Kalau nak kata pemimpin muda, inilah orangnya. Walaupun
masing-masing berumur awal 40an, dalam politik itulah yang dikatakan muda.
Bukan yang berumur 20an. Itu bukan muda tapi bayi yang baru nak belajar
berjalan.
Kalau dalam bolasepak, usia seperti mereka seperti adalah pemain
pasukan utama. Yang 20an macam pemain U18. Bukan kata tak pandai main. Ada juga
pemain U18 yang lebih hebat daripada pemain utama. Cuma belum ada kematangan.
Bak kata Wenger, tulang masih lembut. Silap kena terjah, kaki
boleh patah dan karier pun tamat awal. Ini cuma perumpamaan. Dan untuk
makluman, aku bukan penyokong Arsenal.
Jadi anak muda yang nak berjinak dalam politik, kalau nak pilih
ketua, merekalah orangnya. Kalau nak dijadikan contoh, merekalah juga orangnya.
Kerana sudah banyak pengalaman yang mereka lalui selain punyai akal yang baik
dan semangat yang kental.
Mungkin ada yang kata aku pentaksub Rafizi. Aku tak ada masalah.
Sebab kalau aku taksub pun, aku taksub kepada orang yang betul. Orang yang ada
track record yang baik. Bukan aku taksub kepada orang yang cuma pandai
mengutuk.
Kembalinya dua insan hebat ini ke dalam politik Malaysia,
merupakan sinar baharu buat rakyat terutama terhadap parti Keadilan. Mereka
kembali untuk membantu presiden. Bukan untuk jatuhkan atau menandingi presiden.
Ada cakap-cakap yang menghasut ahli Keadilan untuk percaya
Rafizi bertujuan untuk jatuhkan DS Anwar. Itu hanyalah kata-kata mereka yang
mahu timbulkan keraguan terhadap Rafizi dengan maksud untuk gagalkan Rafizi
mengambil tempat Timbalan Presiden.
Usah hirau cakap begitu. Kedua mereka sudahpun menafikannya. Apa
yang pasti, kepulangan mereka sudah sedia menggegar lawan. Sudah ada yang tak
tidur lena. Malah cytro mereka juga sudah mula aktif menyerang.
Bila musuh mulai bimbang, maka itulah petanda kita di landasan
yang tepat. Seharusnya kedua tokoh ini diberikan sokongan yang maksima. Aku
percaya imej Keadilan dan PH dapat dipulihkan dengan kehadiran mereka sekaligus
bakal menarik minat ramai anak muda dan pengundi baru untuk bersama dalam
perjuangan ini. Guane boh?