Wee Ka Siong Jangan Cakap Kosong


A.KEDIR JASIN

1. Untuk bacaan, peringatan dan cabaran Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang baru-baru mencanangkan kehebatan masa depan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
2. Saya telah menulis memberi amaran bahawa ECRL akan menjadi seperti projek-projek raksasa lain yang indah khabar daripada rupa kerana budaya penyelenggaraan yang hambar.
3. Manifestasi ketidakpedulian kepada "maintenance culture" ini adalah mutu perkhidmatan rangkaian pengangkutan awam di bawah kelolaan Prasarana Malaysia Berhad. Perkhidmatannya kerap tergendala, seperti dalam laporan di bawah, dan aset-asetnya tidak tahan lama.
4. Terlintas di fikirkan kemungkinan hal ini disengajakan untuk memaksa lebih banyak pembelian baru supaya dengan itu wujudlah peluang melakukan konspirasi bagi memperoleh imbuhan haram (kickback).
5. Kemerosatan mutu perkhidmatan ini mungkin telah menular ke dalam sektor swasta seperti yang dimanifestasikan oleh semakin banyak aduan mengenai kegagalan Air Asia menepati jadual penerbangannya.
6. Harap-harap Wee Ka Siong tidak tergolong dalam kumpulan "Menteri MGB" yang macam kata dialog filem Almarhum P Ramlee, masuk angin keluar asap. Mohon jangan bazirkan duit pembayar cukai.

No comments: