HIMPUNAN SOKONG TGNA DI DATARAN ILMU



EUROFIGHTER DAN GRIPEN GANTI MIG??









''Ada dua pihak yang telah tawarkan pembelian MIG ini. Dengan penjualan kesemua 16 unit pesawat berkenaan kerajaan akan menjimatkan kos penyelenggaraan yang bernilai RM260 juta setahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan merancang untuk menjual pesawat MiG-29N secara berperingkat iaitu sebanyak 10 unit pada pertengahan tahun depan manakala bakinya pada akhir tahun depan.
Mengenai penggantian pesawat itu, beliau memberitahu, kerajaan memberi pertimbangan utama untuk membeli pesawat tempur pelbagai guna (MRCA).
Namun, kata beliau, semua aset baru yang hendak dibeli adalah berdasarkan pada kemampuan kewangan kerajaan termasuk pemindahan teknologi dan latihan dalam pakej yang ditawarkan nanti.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan Malaysia telah memulakan perbincangan dengan syarikat pengeluar pesawat tempur Gripen, keluaran SAAB dari Sweden sejak enam bulan lalu.
Langkah itu dilihat mempunyai kaitan dengan penggantian jet MiG-29N manakala BAE Systems Asia Pasifik turut menyatakan kesediaan pihaknya membekalkan pesawat tempur 'Eurofighter Typhoon' bagi tujuan penggantian pesawat berkenaan.


PEMBELIAN PERALATAN MENANDAKAN BAHAWA PILIHANRAYA AKAN TIBA DALAM JANGKAMASA 2 TAHUN