PN mencari penawar untuk pulih keretakan


ULASAN

Melepas jawatan tepat pada masa sesuai
pada kerika, kata Sams
 










Perletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh Ahmad Samsuri Mokhtar masih diperkatakan. Rata-rata pemerhati politik atau mereka yang faham dan tahu baca aura politik tidak mudah untuk mengatakan apa yang berlaku itu perkara biasa. Ia tentu ada sebab musababnya.

Apa lagi bila Presiden Pas Abdul Hadi Awang cuba mengelak daripada mengulas peletakan jawatan Samsuri itu dengan alasan beliau tidak berapa sihat ketika diekori para wartawan selepas memberi kuliah. 

Keadaan ini menjadikan ia seperti ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Agak pelik sedikit kenapa tiba-tiba presiden Pas senyap atau pun loket untuk memberi ulasan, selalunya sambil duduk pun (kalau tak sihat) beliau akan memberi ulasan, apa lagi perkara itu dilihat satu kejadian yang sedang mendapat perhatian di peringkat nasional yang perlu segera dituntaskan. Apa lagi Hadi selalunya pantang disuakan mikrofon, maka akan keluarlah nama-nama binatang emoji politiknya.

Peletakan jawatan itu dilihat serius apabila sebelum Samsuri umum lepas jawatan, berlaku sedikit perkara diluar dugaan bila mana nama Takiyuddin Hassan tidak diumum sebagai Setiausaha Agung PN seperti dijanjikan. Sebelum ini Pas sudah mencadangkan agar jawatan itu diberikan kepada mereka, dan nama disebut ialah Taikyuddin. Pas beri alasan untuk Takiyuddin menjabat jawatan itu berdasarkan pengalaman dan senioritinya dalam politik.

Bukan itu sahaja, Samsuri pula dalam memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan itu menyatakan tindakannya tepat dan sesuai pada masanya. Pernyataan ini jelas bahawa peletakan jawatan itu bukan atas sukarela tetapi atau ada maksud tersirat. Dalam pada itu beliau memberi tahu peletakan jawatan itu akan diuruskan oleh parti.

Ketika mentafsir tindakan Samsuri itu saya membuat catatan dalam Facebook mengatakan tentu ada arahan dari pemimpin dengan tindakan itu. Saya tidak yakin kalau ia pandai-pandai Samsuri kerana PN adalah sebuah pakatan atau gabungan bersama Pas dengan Bersatu dan Gerakan yang ghairah untuk menawan Malaysia.

Dalam Pas menanti harapan itu dipenuhi tiba-tiba nama Azmin Ali yang diumum oleh Mahiaddin Yassin ketika PN mengadakan mesyuarat tertinggi mereka. Justeru khalayak melihat peletakan jawatan Samsuri selepas dua hari mesyuarat itu sebagai satu protes kepada apa yang tidak berlaku itu.

Bertolak dari situ maka timbul berbagai spekulasi dan telahan, tetapi semuanya tidak dibuktikan dengan tepat dan betul apa yang sedang berlaku dalam PN dan dengan keputusan Samsuri itu. Lantas isu Samsuri itu seperti mati begitu sahaja apabila khalayak digemparkan pula dengan cerita Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hendak menyertai PKR. Isu politik cepat berlalu, jika kita tidak fokus ia akan terlepas begitu sahaja. Pas mengira, begitu akan jadi dengan isu Samsuri ditelan oleh isu Zafrul.

Tetapi tidak begitu rupanya. Peletakan jawatan Bendahari Agung PN oleh Samsuri itu ada cerita lain diseblik itu dan ia merupakan isu yang meretakkan hubungan jiwa dalam PN. Ada orang kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku, malahan ada yang demam masih belum kebah. Maka benarlah apa yang saya tafsirkan itu. 

Khabarnya peletakan Samsuri itu atas arahan pucuk pimpinan merupakan satu protes. Sebenarnya selain Samsuri ada lagi penjawat jawatan dalam PN daripada Pas yang ingin ikut serta untuk meletak jawatan, tetapi ia dilarang. Penjawat itu dibenarkan berada dalam PN atas maslahat tertentu, mungkin buat sementara. 

Disini nampak jelas bahawa kejadian sehingga Samsuri meletak jawatan itu telah melukai hati Pas. Apa yang boleh difahami kesan daripada itu menyebabkan berlaku keretakan dalam PN ketika ini yang belum ada penawar untuk menyembuhnya. Khabarnya beberapa bomoh dan pawang telah dipanggil untuk menenangkan jiwa Pas yang berombak itu.

Apa yangilankan dan mengecewakan Pas, saya difahamkan oleh satu sumber malam tadi, katanya sebelum PN mengadakan mesyuarat tertinggi mereka, sudah diadakan suatu pertemuan diantara pemimpin Pas dengan Bersatu ikut sama Mahiaddin sebagai pengerusi PN, dimana dalam pertemuan itu Pas mencadangkan nama Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung PN, dan ianya telah dipersetujui oleh Mahiaddin. 

Tetapi apabila masuk dalam mesyuarat Mahiaddin mengumumkan senarai enam nama-nama pimpinan tertinggi PN yang tersedia diatas mejanya. Dalam senarai itu nama Takiyuddin tidak ada diganti dengan nama Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung. 

Kekhilafan inilah menjadi punca kenapa Pas terasa hati dan memberi signal kepada Bersatu dengan mengarahkan Samsuri melepas jawatan Bendahari Agung. Bersambung[wm.kl.9:43 am 19/12/2024]