JANUARI 2020, KADAR GAJI MINIMUM RM1,200

SUMPAH LAKNAT: ‘JANGAN PERSENDA AGAMA’ – PATRIOT

BURSA AMERIKA SYARIKAT PULA DAKWA NAJIB TERIMA SOGOKAN

Bukan Azilah saja bersuara lepas Najib tiada kuasa - Deepak


#diambangketiraibesi

Bagi saudagar permaidani Deepak Jaikishan, akuan berkanun (SD) yang membabitkan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu mengandungi kebenaran.

Menurutnya Azilah Hadri bukanlah orang pertama yang membuat pendedahan mengenai bekas perdana menteri tersebut selepas pilihan raya umum yang lalu.

Deepak, yang pernah menjadi rakan rapat Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, berkata sebelum ini, orang-orang berkenaan takut terhadap tindak balas kepada diri mereka.

Deepak mengulas dakwaan Najib bahawa SD itu yang menuduhnya mengarahkan pembunuhan warga Mongolia tersebut merupakan suatu plot politik untuk mengunci mulutnya.

"Dia [Azilah] bukan satu-satunya orang yang telah keluar [untuk mendedahkan isu-isu] selepas Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

"Ramai pegawai kanan kerajaan telah memberi keterangan di mahkamah mengenai penglibatan Najib dalam rasuah, SRC (International) dan (kes) 1MDB.

"Kami tidak bercakap tentang satu atau dua orang. Ramai yang keluar untuk mendedahkan maklumat... (termasuk bekas ketua audit negara) Ambrin Buang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

*PERBEZAAN-PERBEZAAN YANG TELAH dilakukan oleh KERAJAAN PH*



☸ *Minyak RON95*
*_BN:_* RM 2.36 pernah capai RM 2.80
*_PH:_* RM 1.92 paling tinggi RM 2.08.

☸ *Bantuan Khas Pesara*
*_BN:_* RM 250
*_PH:_* RM 500.

☸ *BR1M*
*_BN:_* RM 1,200
*_PH:_* RM 1,480 
_(Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120)_ 

☸ *Biasiswa*
*_BN:_* 2016-2018 tiada peruntukan
*_PH:_* RM 3.8 Billion untuk tahun 2019.

☸ *Royalti Minyak*
*_BN:_* Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak.. 
_(Bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walau pun bertanya ikut saluran)_
*_PH:_* Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

☸ *Plan bantuan FELDA*
*_BN:_* setiap tahun bayaran one-off RM 700
*_PH:_* RM 77 juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

☸ *Tol*
*_BN:_* 5 tahun naik 2 kali _(PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)_
*_PH:_* Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11 pm - 5 am.
_(Dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi)_

☸ *Elaun pelatih Maktab Perguruan*
*_BN:_* Dimansuhkan dan diganti dengan pinjaman bermula 2018.
*_PH:_* Kembalikan elaun sara hidup pada pelatih Maktab Perguruan.

☸ *Peruntukan sekolah daif*
*_BN:_* Pembantu Rosmah seleweng RM 4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.
*_PH:_* RM 1 Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

☸ *Kos projek Mega*
*_BN:_* ECRL: RM 71 Billion 
MRT3: RM 31 Billion 
MRT2: RM 39 Billion
*_PH:_* ECRL: RM 40 Billion 
MRT3: RM 15 Billion 
MRT2: RM 30 Billion.

👍🇲🇾

SELEPAS NAJIB BERSUMPAH LAKNAT, KEPERLUAN KINI JADI LEBIH TINGGI UNTUK KES ALTANTUYA DIBUKA SEMULA




Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Lafaz sumpah beliau adalah:-

“Wallahi, wabillahi, watallahi.

“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

“Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya.

“Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat”.

Walaupun telah melakukan sumpah, dari segi undang-undang negara, ia tidak bermakna Najib telah bersih dan suci sepenuhnya daripada pembunuhan itu.

Ia juga tidak bermakna SD Azilah itu sebagai palsu dan tidak benar dan beliau dianggap telah melakukan fitnah terhadap Najib.

Selain kebenaran yang sebenar-benarnya hanyalah milik Allah, dengan tindakan berani Najib melakukan sumpah laknat ini, keperluan untuk membuka semula kes perbicaraan Altantuya dengan sendirinya menjadi lebih tinggi.

Pihak kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara kini tidak ada pilihan lain selain perlu mengarahkan kes tersebut dibicarakan semula.

Malah, kalau boleh, perbicaraan mesti diadakan dalam kadar yang segera kerana kes ini dianggap membawa kepentingan yang tinggi kepada orang awam, rakyat serta negara seluruhnya.

Perbicaraan semula itu bukan saja selaras dengan kehendak rakyat yang mahu tahu kebenaran kes pembunuhan Altantuya, malah sebenarnya sesuai juga dengan keinginan Azilah dan Najib sendiri.

Apabila Azilah membuat SD yang mendakwa Najib telah mengarahkannya membunuh Altantuya, beliau tentulah melakukannya dengan niat serta tujuan agar perbicaraan dapat dibuka semula dan sekaligus membuka ruang kepada pembebasannya daripada pembebasannya daripada hukuman gantung yang diterimanya sebelum ini.

Begitu juga apabila Najib sedia melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan Azilah itu, beliau sebenarnya berbuat demikian agar perbicaraan dapat dibuka semula.

Bermakna, baik Azilah mahu pun Najib, kedua-duanya memang mahukan perbicaraan semula diadakan.

Hanya dengan adanya perbicaraan semula serta memanggil kembali semua saksi-saksi yang relevan seperti Abdul Razak Baginda, bekas ketua pengawal peribadi Najib, DSP Musa Safri dan lain-lainnya, maka barulah dapat diketahui siapa sebenarnya yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu.

Apabila diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhan itu, itulah sebesar-besar pesalah atau keparat yang sebenarnya.

Selama ini hanya diketahui Azilah Hadri dan Sirul yang melakukan pembunuhan itu, tetapi kerana kedua-duanya tiada motif yang jelas membunuh Altantuya, siapa yang mengarahkan mereka masih lagi misteri.

Apa lagi ketika menjatuhkan hukuman gantung terhadap Azilah dan Sirul, hakim telah mengatakan motif pembunuhan tidak penting diketahui, walaupun ia adalah relevan.

Melalui perbicaraan semula nanti akan turut membolehkan kita mengetahui sama ada SD Azilah yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan itu sebagai palsu atau sebaliknya.

Juga akan diketahui kenapa tiba-tiba SD itu muncul dan mungkinkah ada sesiapa mengarahkan Azilah berbuat demikian.

Bahkan, dengan perbicaraan semula juga akan diketahui kebenaran tentang sumpah laknat yang dilafazkan Najib semalam dan lebih daripada itu, dengan kehendak Allah, tidak mustahil laknat akan turut menyusul kepada sesiapa yang berbohong dan pelaku sebenar yang menyebabkan kematian Altantuya. (ShahbudinHusin 21/12/2019)


KISAH LAMA YANG PERLU DIBACA SETIAP RAKYAT MALAYSIA



Seorang profesional berbangsa India, Dr. Thirunavukkarasu Karasu memuat naik  satu penulisan yang sangat menarik dan santai dalam menyanggah dakwaan yang dibuat oleh Waytha Moorthy...

Penulisan tersebut di kongsikan di laman Facebook milik isterinya, Samantha Sambun Karasu...

Daripada Thirunavukkarasu Karasu kepada Menteri Perpaduan merangkap Menteri Hindraf Malaysia.

'Assalamualaikum Datuk', (oleh kerana kamu berkata kami 'di paksa' menjadi Muslim), tahukah anda?

》Saya di diskriminasi hinggakan saya menuntut ilmu di sekolah rendah yang di biayai sepenuhnya oleh kerajaan Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mendapat makanan percuma ketika di sekolah rendah selama 3 tahun...

》Saya di diskriminasi hinggakan ada doktor gigi datang merawat gigi saya secara percuma pada waktu tersebut...

》Saya di diskriminasi hinggakan keputusan 5 A ketika di Tahun 5 melayakkan saya belajar di Maktab Tentera Di Raja Malaysia...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya di beri borang untuk ke Maktab Rendah Sains Mara ketika di Tahun 6...

》Saya di diskriminasi hinggakan keputusan baik di perolehi Tahun 6 membenarkan saya berlajar Perdagangan ketika di Tingkatan 1...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran tahunan pengajian Tingkatan 1 hingga 3 lebih murah daripada makan malam KFC...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran peperiksaan SRP dan SPM saya di bayar sepenuhnya oleh kerajaan Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan pengajian pra-universiti saya adalah percuma...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran STPM saya di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

》Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh kursus pilihan pertama ketika di USM...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran tahunan tusyen saya lebih murah daripada tiket pergi dan pulang MAS untuk orang2 Sabah...

》Saya di diskriminasi hinggakan pengajian Sarjana saya di biayai sepenuhnya oleh USM...

》Saya di diskriminasi hinggakan satu lagi pengajian Sarjana saya menerima susbsidi oleh UPM...

》Saya di diskriminasi hinggakan pengajian Doktor Falsafah saya di biayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya memperolehi dana RM 30 ribu sebagai 'geran biaya diri'...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mampu menyewa rumah dengan kemudahan Astro untuk RM 150 sebulan sewaktu membuat PhD...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya memperolehi geran penyelidikan RM 60 ribu daripada Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya memperoleh cuti umum ketika menyambut Thaipusam...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memenagi Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik menentang pensyarah-pensyarah/penyelidik-penyelidik Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan caj untuk tiga orang anak saya lahir di hospital kerajaan kurang daripada RM200...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya hanya perlu membayar RM 1 untuk rawatan gigi saya pada 2015...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh pekerjaan di syarikat penerbangan yang di urus majoriti Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan Melayu yang sama menaja latihan penerbangan saya...

》Saya di diskriminasi hinggakan wang KWSP saya di masukkan secara terus ke akaun CIMB ketika saya membeli rumah bernilai RM 1 juta...

Nak saya teruskan lagi?

Baik, saya teruskan...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya menjadi kolumnis di The Star dan membantai Najib Razak...

》Saya di diskriminasi hinggakan lesen untuk membolehkan saya mengoperasikan firma kejuruteraan di luluskan dalam masa 1 hari sahaja...

》Saya di diskriminasi hinggakan majikan saya membayar lebih berbanding apa yang saya keluarkan untuk Simpanan Hari Tua...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya perlu membayar jumlah cukai sama seperti yang di bayar orang Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya boleh menziarahi gereja bila2 dan di mana2 sahaja saya mahu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat PM Melayu memberi sumbangan di dalam Kuil di Batu Caves...

》Saya di diskriminasi hinggakan saudara mara saya boleh membina kuil di kawasan rumah mereka sendiri, kadang kala di luar kawasan rumah juga...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat setiap tahun seorang pakcik berbangsa India di senaraikan sebagai orang kedua terkaya Malaysia...

》Saya di diskriminasi hinggakan ramai boss saya di Air Asia berbangsa India, dan menaikkan pangkat saya menjadi Kapten...

》Saya di diskriminasi hinggakan kerajaan Melayu menyediakan skim pelaburan khas untuk kaum India... 

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mampu menghadiri bantahan secara aman, dan melihat pemimpin saya di bebaskan dan sekarang berbahagia menikmati gajinya sebagai Menteri...

》Saya di diskriminasi hinggakan dapat melihat orang India membuat rungutan kepada Ratu UK mengenai hak2 mereka tetapi masih bebas daripada sebarang tuduhan mengkhianat...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya dapat melihat seorang Menteri berbangsa India membawa guru agama dan lembaga sakas peribadi ke parlimen...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat papan tanda di mana2 sahaja, termasuk di tulis di dalam bahasa Tamil...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat usaha kerajaan Melayu memelihara tinggalan kuno agama Hindu dan memohon senarai UNESCO...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat iklan Tourism Malaysia di serata dunia turut memaparkan kebudayaan dan agama orang India...

》Saya di dikriminasi hinggakan saya melihat menteri berbangsa India tidak mengenakan songkok sebaliknya memakai thalapps di hadapan SPB YDP Agong sewaktu mengangkat sumpah...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya kerap melihat pemimpin2 Melayu tampil dalam drama, lagu dan tarian bangsa India untuk acara rasmi, daripada Anwar Ibrahin hinggalah Khalil Yaakob...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mampu memperolehi satu lesen penerbitan selepas kerajaan lama membatalkan kolum saya pada akhbar kerana mengkritik mereka...

》Saya di dikriminasi hinggakan isteri saya masih kekal sebagai Bumiputera, mengenakan hijab dan hadir dalam acara agama Kristian secara terbuka dalam beberapa majlis...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya yang mengambil subjek Tamadun Islam di universiti dan isteri saya mendapat skor A untuk sejarah Islam di STPM, tetapi tiada sesiapa pun memaksa kami menjadi Islam...

》Saya di diskriminasi hinggakan majoriti doktor dan peguam secara populasinya adalah berbangsa India...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya menikmati perlepasan cukai atas sumbangan ke atas organisasi Melayu atau Islam...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya boleh menikmati juadah daging babi di mana2 sahaja saya mahu, termasuklah di pekan2 yang di huni majoriti Melayu (walaupun saya tidak berbuat demikian atas dasar hormat)...

》Saya di diskriminasi hinggakan menteri Hindraf saya sendiri dengan gembiranya boleh ke The Hague dan menggugat perpaduan selepas 61 tahun...

Macam mana menteri?

Masih mahu saya sambung lagi?

Dah terlalu panjang, kejap lagi kena lukis.

Kepada Waythamoothy dan Kulasegaran, hak apa lagi yang kamu inginkan...

Kamu patut bersyukur dan berterimakasih pada bangsa Melayu kerana memberikan kamu kehidupan yang cukup selesa di Tanah Melayu ini...

Kehidupan kamu sekarang jauh lebih selesa dari kehidupan nenek moyang kamu di tanah asal kamu iaitu di India...

Diam orang Melayu bukannya takut...

Bertolak ansur orang Melayu bukannya bodoh...

11/22/2018

KRONOLOGI MACAI Umno. TAK SUSAH NAK JADI BODO



Oleh :Borhan Che Rahim


KRONOLOGI MACAI UMNO..

- Sebelum pendakwaan keatas Najib

1) Kalau Najib bersalah kenapa tak didakwa..
2) Najib mangsa fitnah PH untuk menang PRU 14
3) Mahacai kena kenceng atas tiket 1MDB
4) Sian kat mahacai hancing..sampai sekarang Najib tak didakwa..

- Semasa pendakwaan    keatas Najib

1) Kalau Najib bersalah kenapa Najib tidak dipenjara lagi.?
2) Kenapa Najib masih bebas.?
3) Mahkamah tiada bukti..
4) Allah bersama Najib manusia traniaya..
5) Mahkamah takde bukti n tengah nak cari bukti..

- Selepas mahkamah membuat keputusan..

1) Kerajaan PH cmpurtangan mahkamah..
2) Atas arahan madey..
3) Cuma bela diri tapi belum dbuktikn lagi..
4) Najib mangsa konspirasi politik..
5) Mahkamah korup madey..
6) Madey memang tak suka Najib
7) DAP yang arahkan mahkamah..
8) Mahkamah jadi barua madey dan madey jadi barua DAP..

Aku nak huraikan apa maksud atau makna pepatah Dr Maza..

"BODOH TAK BERTEBING"

maknanya

MACAI UMNO..(noted)

Tq
khas utk cai


JANGAN LA MEMANDAI KAITKAN ANWAR LAGI.


Oleh: ibrahim Mat Isa

Telah lama aku simpan benda alah ni. Masa BN berkuasa kalau aku hebohkan di FB, entah-entah aku ke dalam!

Kepada babi-babi yang cuba untuk kaitkan DS Anwar Ibrahim dalam permainan kes Altantuya, aku sarankan korang tonton live yang Sdr Iswardy Morni tengah buat sekarang. Ulasan beliau menarik. Beliau merujuk terus dari soft copy yang aku rasa sama dengan hard copy yang aku simpan sejak bertahun yang lalu seperti dalam gambar.

Yang buat aku geram, adalah satu bangkai muka macam bangla pi report polis terhadap ex pegawai polis Azilah dan DS Anwar Ibrahim kononnya mereka terbabit untuk mengenakan Najib Razak bersabit kematian Altantuya akibat bunuh.

Lepas tu, satu dua bangkai juga pembenci Anwar pun pakat share lah dengan harapan kononnya nak timbulkan persepsi buruk terhadap Anwar dan Azilah.

Babi betoi orang jenis macam tu! Korang memang mudah ditipu sebab korang bodoh, dapat info konon dari bekas pegawai, dari tok hakim bagai.. podahhh!

Jangan tanya aku dari mana aku dapat dokumen siasatan dan SD semua yang tertuduh dalam kes Altantuya ni. Aku dulu wartawan jenayah, aku tau mana nak teropong mana nak risik..

Korang yang tak ada maklumat yang lebih-lebih sangat nak kaitkan orang yang tak terlibat. Sudah-sudahlah kaitkan Anwar.. Dahlah korang juga jadi tali penyambung fitnah liwat, jadi pemfitnah gangguan seks si Usop bangla tu now nak burukkan lagi dengan fitnah baru?

Rentikan lah!

Paham ke tak babi bahlol wooiii..

😎 Memang aku tengah geram! - Aim


Laporan positif prestasi ekonomi negara cerminan keyakinan Bank Dunia, IMF



Oleh Lim Guan Eng
(Menteri Kewangan, Setiausaha Agung DAP)
Laporan-laporan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah positif dan telah mengesahkan kedudukan fiskal Kerajaan Malaysia seperti yang telah dilaporkan oleh Kerajaan sebelum ini. Malah, Malaysia dianggap mencatatkan kemajuan dalam agenda reformasi yang menyaksikan pertumbuhan ekonomi terus mampan, kadar inflasi terkawal, dan terdapat lebihan dalam akaun semasa. Seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hutang bertarikh 6 Disember 2019, nisbah hutang dan liabiliti Kerajaan berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) setakat akhir Jun 2019 adalah seperti di Jadual 1: 

Secara keseluruhannya, nisbah hutang dan liabiliti telah menurun daripada 79.3% berbanding KDNK pada akhir 2017, kepada 77.1% pada akhir Jun 2019. Ini menunjukkan kejayaan dan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha konsolidasi hutang dan liabiliti. Dalam jangka masa sederhana, Kerajaan menyasarkan untuk menurunkan lagi nisbah hutang dan liabiliti kepada 65% berbanding KDNK pada akhir 2025. 

Untuk tahun 2019, sasaran defisit fiskal sebanyak RM52 bilion atau 3.4% berbanding KDNK akan dicapai seperti yang dilaporkan oleh pihak Bank Dunia dan IMF. Ini merupakan penurunan daripada defisit fiskal sebanyak 3.7% pada tahun 2018 dan adalah hasil daripada kejayaan Kerajaan dalam pelaksanaan tender terbuka dan penjimatan kos Kerajaan. Hutang langsung dijangka naik sebanyak RM52 bilion pada tahun 2019 untuk menampung perbelanjaan pembangunan negara yang telahpun diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2018. 

Selain hutang langsung, Kerajaan juga mempunyai komitmen jaminan yang perlu ditanggung dan dibiayai Kerajaan bagi melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti. Ini adalah termasuk projek-projek infrastruktur mega seperti LRT3, MRT2 dan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos keseluruhan yang melebihi RM75 bilion. 

Di samping itu, jumlah jaminan Kerajaan yang ditanggung dan dibayai oleh Kerajaan juga telah meningkat akibat skandal-skandal yang terbongkar selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan. Misalnya, peningkatan komitmen Kerajaan sebanyak RM20 bilion adalah untuk menyelamatkan Tabung Haji demi melindungi kepentingan pendeposit selepas pihak juruaudit antarabangsa mendapati bahawa pengurusan terdahulu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah memalsukan akaun Tabung Haji untuk menyembunyikan kerugian yang besar, dan membayar hibah yang tinggi walaupun tiada keuntungan. 

Pengesahan agensi penarafan kredit antarabangsa ke atas penarafan kredit berdaulat Malaysia pada paras A- atau A3 dengan unjuran stabil adalah bukti kukuh bahawa Kerajaan Pakatan Harapan bersifat berhemah dan telus dalam pengurusan fiskal Kerajaan. 

Keyakinan badan dan pelabur antarabangsa mematahkan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memutarbelitkan fakta untuk menyebarkan maklumat palsu berkaitan kedudukan hutang dan liabiliti negara, termasuk fitnah bahawa Kementerian Kewangan menjual aset dan hartanah negara. Perlu ditegaskan bahawa saya belum meluluskan sebarang penjualan aset dan hartanah negara, yang sebenarnya dijalankan oleh agensi lain yang tidak ada kaitan dengan Kementerian Kewangan



JOM KITA TENGOK MODERATOR NAJIB AJAR BELIAU CARA SUMPAH LAHANAT





Dengar cite Najib nakkan mufti wilayah atau imam masjid negara yang bersama dia siang tadi waktu buat sumpah.Tapi mereka taknak masuk campur.

Nak cari ulamak-ulamak umno pun semua tak berani termasuk jamil dan samsul debat.

Cuba pulak usha Hj Hadi dan mursyidul AMPAS atau ketua DEWAN ULAMAK PAS semua buat sibuk.Patut Hj Hadi kena hadir, wakil dewan ulamak donia...akhirnya..lebai kelarah pun jadilah...

Last sekali dapat budak ni.
Jadi laaa.ulamak gak tu.😅....kah.kah.kah...woiiiiii...jom kita lahanat

(function() { var d = document, w = window; w

SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100%?

Kata Muammar, PAS hanya tahu mengejar kekayaan, dengan lantikan menteri dan timbalan menteri walaupun kalah teruk Pilihan Raya Umum ke-14, j...