APABILA PM BUAT APOLEGETIK

MSO


Beberapa hari lepas PM Anwar Ibrahim buat pernyataan maaf diatas sikapnya yang kurang baik apabila melepaskan kemarahan kepada para pegawai kerajaan termasuk menteri kabinet dalam satu mesyuarat.


Beliau dikatakan emonsi dan marah apabila berlaku kelewatan dalam perbincangan dan membuat keputusan berhubung projek Mydigital ID dan rangkaian kedua 5G.


Sebagai PM yang berkerja laju kerana mengejar masa untuk qada bakti kepada negara beliau mahu sesuatu keputusan diambil secepat mungkin mengikut masa ditetapkan apa lagi kalau kelewatan itu menjejaskan kerja lain.


Mungkin aksinya dalam mesyuarat itu agak terlebih sedikit menyebab beliau rasa bersalah dan mohon maaf atas keterlanjuran itu.


Sikap PM itu sesuatu yang terpuji dan jarang dilakukan pemimpin lain yang berada ditempatnya itu. Kesediaan PM memohon maaf menunjukkan beliau seorang yang terbuka dan pemaaf.  Sedia mengaku kesalahan dan tidak kekal dengan ego.


Sebenarnya beliau tidak pun perlu membuat apolegetik terbuka begitu, kerana beliau berada diatas, tetapi sebagai seorang pemimpin  berjiwa besar dan punya peri insan tinggi, dilakukan juga tentu sebagai suatu pengajaran. Hal ini perlu diinsafi semua.


Katanya dalam mesyurat itu ada pegawai daripada Bank Negara dan lain lain. Setelah beberapa hari kita tidak pun terdengar ada pihak lain termasuk menteri bertanggungjawab  membuat sebarang komen apa lagi memohon maaf kepada PM atas insuden itu. 


Mereka yang bertanggungjawab atas kelewatan atas sehibgga sampai PM berang sepatutnya memohon maaf kepada PM bukan PM yang memohon maaf kepada mereka.


Apa yang dilakukan Anwar itu, merupakan sifat luar biasanya yang patut diteladani dan hendaklah diingati semua pigak dalam kerajaan. Peristiwa itu juga menjadikan kerajaan Madani ini sedikit pelik. Trims.