BIAQ BETOI. KECOH DI PERLIS OASAI MAMAT NI.

 

Desa HM


Padu dari UMNO Bahagian Padang Besar...


Kat para last sekali tu.. brutal..


"Saya rasa dia tak layak bincang bab2 politik.. kerana lebih baik bagi kpd pemimpin tertinggi parti di Perlis mengikut hierarki, dan bukan nya dia".. kata Timb Ketua UMNO Bhgn Pdg Besar.


Baru dia tau... langit tinggi rendah...


Kami Amanah Pdg Besar... dari awal lagi kami tolak.

PKR Perlis pun tak terima dia.


Dia pi daftar ahli di sebuah Cabang di Kedah. Kemudian, secara senyap2, mohon tukar cabang... Menyusup masuk ke Cabang Pdg Besar...


Tup2... buat perjumpaan... kumpul beberapa ahli2 bawahan... dgn setiap yg hadir diberikan RM 50 ringgit ...

Guna nama  Madani...


Dlm ucapan dia sebut... "nak bawa pelaburan RM 2 bilion dari negara jiran utk rakyat Padang Besar". 


Dua penggal jd MP... bendang org kampung pun harap ayaq hujan jer.. La ni, baru sembang nak bawa masuk pelaburan...


Lagi satu... nak tubuhkan 400 cabang🙄.. 

Agak2 la..


Ingat org Pdg Besar semua benak sngat ker!


🤔🤔🤔🤔






CIRIT LA DIN....


 Ini susulan keputusan mahkamah yang memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi fitnah sebanyak RM1.35 juta kepada bekas menteri kewangan itu.




Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua

 Zuwairi Md Yusof



Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua


Hujan monsun di jangka berterusan sehingga ISNIN 16 Dis 2024 berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

 https://www.nst.com.my/news/nation/2024/12/1145922/monsoon-rains-expected-persist-until-dec-16


Segeralah ke Pusat Pemindahan Sementara sebelum air mula melimpahi sungai2 di sekitar tempat tinggal anda di mana2 negeri.Semoga anda semua selamat sepanjang tempoh gelombang kedua dan ketiga ini.


Bantuan2 akan di hantar oleh negeri2 lain kepada anda semua secara terus tanpa melalui pihak yang menolak bantuan dan sabotaj seperti sebelum ini.


#PMXMemimpin

#MADANIMendunia 

#PerpaduanMadani



APABILA PM BUAT APOLEGETIK

MSO


Beberapa hari lepas PM Anwar Ibrahim buat pernyataan maaf diatas sikapnya yang kurang baik apabila melepaskan kemarahan kepada para pegawai kerajaan termasuk menteri kabinet dalam satu mesyuarat.


Beliau dikatakan emonsi dan marah apabila berlaku kelewatan dalam perbincangan dan membuat keputusan berhubung projek Mydigital ID dan rangkaian kedua 5G.


Sebagai PM yang berkerja laju kerana mengejar masa untuk qada bakti kepada negara beliau mahu sesuatu keputusan diambil secepat mungkin mengikut masa ditetapkan apa lagi kalau kelewatan itu menjejaskan kerja lain.


Mungkin aksinya dalam mesyuarat itu agak terlebih sedikit menyebab beliau rasa bersalah dan mohon maaf atas keterlanjuran itu.


Sikap PM itu sesuatu yang terpuji dan jarang dilakukan pemimpin lain yang berada ditempatnya itu. Kesediaan PM memohon maaf menunjukkan beliau seorang yang terbuka dan pemaaf.  Sedia mengaku kesalahan dan tidak kekal dengan ego.


Sebenarnya beliau tidak pun perlu membuat apolegetik terbuka begitu, kerana beliau berada diatas, tetapi sebagai seorang pemimpin  berjiwa besar dan punya peri insan tinggi, dilakukan juga tentu sebagai suatu pengajaran. Hal ini perlu diinsafi semua.


Katanya dalam mesyurat itu ada pegawai daripada Bank Negara dan lain lain. Setelah beberapa hari kita tidak pun terdengar ada pihak lain termasuk menteri bertanggungjawab  membuat sebarang komen apa lagi memohon maaf kepada PM atas insuden itu. 


Mereka yang bertanggungjawab atas kelewatan atas sehibgga sampai PM berang sepatutnya memohon maaf kepada PM bukan PM yang memohon maaf kepada mereka.


Apa yang dilakukan Anwar itu, merupakan sifat luar biasanya yang patut diteladani dan hendaklah diingati semua pigak dalam kerajaan. Peristiwa itu juga menjadikan kerajaan Madani ini sedikit pelik. Trims.



TAK DAPAT JAWATAN... MULA NAK MENGARUT



 🤣🤑 Maca betul kata Akmal Soleh, BN baru...

Serupa ibarat api dalam sekam




GAMBAR GAMBAR PMX MAKAN DAN SEMBANG SANTAI BERSAMA YDP AGONG.

 

Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim petang ini bagi menyembah maklum beberapa urusan antaranya terkait isu negara dan usaha Kerajaan menangani permasalahan banjir di beberapa negeri, selain menyentuh soal pembangunan ekonomi negara dan negeri.










Usai sesi tersebut, saya mengiringi Baginda Tuanku untuk santapan tengah hari di restoran Asam Pedas Botak di Johor Bahru, sebelum berangkat pulang ke ibu negara.


#MalaysiaMADANI




PADU USTAZ KG RUSILA "TIBAI PAS, SEDARKAN PEMIMPIN PAS, SALAH GUNA AGAMA.



Ustaz kampung rusilla bekas imam masjid rusila mengkritik dan menghentam parti pas parti kononnya memperjuangkan agama islam tetapi sebaliknya perjuangan mereka menonjolkan mereka memperjuangkan agama islam malah cara mereka menjatuhkan maruah agama islam merendahkan martabat agama islam malah mereka menunjukkan tutur kereta perbuatan bukan yang diajar oleh agama islam sangat memalukan ustaz ini mengkritik menghentam menegur pemimpin-pemimpin di dalam parti pas.. Jom kita tonton perkongsian daripada ustaz zuliadin sama-sama kongsikan live.. kongsikan live ini bersama sana saudara sepupu sepapat adik-beradik ibu bapa kita semoga memberi manfaat kepada semua para-para penonton.. Jom tonton hingga tamat terima kasih bantu like komen dan subscribe boleh hadiahkan super chat super sticker dan super thanks then ada disediakan nombor akaun bank maybank di ruangan live di bahagian bawah terima kasih support channel solihin shabudin Terima kasih semua. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.




SELAMAT TINGGAL MAHATHIR : BAKAL DIPENJARA 10 tahun??

YB MENTERI DS AZALINA MEMBENTANGKAN SATU RANG UNDANG UNDANG YANG PENTING!

KERUSI KEPALA BATAS BERLAKU PRK ? PAS HILANG LAGI 1 KERUSI ?

PEMBANGKANG KETANDUSAN ORANG CERDIK KAH DALAM DEWAN. KALAU IDEA MEMFITNAH DALAM DEWAN ,BUKTI TAK ADA TU BUKAN CERDIK, TAPI BENGONG NAMA DIA..




Kes MP Pendang digantung 10 hari, Dewan Rakyat panas lagi

Persidangan Dewan Rakyat pagi tadi berlangsung tegang selama lebih setengah jam kerana pembangkang membantah keputusan penggantungan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dari mengikuti sidang Parlimen selama 10 hari.


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mengendalikan sidang pagi tadi telah memberikan laluan kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk mengemukakan pandangan berhubung perkara tersebut.


Antara yang bangkitkan perkara itu adalah Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).



Beliau berkata, peraturan menetapkan mana-mana ahli Dewan tidak boleh diheret untuk dikenakan tindakan hanya kerana membuat kenyataan di luar.


Selepas meneliti hujah dari lima Ahli Parlimen pembangkang yang lain, Johari membuat keputusan menolak desakan blok itu untuk mempertimbang semula keputusan penggantungan Awang Hashim.

Beliau menegaskan keputusan itu telah dipertimbang secara mendalam selain beberapa kali memberi peluang kepada Awang membuat permohonan maaf selepas menghinanya menerusi video TikTok pada 18 Julai lalu.


“Saya sudah dengar semua ini, pandangan saya dan keputusan saya seperti hari pertama saya berada di sini.. bila saya duduk sini saya perlu ketepikan perbezaan politik, maknanya saya tidak main politik.

“Semua dalam Dewan ini kawan-kawan saya. Namun begitu saya juga mesti ada pegangan. Sebab itu bila seorang ahli Dewan menghina saya di luar Dewan
… hari itu yang eject (arah keluar dewan) bukan saya, tapi timbalan saya.

“Bila dia (Awang) kena (keluar Dewan), pemberita tanya, dia kata inilah speaker zalim, saya dengar dalam tv, apa hal?,” kata Johari.

Johari berkata beliau juga telah meminta Awang memohon maaf atas perlakuannya tetapi tidak diendahkan.


“Sebab itu saya kata, apa juga kami kata hari ini, jangan hina speaker,” katanya sambil meminta semua pihak menghormati keputusannya.






 

AMK LAMA TAK DENGAR CERITA.SIBUK BERKEMPEN GAMAKNYA - Wanita KEADILAN Aktifkan Skuad Ihsan MADANI Ke Seluruh Negara


 Penghantaran barangan sumbangan dilakukan sendiri oleh Skuad Ihsan MADANI Wanita KEADILAN Pusat ke Dungun, Terengganu pada 6 Disember lalu.

MINDA NORAINI NORDIN, 9 Dis – Berikut merupakan Sorotan Khas Misi Banjir Wanita KEADILAN Skuad Ihsan Wanita KEADILAN 2024

6 Disember 2024 (Hari pertama)

Hari Jumaat yang barakah. Kami memulakan perjalanan dari Putrajaya ke Terengganu dalam cahaya senja berlangitkan awan yang muram.

Walaupun tugasan penulis sendiri sudah terlalu padat dengan pelbagai program di ibu negara (bertindih-tindih) namun penulis tetap meluangkan waktu untuk menyertai kumpulan pertama penghantaran sumbangan Misi Banjir Wanita KEADILAN #Skuad Ihsan Wanita KEADILAN ke Terengganu.

Penulis yang juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat menyertai Misi Bantuan Banjir ke Terengganu bermula pada 6 Disember lalu.

Kami berada di Terengganu untuk tempoh empat hari tiga malam yang bermula 6 Disember lalu.

Kumpulan pertama Skuad Ihsan Wanita KEADILAN ini dianggotai oleh Pengerusi Biro Mobilisasi Aidawaty Paiman, Ketua Wanita KEADILAN Johor Zuraidah Zainab Mohd Zain, Ketua Srikandi Sarawak Norhafizah Mohd Joharie, Pengerusi Biro Usahawan Siti Norffinie Mohamad Yassin, Rosmawati Shanim Hasim (Cabang Batu) dan Fauziah Hassan Kuthoos .

Bagi tugasan menyelaraskan sumbangan barangan banjir di Terengganu diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN Negeri Armila Alias yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri tersebut.

MUSIBAH BANJIR

Misi paling jelas adalah untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan yang kawasan dan negeri mereka dilanda musibah banjir.

Ketua Wanita KEADILAN Terengganu Armila Alias menyambut ketibaan rombongan Wanita KEADILAN Pusat bagi memulakan misi bantuan banjir sayap itu di Dungun, Terengganu.

Kami juga mahu menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan sasaran bagi meringan bebanan mereka.

Dua buah kenderaan pacuan empat roda sarat dengan barangan sumbangan termasuk Kit wanita, Kit Kanak- Kanak, Kit Warga Emas, Kit Pelajar, Kit makanan ringan termasuk barangan solat.

Banjir gelombang pertama kali ini juga luar biasa melebihi 100 ribu mangsa di tujuh negeri termasuk di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Wanita KEADILAN Pusat bersama Wanita KEADILAN Terengganu memulakan misi bantuan banjir ke kawasan terjejas di berberapa kawasan di negeri ini bermula pada 6 Disember lalu.

Kerosakan serta kerugian akibat banjir juga sudah mencecah RM1 bilion termasuk melibatkan sektor pertanian.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun kira-kira 378 kilometer itu diuji dengan hujan lebat silih berganti.

Kami tiba di Dungun tepat jam 10 malam. Keletihan lenyap apabila disambut oleh Armila dengan sajian enak dan penginapan yang selesa. Alhamdulilah.

Terima kasih Ketua Wanita Pusat – YB Fadhlina Sidek yang berusaha gigih menyediakan barangan sumbangan dan amat peka meringankan bebanan mangsa banjir seluruh negara.

Menteri Pendidikan merangkap Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek tidak lokek memberikan semangat kepada calon SPM yang terjejas banjir di Kelantan menerusi Op Payung bersama agensi kerajaan lain. Foto Facebook Fadhlina Sidek

Sementara itu, dalam masa yang sama – pasukan sukarelawan Wanita KEADIlAN untuk misi banjir juga turut diaktifkan untuk membantu mangsa-mangsa Kelantan, Kedah, Pahang serta kawasan-kawasan terkesan.

Skuad Ihsan MADANI diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN negeri masing-masing mengerakkan anggota mereka untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

  • Oleh Noraini Nordin

PM DAN YDP AGONG MAKAN BERSAMA. TOLONG LETAK LAUK LAK LAM PINGGAN. BUKAN APA, NAK BAGI TAU KAKI TEBUK ATAP....HANGPA TUNGGU SAMPAI WAKTU....KALAU DAK KIOK...



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyandukkan lauk sambil menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas di Johor Bahru hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



 Sultan Ibrahim, Perdana Menteri ceria santap asam pedas bersama.


Keakraban Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan rakyat Malaysia.


Menerusi catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berkongsi beberapa foto sedang menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru.


Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berangkat pada sesi santapan tengah hari itu.


“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap tengah hari bersama Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru.


“Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi,” tulis catatan itu.




DAPUR MADANI SUKARELAWAN YADIM BERKHIDMAT UNTUK BANTU MANGSA BANJIR.

 


DAPUR Madani Sukarelawan YADIM Losong telah menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan pada 8 Disember.








Beliau telah meluangkan masa hampir satu jam menyantuni dan merakamkan penghargaan kepada para petugas di dapur berkenaan yang terletak di Dewan Kamal, Kampung Losong Datuk Amar.


Turut bersama ialah YDP Yadim Dato Hassanuddin yang turut hadir bersama skuad Madani ke Terengganu bagi menyantuni mangsa banjir . Beliau mengiringi Timbalan Menteri Di JPM yang bersama melawat mangsa banjir.


Pada hari tersebut, seramai 20 ahli sukarelawan YADIM Losong telah bekerjasama menyiapkan 250 pek makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir. 


Antara lokasi agihan termasuklah untuk para petugas barisan hadapan dan sukarelawan di program Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM, Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani



BRUNAI INVESTMENT DIWUJUDKAN DI ZAMAN PMX. KEPERCAYAAN BRUNAI KEPADA MALAYSIA.


 

KAU USIK SALAH ORANG LA MAN.... REKOD SEMUA ADA MASA KAU PEGANG KASA.... TANDER TERUS.. TAK BACA KA?


 

KITA TOLONG ORANG. ORANG TOLONG KITA... ZAMAN PMX...


 

SAKAI PUN TAK DAK PERANGAI BUSUK MACAM NI.


 

MACAMANA HANG NAK LAWAN JDT... LEKEH AIHHHH.... KAH KAH KAH...


 

BUKU UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA PEMFITNAH DALAM PAS

 

W. Faudzin


Kalau saya jumpa buku ni jika ada, saya nak hadiahkan buku ini kepada tuan guru ustaz Dusuki.  Harap dia boleh kongsikan dengan ustazah Mastura.



AKUILAH BAHAWA MALAYSIA MEMPUNYAI KELAKUAN PEMBANGKANG YANG TAK KETAHUAN.

 


Kita kena akui, kita hidup dizaman pembangkang yang berkelakuan tak tentu hala.



Inilah kualiti yang ada pada pembangkang masa ini. Surat Layang, berbohong dan membuat pelbagai dakwaan tanpa bukti yang sahih. Semoga Speaker Dewan boleh mengenakan hukuman yang lebih berat sekiranya ianya masih diulang mereka.



𝗧𝗶𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗧𝗶𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻

SOKONG LA PN KALAU PENJAWAT AWAT GAJI KENA CATU. ANWAR DAH ELOK CARI PELABUR, BAYAR HUTANG ZAMAN NAJIB DAN DIN CIRIT, LA NI KALAU PEMIMPIN LAIN NAIK.. PELABUR LARI MEMANG LINGKUP LA





Mahathir - Penjawat Awam Ikat Perut


Mahiaddin - Penjawat Awam Dipotong Imbuhan


Anwar - Penjawat Awam Terima Kenaikkan Gaji Teringgi


Yang pelik semasa pemerintahan Mahiaddin, beliau memberitahu DYMM YDPA yang kerajaan mempunyai wang untuk berbelanja.



ANAK NGAN AYAH ZAMA JA.. FATWA SESAT.... AJARAN SESAT LA NI


 

BERGEGAR SAMPAI LANGIT NAK BELA MELAYU ISLAM. DAPAT JAWATAN SAKAW


 

KAKI FITNAH NO 1 DI PERAK. MAKNA KATA APA ? PAS NI PARTI SUKA FITNAH


 

PEJUANG KENA DUDUK JEL... ANWAR KENA MACAM MACAM BERANI JA DIA MASUK JEL... TAK KAN LA HADI TAK MASUK. KAN BARU NI DIA KATA ANWAR NAIK JADI PM SEBAB ORANG PAS... NI MESTI ORANG PKR JAHAT NI...


 

BAGI JUGA WALAU WALAUN FITNAH MACAM MACAM.


 

SIAPA YANG HEBOHKAN ISU LIWAT... ZAMAN NAJIB DENGAN SETPOL.


 

PENYELESAIAN NEGERI MAJU... K


 

DAH BAGI... HILANG MANA PLAK.???


 

Pergh berbagai alasan Najib bagi untuk lepas kes 1MDB ek.

Zainuddin omar


Itu yang Pas berpuas hati. 



***


KES 1MDB | Najib Abdul Razak mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk melaksanakan pertukaran rejim ketika dia menjadi perdana menteri.

Najib memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa halangan birokrasi ini berkaitan dengan usahanya mendapatkan bukti berkaitan 1MDB di mahkamah Amerika Syarikat pada 2021.

“Saya juga percaya bahawa tindakan penyitaan ini bermotifkan politik dan dirancang sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Parti Demokrat Amerika Syarikat dan parti pembangkang di Malaysia pada masa itu untuk melaksanakan pertukaran rejim di Malaysia.  

“Saya juga percaya bahawa kerjasama ini adalah motif utama dalam menghalang akses saya kepada bukti pelepasan kerana ia akan melemahkan naratif mereka dan mendedahkan kesalahan dalam tuduhan mereka terhadap saya,” kata Najib ketika memberi keterangan dalam perbicaraan penuh kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Jumaat lalu, Najib memberi keterangan di mahkamah jenayah Malaysia bahawa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang “bermotifkan politik” menghalang usahanya mendapatkan bukti berkaitan 1MDB.  

Dia juga mencadangkan bahawa dia mungkin boleh mendapatkan bukti tersebut selepas Donald Trump menjadi presiden AS yang baru.

‘Bukti akan bersihkan nama saya’

Najib memberitahu hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, bahawa halangan oleh AS terhadap usaha mendapatkan bukti telah merugikan pembelaannya dalam kes jenayah 1MDB.  

“Tanpa bukti pelepasan, saya terpaksa menghadapi pendakwaan di Malaysia dengan tangan terikat.  

“Saksi-saksi pendakwaan telah membuat tuduhan terhadap saya, dan tanpa akses kepada bukti penting ini, saya tidak dapat menghadapi mereka dengan berkesan.

“Saya berpendapat bahawa DOJ begitu melindungi bukti pelepasan ini kerana ia pastinya begitu bermanfaat kepada saya sehingga ia secara langsung dapat menolak tuduhan liar yang dikemukakan dalam tindakan penyitaan sivil mereka, termasuk tindakan penyitaan sivil DOJ yang difailkan pada 2016 dalam kes United States of America v Wolf of Wall Street Motion Picture,” kata Najib.

Bekas menteri kewangan itu memberi keterangan bahawa bukti berkaitan 1MDB itu akan sepenuhnya membersihkan namanya.

“Insya-Allah, jika bukti itu dibentangkan (di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur), saya yakin saya akan dibebaskan,” Najib mengulangi keyakinannya.

Pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram

Pada 30 Oktober, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib untuk membela diri atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana RM2.27 bilion daripada 1MDB.

Hakim Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib melibatkan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Hakim itu juga memutuskan bahawa Najib perlu menjawab pertuduhan tersebut berdasarkan kekuatan pelbagai keterangan 50 saksi semasa peringkat pendakwaan yang berlangsung selama enam tahun sejak perbicaraan bermula pada 2019. Najib pertama kali didakwa pada 2018.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun berhubung kes penyalahgunaan kuasa melibatkan dana RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB..



RENTASAN 1658 | PANAS!! PMX AKUI TAK BIMBANG DENGAN PENDEDAHAN TPM?







RENTASAN 1659 | PANAS!! PENGHULU PAS KANTOI CATU BANTUAN MANGSA BANJIR?


MENARIK DALAM RENTASAN 1659 1. PMX HARGAI USAHA, SEMANGAT TINGGI PETUGAS BENCANA BANJIR 2. JUMLAH KERUGIAN PERTANIAN DI KELANTAN MELEBIHI RM16 JUTA? 3. BANTUAN MANGSA BANJIR PULA DICATU?







BEKAS PENGARAH JANS SOROK DUIT LEBIH RM45 JUTA



Turut dijumpai RM8.56 juta di rumah tertuduh serta isterinya, Fauziah Piut, 59, manakala RM9.19 juta ditemukan di dalam kereta jenis Mazda dan RM4.13 juta dalam kereta jenis Mercedes. Pelbagai mata wang asing ditemukan dan disita termasuk dolar Amerika Syarikat (AS), pound sterling, euro, dirham Emiriah Arab Bersatu, baht Thailand, yuan China, dolar Hong Kong, yen Jepun, dong Vietnam, won Korea, riyal Arab Saudi, dolar Singapura dan rupiah Indonesia.







CHEGU BARD "TUTUH MB N9, PEMBANGKANG BELIT-BELIT TIBAI FADLINA, CALON SP...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh okey alright kita jumpa lagi live malam ini solihin sabudin alright malam ini berkongsi pelbagai perkongsian di dalam live ini tajuk macam-macam tajuk kita akan bawa bersama-sama di dalam live ini kan sepertimana tajuk cikgu buat tibai tutuh menteri besar negeri sembilan dan juga ahli-ahli parlimen pembangkang Tibai menteri pendidikan fadhlina siddiq disebabkan meneruskan peperiksaan spm kelantan dan negeri terengganu ketika banjir melimpahi di negeri-negeri kelantan terengganu. Akan tetapi untuk ujian spm ini hanya tujuh ratus orang sahaja yang menangguh untuk mengambil peperiksaan spm untuk datang selebihnya terus bersemangat mengambil ujian spm sijil pelajaran malaysia, Kita akan masuk pelbagai lagi tajuk individu-individu di dalam politik negara malaysia pelbagai lagi datuk seri anwar ibrahim ucapan-ucapan datuk membantu mangsa-mangsa banjir pengurusan pengurusan kerajaan untuk mangsa-mangsa banjir dan pelbagai lagi insya-allah kita akan berkongsi di dalam live pagi ini terima kasih kawan-kawan. Bantu like komen dan subscribe boleh hadiahkan superchat super stiker dan super Thanks dan join Channel solihin Shabudin membership Terima kasih semua. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.






Nak bernostalgian

 Berbanding 10 tahun dulu, tak banyak negeri Kelantan berubah. Jalannya masih sama. Masalah airnya tetap sama. 



Akan tetapi ramai perantau dari kelantan bila balik mengundi tetap undi pas bila pilihanraya.


Bagi saya sebabnya ialah kerana mereka nak kelantan tetap kekal mcm masa mereka tinggalkan dulu 10, 20 tahun dulu... Nostalgik kata mereka...


Balik kelate, tengok balik tempat menunggu bas zaman sekolah yang dah 20 tahun tapi masih tak berubah, menggamit memori mereka...


Kalau kelantan dah berubah membangun, nilai nostalgia dah hilang bagi mereka... Untuk cari makan, hidup selesa dgn bekalan air bersih dan kemudahan awam yg moden mereka merantau, mereka tinggal di Gombak, di Petaling Jaya, di Shah Alam... untuk bernostalgia mereka akan balik Kelantan dan kekal tetap undi pas.


Bagi pelancong pula, ada yang suka berada di Kelantan kerana ianya "laid-back" dan seperti kembali berada di tahun 80an dahulu. Contohnya stesen bas ekspress Kota Bharu yang penuh "vibes" 70an atau 80an.


Adapun negeri Kelantan ini, kekal lah seperti adanya saja berpuluh tahun. Cuma bas SKMK dan Kereta Sewa (Teksi) saja dah kepupusan . Bila nak tengok wayang, mereka akan drive 2 jam setengah ke Kuala Terengganu dan memenuhi KTCC atau terbaru Mayang Mall.



KO INGAT JAWATAN UMNO MAK BAPAK KO PUNYA...


 Yang ni lawak




Dia ingat, jawatan Ketua Bhgn UMNO tu hak mutlak dia sorang... dan hanya dia saja yg layak... 


Kalau dia masuk balik UMNO... habih depa yg pegang jwtn kena turun pangkat... 


Ketua kena bagi kat dia jgk... tak boleh org lain...


🤣🤣🤣🤣🤣🤣

.



SAJA JA VIDEO NI... SAJA NAK GEMPAQ ANWAR. HANGPA INGAT ANWAR MUDAH NAK KENA GEMPAQ NGAN HANGPA..?



GAMBAR LAMA. SEMBURIT BUAT KENDURI ANAKNYA. 


TerlIntas satu video dalam Tiktok beberapa orang wakil rakyat dan veteran politik berada disuatu event dengan gaya happy ala sambut raya. Semua wajil rakyat itu mereka yang tidak berada dalamn kabinet maksudnya di luar, kelihatan sama ada OT99. Tidak dapat dipastikan event apa.


Cara video itu di expose semacam ada sesuatu benda  akan berlaku, ala ala peristiwa Shareton 2018 dulu. Apakah ada himpunan untuk jatuhkan kerajaan. Kalau ya, siapa nak jadi PM? 


Cuma yang jadi tanda tanya saya dan sedikit melegakan untuk mengatakan pertemuan itu tidak ada kaitan politik bila tidak nampak wajah Tok Dor dan khadamnya Tutuman.  Kalau pertemuan itu nak tebuk atap mesti mereka berdua ada terutamanya Tok Dor sebab dia arkitek tebuk atap dan tukang baca doa.


Justeru video itu seperti sengaja  diexposekan untuk suka suka sahaja dimana ia tidak lebih merupakan satu permainan selepas banjir saja. Trims.



PATUT PECAT SAHAJA..

Zam Bin Zom


 

JAIPk memohon maaf atas sikap seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan dengan cara yang sangat biadap.

JAIPk juga akan mengambil tindakan disiplin keatas  pegawai tersebut.


Orang macam tu patut dipecat jer. Baru padan muka!!




PADAH MERENTAS SEMPADAN


Sham Ghaz





Tindakan seorang warga tempatan dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeberangi Sungai Golok menggunakan laluan tidak sah mengundang padah selepas dicekup oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semasa pemantauan melalui dron di pangkalan haram Abe Yie, Rantau Panjang pada Sabtu.


Kelima-lima suspek terbabit dikesan berbuat demikian kira-kira jam 9.45 malam oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.


Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa pemantauan melalui dron dilakukan, pihaknya ternampak tiga lelaki, seorang perempuan dan kanak-kanak (seorang) berada dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram terbabit.


#SinarHarian #Dron #PATI #SungaiGolok #RantauPanjang



Kenapa 1400 penjawat awam tida



 Kenapa 1400 penjawat awam tidak menandatangani SSPA? 



Adakah mereka kaki pemalas kerja takut kena ambil tindakan disiplin?


***

Hanya 0.13 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang tamat pada 30 Nov lepas, menjelang pelaksanaan sistem itu yang berkuat kuasa pada 1 Dis ini.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.


"Sebenarnya bagi saya, ini satu perkara yang biasa kerana dalam SSPA itu kita memberi pilihan sama ada menerima ataupun tidak, sama juga semasa kita melaksanakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu kita nak berpindah daripada Sistem Saraan Baru (SSB), ada juga yang tidak menerima.


"Bagi mereka yang tidak menerima (SSPA), saya percaya ada pertimbangan-pertimbangan khusus bagi mereka dan pastinya mereka tidak dapat menikmati kelebihan yang kita tawarkan dalam sistem SSPA, jadi tidak ada paksaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kampung Angkat MADANI JPA: Pulau Aman di Batu kawan hari ini.


Beliau berkata perkara itu turut dilaporkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang gembira dengan pencapaian tersebut.


Wan Ahmad Dahlan juga berkata penjawat awam yang tidak memilih SSPA tidak lagi boleh berbuat demikian selepas 30 Nov.


Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menguruskan program berkaitan SSPA kerana berjaya melaksanakannya dengan baik.


Pada 12 Nov lepas, kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Panggilan Setempat SSPA sebagai platform untuk memberi penjelasan tepat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan penjawat awam berhubung sistem itu.


Sejak pengenalan SSPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2024 pada 13 Sept lepas, sebanyak 54 sesi libat urus telah dilaksana untuk memberi penerangan mengenainya.


Pengenalan SSPA adalah sebahagian daripada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang lebih besar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan selain membantu mengurangkan kos sara hidup penjawat awam.

- Bernama



𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 𝗬𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗝𝗔𝗨𝗛 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔





Video 2 tahun lepas Ini membuktikan 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 telah jauh meninggalkan PERTAMINA Indonesia. Kini pada tahun 2023 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 diiktiraf sebagai bukan shj dlm ranking 500 Fortune company tetapi juga merupakan syarikat 𝗢𝗶𝗹 & 𝗚𝗮𝘀 𝗻𝗼. 𝟴 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. 


Petronas dikira sebaris dengan SINOPEC dan PetroChina, dua syarikat Oil & Gas milik negara China meskipun masih ketinggalan dari segi asset dan kekayaan.


Petronas sejak dulu sentiasa cemerlang tapi kini di bawah PMX dan Kerajaan MADANI yg mementingkan tatakelola yg baik, 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 dijangka dapat melangkah lebih jauh lagi menjadi Konglomerat yg dihormati dunia.


Sejak beberapa hari ini viral dan mengejutkan seorg anggota DPR Indonesia (Ahli Parlimen jika di Malaysia) menyarankan PERTAMINA dibubarkan shj dan biarkan 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 masuk sekali lagi dan mengambil alih. Tonton : PERTAMINA BUBAR....?! PETRONAS SIAP GANTIKAN POSISINYA DI INDONESIA?

https://youtu.be/_s3WgBi7VWM?si=EsONuC9vth4TWdai 


Ini gara-gara kerana kecewa mutu bahan bakar keluaran PERTAMINA dianggap tidak mencapai standard seperti didakwa dan merosakkan beberapa kenderaan kerana didakwa bercampur air.


Dulu khabarnya PERTAMINA tidak izinkan 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦 bersaing di Indonesia, tapi lihat skrg di mana 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦? Alhamdulillah...Semoga terus maju jaya 𝗣𝗘𝗧𝗥𝗢𝗡𝗔𝗦. Malaysia Boleh...!!


-Zus Din 

08122024


Tonton : 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮 𝗧𝗮𝗸 𝗕𝗶𝘀𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀?

https://youtu.be/V1sbdRQDZmE?si=JuO7bIU_CAbyVaZw


KISAH MUSLIM DARI MINDANAO

 

Jamzuri Ardani


Saya terbaca satu kisah yang ditulis oleh seorang saudara muslim dari Mindanao. Kisah ini bagi saya agak unik. 


Beliau dilahirkan dalam keluarga muslim dalam masyarakat muslim di Mindanao yang hidup dalam suasana konflik dan ketegangan. Kekacauan, keganasan, ketakutan, dan kesusahan hidup yang dilalui oleh keluarga dan masyarakat sekitarnya menyebab beliau memandang sangat negatif terhadap Islam dan masyarakat Islam. Baginya tidak ada langsung kebaikan dan keindahan yang dilihatnya dari agama ini dan penganutnya. Itulah perspektifnya sebagai anak muda pada waktu itu. 


Beliau mencari jalan keluar dari kehidupan itu dengan bekerja keras mencari biaya sendiri untuk menyambung pelajarannya di universiti. 


Ketika di tahun akhir pengajiannya, dia berhadapan dengan perbalahan besar dengan seorang professor di universitinya. Professor itu, seorang wanita, terkenal dengan sikap kasar dan suka membuli pelajarnya. Masalah bermula bila dia terlepas satu kelas dengan professor tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 


Sejak itu dia sering menjadi mangsa diejek, dihina, dan dimalukan oleh professor tersebut.  Walaupun dia sudah meminta maaf berkali-kali tetapi professor tersebut terus membulinya. Malah professor itu pernah mengugutnya untuk menggagalkan pengajiannya. Suatu hari professor tersebut memanggilnya dengan panggilan 'anak setan' dan ini benar-benar telah menyebabkannya hilang sabar. 


Beliau mula merancang untuk menyertai kumpulan militan yang sebelum ini sangat beliau benci bagi membalas dendam terhadap professor tadi. Lalu beliau mula melawat sesawang di talian untuk mencari jalan menyertai kumpulan tersebut. 


Tanpa diduga, pencarian ini membawanya untuk memahami Islam secara lebih mendalam dan beliau pun menghentikan hasratnya untuk menyertai kumpulan militan bagi membalas dendam. 


Malah beliau lebih tertarik dengan konsep tauhid dan kesucian pengabdian terhadap Tuhan. Beliau membaca pengertian ayat-ayat Quran dan hadith sehingga menyebabkannya lebih tenang dan mempunyai matlamat yang lebih jelas tentang kehidupan. 


Ditakdirkan Allah, beliau akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun berhadapan pelbagai dugaan. Selepas tamat pengajian, beliau mengambil keputusan untuk kembali mengucap syahadah dan memulakan hidup baru sebagai seorang muslim yang yakin dengan ajaran agama ini. Tidak seperti sebelumnya dimana walaupun dia dilahirkan dalam keluarga muslim tetapi beliau sangat tidak menyukai agamanya sendiri. 


Kisah ini memberikan gambaran bahawa kehidupan yang berlatarbelakangkan konflik dan keganasan yang berpanjangan boleh menjauhkan generasi dari agama. Anak-anak yang lahir dalam keluarga muslim wajar diberi peluang memahami agama ini dalam suasana yang kondusif dan tidak dibebani dengan sentimen kebencian, permusuhan, ancaman, dan keganasan.