak mempunyai budaya kesukarelawan. Budaya UMNO ialah ada duit abangku sayang, taka da duit, abang melayang.

Saya tidak mahu sebut starteji ini strateji charm offensive. PM Najib pun buat perkara yang serupa dengan walkabout nya. Dia jalan sana dan jalan sini. Tapi orang tidak pula membeli pendekatan PM secara meyeluruh dan jawapan kepada masaalah. Masih ada orang kata, ini cara buat buat. Kita jalan kat Petaling Street setahun sekali atau sekali dalam beberapa tahun. Lepas iti, semua di lupakan.

Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur.

KU LI dan jentera nya menghabiskan masa berjam jam lama nya berinteraksi dengan rakyat tanpa menunjukkan bosan dan letih. Rakyat appreciate pendekatan ini.

Jika UMNO hendak memulakan zaman kebangkitan ia mesti melihat kepada mengemukakan pimpinan yang kredibel dan cara kempen yang berlainan.

PI Bala's open letter to AG Gani Patail

Dear Tan Sri (Abdul Gani Patail),

My name is Balasubramaniam Perumal. I think you may have heard of me.

I was Abdul Razak Baginda's private investigator hired by him to protect him from his ex-girlfriend, Altantuya Shaaribu (deceased), sometime in 2006.

Remember you charged him for her murder but he got off. Instead, two of the prime minister's bodyguards got convicted. Stranger things have happened, I am sure you would agree.

But I digress. Let me come to the point.

I have been made to understand that you have decided to close the case involving two statutory declarations I signed sometime at the beginning of July 2008 in Kuala Lumpur.

The contents of these statutory declarations were diametrically opposed. Both could not have been true and therefore one of them was false. I trust that makes sense to you.

azlanThe police, I believe, have investigated the circumstances surrounding the making of these two statutory declarations under section 199 of the Penal Code, for an offence which carries a sentence of three years' imprisonment and a fine. This is not a trivial offence.

The police must have interviewed my lawyer, Americk Sidhu, his secretary, the commissioner of oaths who attested my signature and a variety of other witnesses you have mentioned who were somehow intrinsically interwoven in the construction and affirmation of both statutory declarations, one way or another.

It has therefore come as a great surprise to me to discover that you have been unable to decipher any wrongdoing from the enormous amount of evidence the police must have been able to accumulate from their investigations.

Please permit me to assist you. Firstly, may I suggest that you re-open this file immediately. I will make it easy for you.

Let me admit to you that I did sign a false statutory declaration. Yes, I did. I signed a false statutory declaration. It was the second one, not the first one. The first one was entirely truthful. The second one was a complete pack of lies. I admit this.

This statutory declaration was prepared by some unknown person(s) and I was forced by very thinly veiled threats and intimidation to sign it. I have already made this known to the world at large and I am surprised your office has not picked this up as yet. Everyone else has.

If you are unable to ascertain this information which I have just provided to you directly, please feel free to contact me at this email address bala.p.i@hotmail.com and I shall forward to you a copy of the video recorded interview I had in the presence of my lawyers in Singapore last November, and a copy of the transcript thereof.

Otherwise you can find this information on all the blogs worth reading (such as Raja Petra Kamarudin's Malaysia Today) and also on 'YouTube' (just type in 'PI Bala' into the search column and you will be surprised what comes up).

So you may now consider charging me for making the false second statutory declaration after the clues I have given you. I do however reserve the right to plead not guilty to the charge as I believe I have a very good defence.

Your prosecutors will also have to make sure they call all the necessary witnesses to prove their case against me. These witnesses will have to include the following personalities:

i) A lawyer named Arunampalam Mariam Pillai (who coincidentally does legal work for Deepak Jayakishan and Rosmah Mansor's personal companies).

ii) A commissioner of oaths (Zainal Abidin Muhayat) who works in the office of Zul Rafique and Partners (Advocates & Solicitors) and who attested my signature when he came to the room in which I was being held at the Hilton Hotel Kuala Lumpur.

iii) Deepak and Dinesh Jaikishan (very good friends and confidantes of Rosmah Mansor).

iv) Nazim Razak (younger brother of the prime minister), and his wife.

v) ASP Suresh (a suspended police officer formerly attached to the IPK headquarters in KL).

vi) Officers from the Immigration Department Damansara (who assisted in obtaining urgent passports for my family).

vii) A host of journalists and reporters who were present in the lobby of the Prince Hotel Kuala Lumpur when a lawyer called Arunampalam released my second statutory declaration without my permission.

These are just some of the witnesses I can think of but I am sure you know how to do your job so that should be not a problem. I don't want to be accused of trying to teach an old dog new tricks.

If for some strange reason my defence is called, I will also be able to provide witnesses to support what I have to say. I need not disclose who these witnesses are at this stage and I am sure you know that as well.

I shall now wait for the charge against me to be laid.

I will be more than happy to return to Malaysia to defend myself but you will have to ensure that my safety is guaranteed as there are some people who would prefer that I was not around.

Balasubramaniam Perumal

Bajet Kerajaan Pulau Pinang 2011

KIRIMAN PAS BUKIT BENDERA



Bajet Kerajaan Pulau Pinang 2011



1.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK)

Kadar elaun naik Pengerusi ,Setiausaha JKKK

Pengerusi RM 450/ lama RM 350

Setiusaha RM 350 / lama RM 250

Peruntukkan JKKK RM 3.85 juta



2.Sukan dan Belia 2011

Sukan RM 3.95 juta

Belia RM 632,000



3.Wanita

Aktiviti wanita RM 800,000



4.Keselamatan

Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) RM 1 juta



5.Kontraktor

Yuran pendaftaran kontraktor ePerolehan dikurangkan dari

RM 100 kepada RM 50

6.Bonus Saguhati Persekolahan

Bonus saguhati persekolahan RM 800 kepada kakitangan kerajaan

Kos ditanggung kerajaan RM 3 juta(KERAJAAN NEGERI ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN)??



6.Perumahan

Peruntukkan RM 13.5 juta untuk kerja-kerja menaiktaraf rumah awam kerajaan



7.Cleaner,Greener Penang

MPPP,MPSP beri diskaun 50% kepada lesen penjaja



8.Pendidikan

Hab pendidikan cemelang di Pondok Upeh dan Genting

Balik Pulau

Kawasan Seluas 201.4 ekar kos RM 165 juta

Pengambilan tanah sebanyak RM 44 juta 2011

Peruntukkan RM 12 juta kepada SAR,Sek.Jenis Kebangsaan Cina,Tamil dan Sekolah Mubaligh



9.Tabung Amanah Biasiswa Kecil Negeri

Pelajar miskin kadar dahulu

Ting. 1 – 3 RM 240 setahun

Ting. 4 – 5 RM 360 setahun

Pelajar miskin kadar baru

Ting. 1 – 3 RM 480 setahun

Ting. 4 – 5 RM 720 setahun

2008 – RM 625,444.00

2009 – RM 1,539,840.00

2010 – RM 1,652,160.00



10.Perpustakaan

Peruntukkan Perbadanan Perpustakaan Awam P.Pinang RM 7.5 juta 2011

11.Nilai Pelaburan P.Pinang

2010 – RM 2.25 bilion

2009 – RM 2.1 bilion

Target – RM 4.2 bilion 2010

4 target

LED ( light emiting diode)

Peralatan perubatan

Solar ,Fotoraltaik

Pelancongan perubatan



12.Pekerjaan

Peluang pekerjaan sebanyak 20,000 kekosongan pekerja di semua sektor



13.Pelancungan

Pelancungan –sumbang ekonomi ke 2 Pulau Pinang

2009 – 2.97 juta orang

2008 – 2.81 juta orang

2010 – Peningkatan 40 %.

Tapak Warisan – Peruntukkan RM 2.65 juta



14.Bukit Bendera

Penubuhan Perbadanan Bukit Bendera

Peruntukkan pembangunan – RM 8.6 juta 2011

Kerja-kerja naik taraf bukit bendera

Peruntukkan RM 63 juta menaik taraf keretapi Bukit Bendera 2011

Peruntukkan tambahan RM 5 juta untuk aktiviti-aktiviti promosi pelancungan dan galakan pelancungan



15.Infrastruktur

Peruntukkan RM 28.71 juta untuk 94 projek infrastruktur jalan

RM 10 juta – Projek pelebaran jalan dan menaik taraf jambatan di jalan Song Ban Kheng B.Mertajam

RM 27 juta - Projek kajian jalan Masjid Negeri (MPPP)

Peruntukkan (JKR) 2011 – RM 33.76 juta



16.Infrasktuktur Mega

1.Jambatan P.Pinang 2 – 24 km – RM 4.5 bilion

2.Landasan Berkembar Elektrik antara Ipoh – Padang Besar – Rm 12.5 bilion

3.Pembesaran pangkalan kontena Butterworth utara fasa 3 – dermaga kontena sepanjang 600 meter – RM 840 juta

4.PPSB dan syarikat swasta – Projek Centralized Tankage Facalities – RM 322 juta


Belum dilaksanakan Infrastruktur mega

Projek Capital Dredging – RM 352 juta – kerja kerja dalamkan selat utara dari paras 11 meter kepada 14.5 meter bagi laluan utama kapal-kapal

17.Airport

Peruntukkan pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang – RM 60 juta – 2011



18.Penang Transport Master Plan

Peruntukkan 2 juta – kajian pelan induk pengangkutan dan pengurusan lalu lintas negeri P.Pinang



19.Bas Shuttle Percuma (Rapid Penang)

Kos membiayai bas Shuttle dari Seberang Perai ke Bayan Lepas –

RM 600,000 untuk 6 bulan



19.Nelayan

Kurangkan 50% bayaran lesen perahu dan lesen menangkap ikan

Kerajaan hilang hasil sebanyak RM 65,000.00 setahun

Kehilangan itu kerajaan akan menampung sumber-sumber lain



20.Industri Akuakultur

Tanah seluas 240 hektar

Kampung Pasir Gebu ke Padang Benggali (Penaga)

Perternakan dan pembenihan specis ikan jenahak,bawal emas,haruan tasik dan siakap



21.Kebajikan

RM 100 untuk warga emas – 112,036 orang

RM 1000 waris warga emas meninggal – 777 orang



Miskin Tegar

Perbelanjaan pembasmian miskin tegar 2010 – RM 3.6 juta

Peruntukkan RM 20 juta untuk program penghargaan warga emas 2011

Bantuan Am – 18136 OKU – RM 3.5 juta

Peruntukkan RM 100 untuk OKU – RM 2.0 juta 2011

Peruntukkan RM 100 untuk ibu tunggal



22.Lapuran Ketua Audit Negara 2009

2008 – RM 88.02 juta

2009 – RM 77.34 juta

Akaun Hasil Disatukan RM 539 juta

Aset tertinggi dalam sejarah RM 1,102 juta

23.Sumbangan Bantuan Khas (duit raya)

Sumbangan RM 1.79 juta kepada 3593 orang

Sumbangan RM 349,000.00 kepada 1396 orang guru KAFA

24.Pembayaran Saguhati Persekolahan

2009 – RM 750 seorang – RM 2.7 juta

2010 – RM 800 seorang – RM 3 juta

25. Peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM 63.21 juta untuk tahun 2011.
Peruntukan pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong sebanyak RM 20 juta.
Peruntukan Jabatan Hal Agama Islam sebanyak RM 24.76 juta.
Pembangunan RM 7.05 juta,Mengurus RM 13.38 juta.
Elaun pegawai masjid,guru kelas KAFA,pemberian para Huffaz,Sumbangan Ehya Ramadhan,kerja-kerja pembaikan Masjid Negeri dan program program sambutan kebesaran Islam sebanyak RM 4.33 juta.
Peruntukan Jabatan Mufti sebanyak RM 1.95 juta.
Peruntukan Kehakiman Syariah sebanyak RM 16.5 juta.
Mengurus RM 4.6 juta , Pembangunan RM 11.9 juta .

PERUNTUKKAN BAGET 2011

2011 – RM 385,326,170 juta hasil negeri

2010 – RM 345.92 juta

2009 – RM 376.51 juta

Episode pembunuhan sensasional seorang penerjemah Mongolia Nampaknya selesai begitu sahaja

Episode pembunuhan sensasional seorang penerjemah Mongolia Nampaknya selesai begitu sahaja









Dalam pernyataan penyiasat persendirian (P.Balasundramaniam) memperingatkan, bahawa Altantuya, hampir dengan kata-kata terakhirnya , mengatakanxkepada dua penyerang bahawa dia hamil dan meminta mereka untuk tidak membunuhnya. . Yang telah menyebabkan spekulasi bahawa tubuhnya diledakkan dengan bahan peledak C4 untuk menyembunyikan bukti DNA siapa ayah kepada anak yang dikandungnya, mungkin...

Asia Sentinel

Penutupan penyiasatan awal kes ini dengan peguam Negara Malaysia atas laporan yang diduga palsu oleh penyiasat persendirian yang membabitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan pembunuhan tahun 2006 yang melibatkan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu harfiah memungkinkan orang yang dikenali dekat dengan perdana menteri lolos dari pembunuhan.

Penutupan penyiasatan ini muncul untuk membicarakan bab terakhir dalam salah satu kes penyiasatan yang paling sensasional di Malaysia mengenai pembunuhan, yang melibatkan kematian yang mengerikan, dimana ianya berlaku suatu tempat yang tinggi, lebih dari 100 juta euro terbabit dalam suap dugaan dan percobaan yang tampaknya dicurangi untuk menjaga jaksa sejauh mungkin menjauh dari Najib, wakil perdana menteri, dan isterinya, Rosmah Mansor.

Penyiasat persendirian , P Balasubramaniam, di ambil bekerja pada tahun 2006 oleh Abdul Razak Baginda, salah satu teman Najib terbaik dan seorang analis pertahanan dari think tank Pusat Penelitian Strategis Malaysia-, untuk mencoba untuk menjaga diri dari Altantuya karena dia telah menjanjikan sesuatu. Dia menuntut balas dendam dan US $ 500.000 untuk perannya sebagai penerjemah dalam penjualan kapal selam Prancis ke Malaysia . Sebuah pasukan khas pyiasatan Prancis terus menyelidiki penjualan kapal selam ke Malaysia dan apakah adanya unsure rasuah yang dibayar ke atas ahli politik Perancis dan Malaysia.

(Note: Both declarations can be found here ). Pada bulan Julai tahun 2008, di mana keadaan masih hangat di perbincangkan , Balasubramaniam mengeluarkan surat pernyataan SD menyatakan bahawa Najib, wakil perdana menteri, terlibat dalam pembunuhan, hanya untuk menarik seluruh isi deklarasi sehari kemudian dan mengeluarkan deklarasi kedua mengatakan bahawa dia telah membuat deklarasi pertama di bawah paksaan (Catatan: Kedua deklarasi dapat ditemukan di sini ).

Penguam Balasubramaniam's, Americk Sidhu, membantah penutupan kes siasatan ini, mengatakan bahawa jika laporan palsu seharusnya diselidiki dengan seadilnya oleh polis, mereka akan mengarah pada kesimpulan bahawa orang yang dekat dengan Najib terlibat dalam pembunuhan itu.

De facto Menteri kehakiman Nazri Aziz, dalam pernyataan tertulis kepada parlimen, mengatakan penyiasatan itu ditutup karana Balasubramaniam telah memberikan pernyataan deklarasi yang bertentangan, dan bahawa bagaimanapun, mereka tidak mempengaruhi perbicaraan dua pengawal pribadi Najib dan Abdul Razak Baginda, yang berakhir pada bulan April 2009 setelah percobaan 159-hari di mana pengawal dihukum mati. Mereka merayu keputusan, dengan kecurigaan yang amat tinggi yang entah bagaimana mereka akan diberikan kebebasan mereka dalam pertukaran untuk berdiam diri mereka pada siapa pun yang memerintahkan mereka untuk membunuh wanita itu.

"Meskipun ada kontradiksi/perbezaan antara dua pernyataan pengadilan , kontradiksi tidak mempengaruhi hasil pengadilan Altantuya," kata Nazri. "Selain itu, individu (Balasubramaniam) masih diyakini berada di luar negeri." Nazri menambahkan bahawa keputusan untuk menutup kes itu dibuat setelah "pertimbangan hati-hati" dari hasil penyelidikan polis dan laporan saksi.

Meskipun dua pengawal dihukum penjara , Razak Baginda dibebaskan dalam keadaan kontroversial tanpa harus memakai/memberi pembelaan. Dia kemudian bergegas meninggalkan negara untuk ke England, di mana ia menetap di sana. Salah satu dari dua pengawal mengatakan dalam sebuah pernyataan yang memperingatkan mereka telah diambil untuk melakukan pembunuhan dan itu harus dibayar RM100, 000 untuk melakukannya. Tetapi pernyataan itu pernah diperkenalkan ke dalam sidang maraton dan siapa pun tidak pernah bertanya siapa yang melakukan menyewa atau membuat menawarkan pembayaran.



Altantuya 27 tahun, penterjemah dalam beberapa rundingan pembelian miliar dolar kapal selam Scorpene Prancis yang di masukkan ke dalam akaun perusahaan Razak Baginda's berjumloah € 114.000.000 dalam konsultasi biaya, ditembak di kepala dan tubuhnya diledakkan dengan bahan peledak di sebuah hutan dekat kota pinggiran kota Shah Alam. Sebelum dia meninggal, dia mengatakan Balasubramaniam dia telah dijanjikan US $ 500.000 untuk membantu dalam transaksi kapal selam.

Dalam pernyataan pengawal memperingatkan, bahawa Altantuya, hampir dengan kata-kata terakhir, mengatakan dua penyerang bahwa dia hamil dan meminta mereka untuk tidak membunuhnya. Yang telah menyebabkan spekulasi bahawa tubuhnya diledakkan dengan bahan peledak C4 untuk menyembunyikan bukti DNA siapa ayahnya mungkin.

Balasubramaniam, yang menetap di suatu tempat di Chennai, terus bersikeras keras yang Razak Baginda, yang menikah, telah mengatakan kepadanya bahawa penerjemah tersebut telah mendampingi Najib dan seksual sebelum perdana menteri kemudian- memberikanya kepada Baginda karena tidak akan terlihat baik untuk calon perdana menteri untuk punya kekasih .

Setelah melakukan deklarasi pertama, Balasubramaniam telah diseret ke ibupejabat polis Kuala Lumpur, di mana ia dipaksa untuk menarik kembali dalam satu detik di bawah ancaman bagi keluarganya, ia kemudian bersaksi. Setelah itu, menurut laporan yang dibuatnya di bawah akuan ber sumpah, ia dibawa untuk bertemu dengan Mohamad Nizam Razak, saudara Najib, dan Deepak Jaikishan, digambarkan sebagai "mitra bisnis" dari isteri Najib, Rosmah Mansor, di mana ia berjanji RM5 juta untuk meninggalkan negara dan diam/tutup mulut. Dia kemudian ditampilkan dengan menunjukkan ia telah dibayar RM750, 000 dari account yang dikelola oleh Jaikishan. Menurut pernyataan tersumpah-nya, Balasubramaniam mengatakan Rosmah "sangat senang" bahwa ia telah setuju untuk menarik kembali deklarasi undang-undang dan ingin bersarapan dengan dia.

Nazri mengatakan kepada parlimen bahawa Balasubramaniam awalnya disiasat untuk memberikan pernyataan palsu, yang akan membuatnya dikenakan tiga tahun penjara dan denda. Yang membuatnya menjadi misteri mengapa tuduhan itu dijatuhkan terhadap dia, karena salah satu dari deklarasi itu menunjukkan salah - baik yang melibatkan Najib dan menggambarkan penglibatan pembunuhan, atau yang recanting itu.




Sebuah pasukan dari bahagian Anti-Korupsi Malaysia pertama membuat janji untuk wawancara Balasubramaniam di london, di mana bala dimana ia berasa takut untuk keselamatannya, tapi kemudiannya , siasatan tersebut dibatalkan janji tanpa penjelasan.

"Bukti yang menatap Anda di wajah," kata Sidhu dalam wawancara telepon dari Australia. "Setumpuk seluruh saksi dapat mengesahkan bahawa pernyataan pertama dan yang telah disiasat oleh pihak polis mengatakan bahawa seluruh deklarasi dibuat oleh Bala sendiri tanpa paksaan. Jika mereka telah menyelidiki, mereka akan harus wawancara Rosmah, Nizam dan Jaikashan atas cek yang diberi untuk Bala.Mereka tidak mampu mendakwanya Jika mereka melakukan itu, mereka akan “gantung diri”.. Mereka ada pilihan lain selain menutup file untuk menyimpan Najib beserta rombongan. "

WRLR:

Galas: Ku Li bingkas pimpin Umno

Galas: Ku Li bingkas pimpin Umno
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kemenangan jentera Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas mungkin akan mendorong ahli-ahli Umno untuk bingkas mereformasikan parti mereka dengan memastikan bekas Menteri Kewangan itu memimpin parti tersebut.

"Prestasi Razaleigh dalam pilihan raya itu merealisasikan impian Umno yang tercari-cari pemimpin yang boleh menyatukan semua pihak tanpa berhempas pulas untuk menjadi semua benda kepada semua orang," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz melihat kemenangan jentera Razaleigh di Galas sebagai kejayaan peribadi beliau dalam usahanya untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno hari ini tentang kepimpinan yang diterima oleh semua bangsa.

"Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bersusah payah dalam usahanya untuk menyogok konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Apco Worldwide kepada ahli-ahli Umno yang jelas lebih tertarik kepada Perkasa yang dipromosikan oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Razaleigh dengan mudah membuktikan bahawa stail kepimpinannya adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh Umno untuk membolehkan parti itu diterima oleh semua kaum," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau membangkitkan khabar yang tersebar luas yang mendakwa Perkasa disokong kuat di belakang tabir oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelbagai pesanan kepada presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali supaya terus berjuang.

Menurut Mahfuz lagi, faktor Razaleigh yang menjadi penyebab kemenangan jentera pimpinannya di Galas itu merupakan bukti yang jelas bahawa kepimpinan beliau diterima oleh akar umbi Umno dan BN.

Lebih menarik lagi, kata Mahfuz, Razaleigh yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kuasa di dalam kerajaan untuk menaburkan wang dan projek berjaya menghimpunkan ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk berhempas pulas di belakangnya bagi menggerak dan menguatkan jenteranya di Galas.

"Bukan sahaja beliau tidak mampu menjanjikan kekayaan dan projek kepada mereka yang membantu jenteranya dalam pilihan raya kecil itu, malah beliau sendiri menerima bantuan yang sangat minimum dari para pemimpin dan tokoh-tokoh besar Umno.

"Tidak seperti pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, tidak ada sokongan habis-habisan Najib yang datang berkali-kali untuk berkempen, tidak ada Dr Mahathir datang berkempen, namun Razaleigh tetap berjaya membuktikan kemampuannya dengan peratusan majoriti yang jauh lebih baik dari yang dicapai oleh pasukan yang diketuai Najib di Hulu Selangor," katanya.

Mahfuz juga membayangkan jika Umno dan BN dipimpin oleh Razaleigh yang mahir, handal, berhemah dan tidak ada baggage, Pakatan Rakyat (PR) perlu mengkaji strateginya untuk berhadapan dengan keadaan itu.

"Bagamaimana pun, kita harap perkara itu tidak berlaku kerana kita merasa lebih baik kita berhadapan dengan Najib dan Muhyiddin yang semakin ketara berlainan arah," katanya.

Bookmark and Share

Penganalisis: Kuasai Galas, Batu Sapi bukan petanda sebenar BN ‘kian kuat’

Penganalisis: Kuasai Galas, Batu Sapi bukan petanda sebenar BN ‘kian kuat’

November 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

“Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

“Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa,” kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

“Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

“Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ,” katanya.

“Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan,” ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.

“Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya,” ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.

“Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih ‘ganas’, itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah,” dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

“Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.

“Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

“Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan “apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini.”

“Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

“Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.

“Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

(function() { var d = document, w = window; w

[LANGSUNG] #AWANI745 3 Ogos 2021 | #KauBoleh