TAKKAN LAH SEKADAR NAK TUKAR NAMA SAHAJA...PEJUANG AGAMA JADI SYAITAN BISUKAH SEJAK DUDUK DALAM KERAJAAN NIH ?

 


Syarikat pengeluar arak Timah pertimbang tukar nama, imej




Arak jenama Timah sebelum ini mencetuskan kontroversi susulan nama dan imej yang digunakan pada labelnya.

PETALING JAYA: Syarikat pengeluar arak jenama Timah, Winepak Corporation (M) Sdn Bhd bersetuju mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata, Winepak memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah syarikat bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Terdahulu, pengurusan Winepak dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa kekeliruan di sebalik penggunaan nama Timah bagi arak keluaran mereka.

Katanya, nama jenama itu merujuk kepada logam timah bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.

Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.

Alexander berkata, perkara itu adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan semalam.

Beliau berkata, mesyuarat dipengerusikannya itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.

“Pertemuan secara hibrid ini diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara,” katanya.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dilapor menyarankan nama jenama arak Timah ditukar kerana ia dianggap oleh pihak tertentu sebagai penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata penggunaan perkataan Timah sebagai jenama arak keluaran syarikat tempatan itu “mengelirukan” selain kesal kerana ada pihak menggunakan isu itu untuk menyerang PAS walaupun ia mengambil pendirian tegas.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kemudian dilaporkan menegur pihak menjaga urusan agama Islam yang seharusnya tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama yang boleh mengelirukan penganut Islam.

“Walau apa pun alasan yang diberikan untuk jenamanya, penggunaan nama ‘Timah’ dalam bahasa orang Melayu adalah dekat dengan nama Fatimah al-Zahra’ RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW.

“…dan secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam,” katanya dalam catatan di Facebook yang dilihat berbeza dengan kenyataan Tuan Ibrahim yang menegaskan nama Timah itu tiada kaitan dengan nama manusia dan bukan nama Islam.

No comments: