Yb Pas bagi cek tendang kepada ayah Adib. Rm300 pun guna cek!



Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Amal Harapan 553131024296 (Maybank). Hantar resit ke 017-514 0087 bagi tujuan rekod. Atau ada apa-apa soalan whatsApp nombor yang sama.


Pirane Melaka: PH lebih tenang dan bersedia


 MSO  MOHD SAYUTI OMAR



Adly dinamakan sebagai KM
oleh PH.

TINGGAL 11 hari sahaja lagi proses penamaan calon untuk pilihan raya negeri (Pirane) Melaka akan berlangsung. SPR telah menetapkan 8 November hari penamaan calon manakala hari pengundian 20 November

Saat ini parti-parti politik yang berhajat untuk mengambil bahagian sedang berkira dan membuat perhitungan rapi bagi memuktamad apa yang akan dilakukan. Walaupun ada khabar beberapa parti menyatakan hasratnya untuk mengambil bahagian, tetapi pertarungan sudah pasti akan berlaku antara tiga komponen utama, Umno-Barisan Nasional (UBN), Pakatan Harapan (PH) dan PPBM Perikatan Nasional (PN)

Bagi PH komponen tersebut tidak ada apa-apa masalah yang timbul dan berbangkit ketika ini. PH yang terdiri daripada Keadilan, DAP dan Amanah nampak sepadu dan cukup yakin. Tidak ada apa-apa masalah yang mengucar-kacirkan perpaduan komponen itu. Bahkan semangat mereka untuk menghadapi pilihan raya itu sungguh tinggi.

Sedikit masalah yang tercetus sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik.  Ia berkenaan cadangan untuk menerima empat orang Adun yang menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan kerajaan UBN tumbang untuk bertanding atas nama PH sudah dimuktamadkan. 

Keempat-empat Adun itu, Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hasan Baktee (Pengkalan Baru) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Mulanya keempat-empat mereka berhasrat untuk bertanding semula menggunakan lambang PH, tetapi Pimpinan PH mengambil keputusan menolak cadangan itu selepas dibantah berbagai pihak.

Persiapan nama-nama calon PH untuk diletakkan di 28 kerusi sudah hampir selesai. Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang dilantik menjadi pengarah pilihan raya, pembahagian kerusi antara sesama PH juga sudah selesai 90%. Tinggal lagi 10% lagi. Ertinya PH berada dalam keadaan terbaik dan bersiap siaga.  

PH juga mendahului komponen lain apabila telah tegas dan sepakat untuk menamakan Pengerusi Amanah Melaka itu sebagai Ketua Menteri sekiranya PH menguasai Pirane itu. DAP yang merupakan komponen PH yang berpengaruh di Melaka telah menamakan Adly sebagai ketua menteri. DAP bertindak tangkas mengunci perkara itu dan ia tidak berani dibantah Keadilan. Suasana ini menunjukkan PH berada dalam kondisi cukup padu.  

Jadi ringkas cerita, PH tidak mempunyai apa-apa masalah lagi untuk berhadapan dengan Pirane Melaka, mereka menunggu sahaja proses seterusnya.

Berbeza dengan komponen UBN yang belum memastikan apakah komponen itu akan bertanding secara solo atau pun akan bermuafakat dengan Pas. Masalah inilah yang membelenggu UBN dan meletakkan gabungan itu masih kelam kabut. 

Malam tadi BN telah meluncurkan jentera pilihan raya di PWTC yang disempurnakan oleh presiden Umno dan juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. 

Semasa berucap di majlis itu, sekali lagi Zahid menegaskan yang UBN tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PBBM (PN). Kenyataan Zahid itu tegas dan keputusan itu menurutnya diambil kerana kehendak akar umbi. PAU telah memutuskan bahawa tidak ada kerjasama dengan PBBM. Jika Zahid dapat diyakini maka pemutusan kerjasama dengan PPBM itu muktamad.

Bagaimana pun Zahid tidak menyatakan sikap dan pendirian UBN dengan Pas yang merupakan rakannya dalam Muafakat Nasional (MN). Pas selain bersama Umno ia juga bersama PBBM dalam PN. Situasi ini merumitkan UBN dan Pas sendiri. UBN pastinya kecewa dengan sikap Pas itu yang boleh dianggap telah tidak jujur kepadanya. 

Bukan sahaja UBN, tetapi Pas sendiri juga terjepit dengan keadaan dan formula politik Machiavellinya yang bermain dua kolam itu. Pas dalam keadaan serba salah sementara usahanya untuk menjadi mediator merapatkan UBN dan PPBM gagal. Pas kini sudah kelemasan di darat serta menyusahkan PBBM dan Umno.

Bagaimana pun kalau Pas tetap dengan formulamnya untuk bermain dua kolam, sudah tentu ia tidak dapat diterima oleh Umno. Ini bermakna muafakat dan piagam MN yang dimeterai berakhir dan lebur. 

Formula dan percaturan Pas agak pelik dan kompleks. Parti agama itu mengambil pendirian menyokong kedua-duanya, pada satu masa. Ini yang membingungkan. Macam mana kalau berlaku pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan UBN dan PPBM. Apakah formula atau hadith yang akan digunapakai Pas untuk menyelesaikan ini?

Apakah Pas akan membagikan dua sokongan dan undinya kepada Umno dan PPBM? 

MT Umno akan bermesyuarat malam ini khabarnya akan membuat keputusan muktamad bersabit sikap mereka terhadap hubungan dengan Pas itu. Mereka mungkin akan memberi kata dua kepada Pas tentang pendirian songsang parti agama itu. Dengan kesungguhan dan keyakinan Umno dapat tawan Melaka, mungkin Umno tidak akan pedulikan Pas lagi.

Sikap dan pendirian diambil UBN itu juga secara tidak langsung memberi masalah kepada PPBM (PN). Presiden PBBM Mahiaddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang partinya akan bertanding di kesemua 28 kerusi. Kenyataan ini menjelaskan bahawa PBBM juga tidak berharap kepada kerjasama dengan BN. Jika Umno mengerti maksud kenyataan itu ia adalah ketegasan dan rasa tidak hairan PBBM kepada Umno. 

Sehubungan itu Pas dilihat cenderung untuk bersama PN berbanding dengan Umno apabila parti itu ikut sama dalam mesyuarat majlis pimpinan PN. Kehadiran Pas dalam mesyuarat itu menjelaskan Pas sudah "bulat bergele" dengan PN.

Bukan itu sahaja, Pas juga mengatakan mereka akan ikut bertanding menggunakan lambang PN. Dengan Pas sanggup meninggalkan simbol keramatnya bahawa sudah jelas Pas bersama PN. Kenyataan itu memberi makna bahawa Pas akan bersama PN. Walaupun ada suara-suara kecil dalam Pas minta perkara itu diperhalusi, tetapi nampaknya ia seperti sudah dicapai persetujuan kerana, ulama besar pas tidak membantah cadangan itu.

Langkah dan keputusan Pas untuk bersama PN itu juga turut sama menjejaskan ketenangan dalam Pas. Tindakan Pas itu ditolak oleh mereka yang selama ini mahukan Pas bersama Umno bukannya PPBM. Kesimpulannya formula sonsang Pas itu bukan sahaja mendatangkan masalah kepada kedua rakannya Umno dan PPBM tetapi ikut sama meretakkan persefahaman dalam parti itu. [wm.kl. 11:32 am 28/10/2021] * tanpa edit.

 

((PANAS)) DATO ZAHARIN: "JANGAN SERAH TANAH KAT DAP WALAU SEINCI"? UMNO ...KAH..KAH..CAKAP PAKAI PERUT TAK PAKAI OTAK


((PANAS)) DATO ZAHARIN: "JANGAN SERAH TANAH KAT DAP WALAU SEINCI"? UMNO MULA LANCAR ISU PERKAUMAN? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk KREDIT TO FB ZAHARIN MOHD YASSIN

Dap atau amanat Hadi yang haram, sesat & menyesatkan? JAKIM jangan jadi ...



Isu DAP satu survival buat politik PAS... 50 tahun akan datang cerita tak habis... Apa pun terbaik buat Bro Jemming...

KEH..KEH..BAGI BERGASAK...MOKHTAR SENIK DAH JADI KEMUDARATAN PADA PAS-LAGI DIA CAKAP LAGI ORANG MELUAT PADA PAS.....

 


Setelah di ‘sound’ Mokhtar Senik, Asyraf Wajdi ‘sound’ balik ulama Pas




Setelah di ‘sound’ Mokhtar Senik, Asyraf Wajdi ‘sound’ balik ulama Pas. Asyraf Wajdi dengan tegasnya mengingatkan Ulama Pas agar semak dahulu sebelum keluar kenyataan di media sosial.

Saya tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan bernada bongkak mahupun angkuh mengenai keupayaan Umno untuk bertanding secara sendirian,” jelas Ketua Pemuda UMNO.

“Saya menghormati saudara saya al-fadhil Ustaz Mokhtar Senik. Namun, dalam komentarnya (yang saya masih berharap disalah lapor oleh Malaysiakini) seharusnya sebagai seorang ulama, wajar semak dahulu (tabayyun).

“Sama ada benarkah saya pernah mengeluarkan kenyataan yang kononnya memaparkan berita ’60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf’.

“Mana mungkin saya keluarkan kenyataan yang faktanya pun tidak betul kerana Umno tidak pernah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun,” menurut kenyataan di laman sosial Ketua Pemuda UMNO hari ini.

Tulisan Ulama Pas dihalaman Facebooknya semalam mengkritik kenyataan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

“Ingat, sekali lagi kita sengaja menyombongkan diri atas peluang yang Allah beri maka Allah akan timpakan kehinaan tiada lagi kemuliaan yang tersisa dan berbaki,” katan ulama Pas.

Kenyataan itu disiar laman sosial Facebook Mokhtar Senik yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Laporan portal itu bertajuk “60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf” yang melaporkan pandangan pemimpin kanan Umno menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada bulan depan.

TERKINI : PERHATIAN KEPADA PENGUNDI LUAR NEGARA SEBELUM 1 NOV INI. Sidang Media: Isu Terkini Mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka Di Bilik G...


PERHATIAN KEPADA PENGUNDI LUAR NEGARA SEBELUM 1 NOV INI. Sidang Media: Isu Terkini Mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka Di Bilik GERAKAN


PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO MENUDUH PH PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN PN MELAKA...

TANYA DIA ...MANA DIA TAU NAK JAWAB...BAB -BAB SEJARAH NI KENA RAJIN KAJI DAN BACA....PAJAK ATAU SERAH P.PNANG PADA BRITISH ?

 


Kedah pajak atau serah P Pinang kepada British, soal Ramasamy





P Ramasamy berkata, Muhammad Sanusi Md Nor bukan pakar untuk mentafsir sejarah ikut suka hati.

PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin Pulau Pinang membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana menuntut “bayaran pajakan” RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan atas dasar menghormati perjanjian pada era penjajah.

Kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, tiada asas bagi tuntutan itu dan “tiada satu dokumen sejarah jelas” yang akan membuktikan bahawa Kedah memajakkan Pulau Pinang kepada British.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri “tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah”.

“Kerajaan persekutuan juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada,” kata Chow.

Semalam, Sanusi yang sering berbalah dengan kerajaan Pulau Pinang, menuntut RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” bagi tanah di pulau dan Seberang Perai.

Kerajaan persekutuan membayar RM10,000 selama berdekad-dekad kepada Kedah bagi pihak Pulau Pinang sebagai bayaran pajakan, tetapi menaikkannya kepada RM10 juta setahun mulai 2018.

“Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berkaitan pajakan Pulau Pinang bermula 2018 adalah RM10 juta. Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta,” katanya dalam sidang media.

Dalam catatan di Facebook, Ramasamy berkata: “Dokumen yang ada samar-samar dan tidak dapat difahami, tertakluk kepada tafsiran yang berbeza.

“Perlu difahami bahawa apa yang dipanggil pajakan ke atas Pulau Pinang dan tanah besar adalah sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Kedah dan negeri-negeri Melayu utara yang lain oleh Siam.

“Kedah menyerahkan Pulau Pinang sebagai balasan atas perlindungan yang ditawarkan pihak British.”

Walaupun tindakan pihak kerajaan persekutuan memberi pampasan kepada Kedah adalah sebagai tanda muhibah beliau berkata, ia mungkin tiada kaitan dengan hakikat bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

“Bagaimanapun, Sanusi seolah-olah mentafsir sejarah sesuai dengan kepentingan politiknya yang sempit dan berat sebelah. Beliau fikir, dengan menggunakan sejarah, beliau mungkin mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat pampasan lebih besar daripada kerajaan persekutuan.”

Ramasamy berkata, tuntutan Sanusi “seolah-olah pemerasan” terhadap kerajaan persekutuan.

“Demi pengesahan sejarah, kerajaan persekutuan harus memulakan kajian mengenai sama ada Pulau Pinang sememangnya dipajak daripada Kedah dan sama ada negeri itu adalah negeri yang berdaulat atau tidak pada masa itu.

“Sanusi bukan pakar untuk mentafsir sejarah ikut suka hati,” katanya.

JALAN PUN DAH BOLEH BERTUKAR KEPADA JALAN QINZHOU


MOHD MUKHLIS


 Sahribut Samanahaha Serba Tahu dah dapat info belum bab ini? Kalau dulu, dia memang cakna bab-bab bahasa dan tulisan jawi. Sekarang ini takut line dalam Gua Kelam tak jelas sahaja.

Nasib baik bukan DAP jadi kerajaan, kalau tak puas bertasbih Demikianlah DAP siang dan malam.

May be an image of road, tree and text that says "KUANTANLOKA October at9:00 Nama Kuantan ada China Nak tahu info info terkini di Kuantan dan Pahang? Join kami di Telegram https://t.me/kuantanloka kuantanloka JALANINZHOU Jalan Gebeng di Kuantan telah bertukarnama kepada Jalan Qinzhou Ini selaras dengan persetujuan Bandaraya Persahabatan yang ditandatangani pada tahun 2015. Satu alan di Bandar Qinzhou telah dinamakan s”agaLebu Kuantan."

OWHHHH JANGAN LA HARAP MP PARTI AGAMA.....

May be an image of text that says "The TheStar PKR MP: Drinking Timah whiskey is like 'drinking Malay women' f By MARTIN CARVALHO and RAHIMY RAHIM NATION Thursday, 28 Oct 2021 2:21PMMYT 2:21 PM Privacy- Terms"



 Kalau minum Timah macam minum perempuan Melayu, yang kita duk minum Dutch Lady tu?

🙄
Ingat MP PAS, rupa MP PKR.
Lady MPs, please la champion and debate issues on rape culture, underaged marriages and child incest which are pravalent now in our community.
Tu lagi valid isu untuk negara dan bangsa.

SUKA KAH KALAU DAP YANG DAPAT MEMERINTAH ? MESTI ORANG YANG BERTANYA INI TAK SEKOLAH ....

                                    


                                                       IDUP DAP


DAP Perak desak ADUN lompat parti letak jawatan




Ada satu komen berbentuk pertanyaan dalam posting aku. Komennya berbunyi: "Suka ke kalau DAP perintah negara?" Aku jawab suka. Dan aku tanya semula, apa hujah untuk tak boleh suka kalau DAP perintah negara?

Takut orang Cina jadi Perdana Menteri? Takut orang Cina berkuasa? Takut Islam hilang kedudukan sebagai agama rasmi?
Pertama sekali, PM Malaysia mesti Melayu. Jadi kalau DAP pegang majoriti pun, dia mesti calonkan MP Melayu sebagai PM. Nak lantik PM perlu restu YDP Agong. Maka kalau kita dapat PM bukan Melayu, itu mesti YDP Agong dan perkenan.
Kedua, kalau PM bukan Melayu pun, hak istimewa orang Melayu (yang sebenarnya tak pernah wujud) tetap terlindung dalam perlembagaan. Begitu juga status Islam sebagai agama rasmi. Memang boleh tukar tapi perlukan persetujuan ⅔ dewan.
Dan sekali lagi, kalau dapat pun ⅔ dewan, tetap masih perlu perkenan daripada YDP Agong. Jalan ceritanya tak mudah. Bukan macam tukar siaran tv.
Ketiga, aku lebih takut jika yang memerintah itu perasuah, penyeleweng, perompak bahkan mungkin pembunuh. Lebih rosak negara. Selama merdeka, negara kita sentiasa dipimpin oleh orang Melayu. Jadi segala kes rompakan harta rakyat, rasuah dan seleweng semuanya dibuat oleh orang Melayu yang pegang kuasa.
Dan selama Melayu perintah, yang paling miskin adalah orang Melayu. Yang ramai hisap dadah pun orang Melayu. Bahkan negeri yang majoritinya orang Melayu adalah antara yang paling miskin walaupun negeri itu banyak hasilnya.
Siapa yang rompak Melayu? Orang Melayu sendiri la...
Jadi aku nak takut apa kalau DAP memerintah. Kerana DAP bukanlah parti Cina. Ada ramai Melayu Muslim dalam DAP. Dan kalau DAP parti Cina pun, DAP takkan dapat ubah perkara yang berkaitan dengan Melayu dan Islam kecuali dengan sokongan MP Melayu sendiri dan diperkenan YDP Agong.
Tapi bayangkan kalau perasuah dan penyeleweng yang mengepalai negara. Tak mustahil mereka jual negara untuk keuntungan diri.
Lupa bagaimana negara kita hampir tergadai kepada China apabila projek mega tak perlu dibuat dengan berhutang kepada negara itu? Projek mega yang mungkin sebenarnya topeng bagi bolehkan wang disalur ke poket sendiri tanpa disedari rakyat.
Kalau aku nak jadi rasis, nak takut dengan kaum lain, baiklah aku takut kepada MCA dan MIC. Kerana kedua parti ini memang berasaskan kaum dan mereka tak buka keahlian kepada orang selain kaum mereka. Rasisnya!
Yang peliknya, orang Melayu rasis yang takut DAP sanggup pula bertuankan MCA dan MIC. Jadi balaci gantung bendera mereka sedangkan orang Cina dan India pun tak mahu kempen untuk mereka. Tapi mereka jadi takut kepada parti berbilang kaum seperti DAP. Nak kata apa itu kalau bukan BODOH?
Akhir sekali, DAP takkan jadi majoriti. Takkan dapat perintah negara ini secara sendiri, paling tidak untuk tempoh 30 tahun lagi.
Jadi aku nak takut apa?
DAP cuma momokan UMNO dan PAS bertujuan untuk memperbodohkan orang Melayu. Kalau kau terpengaruh, maka sahih kau bodoh. Sekian.

OWHHHH...JOM KITA MELAWAT JUGA...

 May be an image of 1 person and text that says "B BERNAMA BERNAMA 2d Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke New York bagi urusan pengajian anak lelakinya. i BERNAMA BERNAMA. COM Mahkamah benar permohonan Muhammad Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke New York"


Pergi Jerman berubat, pergi Singapura tengok anak beranak, ni pergi US anak nak sambung belajar. Semua mangkuk ni ada kes mahkamah. Lepas je pergi luar negara atas urusan peribadi.

Kartunis Zunar tak ada kes mahkamah pun, nak pergi luar negara untuk satu pameran yang boleh naikkan nama Malaysia di persada antarabangsa, tak dibenarkan. Dah jadi apa Malaysia?
Nampaknya di Malaysia penjenayah lebih dihargai dan disayangi. Lain kali untuk kes berprofil tinggi tak payahlah rampas passport. Tak ada guna pun. Bagi je dorang nak pergi planet lain sekalipun.

HIMPUNAN LAPORAN KERUGIAN- LINK LAPORAN DISEDIAKAN...BANYAK DUIT KITA DISALAHURUS OLEH KERAJAAN LEMAH-RAKYAT MELAKA APA KHABAR KALAU BACA INI ?

 


KERUGIAN 1


Laporan audit: Jabatan Imigresen rugi lebih RM81 juta tak kenakan penalti

Laporan Ketua Audit Negara 2020 menyebut, pemantauan perlu dilakukan oleh Jabatan Imigresen, khasnya berkaitan pelekat PLKS yang rosak, lewat serah dan belum digunakan bagi memastikan ia diserahkan kepada pengguna dalam tempoh ditetapkan dan tidak disalahgunakan.

KERUGIAN 2

Laporan audit: Peralatan RM6.08 juta belum diterima Istana Budaya

17Shares
facebook sharing button 12
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2020, Istana Budaya perlu memastikan peralatan bernilai RM4.79 juta dipasang dan digunakan sepenuhnya bagi mengelakkan peralatan menjadi usang serta tidak dapat digunakan.

KUALA LUMPUR: Istana Budaya belum menerima peralatan yang dibeli daripada sebuah syarikat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berjumlah RM6.08 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020.


KERUGIAN 3

Tak patuh tataurus kewangan, kerajaan rugi lebih RM620 juta, kata Ketua Audit Negara

106Shares
facebook sharing button 70
twitter sharing button 29
whatsapp sharing button
email sharing button
Laporan Ketua Audit Negara boleh diakses oleh orang awam di laman sesawang http://www.audit.gov.my mulai 10.10 pagi ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketidakpatuhan kementerian dan jabatan persekutuan terhadap peraturan pengurusan kewangan menyebabkan isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran berjumlah RM620.07 juta pada 2020.

Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, daripada RM510.49 juta pembayaran tidak teratur, RM499.19 juta melibatkan bayaran tuntutan perkhidmatan penyenggaraan tanpa pengesahan membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

TAKKAN LAH SEKADAR NAK TUKAR NAMA SAHAJA...PEJUANG AGAMA JADI SYAITAN BISUKAH SEJAK DUDUK DALAM KERAJAAN NIH ?

 


Syarikat pengeluar arak Timah pertimbang tukar nama, imej




Arak jenama Timah sebelum ini mencetuskan kontroversi susulan nama dan imej yang digunakan pada labelnya.

PETALING JAYA: Syarikat pengeluar arak jenama Timah, Winepak Corporation (M) Sdn Bhd bersetuju mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata, Winepak memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah syarikat bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Terdahulu, pengurusan Winepak dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa kekeliruan di sebalik penggunaan nama Timah bagi arak keluaran mereka.

Katanya, nama jenama itu merujuk kepada logam timah bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.

Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.

Alexander berkata, perkara itu adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan semalam.

Beliau berkata, mesyuarat dipengerusikannya itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.

“Pertemuan secara hibrid ini diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara,” katanya.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dilapor menyarankan nama jenama arak Timah ditukar kerana ia dianggap oleh pihak tertentu sebagai penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata penggunaan perkataan Timah sebagai jenama arak keluaran syarikat tempatan itu “mengelirukan” selain kesal kerana ada pihak menggunakan isu itu untuk menyerang PAS walaupun ia mengambil pendirian tegas.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kemudian dilaporkan menegur pihak menjaga urusan agama Islam yang seharusnya tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama yang boleh mengelirukan penganut Islam.

“Walau apa pun alasan yang diberikan untuk jenamanya, penggunaan nama ‘Timah’ dalam bahasa orang Melayu adalah dekat dengan nama Fatimah al-Zahra’ RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW.

“…dan secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam,” katanya dalam catatan di Facebook yang dilihat berbeza dengan kenyataan Tuan Ibrahim yang menegaskan nama Timah itu tiada kaitan dengan nama manusia dan bukan nama Islam.

ULAQ DENGAN ULAQ SAMA SPESIS NI MEMANG BAHAYA

 Panas! Zahid ibaratkan Bersatu macam ular yang tak boleh dipercayai



Zahid ibaratkan Bersatu macam ular yang tak boleh dipercayai



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak akan “ditikam dari belakang” di Melaka, seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Dalam ucapannya ketika pelancaran jentera PRN Melaka BN, Zahid berkata suara akar umbi menolak kerjasama dengan Bersatu mesti dihormati.

“Mereka yang pernah menikam kita dari belakang, yang pernah mematuk kita waktu PRN Sabah, saya berazam ular yang sama tidak akan patuk tempat yang sama untuk kali kedua,” katanya.

“Kita mesti menghormati ketetapan Perhimpunan Agung Umno, bahawa kita jangan dimanipulasikan untuk ditunggangi semula.

“Maka ketetapan itu mesti dihormati, kita tidak akan pernah bekerjasama bersama Bersatu dalam PRN Melaka.”

Zahid yang juga Presiden Umno berkata, ini bukannya pendiriannya sebaliknya suara akar umbi.

“Presiden Umno mesti akur suara akar umbi,” katanya, menurut laporan FMT.

Tambahnya, tiada keperluan untuk BN bercakap buruk mengenai musuhnya, sebaliknya sekadar menceritakan mengenai kebaikan BN dan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat.

Zahid turut berkata, jika BN menang majoriti dua pertiga di Melaka, ia akan meminda perlembagaan negeri dengan menyarankan agar lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

Sementara itu, Zahid berkata BN akan memperkenalkan wajah baharu dalam PRN Melaka dengan manifesto ringkas tetapi bermakna.

“Calon-calon mesti ada sifat WALI – ‘winnable, acceptable and likeable’ (boleh menang, boleh diterima dan disukai)… WALI, hati yang mempunyai ilmu, boleh diterima semua kaum dan agama di Melaka.”

Katanya, faktor calon menjadi penentu kemenangan dan tidak akan ada pilih kasih dalam pemilihan calon.

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Yb ‘penembak babi’ buka mulut

 Panas! Setelah lama berdiam diri, akhirnya Yb ‘penembak babi’ buka mulut


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, berkata beliau bersama tiga lagi bekas ADUN jarang berhubung selepas mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan Melaka, awal bulan ini.

Katanya, beliau sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha kebajikan penduduk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

“Kami jarang berhubung dan buat hal masing-masing. Buat masa ini saya masih sibuk dengan pelbagai kegiatan kebajikan kepada penduduk Pengkalan Batu, termasuk menghulurkan bantuan serta menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya tetap melakukan aktiviti kebajikan walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat. Masalah air yang dihadapi penduduk juga saya selesaikan.

“Saya sudah biasa buat kerja untuk rakyat, khususnya dalam kawasan Pengkalan Batu. Soal politik saya tak fikir sangat, yang penting kebajikan rakyat sentiasa dijaga,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Beliau turut mengesahkan akan membuat satu pengumuman khas berkaitan masa depan politiknya, termasuk kedudukannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), minggu depan.

Katanya, setakat ini beliau masih mempertimbangkan beberapa cadangan daripada beberapa pihak, termasuk rakan politiknya.

“Banyak media menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan, saya katakan belum tiba masanya lagi. Tunggu minggu depan, sebelum penamaan calon saya akan buat pengumuman,” katanya.

Minggu lalu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diadakan bagi membincangkan mengenai PRN Melaka, termasuk hasrat empat ADUN terbabit yang dikatakan mahu bertanding atas tiket PH.

Hasrat mereka sebelum ini bagaimanapun ditolak DAP yang tidak mahu menerima Norhizam berikutan bertindak menyokong gabungan politik baharu di Melaka sehingga menyebabkan PH tumbang di negeri itu,

SALUR SUNTIKAN FISKAL TERUS KEPADA RAKYAT, BUKAN KRONI



"Siasatan kes ini akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang telah disalurkan oleh MITRA bermula tahun 2018 hingga kini. "Kita menganggarkan hampir 60 peratus daripada peruntukan geran yang diterima oleh syarikat, orang perseorangan dan yayasan bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya," kata sumber SPRM dipetik media.




INI YANG DIKATAKAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN


 Dia antara yang bertanggungjawab menguatkuasa larangan, tapi dia juga antara yang langgar larangan…

🙄🙄

(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...