BUKTI PH ITU BARUA DAP TERBUKTI DI TG PIAI BILA PH LETAK CALON MELAYU DARI BERSATU?*

Oleh : Yeop Antan


Sebelum ni puak lebai dan UMNO mendendangkan lagu Melayu... Islam... Melayu... Islam... Penyatuan Ummah... Beli barangan Islam dulu... bla... bla... bla... Kemudian mereka tuduh PH ni barua DAP dan PH ni dikawal oleh DAP...

Tiba2 Allah uji dengan PRK Tg Piai.  Irama Melayu Islam tiba2 jadi slow. Sebab apa? Sebab di Tg Piai itu ramai pengundi Cina. MCA pula menuntut jadi calon di situ sebab itu kerusi tradisi mereka. Tiba2 lebai kata mereka sokong MCA. Maklumlah, lebai tahu parti mereka tak terdaya nak bertanding di situ. UMNO pula masih cuba nak ejas untuk bertanding di situ. Huru hara nampaknya gabungan mereka. Lebai pun hilang taring dan terpaksa akur dengan calon Cina MCA.

Betulkah PH ini barua dan dikawal DAP? Kalau betul, mengapa PH letak calon Melayu dari Bersatu untuk bertanding di Tg Piai? Bukankah di situ ramai pengundi kaum Cina? Mengapa DAP tak kawal PH untuk calon DAP bertanding?

Itulah buktinya tuduhan macai dan walaun bahawa PH ini dikawal oleh DAP itu adalah satu tuduhan bangang. Sebaliknya, hujah kita bahawa lebai ini lidahnya berbelit2 itu tepat. Undi kapir sudah halal hukumnya walau pun ada calon Melayu Islam bertanding. Berbeza dengan hukum di PRK Cameron Highland dulu bila lebai kata wajib undi calon Melayu Islam dari UMNO, dan jangan undi calon kapir iaitu seorang kaum India dari DAP.

Mudahkan jual agama?  Itulah lebai...

NIK BEDUH JANGAN MURIH, ANA TAKLID KEPADA ANTA....



NIK BEDUH JANGAN MURIH, ANA TAKLID KEPADA ANTA....

Wah  !!  Tak Ana sangka tulisan Ana dibaca oleh Nik Beduh.  Maka, Ana rasa malu kerana tulisan Ana hanya dibaca oleh orang seperti Anta.  Ana fikir tulisan Ana dibaca oleh orang bijak pandai saja. 

Anta dakwa Ana menipu kerana menulis yg bukan Anta kata.  Alaahh...Ana menipu syarie, bukankah "menipu demi parti" itu diwajibkan?  Anta pun pernah menipu jugak kan?  Dulu Anta kata, "audio itu bukan suara Ana, itu fitnah manusia seperti iblis".  Akhirnya, Anta mengaku bahawa audio yang menyebut parti Anta makan duit Umno itu adalah memang suara Anta.  Bukankah waktu itu Anta diwajibkan menipu?

Adapun Ana pun demikian, Ana bertaklid kepada Anta punya auta, syeikh....ehehhh

WFAUZDIN NS

NAK LAWAN DAP TAK BERANI KAH?



Baca harakah tadi kenyataan Tuan Ibrahim, Kerajaan patut haramkan DAP atas kontroversi kebalakangan ini, iaiitu kaitan dengan komik, LTTE dan Kristian.. Begitulah kenyataan kelompok Ashabiyah yang tidak pernah cermin diri sendiri..

Kalau DAP patut diharam atas semua termasuk dalam kaitan LTTE yang belum dibuktikan, maka PAS lebih aula di Haramkan, PAS dah terbukti melakukan pemberontakan, Dan Pembunuhan keatas Anggota Polis dalam Kes Memali dan Almaunah.. 

PAS juga terbukti dari lidah presidennya lahirnya Amanat Haji Hadi yg difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa, Malah telah dibuktikan di dalam Mahkamah, malah ada bukti jelas ia punca berlaku pemberontakan di memali,Kerana Ketaksuban kepada amanat haji hadi..

 Tertuduh dalam kes Al-Maunah yang dituduhkan memerangi YDP Agong juga majoritnya ahli PAS..antara yg ditahan ISA atas kaitan dengan Almaunah, Hari ini adalah menjadi kepimpinan utama dan Ulama rujukan PAS..

PAS juga telah terbukti menyertai gerakan Daesh dan Pemberontakan, bukan hanya bergambar dengan senjata.. malah terus mengangkat senjata menyertai DAESH.. Samada dengan kumpulan Mujahidin di Afganistan, dan juga penyertaan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS kedah, ustaz Ahmad Lotfi yang mati memberontak Di Syria..

Jadi sebelum nak tuduh kat orang.. Cerminlah diri sendiri tu dulu wahai Tuan Ibrahim..Terdesak sangat kah ? apakah ini reaksi dan ketakutan akan berlakunya transisi kepimpinan Negara kepada Ds Anwar Ibrahim yang akan terus menghancurkan sisa dan nya politik PAS..

Merujuk perkembangan Di Indonesia, Jokowi telah mempelawa Prabowo meninggalkan kelompok Takfiri untuk membina kembali Negara Indonesia.., Dikalangan parti agama PKS yg menyemai kebencian... InsyaAllah, Bila Ds Anwar jadi PM nanti situasi yg sama akan berlaku, bukannya DAP, PAS dan puak Takfiri yang akan Ditinggalkan.. Percaya lah... 

Menghapuskan Kelompok Takfiri dan Kahwarij itu lebih utama sebelum membina tamadun islam, Itu proses yg berlaku di Timur tengah terutama di Syria berlaku rundingan antara Erdogan dan Putin, Turki dan Russia menhapuskan gangguan kelompok takfiri, begitu juga di Indonesia...

Tanda tanda PAS meracau kebelakangan ini semakin kelihatan setelah beberapa rencana mereka gagal, yg terakhir dalam himpunan kongress maruah melayu.. :)

Ipohmali

BAGI LAH MCA BERTANDING DI TANJUNG PIAI JIKA ADA KEBERANIAN.



Sementara PH telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu, Karmaine Sardini sebagai calonnya bagi PRK Tanjung Piai, BN masih lagi dalam kebuntuan berhubung siapa yang hendak diletakkan sebagai calon.
Dalam majlis pelancaran jentera pilihanraya BN semalam yang sepatutnya disekalikan dengan pengumuman calon, Presiden UMNO, Zahid Hamidi berkata, beliau telah “diarah” untuk tidak tidak berbuat demikian.
Sehubungan itu, katanya, pengumuman calon BN akan dibuat pada hari lain oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Hasni Mohamed.
Kenyataan Zahid Hamidi itu secara tidak langsung mengesahkan berlakunya pertikaian yang ketara antara UMNO dan MCA berhubung calon di Tanjung Piai.
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Jefridin Atan dan Ketua MCA Tanjung Piai, Wee Jeck Seng adalah mereka yang terlibat dalam perebutan untuk menjadi calon itu.
Walaupun dalam beberapa pilihanraya lepas, kerusi Tanjung Piai ditandingi oleh MCA, tetapi UMNO berhasrat mahu bertanding di kawasan itu kali ini.
Di samping majoriti kemenangan PH dalam PRU14 lalu hanya 524 undi, ditambah dengan perkembangan politik semasa yang memperlihatkan sokongan pengundi kepada kerajaan makin merosot, ia dengan sendirinya menjadikan UMNO Tanjung Piai dan Jefridin tambah ghairah untuk merebut kerusi itu.
Mereka bukan saja yakin dapat memenangi PRK ini, tetapi difahamkan sudah ada ugutan akan memboikotnya jika MCA yang dipilih sebagai calon.
Berdasarkan hakikat bahawa Tanjung Piai memang kerusi MCA dan kepentingan jangka panjang BN untuk mendapatkan sokongan pengundi kaum Cina, Zahid Hamidi seharusnya tidak perlu berfikir panjang dan tidak memperdulikan sebarang ugutan yang cuba ditimbulkan.
Biar saja MCA bertanding sebagai meneruskan persefahaman yang sudah sekian lama terjalin antara parti-parti dalam BN.
Jika persefahaman itu dicabuli atas kepentingan nafsu, kehendak kerusi dan mahu bergelar YB, pengundi bukan Melayu di seluruh negara akan terus jauh hati terhadap BN.
Lagi pula, untuk apa UMNO bersungguh-sungguh mahukan kerusi Tanjung Piai dalam PRK ini kerana ia tidak mengubah apa-apa kedudukan kerajaan yang ada sekarang.
Bagi Bersatu, ia memang mahu mempertahankan Tanjung Piai kerana itu adalah kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 lalu.
Tetapi, apa mustahaknya untuk UMNO kerana menang atau kalah, tidak ada apa-apa yang berubah?
Bahkan jika UMNO bertanding dan katalah Jefridin dapat mengalahkah calon Bersatu, Karmaine, tetapi ia tetap akan membawa “kecederaan” kepada hati dan perasaan pengundi bukan Melayu di seluruh negara kerana UMNO dilihat mulai tamak dan tiada lagi kompromi dalam perjuangannya.
Dengan itu, tanpa sokongan bukan Melayu, mampukah BN memberi cabaran yang meyakinkan dalam PRU akan datang? (ShahbudinHusin 29/10/2019)

HUTANG PENEROKA 40% LEBIH RENDAH DARIPADA DINYATAKAN – SGK2

HABIS PENGGAL: BUKAN PEMBANGKANG CALONKAN TUN M PM

IMAM, PENGERUSI BIRO AGAMA BERSATU DIUMUM CALON TANJUNG PIAI

KENALI MUSUH UTAMA KAMU???



Wahai pemandu2 teksi yang kononnya marah sangat kepada geng GRAB dan PM. Hangpa sebenaqnya tersilap fokus. Senapang hangpa larasnya tersasar. Hangpa tak sepatutnya dok menembak GRAB dan PM tetapi sepatutnya hangpa bedai puak2 UMNO yang menjadi pemilik2 permit teksi. Ada org kuat UMNO yang dapat 400 permit. Setiap permit disewakan RM 40/hari. Sebulan RM 1,200 utk satu permit. Untuk 400 permit teksi, kroni UMNO ni dapat RM 480K. Huh, hampir2 sama dengan gaji Arul Kanda. Depa nilah lintah darat yang terhebat.

Sebab tu aku puji Menteri Pengangkutan yang puak PAS kata Cina kapir harbi yang sedang memberikan permit2 teksi utk persendirian yang dapat membebaskan hangpa daripada lintah darat UMNO. Bukan takat permit malah bagi grant RM 5,000 seorang utk beli kereta baru yang boleh menarik minat penumpang. Taklah lagi hangpa dok bawa teksi yang dah layak diterajang masuk longkang. Inilah baguihnya Menteri DAP yang hangpa dok gelaq kapir harbi. Kalau dia masih dimaki, memang hangpa manusia yang tak tau mengenang budi.

Dalam keadaan Malaysia yang banyak hutang, Menteri masih lagi bagi grant iaitu pemberian yang tak perlu dibayar. Memang kerajaan PH adalah kerajaan yang membantu rakyat yang memerlukan bukan bantu kroni yang dah kaya sakan. Sebab itu aku meminjam kata2 DSN, bahawa tokey2 permit teksi daripada UMNO ni memang layak digelar "haram jadah" sebab hidup atas keringat dan titik peluh pemandu teksi yang rata2 miskin dan merana. Maka langkah hangpa menolak UMNO dalam PRU yang lepas adalah satu langkah tepat dan terpuji. Percayalah nasib hangpa akan terbela di bawah kjaan PH yang mulia. 

UMNO HANCUR NEGARA SELAMAT... 

PS : Komen2 yang mengundang dosa adalah tanggungjawab sendiri...

#celotehhalimcgupencen

(function() { var d = document, w = window; w

Parlimen bukan setakat semak, imbang tetapi institusi kuatkuasakan pertanggungjawaban

  Parlimen sering kali disebut sebagai tempat untuk semak dan imbang perjalanan pentadbiran kerajaan. Oleh yang demikian, kerajaan Perikatan...