UMNO SEBENARNYA SEJAK 2018 GAGAL ADAKAN PEMILIHAN PARTI

 

JAMZURI ARDANI






Tok Mat kata pemilihan Umno hanya akan dibuat 6 bulan selepas PRU15. Ok ... itu game politik dalaman Umno ... saya tak nak campur.

Lepas tu Tok Mat kata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkenaan penangguhan pemilihan tersebut. Umno sebenarnya telah gagal mengadakan pemilihan parti sejak tahun 2018 dan ini sudah melanggar perlembagaan parti dan peraturan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Sepatutnya Umno sudah boleh dibatalkan pendaftarannya oleh kerajaan.

Tok Mat juga bagitau beliau bimbang Jabatan Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan lagi pemilihan parti kerana katanya menteri yang jaga Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah bukan dari Umno.

Depan-depan khalayak dia tak malu nak bagitau bahawa kalau menteri itu dari Umno, undang-undang boleh tolak tepi demi kehendak pemimpin parti.

Demikianlah Umno!

 

KENAPA UNDIR DIRI

 

MOHD AZIZI ABD AZIZ


Kenyataan Rafizi mengapa beliau mengundur diri sementara dari politik ketika itu yang patut rakyat tahu hal sebenar. Bukan dari fitnah yang dicuba disebarkan pihak lawan.

Sejak 2019, saya telah menyuarakan pandangan yang tidak bersetuju dengan kegilaan membentuk gabungan (dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sentimen rakyat) demi untuk mendapat kuasa. Suara saya menjadi suara minoriti di kalangan pimpinan PKR, apatah lagi di kalangan PH.

Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju.

Jika saya kekal, maka saya perlu menyokong keputusan itu. Jika saya tidak menyokong, saya tidak boleh kekal menjadi sebahagian dari pimpinan. Ini adalah asas utama prinsip pertanggungjawaban (“accountability”).

Sebab itu, saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan PKR dan PH memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara.

Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran PH dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU ke-15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat).

Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaksuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan PKR dan PH dari rakyat.

Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69.

Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi.

Saya terus mendapat desakan dari pendukung PKR dan PH dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik. Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan PKR dan PH.

Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga PKR dan PH nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika PKR dan PH ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat.

Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian-penyelesaian yang masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka memilih PKR dan PH.

Usaha menambat hati rakyat seperti ini lebih memenatkan berbanding berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik. Sebab itu saya faham kenapa lebih mudah untuk memilih jalan bergabung politik dari menambat hati rakyat.

Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa PKR dan PH telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas Umno/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Saya menganggotai PKR sejak 1999 kerana saya yakin masa depan Malaysia adalah satu masa depan yang progresif, berbilang bangsa dengan citra idea yang pelbagai.

Sumbangan saya dalam menubuhkan PH dalam tahun 2015 bukanlah semata-mata demi kemenangan dalam pilihan raya. Saya bertekad memastikan politik progresif pelbagai bangsa di negara ini dapat dipertahankan ketika itu.

Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika PKR dan PH terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang.

RAFIZI RAMLI merupakan bekas ahli parlimen Pandan.

 

ANWAR HADIRI KOGRESS DAP

 

Hadiri Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Shah Alam, Selangor pagi ini.

KEADILAN bersama DAP, AMANAH dan UPKO akan terus memantapkan Pakatan Harapan.
Turut sampaikan penghargaan buat saudara Lim Kit Siang yang membuat keputusan untuk bersara dari politik setelah puluhan tahun berjuang.
Terima kasih atas pengorbanan saudara selama ini.


Loke Setiausaha Agung DAP yang baharu

 

Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung DAP.

SHAH ALAM: Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hari ini.

Guan Eng yang memegang jawatan itu selama tiga penggal melepaskannya selaras peruntukan dalam perlembagaan parti.

Beliau yang kini berusia 61 tahun, menjawat jawatan itu selama 18 tahun dipilih sebagai Pengerusi DAP.

Sembilan ahli wanita turut dipilih selaras pindaan dalam perlembagaan parti yang menetapkan kuota 30% untuk golongan itu dalam CEC.

Mereka ialah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Hannah Yeoh (Segambut), Teo Nie Ching (Kulai), Kasthuri Patto (Batu Kawan), Wong Shu Qi (Kluang) dan Alice Lau (Lanang).

Selain itu, ADUN Ketari Young Syefura Othman, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang dan Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying.

Sebelum ini Teresa, Teo dan Lasimbang berada dalam senarai CEC.

Seramai 4,149 perwakilan membuang undi secara fizikal di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, memilih 93 calon yang bertanding untuk merebut 30 kerusi dalam CEC DAP.

SEMOGA MENJADI NYATA

 

W.FAUDZIN

InsyaAllah, impianku bakal menjadi nyata. Doakan agar terbuka hatinya untuk membawa hasrat akar umbi. Dia ada idea, dia berikan kpd parti tanpa disorok atau ditangguh. Pernah tewas dlm pertandingan Timbalan Presiden, beliau terus bersama parti, tidak merajuk jauh sekali berehat. Kini, tiba masanya dia muncul sebagai pimpinan kedua untuk mempertahankan Presiden.


HUSAM MUSA- DARI MANA KAMU PEROLEHI KAIN JUBAHMU







 

Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King -

'...Dari Mana Kain Jubahmu Diperolehi...?'

Bolehkah Rakyat Kelantan tahu - jumlah keluasan dan senarai syarikat atau orang perseorangan yang telah diluluskan tanah untuk penanaman durian Musang King?

Seperti biasa - pertanyaan dan rasa ingin tahu seperti ini boleh dilayan atau tidak oleh MB yg terkenal suka berdiam diri dari publik.

Namun - ketelusan adalah sebahagian dari tanggung jawab se orang pemimpin mengikut Islam.

Anda sedang menguruskan harta rakyat - bukan harta anda sendiri. Rakyat wajib tahu.

Dulu popular penceramah sebut - Sayyidina Omar semasa jadi Khalifah telah ditanya ketika baginda berkhutbah - 'dari mana kain jubah mu diperolehi'?

Husam Musa

20 Mac 2022

 

WAN AZIZAH HADIRI KONGRESS DAP

 

Menghadiri Kongres Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) ke-17 sekaligus memberi penghargaan kepada Saudara Lim Kit Siang yang telah mengumumkan persaraan beliau setelah hampir 60 tahun berkecimpung dalam politik.
Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan, Saudara Lim Kit Siang !

Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

 

Kalau nak kata pemimpin muda, inilah orangnya. Walaupun masing-masing berumur awal 40an, dalam politik itulah yang dikatakan muda. Bukan yang berumur 20an. Itu bukan muda tapi bayi yang baru nak belajar berjalan.

Kalau dalam bolasepak, usia seperti mereka seperti adalah pemain pasukan utama. Yang 20an macam pemain U18. Bukan kata tak pandai main. Ada juga pemain U18 yang lebih hebat daripada pemain utama. Cuma belum ada kematangan.

Bak kata Wenger, tulang masih lembut. Silap kena terjah, kaki boleh patah dan karier pun tamat awal. Ini cuma perumpamaan. Dan untuk makluman, aku bukan penyokong Arsenal.

Jadi anak muda yang nak berjinak dalam politik, kalau nak pilih ketua, merekalah orangnya. Kalau nak dijadikan contoh, merekalah juga orangnya. Kerana sudah banyak pengalaman yang mereka lalui selain punyai akal yang baik dan semangat yang kental.

Mungkin ada yang kata aku pentaksub Rafizi. Aku tak ada masalah. Sebab kalau aku taksub pun, aku taksub kepada orang yang betul. Orang yang ada track record yang baik. Bukan aku taksub kepada orang yang cuma pandai mengutuk.

Kembalinya dua insan hebat ini ke dalam politik Malaysia, merupakan sinar baharu buat rakyat terutama terhadap parti Keadilan. Mereka kembali untuk membantu presiden. Bukan untuk jatuhkan atau menandingi presiden.

Ada cakap-cakap yang menghasut ahli Keadilan untuk percaya Rafizi bertujuan untuk jatuhkan DS Anwar. Itu hanyalah kata-kata mereka yang mahu timbulkan keraguan terhadap Rafizi dengan maksud untuk gagalkan Rafizi mengambil tempat Timbalan Presiden.

Usah hirau cakap begitu. Kedua mereka sudahpun menafikannya. Apa yang pasti, kepulangan mereka sudah sedia menggegar lawan. Sudah ada yang tak tidur lena. Malah cytro mereka juga sudah mula aktif menyerang.

Bila musuh mulai bimbang, maka itulah petanda kita di landasan yang tepat. Seharusnya kedua tokoh ini diberikan sokongan yang maksima. Aku percaya imej Keadilan dan PH dapat dipulihkan dengan kehadiran mereka sekaligus bakal menarik minat ramai anak muda dan pengundi baru untuk bersama dalam perjuangan ini. Guane boh?

Raja Gelap

 

(function() { var d = document, w = window; w

CERAMAH DERITA RAKYAT

Ceramah Derita Rakyat bertempat di: Pejabat AMANAH Negeri Johor, Bandar Baru Kangkar Pulai. ( https://maps.app.goo.gl/66e3ip3KdYdy4pGi8 ) ...