Belanjawan Sabah pinggir golongan miskin, jurang miskin kaya makin luas


KUALA LUMPUR, 23 NOV: Tidak apa yang istimewa dalam Belanjawan Sabah 2018 yang dibentangkan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman seperti yang diuar-uarkan kata Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt.
Menurutnya, meskipun Sabah mencatatkan belanjawan RM4.104 bilion untuk negeri dengan lebihan sebanyak RM64.89 juta, hanya 20 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.
“Sabah mencatatkan antara belanjawan tertinggi berbanding negeri lain tetapi kita lihat tidak banyak program kebajikan diberi keutamaan seperti Pulau Pinang dan Selangor,” katanya kepada Roketkini.
Menurutnya, meskipun Pulau Pinang dan Selangor masing-masing memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion dan RM3.5 bilion dalam belanjawannya, ia sama sekali tidak meminggirkan program kebajikan rakyat seperti program kesihatan, warga tua dan sebagainya.
“Tidak banyak program kebajikan yang ditawarkan dalam Belanjawan Sabah meskipun memperuntukkan lebih RM4 bilion pada masa yang sama kita mempunyai paling ramai orang miskin?
“Golongan miskin di Sabah ini perlu diberi keutamaan sebab apa yang berlaku, yang miskin makin miskin, yang kaya terus kaya – jurang kemiskinan makin besar.
“Apa yang kerajaan BN Sabah buat? Bajet banyak tapi duit pergi mana?” soal Ahli Parlimen Sandakan itu.
Katanya, walaupun Jabatan Statistik Negara mengatakan kadar kemiskinan Sabah mencatatkan pengurangan dari empat peratus kepada 2.9 peratus pada tahun 2016, realitinya jauh berbeza.
Beliau merujuk kepada laporan statistik negara tahun 2016 yang menunjukkan Sabah sebagai negeri yang paling teruk dari segi ketidaksamarataan pendapatan (Gini Coefficient).
“Purata negara kita walaupun ada bertambah baik dari Gini Coefficient 0.401 turun ke 0.399 tapi sedihnya Sabah merekodkan Gini Coefficient meningkat dari 0.387 ke 0.402 menjadi negeri yang mempunyai perbezaan paling serius. Ini menunjukkan betapa susah anak-anak Sabah,” katanya.
Situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan di Sabah itu katanya telah menyebabkan ramai rakyat wilayah itu khususnya golongan muda berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura.
“Sabah meskipun negeri paling kaya, tetapi mempunyai ramai rakyat yang miskin termasuk kadar pengangguran yang tinggi yang menyebabkan rakyat Sabah berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki.
“Inilah antara isu yang perlu diselesaikan tapi apa yang kita lihat, Belanjawan Sabah yang dibentangkan Ketua Menteri baru-baru ini kurang penekanan terhadap perkara-perkara itu,” katanya lagi.
Stephen berharap agar kerajaan Sabah dapat mempertimbangkan lebih banyak program kebajikan sebagaimana yang dilaksanakan di Pulau Pinang dan Selangor.

Adnan Yaakob berang, cabar Ketua Pembangkang bertumbuk?

KUANTAN, 23  NOV: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini bertindak emosional mengganggu ucapan Ketua Pembangkang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membangkitkan insiden banjir kilat yang melanda kawasannya.
Beliau malah mempertikaikan akidah dan mencabar Adun Mentakab itu untuk ‘keluar dewan’ bagi menyelesaikan perkara tersebut. Situasi ‘panas’ itu diketahui melalui sebuah rakaman video berdurasi 7 minit 30 saat yang dimuat naik ke dalam akaun media sosial Tengku Zulpuri sebentar tadi.
Perbalahan bermula apabila Tengku Zul menjelaskan bahawa banjir kilat yang melanda Mentakab pada 8 Ogos lalu disebabkan beberapa faktor melibatkan sistem perparitan dan sungai-sungai lama yang berdekatan.
“Yang berhormat Datuk Seri Yang Dipertua, pada 8 Ogos 2017, hujan lebat dua jam di Mentakab telah mengakibatkan banjir kilat berlaku di Pasaraya TF dan 60 buah rumah di Taman Chuw Tong, Bukit Bendera, Taman Mentakab dan Taman Setia.
Tengku Zulpuri bersama Adun DAP Pahang mengadakan sidang media selepas perbahasan sebentar tadi.
Dewan menjadi gamat apabila Tengku Zul menyindir kenyataan Adnan semalam yang mengaitkan bencana ribut yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini dengan pesta arak.
“Daripada maklumat yang saya terima dan melalui semakan, tiada pula pesta arak berlaku di sini, tetapi (berlaku banjir kilat) adalah kerana sistem perparitan yang kecil dan juga sungai-sungai lama di Bandar Mentakab,” katanya sebelum Adnan bangun mencelah.
“Siapa buat ribut? Siapa buat ribut? Yang Berhormat Tuan Yang Di Pertua, saya minta dia (Tengku Zul) jawab soalan…. Islam ke tidak?” desak Adnan sebelum berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak.
Video itu juga turut merakamkan Adun Pelangai itu mengeluarkan kenyataan; “Kalau hendak juga, keluar dewan…mari…!” selain menggunakan perkataan kasar seperti ‘bangang’ dan ‘bodoh’.
Tengku Zul ketika dihubungi Roketkini berkata, aksi Adnan dalam DUN itu mencerminkan sikap yang amat tidak professional dan memalukan.
“Bila dia (Adnan) bangun mencelah tanya ‘siapa jadikan hujan’, saya tak jawab, saya nak habiskan ucapan saya. Tapi dia tidak puas hati dan tanya kita ni Islam ke bukan,” ujar Naib Pengerusi DAP Kebangsaan DAP itu.
Sebagai Menteri Besar katanya, Adnan tidak wajar bertindak demikian sebaliknya mengemukakan hujah dengan baik.
“Sepatutnya mestilah professional bincang masalah rakyat. Biarlah pihak pembangkang berhujah, nanti jawablah balik.
“Kita dalam Dewan nak cari penyelesaian, kita nak kemukakan isu sebenar, bukan semua pun nak protes,” katanya lagi

BN BENAR HARGA MINYAK NAIK, PH AKAN TURUNKAN KE RM1.50 SELITER

HARGA MINYAK TURUN, KEMPEN PH BERJAYA

MP PAS TAK TAHAN KOS HIDUP, TOLAK BAJET BN

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...