KENAPA NAK GELABAH BEWAK



 Teringat satu 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸.


Kisah seorang bapa yang ada tiga orang anak. Yang pertama doktor. Yang kedua, jurutera. Tapi yang ketiga perompak.


Jadi kawan dia pun tanya, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗷𝗲 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗶𝗮 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁? Si ayah tu pun jawab; 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗶𝗹 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮. Kalau halau, susahlah dia.


Hari ini, melihat kepada situasi politik semasa, ramai yang berpendirian seperti si bapa di atas. Tak mahu seorang pemimpin yang 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 dan 𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 dikenakan hukuman.


Alasan? Sebab dia berjasa kepada negara. Tapi ramai tak sedar, jasa tak patut dilupa tapi 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻.


Sebelum ni Najib. Ramai 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 yang ungkit-ungkit pemberian Najib untuk tutup penyelewengan yang dia buat. Itu tak betul. Banyak mana pun bantuan yang dia pernah beri, bila 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, 𝗱𝗶𝗮 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.


Sekarang ni 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 pula. Sampaikan orang yang sebelum ni sibuk suruh tangkap 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 pun, muncul je nama Mahathir, tiba-tiba suruh lepaskan.


Mana pergi 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 mereka sebagai manusia dan 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻? Sedangkan yang Nabi ﷺ ajarkan, sekiranya anak Baginda, 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗿.𝗮𝗻𝗵𝗮 sendiri yang mencuri, akan dipotong tangannya.


Lagi pun dalam kes ini, Mahathir belum lagi didapati bersalah. Didakwa pun belum. Bahkan 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 pun rasanya 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁. RCI cuma 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 agak laporan polis dibuat.


Untuk apa? Supaya siasatan boleh dibuat. Kalau betul ada unsur khianat, barulah Mahathir akan didakwa. Kalau siasatan polis tak dapati apa-apa yang tak betul, lepaslah Mahathir. Nak dakwa apanya?


Dan kalau didakwa pun, Mahathir akan diberi 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶. Prosesnya jauh lagi, rumit dan akan memakan masa yang panjang. Yang tiba-tiba semua menggelupur ni kenapa?


Pendapat aku, semua yang bising ni sebenarnya 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Sebab tu mereka takut. Sebab mereka rasa kalau lapor polis je, sudah pasti Mahathir akan didapati bersalah.


Secara peribadi, walaupun aku rasa keputusan yang Mahathir buat tu 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽, 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁. Melainkan kalau dapat buktikan dia ada terima apa-apa ganjaran daripada pihak luar.


Jadi tenang je. Sepatutnya orang yang yakin Mahathir tak bersalah, diam-diam je. Biar polis buat siasatan. Kalau tak dapat dibuktikan, kan nama Mahathir juga yang akan harum nanti. 𝗚𝗲𝗹𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗮𝘄𝗮𝗸 tu kenapa? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.