PH TAK PERLU PAJAK LAMBANG KEPADA MUDA

 Mohd Sharif Mohd Mukhlis

May be an image of 1 person and text that says "BERNAMA 28 mins "MUDA telah pun membuat pendirian tetap untuk bertanding pada PRN negeri (Melaka) ini. Kita akan berunding dengan parti- parti (PH) dan akan mengumumkan perkara ini bersama selepas tempoh rundingan tamat. "Kami mahu meletakkan nama kami sebagai sebuah parti yang berhasrat untuk bertanding bersama dalam semangat blok pembangkang untuk membawa perubahan yang jelas, kata Syed Saddiq. imu da BERNAMA.COM PRN Melaka: Parti MUDA hasrat tanding, akan runding dengan PH- Syed Saddiq BERNAMA"



 Secara peribadi saya tak bersetuju jika PH memberi laluan pada MUDA untuk bertanding di bawah bendera PH. Ini berdasarkan sejarah lalu bila PH menerima biawak hidup macam parti Bersatu, lalu bila sudah berkuasa mereka pula khianat dengan PH. Dalam PH sendiri sudah ada Pemuda Amanah, WARDA, DAPSY, AMK yang function mereka sendiri sudah overlap dengan MUDA. Sejarah 22 bulan kita lihat yang muda ≠ cerdik, tengok macam mana mat Jargon At Tabbayun 2 jam, atau bagaimana SS dalam rakaman mesyuarat terakhir PH penuh dengan emosi mempertahankan Mahathir sampai suruh jadi PM sampai habis penggal dan itu sendiri sudah khianat pada janji dan manifesto PH. Cukup-cukuplah PH bela biawak hidup, jangan untung secupak, tapi rugi segantang. Biarlah mereka bertanding sendiri, nanti kita dapat lihat apa sebenarnya manifesto dan idealogi mereka, bukan hanya menumpang idealogi orang lain.