LORRRR....TAK MALU KAH...BUKAN UMNO KATA TAK MAU DAH KA DENGAN PAS.PEMBOHONG DEMI KUASA DAN JAWATAN KOT

 

PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno, kata mursyidul am



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Hashim Jasin berkata, rugi sekiranya hubungan PAS dan Umno tidak dipertahankan kerana Muafakat Nasional merupakan formula terbaik untuk menghadapi PRU15. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, parti itu tidak bersedia memutuskan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional yang disifatkan sebagai formula terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, rugi sekiranya hubungan itu tidak dipertahankan, oleh itu beliau mengingatkan Umno supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.Beliau berkata, salah satu fasal dalam piagam itu menyebut, jika berlaku sebarang perselisihan atau salah faham antara kedua-kedua parti itu, kembalilah merujuk al-Quran sebagai rujukan bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

“Kita tidak pernah putus dengan Umno dan sentiasa menghormati perjanjian yang termeterai di dalam piagam MN. PAS tidak sedia untuk putus dengan Umno dan berharap sebarang perselisihan dapat diselesaikan.

“Sebaik-baiknya kembalilah kepada penyatuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini dan janganlah berpecah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilapor menyifatkan penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan PAS dan Umno sebagai formula terbaik.

Katanya, penyatuan itu tidak terhad kepada parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan atau individu yang mempunyai matlamat sama, iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

Namun, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu berkata, kerjasama parti itu dengan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang PRU15.

Ini kerana, katanya, parti itu sudah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN, namun ia tidak disepakati.

No comments: