A PENDAHULUAN
1. Menarik perbincangan “Terpaling Terus Terang” yang di siarkan di page Rafizi Ramli dan rakan-rakan dan juga saya siarkan langsung di channel saya di Page dengan lebih 12K penonton secara Live di page mereka dan di page dan channel saya sendiri (Iswardy Morni Official) dengan lebih 2.7K di Facebook dan 7.4K di Youtube sekaligus membuktikan bahawa pendengar dan pendokong Pakatan harapan sama ada ahli parti atau pengundi di atas pagar, dahagakan dan berharapkan kembalinya saudara Rafizi dan Nurul Izzah.
2. Saya sempat mengambil nota apa yang disebutkan oleh Rafizi dan sememangnya beliau seorang yang “brilliant” apabila meneliti dan mencerakinkan data. Saya tidak akan susun dengan susunan point dia di dalam Live, tapi saya susun dengan apa yang saya tulis. Mungkin apa yang saya faham lari dari maksud Rafizi tapi saya sebaik mungkin cuba menulis apa yang cuba disampaikan. Selain dari itu, mohon tonton video itu secara penuh.
B KEKALAHAN MELAKA, JOHOR DAN MUNGKIN PRU15
1. Dapatan yang Rafizi simpulkan dari kajian beliau mengenai melaka, kekalahan itu berlaku disebabkan undi protes. Pakatan Harapan menerima “katak-katak” dan mencalonkan mereka menjadi calon. Ini juga yang saya sebutkan dan menjadi pertuduhan di dalam Lembaga disiplin kerana saya menyebut mengenai perkara ini. Namun, apa yang saya bicarakan, telah dibenarkan oleh Saudara rafizi bahawa di Melaka itu undi protes.
2. Namun, yang menariknya, penolakan pengundi dijohor hasil kajian lebih 40,000 pengundi adalah amat berbeza. Setelah kalah teruk di Melaka, sekali lagi Pakatan Harapan dan Parti keadilan hilang punca dalam membina naratif untuk menang. Kita gagal membina dua naratif. Satu naratif bahawa kita adalah “penyelesai kepada masalah rakyat” dan yang kedua, Nampak kita terlalu “gila” untuk berkuasa sehingga kita sanggup nak bekerjasama dengan parti lain seperti MUDA dan pada waktu itu ada kedengaran seperti nak bekerjasama dengan PN.
3. Kegagalan membina naratif ini, menyebabkan rakyat tidak melihat Pakatan Harapan dan PKR sebagai satu “parti alternatif” yang wajar mereka pilih. Bagi rakyat, dari memilih PH dan PKR, baik memlih antara BN atau PN. Ia bukan lagi persoalan BN atau Pembangkang, tetapi antara BN, PN atau pembangkang lain.
4. Perkara ini, sekiranya tidak diakui sedari awal, akan menjadi barah yang akan merosakkan peluang Pakatan harapan di PRU ke 15 atau mungkin ke 16. Tanpa ada pihak yang menerangkan “punca sebenar” kepada kekalahan kita, sebagaimana seruan saya dahulu agar ada kajian dasarkan dilakukan secara kritis dan telus, membenarkan dakwaan bahawa gagal membina naratif, maka kita akan gagal memenangi hati rakyat.
5. Saya sendiri menyebut mengenai keperluan Pakatan harapan dan PKR membina naratif bahawa Pembangkang lain bukanlah pembawa agenda reformasi rakyat sebenar. Tidak ada Istilah, BN dan pembangkang-pembangkang, sebaliknya sepatutnya kita membawa naratif PH menentang BN dan PRO BN (Pemecah undi pembangkang, sama ada Warisan, Muda, Pejuang, PN dan lain-lain).
6. Kegagalan ini juga berlaku kerana kuasa media kita tidak utuh dan kukuh dalam membina naratif rakyat.
7. Maka dari kegagalan ini, kita dihukum oleh pengundi atas pagar.
C. KAJIAN MENARIK MENGENAI ISU PENGUNDI ATAS PAGAR
1. Sebagaimana Rafizi, saya sendiri juga membuat kajian lapangan mengenai isu yang dekat dengan pengundi. Dapatan dari kajian kami sama. Kajian yang saya lakukan, isu terbesar kepada rakyat ialah isu pendapatan dan ekonomi di bandar besar dan di Kawasan perkampungan kecil.
2. Dari jumlah pengundi atas pagar, hanya 9% yang terkesan dengan Isu perkauman dan termakan dengan isu tersebut. Sebaliknya sejumlah 40-50% adalah pengundi yang terkesan dengan ekonomi atau apa yang Rafizi sebut sebagai “Pengundi Ekonomi”.
3. Siapa itu “Pengundi ekonomi?” Pengundi Ekonomi adalah pengundi yang sebenarnya terkesan dengan isu ekonomi semasa dalam kehidupan mereka. Mereka tidak kisah sangat siapa yang berkuasa atau isu perkauman atau isu-isu bagi mereka remeh yang lain, kerana bagi mereka isu yang paling utama ialah persoalan “apa aku dapat makan esok hari dan bagaiman ia memberi kesan kepada kehidupan aku sendiri pada hari ini”
4. Kegagalan kita memainkan isu seperti harga barang, KWSP yang akan membebankan rakyat dalam jangka pendek dan Panjang, isu monopoli ekonomi, dan isu monopoli GLC tidak Berjaya diterjemahkan dalam Bahasa mudah yang rakyat boleh rasa dan faham bahawa “inilah punca kepada sempitnya ekonomi aku”
5. Kegagalan menterjemahkan isu rakyat ini kepada rakyat sehingga mereka boleh merasa dan terasa dengan isu tersebut, akan mengurangkan peluang Pakatan Harapan untuk membina naratif bahawa rakyat perlu perubahan.
6. Tidak ramai rakyat tahu bahawa isu harga ayam itu kerana monopoli ayam dan harga dedak makanan yang rata-rata diimport. Bagaimana negara yang boleh menghasilkan bangunan tinggi didunia, tidak mampu mencipta dan membuat makanan ternakan mereka sendiri. Bukankah ini satu kegilaan? Atau mereka ada kroni AP dan monopoli yang perlu dijaga.
7. Juga kegagalan kita menterjemahkan keadaan ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada industry dan ekonomi “lama” dan “kuno” seperti pembinaan dan sebagainya dan gagal melihat kepada industri-industri baru yang boleh menambahkan lagi kadar perkembangan GDP negara.
8. Kegagalan membina ekonomi baru ini, menyebabkan perkembangan GDP negara berada dalam tahap yang menyedihkan dan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya.
D. PRODUK DAN PENJENAMAAN YANG TERBAIK
1. Sebab itu, bagi saya, saya sebut dahulu mengenai penjenamaan semua Pakatan Harapan (walau rafizi tidak sebut tadi) dari pelbagai sudut.
2. Rakyat kini sudah mula cerdik dan melihat kepada dasar dan jenama dan bukan lagi siapa individu pemimpin.
3. Kita perlu menjadi satu “Jenama” dan “Produk” yang boleh menjadi alternatif kepada parti yang hanya sekadar menawar bangsa dan agama untuk berkuasa.
4. Penjemaan ini hanya boleh dilakukan dengan mengalih kerja kita dari sekadar “aku ingin kembali berkuasa walau dengan cara membuat khemah besar” dengan cara “ini yang kami tawarkan kepada rakyat yang mana rakyat boleh rasa dan turut akui”
5. Maka kita perlu kembali kepada formula 2018 di mana kita menjadi parti yang issue driven yang dekat dengan rakyat.
E. KESIMPULAN
1. Pakatan Harapan sudah mula jauh tersasar dari parti yang dilihat kepada dekat kepada rakyat kepada parti yang sekadar mahu hendak berkuasa.
2. Maka, sangat penting Pakatan Harapan itu kembali kepada dasar dan landasan perjuangan yang kita kenali sebagai “issue-driven”
3. Amat penting sekarang ini rakyat melihat akan “pasukan” yang dilihat rakyat boleh membawa Kembali Pakatan Harapan ke landasan sepertimana pada 2018 dan oleh kerana itu, tugasan itu akan dipikul oleh Rafizi Ramli dan Nurul Izzah serta pasukan yang akan membawa “nilai Tambah” kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau menjadi Perdana Menteri yang bakal membawa reformasi sebenar.
4. Dato Seri Anwar juga buka setakat perlu kepada pasukan serangan yang kuat, tetapi juga pasukan pertahanan yang kuat dari lawan dan rakan. Selama ini, bila menang ini usaha Pakatan Harapan, bila gagal, ia salah Anwar Ibrahim seorang. Maka itu tidak adil.
5. Dengan sekembalinya saudara Rafizi dan Nurul Izzah serta pasukan yang akan dibina dari AMK Bersama Saudara Fahmi Zainol dan pasukan, insya-Allah kita akan membawa perubahan dan agenda reformasi sebenar.
Sekian
Iswardy Morni
19.3.2022
11.56 Malam