KISAH LAMA YANG PERLU DIBACA SETIAP RAKYAT MALAYSIA



Seorang profesional berbangsa India, Dr. Thirunavukkarasu Karasu memuat naik  satu penulisan yang sangat menarik dan santai dalam menyanggah dakwaan yang dibuat oleh Waytha Moorthy...

Penulisan tersebut di kongsikan di laman Facebook milik isterinya, Samantha Sambun Karasu...

Daripada Thirunavukkarasu Karasu kepada Menteri Perpaduan merangkap Menteri Hindraf Malaysia.

'Assalamualaikum Datuk', (oleh kerana kamu berkata kami 'di paksa' menjadi Muslim), tahukah anda?

》Saya di diskriminasi hinggakan saya menuntut ilmu di sekolah rendah yang di biayai sepenuhnya oleh kerajaan Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mendapat makanan percuma ketika di sekolah rendah selama 3 tahun...

》Saya di diskriminasi hinggakan ada doktor gigi datang merawat gigi saya secara percuma pada waktu tersebut...

》Saya di diskriminasi hinggakan keputusan 5 A ketika di Tahun 5 melayakkan saya belajar di Maktab Tentera Di Raja Malaysia...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya di beri borang untuk ke Maktab Rendah Sains Mara ketika di Tahun 6...

》Saya di diskriminasi hinggakan keputusan baik di perolehi Tahun 6 membenarkan saya berlajar Perdagangan ketika di Tingkatan 1...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran tahunan pengajian Tingkatan 1 hingga 3 lebih murah daripada makan malam KFC...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran peperiksaan SRP dan SPM saya di bayar sepenuhnya oleh kerajaan Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan pengajian pra-universiti saya adalah percuma...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran STPM saya di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

》Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh kursus pilihan pertama ketika di USM...

》Saya di diskriminasi hinggakan yuran tahunan tusyen saya lebih murah daripada tiket pergi dan pulang MAS untuk orang2 Sabah...

》Saya di diskriminasi hinggakan pengajian Sarjana saya di biayai sepenuhnya oleh USM...

》Saya di diskriminasi hinggakan satu lagi pengajian Sarjana saya menerima susbsidi oleh UPM...

》Saya di diskriminasi hinggakan pengajian Doktor Falsafah saya di biayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya memperolehi dana RM 30 ribu sebagai 'geran biaya diri'...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mampu menyewa rumah dengan kemudahan Astro untuk RM 150 sebulan sewaktu membuat PhD...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya memperolehi geran penyelidikan RM 60 ribu daripada Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya memperoleh cuti umum ketika menyambut Thaipusam...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memenagi Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik menentang pensyarah-pensyarah/penyelidik-penyelidik Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan caj untuk tiga orang anak saya lahir di hospital kerajaan kurang daripada RM200...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya hanya perlu membayar RM 1 untuk rawatan gigi saya pada 2015...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh pekerjaan di syarikat penerbangan yang di urus majoriti Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan Melayu yang sama menaja latihan penerbangan saya...

》Saya di diskriminasi hinggakan wang KWSP saya di masukkan secara terus ke akaun CIMB ketika saya membeli rumah bernilai RM 1 juta...

Nak saya teruskan lagi?

Baik, saya teruskan...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya menjadi kolumnis di The Star dan membantai Najib Razak...

》Saya di diskriminasi hinggakan lesen untuk membolehkan saya mengoperasikan firma kejuruteraan di luluskan dalam masa 1 hari sahaja...

》Saya di diskriminasi hinggakan majikan saya membayar lebih berbanding apa yang saya keluarkan untuk Simpanan Hari Tua...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya perlu membayar jumlah cukai sama seperti yang di bayar orang Melayu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya boleh menziarahi gereja bila2 dan di mana2 sahaja saya mahu...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat PM Melayu memberi sumbangan di dalam Kuil di Batu Caves...

》Saya di diskriminasi hinggakan saudara mara saya boleh membina kuil di kawasan rumah mereka sendiri, kadang kala di luar kawasan rumah juga...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat setiap tahun seorang pakcik berbangsa India di senaraikan sebagai orang kedua terkaya Malaysia...

》Saya di diskriminasi hinggakan ramai boss saya di Air Asia berbangsa India, dan menaikkan pangkat saya menjadi Kapten...

》Saya di diskriminasi hinggakan kerajaan Melayu menyediakan skim pelaburan khas untuk kaum India... 

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mampu menghadiri bantahan secara aman, dan melihat pemimpin saya di bebaskan dan sekarang berbahagia menikmati gajinya sebagai Menteri...

》Saya di diskriminasi hinggakan dapat melihat orang India membuat rungutan kepada Ratu UK mengenai hak2 mereka tetapi masih bebas daripada sebarang tuduhan mengkhianat...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya dapat melihat seorang Menteri berbangsa India membawa guru agama dan lembaga sakas peribadi ke parlimen...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat papan tanda di mana2 sahaja, termasuk di tulis di dalam bahasa Tamil...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat usaha kerajaan Melayu memelihara tinggalan kuno agama Hindu dan memohon senarai UNESCO...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya melihat iklan Tourism Malaysia di serata dunia turut memaparkan kebudayaan dan agama orang India...

》Saya di dikriminasi hinggakan saya melihat menteri berbangsa India tidak mengenakan songkok sebaliknya memakai thalapps di hadapan SPB YDP Agong sewaktu mengangkat sumpah...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya kerap melihat pemimpin2 Melayu tampil dalam drama, lagu dan tarian bangsa India untuk acara rasmi, daripada Anwar Ibrahin hinggalah Khalil Yaakob...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya mampu memperolehi satu lesen penerbitan selepas kerajaan lama membatalkan kolum saya pada akhbar kerana mengkritik mereka...

》Saya di dikriminasi hinggakan isteri saya masih kekal sebagai Bumiputera, mengenakan hijab dan hadir dalam acara agama Kristian secara terbuka dalam beberapa majlis...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya yang mengambil subjek Tamadun Islam di universiti dan isteri saya mendapat skor A untuk sejarah Islam di STPM, tetapi tiada sesiapa pun memaksa kami menjadi Islam...

》Saya di diskriminasi hinggakan majoriti doktor dan peguam secara populasinya adalah berbangsa India...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya menikmati perlepasan cukai atas sumbangan ke atas organisasi Melayu atau Islam...

》Saya di diskriminasi hinggakan saya boleh menikmati juadah daging babi di mana2 sahaja saya mahu, termasuklah di pekan2 yang di huni majoriti Melayu (walaupun saya tidak berbuat demikian atas dasar hormat)...

》Saya di diskriminasi hinggakan menteri Hindraf saya sendiri dengan gembiranya boleh ke The Hague dan menggugat perpaduan selepas 61 tahun...

Macam mana menteri?

Masih mahu saya sambung lagi?

Dah terlalu panjang, kejap lagi kena lukis.

Kepada Waythamoothy dan Kulasegaran, hak apa lagi yang kamu inginkan...

Kamu patut bersyukur dan berterimakasih pada bangsa Melayu kerana memberikan kamu kehidupan yang cukup selesa di Tanah Melayu ini...

Kehidupan kamu sekarang jauh lebih selesa dari kehidupan nenek moyang kamu di tanah asal kamu iaitu di India...

Diam orang Melayu bukannya takut...

Bertolak ansur orang Melayu bukannya bodoh...

11/22/2018