JAMZURI ARDANI
Tok Mat kata pemilihan Umno hanya akan dibuat 6 bulan selepas
PRU15. Ok ... itu game politik dalaman Umno ... saya tak nak campur.
Lepas tu Tok Mat kata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkenaan penangguhan pemilihan tersebut. Umno
sebenarnya telah gagal mengadakan pemilihan parti sejak tahun 2018 dan ini
sudah melanggar perlembagaan parti dan peraturan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
Sepatutnya Umno sudah boleh dibatalkan pendaftarannya oleh kerajaan.
Tok Mat juga bagitau beliau bimbang Jabatan Pendaftar Pertubuhan
tidak meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan lagi pemilihan parti kerana
katanya menteri yang jaga Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah bukan dari Umno.
Depan-depan khalayak dia tak malu nak bagitau bahawa kalau
menteri itu dari Umno, undang-undang boleh tolak tepi demi kehendak pemimpin
parti.
Demikianlah Umno!