KALAU WALAUN KECIK NI BOLEH FITNAH PM DAN YDPA... BAYANGKAN LAH YANG LAIN.....
Aman Muhammad
siapakah dia?
dia diutuskan oleh PAS untuk menanam kebencian kepada Islam dan Raja-raja Melayu.
:)
HANG INGAT, HANG SEDEKAH FATIHAH KAT ARWAH DIA...
W Faudzin
Hang plak yang tahu orang lupa ke tak. Kalau hang ingat kat dia, sedekah lah Al Fatihah ke apa2 ke kat dia, bukan menulis dlm FB. Org lain yg ingat kat Daim, takkan nak bgtahu hang. Aku pun tersangatlah ingat kat Daim hang tau tak? Kat hang pun aku ingatttt sangat !!
ROSMOH BEBAS PERTUDUHAN
Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor, hari ini dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram.
Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Selain 12 pertuduhan tersebut, Rosmah juga berdepan dengan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri antara 2013 hingga 2018.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
Apa lagi bila Presiden Pas Abdul Hadi Awang cuba mengelak daripada mengulas peletakan jawatan Samsuri itu dengan alasan beliau tidak berapa sihat ketika diekori para wartawan selepas memberi kuliah.
Keadaan ini menjadikan ia seperti ada sesuatu yang hendak disembunyikan.
Agak pelik sedikit kenapa tiba-tiba presiden Pas senyap atau pun loket untuk memberi ulasan, selalunya sambil duduk pun (kalau tak sihat) beliau akan memberi ulasan, apa lagi perkara itu dilihat satu kejadian yang sedang mendapat perhatian di peringkat nasional yang perlu segera dituntaskan. Apa lagi Hadi selalunya pantang disuakan mikrofon, maka akan keluarlah nama-nama binatang emoji politiknya.
Peletakan jawatan itu dilihat serius apabila sebelum Samsuri umum lepas jawatan, berlaku sedikit perkara diluar dugaan bila mana nama Takiyuddin Hassan tidak diumum sebagai Setiausaha Agung PN seperti dijanjikan. Sebelum ini Pas sudah mencadangkan agar jawatan itu diberikan kepada mereka, dan nama disebut ialah Taikyuddin. Pas beri alasan untuk Takiyuddin menjabat jawatan itu berdasarkan pengalaman dan senioritinya dalam politik.
Bukan itu sahaja, Samsuri pula dalam memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan itu menyatakan tindakannya tepat dan sesuai pada masanya. Pernyataan ini jelas bahawa peletakan jawatan itu bukan atas sukarela tetapi atau ada maksud tersirat. Dalam pada itu beliau memberi tahu peletakan jawatan itu akan diuruskan oleh parti.Ketika mentafsir tindakan Samsuri itu saya membuat catatan dalam Facebook mengatakan tentu ada arahan dari pemimpin dengan tindakan itu. Saya tidak yakin kalau ia pandai-pandai Samsuri kerana PN adalah sebuah pakatan atau gabungan bersama Pas dengan Bersatu dan Gerakan yang ghairah untuk menawan Malaysia.
Dalam Pas menanti harapan itu dipenuhi tiba-tiba nama Azmin Ali yang diumum oleh Mahiaddin Yassin ketika PN mengadakan mesyuarat tertinggi mereka. Justeru khalayak melihat peletakan jawatan Samsuri selepas dua hari mesyuarat itu sebagai satu protes kepada apa yang tidak berlaku itu.
Bertolak dari situ maka timbul berbagai spekulasi dan telahan, tetapi semuanya tidak dibuktikan dengan tepat dan betul apa yang sedang berlaku dalam PN dan dengan keputusan Samsuri itu. Lantas isu Samsuri itu seperti mati begitu sahaja apabila khalayak digemparkan pula dengan cerita Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hendak menyertai PKR. Isu politik cepat berlalu, jika kita tidak fokus ia akan terlepas begitu sahaja. Pas mengira, begitu akan jadi dengan isu Samsuri ditelan oleh isu Zafrul.
Tetapi tidak begitu rupanya. Peletakan jawatan Bendahari Agung PN oleh Samsuri itu ada cerita lain diseblik itu dan ia merupakan isu yang meretakkan hubungan jiwa dalam PN. Ada orang kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku, malahan ada yang demam masih belum kebah. Maka benarlah apa yang saya tafsirkan itu.
Khabarnya peletakan Samsuri itu atas arahan pucuk pimpinan merupakan satu protes. Sebenarnya selain Samsuri ada lagi penjawat jawatan dalam PN daripada Pas yang ingin ikut serta untuk meletak jawatan, tetapi ia dilarang. Penjawat itu dibenarkan berada dalam PN atas maslahat tertentu, mungkin buat sementara.
Disini nampak jelas bahawa kejadian sehingga Samsuri meletak jawatan itu telah melukai hati Pas. Apa yang boleh difahami kesan daripada itu menyebabkan berlaku keretakan dalam PN ketika ini yang belum ada penawar untuk menyembuhnya. Khabarnya beberapa bomoh dan pawang telah dipanggil untuk menenangkan jiwa Pas yang berombak itu.
Apa yangilankan dan mengecewakan Pas, saya difahamkan oleh satu sumber malam tadi, katanya sebelum PN mengadakan mesyuarat tertinggi mereka, sudah diadakan suatu pertemuan diantara pemimpin Pas dengan Bersatu ikut sama Mahiaddin sebagai pengerusi PN, dimana dalam pertemuan itu Pas mencadangkan nama Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung PN, dan ianya telah dipersetujui oleh Mahiaddin.
Tetapi apabila masuk dalam mesyuarat Mahiaddin mengumumkan senarai enam nama-nama pimpinan tertinggi PN yang tersedia diatas mejanya. Dalam senarai itu nama Takiyuddin tidak ada diganti dengan nama Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung.
Kekhilafan inilah menjadi punca kenapa Pas terasa hati dan memberi signal kepada Bersatu dengan mengarahkan Samsuri melepas jawatan Bendahari Agung. Bersambung. [wm.kl.9:43 am 19/12/2024]
LOCEH LUKU SEDAIH
Dia minta maaf di TikTok setelah dapat 2 juta views tetapi sudah terlambat.
Inilah jadinya bila berkawan denga PAS. Ahaks.
*************
Kuala Lumpur: Polis menahan pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik di akaun berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan dibuat susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang dimuat naik.
"Semalam pada jam 4.30 petang pengadu melihat satu kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun @ryanwong_5845 di aplikasi TikTok.
ADVERTISING
"Kandungan berkenaan mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, polis turut merampas satu telefon pintar jenis Galaxy Z Flip 5.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
"Siasatan masih diteruskan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya.
NAK UNTUNG
Nazri Hamdan
Antara dua faktor utama yang akan pengaruhi sistem APM dalam pergerakan harga petrol dan diesel adalah kadar tukaran dan MOPS (mean of platts Singapore).
Memang betul lately Ringgit alami kejatuhan. Tapi secara overall setakat Nov 2024 Ringgit naik nilai sebanyak 2.8% againts USD.
Normal, bila rugi orang akan bising. Tapi kalau kita terbalikkan keadaan, macam mana bila diesel dibeli dengan harga rendah tapi dijual pada harga tinggi since ia bergerak pada harga pasaran? Masa tu bising tak?
Masa untung senyap-senyap, bila time rugi orang akan bising. Memang normal.
So lepas ni, bermaksud semua orang yang nak berniaga stesen minyak memang kena alert pasal resiko perniagaan ni tatkala kita bergerak menggunakan harga pasaran.
Tak boleh expect semua perniagaan akan menjanjikan keuntungan. Ada time akan rugi.
DIA TAK CERDIK
𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 ni tak sedar diri. Dia budak mentah yang ada 𝘻𝘦𝘳𝘰 𝘬𝘯𝘰𝘸𝘭𝘦𝘥𝘨𝘦 dalam serba serbi melainkan buat benda bodoh dan kecoh yang tak patut dibuat oleh seorang MP. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 ada hati nak komen tentang hal ASEAN.
𝘔𝘦𝘯𝘨𝘢𝘱𝘢 𝘗𝘔 𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘛𝘩𝘢𝘬𝘴𝘪𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘬𝘢𝘳? Cuba 𝘥𝘦𝘧𝘪𝘯𝘦 pakar tu apa. Mengikut 𝗞𝗮𝗺𝘂𝘀 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻, pekar ertinya orang yang ahli, pandai sekali. Kalau orang tu punyai pengalaman atau 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 buat sesuatu, itu dah boleh dikatakan pakar.
Contoh macam 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴. Cukup hebat gunakan 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗶𝗾 𝗵𝗮𝗶𝘄𝗮𝗻 untuk menghina musuhnya. Maka kita boleh gelar dia 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗶𝘄𝗮𝗻. Macam 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶, pandai belit, pandai maki orang. Kita boleh panggil dia 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁 dan 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗺𝗮𝗸𝗶.
Eh ada lagi. Mastura pun kita boleh kata 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 sebab dia sekali fitnah 3 orang dan sekali 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗥𝗠825𝗸. Kira pakar la tu sebab dia ada pengalaman memfitnah dan kalah saman fitnah. Apa yang susahnya?
Thaksin berpengalaman dalam pentadbiran, bahkan pernah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡, takkan tak pakar lagi? Dah terbukti masa dia mentadbir Thailand dulu, ekonomi negara itu 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿. Bukan macam Sanusi, Samsuri malahan Hadi sendiri jadi MB. 𝗥𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶.
Lagi pun jawatan tu 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶. Bila tak rasmi ertinya tak ada elaun. Dan lebih penting, tak ada kuasa. Ianya lebih kepada penghargaan atas pengalaman. Dan yang lebih penting, 𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 antara Malaysia dan Thailand.
Sudah tentu pengumuman DS Anwar menjadi sesuatu yang boleh Thailand banggakan. Itulah seni politik. Lebai mana tahu soal 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶. Lebai cuma tahu 𝗺𝗮𝗸𝗶 𝗵𝗮𝗺𝘂𝗻, 𝗱𝗼𝗮 𝗹𝗮𝗸𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Lebai mana reti diplomasi.
Budak mentah ni persoalkan DS Anwar lantik seorang berpengalaman seperti Thaksin sebagai penasihat. Tapi dia lupa ke 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 dulu 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗣𝗲𝗷𝗮 sebagai penasihat. Orang yang jadi MB pun kena buang. Dah tu 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝘁𝘂.
Perlantikan Peja masa tu menjejaskan negara secara langsung tapi lebai ni jadi 𝗯𝗶𝘀𝘂, 𝗯𝘂𝘁𝗮, 𝗽𝗲𝗸𝗮𝗸. Yang ini tak ada kena mengena dengan negara pun, dia boleh nak melalak. Nampak sangat hipokrasi lebai ni. 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁. Begitulah.
Mudah cerita, dari segi kepandaian, macam langit dan bumi antara DS Anwar dan Fadhli ni. Atau lebih tepat, macam 𝗽𝗹𝘂𝘁𝗼 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗺𝗶. Fadhli terlalu dungu jika nak dibandingkan dengan DS Anwar. Jadi sedarlah diri tu kalau nak buat isu.
Ada lebih baik Fadhli ambil 𝘁𝘂𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 dulu. Tak malu ke jadi MP tapi nak buat perbandingan nombor pun tak reti? Akhir sekali, 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠? Tak berani tunjuk ke? Guane boh?
Raja Gelap II
.
KENAPA NAK GELABAH BEWAK
Teringat satu 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸.
Kisah seorang bapa yang ada tiga orang anak. Yang pertama doktor. Yang kedua, jurutera. Tapi yang ketiga perompak.
Jadi kawan dia pun tanya, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗷𝗲 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗶𝗮 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁? Si ayah tu pun jawab; 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗶𝗹 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮. Kalau halau, susahlah dia.
Hari ini, melihat kepada situasi politik semasa, ramai yang berpendirian seperti si bapa di atas. Tak mahu seorang pemimpin yang 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 dan 𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 dikenakan hukuman.
Alasan? Sebab dia berjasa kepada negara. Tapi ramai tak sedar, jasa tak patut dilupa tapi 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻.
Sebelum ni Najib. Ramai 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 yang ungkit-ungkit pemberian Najib untuk tutup penyelewengan yang dia buat. Itu tak betul. Banyak mana pun bantuan yang dia pernah beri, bila 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, 𝗱𝗶𝗮 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.
Sekarang ni 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 pula. Sampaikan orang yang sebelum ni sibuk suruh tangkap 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 pun, muncul je nama Mahathir, tiba-tiba suruh lepaskan.
Mana pergi 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 mereka sebagai manusia dan 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻? Sedangkan yang Nabi ﷺ ajarkan, sekiranya anak Baginda, 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗿.𝗮𝗻𝗵𝗮 sendiri yang mencuri, akan dipotong tangannya.
Lagi pun dalam kes ini, Mahathir belum lagi didapati bersalah. Didakwa pun belum. Bahkan 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 pun rasanya 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁. RCI cuma 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 agak laporan polis dibuat.
Untuk apa? Supaya siasatan boleh dibuat. Kalau betul ada unsur khianat, barulah Mahathir akan didakwa. Kalau siasatan polis tak dapati apa-apa yang tak betul, lepaslah Mahathir. Nak dakwa apanya?
Dan kalau didakwa pun, Mahathir akan diberi 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶. Prosesnya jauh lagi, rumit dan akan memakan masa yang panjang. Yang tiba-tiba semua menggelupur ni kenapa?
Pendapat aku, semua yang bising ni sebenarnya 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Sebab tu mereka takut. Sebab mereka rasa kalau lapor polis je, sudah pasti Mahathir akan didapati bersalah.
Secara peribadi, walaupun aku rasa keputusan yang Mahathir buat tu 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽, 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁. Melainkan kalau dapat buktikan dia ada terima apa-apa ganjaran daripada pihak luar.
Jadi tenang je. Sepatutnya orang yang yakin Mahathir tak bersalah, diam-diam je. Biar polis buat siasatan. Kalau tak dapat dibuktikan, kan nama Mahathir juga yang akan harum nanti. 𝗚𝗲𝗹𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗮𝘄𝗮𝗸 tu kenapa? Guane boh?
Raja Gelap II
.
BACA KENYATAAN MAHAZALIM BERKAITAN PULAU BATU PUTIH
Cuba baca kenyataan Mahathir berkenaan isu Pulau Batu Puteh. Katanya, 17 Mei 2018 dia diberi 𝘁𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 berkenaan isu itu oleh 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.
Daripada 17 Mei hingga 21 Mei 2018 tu, dia 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 dengan sesiapa pun berkenaan isu ni kerana 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗸𝗹𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗢𝗦𝗔. Dia yang kata ni.
Surat untuk tak teruskan permohonan rayuan tu diutus pada 21 Mei. Tak cukup jelas ke yang 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶? Nak belit apa lagi? Guane boh?
Raja Gelap II
.
PMX MAKAN DENGAN CUVU
Usai acara di DBP, saya sempat melayani cucu-cucu yang kelaparan sebelum pulang ke rumah. Teringat bait lagu ‘Nyanyian Serambi’ oleh paparock Ramli Sarip sebentar tadi, “keluar pagi balik petang, adakala sampai malam; cari rezeki bawa pulang, buat orang yang tersayang…”.