PADAH MERENTAS SEMPADAN


Sham Ghaz





Tindakan seorang warga tempatan dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeberangi Sungai Golok menggunakan laluan tidak sah mengundang padah selepas dicekup oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semasa pemantauan melalui dron di pangkalan haram Abe Yie, Rantau Panjang pada Sabtu.


Kelima-lima suspek terbabit dikesan berbuat demikian kira-kira jam 9.45 malam oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.


Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa pemantauan melalui dron dilakukan, pihaknya ternampak tiga lelaki, seorang perempuan dan kanak-kanak (seorang) berada dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram terbabit.


#SinarHarian #Dron #PATI #SungaiGolok #RantauPanjang