ELOK TAK RUNDING. KALAU RUNDING AHLI BOLEH LARI WOOOO

 

PKR tak pernah runding ‘khemah besar’, kata Saifuddin






facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu tidak pernah berbincang mengenai isu khemah besar termasuk dalam mesyuarat mingguan atau bulanan, malah tiada dalam agenda Majlis Pimpinan Pusat.

SHAH ALAM: Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengkritik pencabarnya Rafizi Ramli yang didakwa membawa sentimen “rundingan khemah besar seolah-olah masih berlaku” dalam pemilihan PKR kali ini.

Saifuddin berkata, PKR tidak pernah berbincang mengenai isu “khemah besar” termasuk dalam mesyuarat mingguan atau bulanan, malah tiada dalam agenda Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Secara rasmi dalam mesyuarat parti tak pernah bincang. (Pendapat parti) komponen (dalam Pakatan Harapan) lebih kepada sifat perbincangan yang percambahan idea. Bila lihat situasi politik yang berlaku sekarang , kita bincang dan lontarkan idea.

“Sekarang digembar-gemburkan berkaitan rundingan. Rundingan, ertinya khemah besar, itu adalah pertembungan dalam pemilihan parti…itu sentimen yang cuba dibawa,” kata Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR kepada pemberita selepas sesi debat Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar di Sinar Harian.

Dalam sesi debat sebelum itu, Saifuddin beberapa kali diasak berkaitan isu rundingan dalam Pakatan Harapan (PH). Rafizi melihat khemah besar hanya akan menyebabkan parti hilang fokus dalam menyelesaikan masalah rakya

Selain itu, Rafizi turut menyoal Saifuddin alasan dia terlibat dalam perbincangan dengan pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak, supaya Anwar Ibrahim mendapat sokongan sebagai perdana menteri.

Mengakui perkara itu, Saifuddin berkata beliau sekadar diberi mandat oleh PH dan PKR, dan tidak bertindak sendiri.

Beliau turut menegaskan bahawa Anwar sememangnya telah memperoleh jumlah sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri, dan mereka telah menghantar surat kepada Istana Negara dengan semua dokumen undang-undang untuk membuktikan dakwaan berkenaan.

Saifuddin berkata, dia tidak pernah menyesal berunding dengan ahli Parlimen dan parti di luar komponen PH untuk membantu menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata tidak adil untuk Rafizi mengkritik keputusan waktu itu kerana dia bukan sebahagian daripada pembuat keputusan dalam PH.

“Ia keputusan kolektif dan konsensus dalam parti, ia adalah rundingan nak sokongan. Ia rahsia umum dalam kalangan rakyat Malaysia beberapa bulan selepas PH jatuh… bukan kita buat secara sembunyi.

“Keputusan pada momen itu yang dah tinggal lama. Setelah ia tak tercapai dengan pelantikan yang baru, kami dah ‘move on’,” katanya.

TU DIAAA MAT MASLAN CABAR PAS BUBAR....WALAUN KATA TAK MUSTAHIL...ZAMAN TOK GURU DULU KATA JANGAN PERCAYA UMNO

 


‘Nak berbaik dengan kita, bubarlah PAS’, kata Ahmad Maslan



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata sekiranya PAS mahu ‘berbaik’ dengan Umno, beliau mencadangkan PAS dibubarkan.

PETALING JAYA: PAS sudah boleh dibubarkan memandangkan Umno turut membawa wadah perjuangan Islam selepas meminda perlembagaan parti pada 2019, kata setiausaha agungnya, Ahmad Maslan.

Katanya, Umno sudah meletakkan agenda mempertahan dan mendokong cita-cita Islam sebagai asas dan tujuan utama, berbanding hanya mendokong perjuangan kebangsaan Melayu.\“Fasal 3.1 (Perlembagaan Umno), sebelum ini (diletakkan dalam) Fasal 3.3, tapi sekarang sudah dinaikkan ke Fasal 3.1, iaitu menegak dan mempertahan Islam sebagai agama persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya ingin menyeru kepada PAS, bubarkanlah PAS, itu mesej penting, sampaikan kepada rakan, ramai orang Kelantan di sini, PAS utamanya di Kelantan. Baru-baru ini, mereka mahu berbaik dengan kita, kita rasa elok bubar, tengok perlembagaan Umno,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ahmad berkata, sebelum ini, agenda mendokong cita-cita Islam kini merupakan asas dan tujuan parti itu.

“Dengar betul-betul, asas dan tujuan Umno sudah dipinda. Umno adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam. Sebelum ini tidak diletak dalam asas dan tujuannya (dalam perlembagaan Umno), sekarang sudah ada.

“Sebelum ini Umno, sebuah parti politik yang mendokong perjuangan kebangsaan Melayu, itu yang pertama.

“Sekarang yang pertama, Umno adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, anak negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Melayu dan kemakmuran serta kestabilan negara. Itu asas perjuangan Umno yang kita sudah pinda 2019,” katanya.

Hari ini, di Alor Setar; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor, menegaskan partinya tidak mempunyai sebarang masalah meneruskan kerjasama politik dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN).

Menteri besar Kedah itu, berkata parti itu masih berpegang kepada keputusan pimpinan tertinggi dan Majlis Syura, iaitu memperkukuhkan MN dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN) demi memperkukuhkan politik umat Islam dan Melayu di negara ini.

“PAS tidak ada masalah (bekerjasama) dengan Umno. Jika Umno ada masalah, mereka perlu selesaikan kerana PAS tidak ada masalah. Kita masih berpegang kepada keputusan dibuat kepimpinan dan Majlis Syura, kita konsisten dan tidak ada perubahan di mana PN kita mahu, MN pun kita mahu.

“Matlamat PN dan MN adalah penyatuan ummah, memperkukuh politik Melayu dan menyatupadukan ummah dalam keadaan umat Islam berdepan cabaran di seluruh dunia yang datang dari pelbagai penjuru. ‘Ubat’ kepada isu ini adalah memperkukuh perpaduan dan kerjasama umat Islam,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi, yang memberi bayangan mustahil MN diteruskan jika PAS terus memperlihatkan sikap ‘talam dua muka’.

Di Kota Bharu pula, Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah meminta Umno menilai semula pendiriannya berhubung kedudukan dalam MN bagi membolehkan kedua-dua parti kembali bekerjasama demi kepentingan Melayu dan Islam.

Katanya, PAS sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti termasuk Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) demi kepentingan bangsa dan agama.

“PAS sentiasa terbuka untuk bersama-sama Umno dan boleh duduk berbincang asalkan ia membabitkan kepentingan orang Melayu dan Islam. Umno boleh nilai semula pendirian mereka sebelum ini dan kembali bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Kalau kita mahu khianati Umno, kita dah tarik sokongan kepada Umno. Bersatu juga tidak tarik sokongan kepada Umno. Kita sanggup duduk bersama Umno sebab demi penyatuan ummah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, pula menegaskan parti itu akan memuktamadkan kedudukan dalam MN yang dibina bersama PAS selepas menerima pandangan pimpinan parti di semua peringkat.

Katanya lagi, buat masa ini kenyataan berhubung status Umno dalam MN yang dizahirkan pemimpin tertentu hanya sekadar pandangan individu.

APA PUNYA WALAUN DAA....ORANG KATA TAK MAU YANG DOK PE TERHEGEH HEGEH TU TAK MALU KA ....NAK TUMPANG TUI UMNO KOT...

 

Biar ditolak presiden Umno, PAS tetap teruskan agenda penyatuan ummah



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
PAS komited meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak usaha tersebut, kata Ketua Penerangannya Khairil Nizam Khirudin.

PETALING JAYA: PAS komited meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak usaha tersebut.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin, berkata parti itu sedia untuk bersama pemimpin Umno yang masih yakin dengan kerjasama dua parti itu dalam menjayakan agenda penyatuan ummah

“PAS memberi jaminan bahawa PAS akan teruskan agenda penyatuan ummah ini meskipun presiden Umno menolaknya secara total. Untuk pemimpin Umno yang masih yakin bahawa PAS dan Umno adalah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan untuk meneruskannya.

“PAS berpendirian bahawa dalam usaha kita membangunkan negara Malaysia yang adil dan makmur, negara ini mestilah dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam selaku kelompok majoriti di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, PAS menyeru semua parti Islam dan Melayu duduk semeja dan memikirkan nasib generasi umat Islam di negara ini agar lebih terpelihara serta dibela dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan politik, berteraskan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Khairil berkata, PAS juga tidak akan bersama mereka yang dibuktikan bersalah melakukan pecah amanah, salah guna kuasa serta mengamalkan rasuah dalam kepimpinan.

“Agenda penyatuan ummah yang dibawa oleh PAS adalah berteraskan kepada prinsip Islam – memimpin, keadilan untuk semua (termasuk kepada musuh), dan Ummah sebagai Keluarga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama yang tidak ekstrem melawan Islam.

“PAS berterima kasih kepada semua pemimpin politik negara yang berjiwa besar serta terus komited dalam agenda penyatuan ummah yang diakui keberkesanannya seperti yang kita lihat di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang,” katanya.

Beliau berkata, semangat kebersamaan ini juga dilihat kukuh di peringkat akar umbi meskipun ada segelintir pemimpin dilihat semakin hilang kepercayaan serta putus harapan.

“Tahniah buat semua barisan kepimpinan PAS dan Umno di negeri-negeri tersebut dan juga untuk perdana menteri kita yang sentiasa terbuka menyokong penyatuan ummah dalam kalangan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Zahid menyifatkan PAS sebagai “talam dua muka”, namun parti itu berpandangan konsep penyatuan ummah digagaskan parti itu dan Umno di bawah payung MN adalah formula terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Zahid turut memaklumkan kerjasama parti itu dengan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang PRU15.


TU DIA AIHH..BAN PUN RUNTUH ..NAK KENA BELAT AYAIAQ LA PULAK.KATA PELABOQ MASUK PULOH BILLION....

 

Ban runtuh beri kesan jaminan keselamatan makanan negara, kata Sanusi




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Proses baik pulih perlu dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang, jika tidak sawah seluas lebih 13,000 hektar itu akan terjejas, kata Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu memberi perhatian berhubung isu runtuhan ban di Terusan Tengah, pada Isnin, kerana memberi kesan terhadap jaminan keselamatan makanan negara, kata Menteri Besar Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, sekiranya runtuhan ban itu tidak diperbaiki segera, ia akan menjejaskan penanaman padi di kawasan seluas 47,000 relong atau 13,350 hektar yang menghasilkan 66,750 tan padi.

Katanya, lebih 40,000 petani juga akan terkesan jika perkara ini tidak diatasi segera.

“Sekarang ini, musim untuk air masuk ke sawah dan kejadian runtuhan itu menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke kawasan tertentu.

“Proses baik pulih perlu dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang, jika tidak sawah seluas lebih 13,000 hektar itu akan terjejas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di Alor Setar, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Sanusi berkata, isu itu perlu diberi perhatian supaya struktur baharu yang lebih kukuh, kemas dan sesuai dapat dibina bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Ini melibatkan soal keselamatan makanan negara, sebab itu perlu diberi perhatian kerana kos untuk membina struktur yang lebih kukuh ini menelan belanja jauh lebih tinggi berbanding anggaran awal pembaikan biasa iaitu antara RM1.5 hingga RM1.8 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi berkata, ketika ini usaha yang dijalankan lebih tertumpu kepada langkah meningkatkan air di terusan itu supaya kembali ke paras mencukupi bagi membolehkan loji rawatan air (LRA) yang terjejas kembali beroperasi.

“Kita mahu pastikan masalah bekalan air di kawasan terlibat dapat diatasi segera dan selepas itu baru kita akan fokus kepada langkah mengepam air ke sawah bagi tujuan pertanian pula. Setakat ini, 38,500 akaun pengguna masih terjejas akibat kejadian runtuhan ban itu.

“Ini kerana, LRA Pokok Sena masih belum beroperasi akibat insiden itu manakala LRA Jenun Lama hanya beroperasi pada kapasiti 70% disebabkan masalah sistem elektrikal dalaman. Ia dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat dalam masa terdekat,” katanya

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari Isnin lalu, struktur ban di Terusan Tengah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dekat Struktur Alor Limpah, Sungai Santap di Pelubang runtuh, menyebabkan air mentah di terusan berkenaan berkurangan sekali gus mengakibatkan lebih 30,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami masalah gangguan bekalan air.

REFORMASI 2 DEKAD: BUKU TERBAIK IDEALISME REFORMASI

  Reformasi 2 dekad: Buku terbaik idealisme reformasi

PH PERSIAP STRATEGI BARU MENJELANG PRU 15

 

YANG PASTI, PEMILIHAN UMNO SEKARANG PALING TAK SESUAI UNTUK DIRI TOK MAT SENDIRI…

 

Berkatalah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan bahawa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU15, bukan pemilihan parti.

Kata beliau, sekiranya diadakan pemilihan UMNO ketika ini, ia akan berlaku perpecahan dan perebutan kuasa.

“Kita tidak mahu parti berpecah-pecah dan berlaku perebutan kuasa kalau diadakan pemilihan sebelum PRU.

“Bayangkan selepas buat pemilihan, ramai pemuda cukup umur kalah di peringkat cawangan.

“Kita akan kelam-kabut dan tidak ada masa siapkan jentera. Ini satu keadaan membunuh diri,” tambahnya lagi.

Ehh…ehh…betul ke tu?

Walaupun beliau menyebut kenyataannya ini bukan bertujuan menekan Ismail Sabri Yaakob agar segera membubarkan Parlimen, tetapi adalah mudah difahami ia merupakan peringatan secara tidak langsung daripadanya sebagai Timbalan Presiden kepada Perdana Menteri yang hanya merupakan Naib Presiden UMNO.

Ternampak bahawa Mohamad atau Tok Mat cuba mengingatkan Ismail Sabri tentang usul PAU2021 pada Mac lalu yang menyetujui PRU15 hendaklah diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO.

Untuk makluman Tok Mat, sama ada sekarang paling sesuai diadakan PRU atau tidak, ia sebenarnya bukanlah hujah yang terlalu kukuh.

Ini kerana sementara banyak parti lain sedia dan tidak takut mengadakan pemilihan parti sebelum atau menjelang PRU, UMNO pada 2018, walaupun mendahulukan PRU14 ketika itylu sebagaimana kelaziman yang diamalkan sejak sekian lama, tetapi BN tetap kalah dan kecundang juga akhirnya.

Bermakna, menangguhkan pemilihan parti bukan jaminan tunggal UMNO pasti akan menang PRU.

Yang pasti, mengadakan pemilihan UMNO sekarang atau sebelum PRU15 memang paling tak sesuai untuk Tok Mat sendiri.

Dengan tanpa jawatan dalam kerajaan dan ramai pesaingnya pula duduk sebagai menteri, jika pemilihan diadakan terlebih dahulu sebelum PRU, ia tentu saja akan menjadi keadaan terpaling sukar bagi Tok Mat untuk mempertahankan jawatannya.

Bila sudah gagal mempertahankan jawatan, biasanya peluang untuk bertanding dalam PRU15 selepas itu pun jadi bertambah sukar lagi.

Untuk selamat dan mudah mendapat tempat sebagai calon, maka mestilah diusahakan agar PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti atau ketika masih ada jawatan dalam parti.

Iyalah…takkan Timbalan Presiden tak diberi kerusi untuk bertanding?

Apa pun, dengan kenyataan ini bolehlah diucapkan syabas kepada Tok Mat kerana nampaknya tidak berselindung lagi dalam memikirkan kepentingan diri dan kerusi buat dirinya sendiri. – ShahbudinHusin 11/05/2022.



[LIVE] Siapa layak bersama Anwar?


[LIVE] Siapa layak bersama Anwar? Pemilihan jawatan PKR pada tahun ini akan dilihat sebagai petunjuk kepada siapakah yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan parti itu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berani Semuka yang menemukan Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli ini bakal menjadi pentas untuk menguji kredibiliti kedua-dua calon berkenaan dalam mengemukakan hujah berkenaan isu semasa dan juga soal masa depan PKR. Saksikan pertembungan hebat ini di semua platform digital Sinar Harian. #BeraniSemuka #SinarHarian

[LANGSUNG] Debat Ketua AMK, Adam Adli vs Fahmi Zainol I 10 Mei 2022


Adam Adli dan Fahmi Zainol, bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Apakah idea mereka untuk anak muda, bukan hanya dalam PKR tapi untuk Malaysia? Saksikan hujah-hujah mereka dalam debat di antara kedua-dua calon Ketua AMK itu secara eksklusif di Astro AWANI

Mansuh hutang PTPTN janji PAS, bukan PH, kata Nazmi. Umno yang syorkan.

 


JANGAN TAKAT HUTANG PTPTN..TU SIKIT JA JANJI...5 HARI SAJA PAS PERINTAH SEMUA SELESAI...KATA PIMPINAN AS....ARAK,JUDI,LAINLIAN  SEMUA AKAN DIHAPUSKAN. BILA DUDUK DALAM KERAJAAN . JUDI YANG PH TURUNKAN DARI 8 KALI , SEKUTU PAS NAIK KAN SEMULA 22 KALI, PAS BUAT BUAT TAK NAMPAK...HANGPA PERCAYA LAGI KA PAK LEBAI CAKAP MACAM MACAM.KAH..KAH...LEBAI ...LEBAI....



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi
 Dusuki sepatutnya menuding jari berkaitan janji pemansuhan hutang
 PTPTN kepada PAS.

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak dakwaan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya yang lalu (PRU14) adalah kerana janjinya untuk menghapuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau memberi maklum balas itu susulan kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa ramai yang termakan “pembohongan” PH untuk menghapuskan hutang pelajar terbabit.

Dalam catatan Facebook hari ini, Nazmi berkata, PAS yang membuat janji sedemikian.

“Jika Asyraf ingin menuding jari berkaitan pemansuhan (hutang) PTPTN, adalah lebih baik kemarahan itu dihalakan kepada PAS, yang kini berada dalam kerajaan pusat lebih lama daripada PH.

“Andainya Asyraf mengkaji perbandingan manifesto PRU14, sudah pasti dia menemui janji PAS untuk memansuhkan terus hutang PTPTN,” katanya.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu menegaskan, satu-satunya janji yang pernah dibuat oleh PH adalah untuk menangguhkan pembayaran sehingga graduan memperoleh pendapatan bulanan RM4,000.

“Kita mengerti PTPTN merupakan bebanan untuk graduan, lebih-lebih di Malaysia masalah gaji permulaan graduan yang rendah masih berlaku,” katanya.

Menurutnya, individu yang harus bertanggungjawab berhubung isu hutang PTPTN ialah pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, memandangkan beliau dilantik sejak PH mengambil alih pentadbiran.

“Bagi PH, orang paling utama yang perlu bertanggungjawab dalam isu ini adalah Wan Saiful Wan Jan, memandangkan beliau diberikan amanah sejak zaman PH hingga ke hari ini sebagai pengerusi PTPTN.

“Malangnya, bermula dari zaman PH sehingga ke hari ini, Wan Saiful dan pasukannya belum datang dengan kaedah pembayaran yang mampu membantu para graduan,” tambahnya.

(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...