Nak bernostalgian

 Berbanding 10 tahun dulu, tak banyak negeri Kelantan berubah. Jalannya masih sama. Masalah airnya tetap sama. 



Akan tetapi ramai perantau dari kelantan bila balik mengundi tetap undi pas bila pilihanraya.


Bagi saya sebabnya ialah kerana mereka nak kelantan tetap kekal mcm masa mereka tinggalkan dulu 10, 20 tahun dulu... Nostalgik kata mereka...


Balik kelate, tengok balik tempat menunggu bas zaman sekolah yang dah 20 tahun tapi masih tak berubah, menggamit memori mereka...


Kalau kelantan dah berubah membangun, nilai nostalgia dah hilang bagi mereka... Untuk cari makan, hidup selesa dgn bekalan air bersih dan kemudahan awam yg moden mereka merantau, mereka tinggal di Gombak, di Petaling Jaya, di Shah Alam... untuk bernostalgia mereka akan balik Kelantan dan kekal tetap undi pas.


Bagi pelancong pula, ada yang suka berada di Kelantan kerana ianya "laid-back" dan seperti kembali berada di tahun 80an dahulu. Contohnya stesen bas ekspress Kota Bharu yang penuh "vibes" 70an atau 80an.


Adapun negeri Kelantan ini, kekal lah seperti adanya saja berpuluh tahun. Cuma bas SKMK dan Kereta Sewa (Teksi) saja dah kepupusan . Bila nak tengok wayang, mereka akan drive 2 jam setengah ke Kuala Terengganu dan memenuhi KTCC atau terbaru Mayang Mall.