PH memerintah 22 bulan...


 PH memerintah 22 bulan...


Syyy
Bukan PH tapi Mahathir yang memerintah selama 22 bulan tu. Ingat. Banyak perkara yang dia buat dan cakap yang bertentangan dengan prinsip PH. Sampai rasa logik nak kata dia nak sabotaj PH.
Yang PH perintah di Negeri Sembilan. Lihat, aman hingga sekarang. Di Melaka, makmur sehinggalah ditumbangkan oleh pengkhianat. Di Pulau Pinang, tak perlu komen. Cuma di Selangor masalah sebab diperintah oleh kartel.
Perak dan Johor pun bukan diperintah PH. Kedua negeri itu diperintah oleh proksi Mahathir dari PPBM. Sebab itu kedua negeri ini banyak cakap belakang berbanding negeri lain.
Rakyat boleh lihat. Negeri yang ditadbir oleh PH dengan memegang erat prinsip PH, akan makmur. Penang (DAP), Negeri Sembilan (Keadilan) dan Melaka (Amanah) adalah bukti bahawa PH pilihan
terbaik
.
Namun PH perlu berjaga-jaga dengan kartel. Selangor sepatutnya lebih sejahtera jika bukan kerana kartel yang menguasai. Selangor diperintah bukan betul-betul mengikut dasar PH.
Aku tak menganggap selama 22 bulan itu sebagai era PH mentadbir di Putrajaya. Bagi aku itu adalah era Mahathir. PH hanya tunggangan Mahathir untuk dapatkan apa yang dia mahu dapatkan.
Kerana itu, untuk PRN Melaka dan PRU 15 nanti, rakyat perlu beri peluang kepada PH. Kerana sahih kemakmuran itu boleh dicapai jika sesebuah pentadbiran itu menurut dasar yang PH gariskan.

No comments: