LEBAI KIOK NI. ROTAN NI PATUT 19 KALI.

 Mukhlis Eddie


Ingat adik kakok, rogol bukan lahir kerana kurang isteri, tapi kerana nafsu yang busuk. Lebai yang menjaja alasan agama untuk menutup kerakusan diri lebih berbisa daripada tedung. Tedung kau boleh bunuh sekali, tapi lebai begini, dia racuni hidup dan maruah orang seumur hidup.




Nur Cahaya

Bila lebai berkata; 

Biarlah lelaki berkahwin, 2,3 atau 4 demi menghindari mereka daripada berzina atau merogol. 


Jangan kaupercaya. Jangan. Jangan!


Kaki zina/rogol tetap berzina/merogol jika ada ruang dan peluang. Mereka serupa penagih narkoba. 

Jangan buta menilai pada kopiahnya yang bercapal, tasbih digital di jari, tubuh bergamis putih, bibir bermanisan tasbih dan selawat. 


Jika lebai merenung kau seperti purnama menyuar bumi, itu bukan simpati mahupun baik hati, itu adalah kepala tedung sedang mengambang. 


Kerana itulah mokcik berpesan kepada kau yang pintar, jika serentak menemu lebai dan tedung selar, kauketuk lebai sampai lunyai dulu. Hidup kau kan bahagia dunia akhirat dik. 


(Lebai di bawah sudah mempunyai tiga isteri)



PDRM DIAM LAGI KA?



 Hangpa ingat dak dulu ada sorang mamat Lebnon mai Malaysia. Muka kerinting semacam, cakap berdegar2 kata dia billionaire. Tak semena-mena ja umum nak derma RM1 billion kat Majlis Kanser Malaysia.






Mai la Majlis Kanser tu, pi percaya bulat2. Siap buat press conference, senyum sampai telinga, ingat sungguh2 duit tu nak masuk. Last2, hampeh… janji tinggal janji, mamat tu pun hilang macam lipas kena sembuq Shieldtox.


La ni pulak mai Bonda Ratu. Fuhhh… lagi power dari mamat Lebnon tu. Janji nak bayaq ganti rugi RM66 juta kat pemaju Kg Sungai Baru. Pastu tambah bonus, siap kata ada RM1.6 trillion tunggu nak serah kat kerajaan. Tapi dgn syarat, PMX Anwar Ibrahim kena letak jawatan dulu.


Yang bestnya, ada la puak walaun dok percaya. Pidah pun percaya. Sorg Ratu ketaksuban type W pun ikut percaya (dlm PN ada 2 org Ratu yg disanjung oleh type W). Depa ni kalau buat drama, memang menang anugerah Pelakon Harapan Tak Sedaq Diri.


Kalau Majlis Kanser dulu kita kata b*d* sebab kena kencing, yg ni lagi lawak.. sebab orang politik matang kononnya pun boleh kena kelentong hidup2.

Akhir kata, tengok muka mamat Lebnon tu bawah ni… sekali pandang pun dah tau, muka “janji bulan bintang, duit takdak sekoq pun.”


-Pakde Eismat




KRISIS PAS BERSATU BUKAN BENDA BARU

 

Alif Jamil



Sebenarnya krisis kepimpinan antara PAS dan Bersatu ni bukanlah benda baru. 





Dari awal lagi memang ada “cold war” senyap² antara siapa lebih dominan dalam PN, siapa patut jadi ketua blok pembangkang dan siapa patut jadi calon PM.


Cuma dulu benda ni disembunyikan dgn retorik “perpaduan ummah”. 


Skrg bila duit makin kering, bila kuasa makin terhad, barulah retakan itu mula pecah jelas. 


Sanusi sindir Bersatu takde jentera dan duit, Bersatu pulak balas dgn mendedahkan PAS menang 43 kerusi hasil dana Bersatu. 


Antara Sanusi dan Marzuki , saya lebih cenderung utk percayakan Marzuki kerana cerita itu terus masuk akal bila dikaitkan dengan skandal Jana Wibawa.


Dalam kes Jana Wibawa, SPRM sendiri sahkan ramai pemimpin Bersatu disiasat kerana menerima dana ratusan juta kononnya atas nama projek pembangunan. 


Bahkan Muhyiddin sendiri pernah didakwa menerima lebih RM195 juta dari kontraktor Jana Wibawa untuk dimasukkan ke akaun parti. 


Walaupun kesnya berliku dimahkamah, Muhyiddin tak nafikan duit itu ada dan beliau sendiri pernah mengaku dana itu disalur ke akaun rasmi parti Bersatu atas alasan derma politik untuk kempen pilihan raya.


Begitulah resam politik..

Bilamana gabungan yg lahir dari langkah pengkhianatan, ianya takkan kekal muafakat. 


Hari ini kita lihat PN sudah bergoncang dari dalam walaupon belum sempat diuji sebagai kerajaan semula. 


PAS sibuk mendabik dada konon merekalah tunjang kekuatan, Bersatu pulak makin reput dgn kes Jana Wibawa yg mengheret nama Muhyiddin sampai ke mahkamah sehingga Muhyiddin sendiri ditolak oleh sebilangan ahli partinya sendiri.. 


Keretakan ini bukannya kebetulan. 


Ianya tanda bahawa gabungan ini tidak pernah diasaskan atas prinsip perjuangan rakyat, sebaliknya atas dendam dan nafsu kuasa. 


Selagi duit ada, mereka berpaut. 

Bila duit dh makin kering, masing² saling menuding jari.


Inilah beza gabungan khianat dgn gabungan yg berpaksikan perjuangan rakyat. 


Satu rapuh, satu lagi berakar pada legitimasi rakyat. 


Dan sejarah Malaysia sudah membuktikan yg lahir dari khianat dan tipu helah, akhirnya akan rebah dalam aib.


Tengoklah apa jadi pada Parti Pejuang. 

Bertanding 120 kerusi , akhirnya bawak balik telur 2 butir. 


Silap haribulan, tak mustahil PN juga akan alami nasib yg sama.




APA PUNYA TAK GUNA ...NAMA USTAZ..TAOI MUSIBAT MACAN NI DIBUARKAN BEBAS MEMFITNAH.

 


INSYAALLAH KERAJAAN MADANI AKAN LAKSANAKAN.

 


Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan DYMM Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu. 





Pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang. 


Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat. 


Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional.


ANWAR IBRAHIM


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI




PAS TERKECUALI


Che Ibrahim


 Maknanya Akta Pilihanraya yang menghadkan perbelanjaan maksima 1 Parlimen sebanyak rm200,000 tidak terpakai untuk Pas.





PDRM ..KDN...MAJLIS RAJA RAJA....BETUL KAH INI PERMAISURI NI...HENTAM, SUARA TINGGI ..ISSHHHH...GAYA MACAM TAK GITU KOT....ATAU PDRM KDN...NAK BIAR BAGI HEBOH CAM TU SAJA...SENANG ORANG HENTAM...SUKA GITU KAH ?


 

HANG MEMANG TAK MALU LA.


 

NOHHH PULAK.. BUKAN PROFIL AKU.. PROFIL TIK TOKER NI LA.. JANGAN MEMFITNAH SUDAH.. WALAU RAMAI KATA DIA NI ITU INI BEGITU BEGINI... DIA DENGAN TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI


 

MUKA TAM MALU DOK PI KALUT TEMPAT ORANG..


 

TERUK AAA... EKONOMI TERUK... TERHIMPIT... TAK LEH KE MANA... TERUK.. LANGKAWI BAWAH SANUSI.. TINGGAI GUSI JA LA NI


 

FUHH LAIN MACIAM... MASA PELUK KAU LAH DUNIA KU... RAMAI DAH PARTI LAIN MACAM TU LA.. MASA DIA SUKA DAP YANG MEMANG KAOIAQ PUN DSOA HALAIKAN.... NOHHH

 


KESILAPAN TERTUMPU PADA KESILAPAN KAMU.

 


Alif Jamil



Saya sambut baik teguran dan nasihat Tun ini. 

Cuma ada sedikit yg saya nak sentuh.. 


Tun sebenarnya dah buat silap dari awal...

Bilamana Tun memilih utk bekerjasama dgn Perikatan Nasional , itulah kesilapan terbesar Tun harini. 


Dan secara tidak langsung , Tun telah mengiyakan segala spekulasi yg mengatakan bahawa Tun adalah 'enabler' atau watak utama terhadap Langkah Sheraton untuk mengetepikan Anwar Ibrahim dari berjaya ditampuk kuasa. 


Harini , Tun mula mengeluh apabila Perikatan Nasional berbalah sesama sendiri utk mencalonkan nama Perdana Menteri. 


Sebenarnya Tun tak perlu mengeluh kerana Tun yg pilih utk bersama pencetus Langkah Sheraton. 


Inilah konsikuensi apabila Tun bersama dgn kelompok yg tamakkan kuasa.


Sejak dari mula lagi, PN ini bukanlah gabungan politik yg lahir dari prinsip, tetapi dari pengkhianatan. 


Mereka lahir dari Langkah Sheraton yg menjadikan Tun sendiri sebagai mangsa dan akhirnya ia membuka pintu kpd kerakusan kuasa tanpa mandat rakyat.


Adakah Tun sebenar² mangsa atau sebahagian dari watak pemangsa ? 


Biar rakyat yg menilai.. 


Hari ini, PN berdepan imej tercalar dgn beberapa kes besar. 


Contohnya, skandal Jana Wibawa yg kini sedang dibicarakan di mahkamah melibatkan beberapa pimpinan Bersatu. 


SPRM juga sebelum ini mengesahkan lebih RM300 juta dalam akaun Bersatu telah dibekukan ketika siasatan berjalan. 


Malah Tan Sri Muhyiddin sendiri pernah mengakui bahawa dana tersebut masuk ke akaun parti untuk tujuan kempen pilihan raya.


Jadi apabila Tun sebut jgn berebut nak jadi PM, ia kedengaran ironis sangat. 


Kerana sewaktu pernah tular satu rakaman audio yg didakwa suara Tun sendiri menyebut “saya tak suka Anwar, saya tak suka DAP”.


Disitulah titik mulanya percaturan kuasa yg akhirnya membuka jalan kepada Langkah Sheraton.


Sejak dari detik itu, mesej jelas yg rakyat nampak ialah Tun lebih rela bekerjasama dgn mana² pihak asalkan Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri. 


Dan hasilnya? 


Hari ini Tun sendiri mengeluh apabila PN yg Tun dukung itu menjadi gelanggang perebutan jawatan Perdana Menteri.


Pada saya , teguran Tun itu ada benarnya. 


Namun realitinya, perebutan kuasa ini berpunca dari keputusan politik yg Tun sendiri ambil. 


Hari ini, Tun sedang mengeluh kerana terpaksa menuai hasil dari benih yg pernah Tun semai.. 


Jika tidak kerana Langkah Sheraton , sudah pasti Anwar Ibrahim dapat memimpin negara tanpa perlu gabungan Kerajaan Perpaduan.



TERKINI! Kantoi punca Pas cerai UMNO -Asyraf Wajdi | Siapa 'songlap' dan...

RENTASAN 1740 | PANAS!! TIADA KOMPROMI BUAT ISRAEL, AMARAN KERAS PMX KEP...

PAS HANYA JUAL MIMPI, MADANI TAWARKAN MASA DEPAN



Sanusi Md Nor hari ini menegur parti BERSATU kerana dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya lalu. Pengarah pilihan raya pada Muktamar PAS ke-71, Sanusi berkata ada parti yang “mai (datang) bertanding syok saja” dan dibantu oleh PAS. Mengaitkan keadaan itu dengan sasaran memenangi PRU akan datang, Sanusi berkata, parti terbabit kemudian dilihat mahu menjadi “ketua” namun gagal menyedari realiti kekurangan yang dialami oleh mereka. “Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga. Sebelum ini Tersebar audio yang menyatakan bahwa TITMan dan Sanusi menerima jutaan untuk kempen politik PRU15. Saksi mata ini dikaitkan dengan Hamzah Zainuddin. TAK LAMA LAGI TU - BERDERAILAH PN.






PAS DAPAT PULUHAN JUTA - KENAPA NUSEE BALUN ABAHKOW? | Ustad Bala Masuk ...



Sanusi Md Nor hari ini menegur parti BERSATU kerana dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya lalu. Pengarah pilihan raya pada Muktamar PAS ke-71, Sanusi berkata ada parti yang “mai (datang) bertanding syok saja” dan dibantu oleh PAS. Mengaitkan keadaan itu dengan sasaran memenangi PRU akan datang, Sanusi berkata, parti terbabit kemudian dilihat mahu menjadi “ketua” namun gagal menyedari realiti kekurangan yang dialami oleh mereka. “Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga. Sebelum ini Tersebar audio yang menyatakan bahwa TITMan dan Sanusi menerima jutaan untuk kempen politik PRU15. Saksi mata ini dikaitkan dengan Hamzah Zainuddin. TAK LAMA LAGI TU - BERDERAILAH PN.





Terkini: Bersatu mengaku tanggung perbelanjaan PAS pada PRU15 - Implikas...

Rasuah Projek Solar: Rosmah Gagal ‘Buang’ Hakim

 


Rosmah Mansor gagal dalam rayuannya supaya Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah.

PUTRAJAYA, 17 Sep – Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor gagal dalam rayuannya supaya Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah.

Kes berkenaan yang dihadapi Rosmah adalah berkaitan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion beberapa tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, sebulat suara menolak rayuan isteri Najib Razak itu selepas mendapati Rosmah gagal menunjukkan terdapat merit dalam rayuan berkenaan.

“Dengan itu, kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi,” kata Ahmad Zaidi yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, sebulat suara menolak rayuan Rosmah. Foto arkib

Rosmah, 74, memfailkan permohonan supaya Mohamed Zaini yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menarik diri – dua hari sebelum keputusan kes rasuah dihadapinya dijangka diumumkan – berdasarkan alasan penghakiman kes didakwa ‘bocor’.

Pada 1 September 2022, Mohamed Zaini yang merupakan hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah dan mengenakan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.



Persediaan Hadapi Monsun Timur Laut, Bersediakah Kita?

 


Bantuan segera sebanyak RM10 juta diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat membantu dalam menyelaras koordinasi bencana serta mangsa banjir yang terkesan mendapat bantuan segera.

PENDAPAT, 18 Sep – Dalam menghadapi musim tengkujuh, koordinasi pengurusan bencana seperti banjir memerlukan penglibatan semua pihak, daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) sehinggalah masyarakat setempat.

Kesiapsiagaan yang menyeluruh ini adalah kunci untuk memastikan setiap persediaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang telah mula melanda beberapa negeri seperti Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung.

Kita mahu jabatan dan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam memainkan peranan kritikal dalam menyelaras operasi serta memastikan penduduk terjejas dibawa keluar dengan selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Sabah pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim via Bernama

Namun, penglibatan sukarelawan dan komuniti setempat juga amat penting dalam fasa awal, seperti melaporkan keadaan semasa, membantu memindahkan mangsa dan menyediakan pusat-pusat pemindahan sementara di kawasan masing-masing.

Selain itu, bantuan kecemasan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peruntukan sebanyak RM10 juta baru-baru ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak.

Walaupun jumlahnya dilihat kecil, ia adalah simbolik kepada keprihatinan kerajaan MADANI melakukan yang terbaik terutamanya rakyat di Sabah yang dilanda banjir dan tanah runtuh.

Mangsa banjir di Beaufort ditempatkan di PPS Selagon pada 10 September 2025. Foto APM Sabah

Pada peringkat individu, masyarakat digesa untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Mereka perlu mengambil inisiatif untuk membuat persediaan awal, seperti menyimpan dokumen penting, menyediakan beg kecemasan, dan memastikan keselamatan ahli keluarga.

Kesemua elemen ini, dari koordinasi agensi, sumbangan kewangan, hingga kesiapsiagaan komuniti, adalah penting dalam memastikan pengurusan bencana berjalan dengan baik.

Ia bukan sahaja tentang menyediakan bantuan, tetapi juga tentang membina ketahanan dan kesedaran kolektif untuk menghadapi cabaran yang tidak menentu serta kekangan daripada cuaca ekstrim ekoran perubahan iklim dunia sekarang.

Kesiapsiagaan semua agensi seperti NADMA, JBPM, PDRM dan APM amat penting dalam menghadapi musim timur laut bagi tempoh beberapa bulan lagi.

Justeru, semua pihak digesa agar lebih berwaspada dan sentiasa mengamalkan panduan yang telah diumumkan kerajaan bagi menghadapi MTL untuk tempoh beberapa bulan mendatang.




Marzuki Balun Sanusi: Bersatu ‘Tanggung Penuh’ Kos PRU15 PN

 


Marzuki mendedahkan bahawa keseluruhan kos pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditanggung sepenuhnya oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

KUALA LUMPUR, 17 Sep – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendedahkan bahawa keseluruhan kos pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditanggung sepenuhnya oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menjelaskan, anggaran kos minimum bagi satu kawasan Parlimen boleh mencecah RM1 juta, dan jumlah sebenar berpotensi lebih besar bergantung kepada keadaan setempat.

Menurutnya, Pas tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan PRU15 apabila mereka bertanding menggunakan logo PN dan semua peralatan pilihan raya yang menggunakan logo PN disediakan oleh PN.

Apabila Abdul Hadi ‘menempelak’ Pemuda Pas sebagai ‘gelojoh’, apa lagi maruah yang tinggal kepada geng rempit macam Afnan Hamimi?

“Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu. Malah, Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada Pas.

“Hasilnya, Pas menang 43 kerusi Parlimen iaitu jumlah terbesar dalam sejarah Pas sepanjang 70 tahun berada di persada politik Malaysia.

“Ini hakikat bantuan peralatan dan kewangan yang diberikan oleh Bersatu kepada Pas yang saya percaya Datuk Seri Sanusi (Mohd Noor) sendiri tahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas ‘mendedahkan’ bahawa kos mempertahankan satu kerusi Parlimen pada PRU16 dijangka mencecah sehingga RM1 juta pada masa akan datang sekiranya gagal menguasai penggunaan teknologi.

Projek yang digembar-gembur bernilai RM40 bilion dengan menyediakan peluang kerja seramai 15,000 orang kini tinggal kenangan ‘manis’ buat Sanusi si pembohong dan kerajaan Pas Kedah.

Marzuki yang bersetuju dengan anggaran kos yang didedahkan Sanusi, mengakui bahawa semua parti tanpa mengira ideologi berdepan realiti kos besar dalam setiap pilihan raya, khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan kos logistik jauh lebih tinggi.

Jelas beliau, antara komponen utama kos pilihan raya termasuk percetakan bahan kempen, latihan jentera serta pembayaran elaun kepada ejen di pusat pengundian.

“Nak cetak bendera mesti ada duit. Poster calon mesti dibayar. Itu belum masuk papan iklan, kain rentang, topi, baju-T, buluh dan kayu untuk memacak bendera dan lain-lain. Ini semua bukan percuma.

“Jentera pilihan raya mesti dilatih. Kos melatih jentera pilihan raya bukan murah. Setelah dilatih, mereka dihantar bertugas semasa kempen dan pada hari mengundi. Yang jadi ejen mengundi dan ejen pengiraan undi (PACA) diberi elaun,” katanya.

Sanusi didakwa mengetahui sumber kewangan PN tetapi memilih untuk membodohkan diri sendiri.

Beliau menegaskan bahawa elaun kepada PACA amat penting bagi memastikan integriti proses pilihan raya.

“Kalau tak diberi elaun, mereka ponteng. Siapa nak perhati proses membuang undi dan mengira undi kalau mereka ponteng? Kalau ada penipuan kerana tiada PACA di tempat mengundi, parti akan kalah,” jelasnya.

Bahkan, ujar beliau, di sesetengah tempat memerlukan kenderaan untuk mengangkut pengundi kerana tanpa pengangkutan, jumlah undi boleh terjejas.

“Van, kereta dan motosikal digunakan. Elaun pemandu mesti disediakan. Duit minyak mesti diberi. Kalau tak diberi, tak adalah kenderaan.

“Mak Senah dan Pak Maun yang menunggu di pintu rumah tak keluar mengundi sebab tak ada orang jemput. Kalau parti kalah sebab kurang dua undi, tak ke menyesal,” ujarnya.

Tambah beliau, kos-kos yang dinyatakan belum termasuk perbelanjaan untuk kajian pilihan raya, kos pengiklanan di media massa dan media sosial, kos mengendalikan bilik gerakan pilihan raya serta lain-lain kos runcit.

Rantaian bukti inkues Zara Qairina hari ke-8


 


Oleh LIYANA MARZUKI




Kita beri solidariti sepenuhnya kepada rakan-rakan di Sabah yang ditimpa dugaan. Ada yang berlindung di tempat perpindahan bencana.

Ada yang hilang rakan dan keluarga. Kita bersama mereka. Doa dipermudahkan segala.

Baik, kita mula ‘tuisyen’ kita. Ada dua saksi hari ke-8 semalam.

Kita mula dengan testimoni mereka.

Apa saya dapat dalam media arus perdana?


🔑 Saksi 7 – Dr Logaraj (Doktor Forensik HQE)

♦️Pegawai perubatan di Jabatan Forensik HQE, yang bertugas di hospital mengurus mayat Zara sejurus selepas kematian.

♦️Beliau ulang kali terangkan kepada ibu Zara: Kalau tiada bedah siasat penuh, banyak soalan punca kematian akan kekal tanpa jawapan. (Bernama / Sinar Harian)

Tapi:

♦️Ibu Zara pula tandatangan borang “Enggan Bedah Siasat Atas Kehendak Sendiri” bersama saksi keluarga. (The Star / Bernama)

♦️Polis (IO) maklumkan borang autopsi menyeluruh tidak dikeluarkan. Kalau tiada memang autopsi penuh tak boleh jalan. (FMT / Bernama)

♦️Tanpa autopsi menyeluruh, Hospital hanya keluarkan sijil kematian klinikal:
“Kecederaan otak traumatik teruk dan kerosakan akibat kurang oksigen.” (The Star)

📌 Apa “jigsaw puzzle” yang berkait?

🟦 Ingat testimoni saksi pertama. Seorang Pathologist. Dr Jessie Hui. Beliau yang buat post mortem menyeluruh pada Arwah. Selepas kubur Zara digali semula. Dapatan dia sama:
Punca kematian “kecederaan serius di otak”.

🟦 Keengganan Ibu Zara untuk post mortem direkodkan. Ini perlu didukung lagi oleh saksi lain. Atau dijawab sendiri ketika testimoni ibu nanti. Setakat ini, peguam Zara turut menyoal yang mengatakan doktor sebenarnya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan ibu mengenainya. Ini disangkal oleh doktor.

🔑Saksi 8 – Ustaz Azhari (Ketua Warden Asrama)


♦️Ketua warden & guru Bahasa Arab. (Sinar Harian)

♦️Kata beliau, Zara tidak pernah buat aduan rasmi tentang buli sepanjang di asrama. (Sinar Harian)

♦️Melalui keterangan bertulis 5 pelajar yang dibaca Ketua Warden ini. Pada Malam kejadian:
• Zara dituduh curi pin Jalur Gemilang milik ketua dorm. (Malay Mail / The Star)
• Dia menangis, marah, jerit “Saya tak curi!”, kemudian masuk tandas. (Malay Mail / The Star)
• Itu kali terakhir dia dilihat hidup. (Malay Mail)

♦️Selepas itu:
Zara ditemui terbaring, berdarah di tengkuk di depan asrama, masih bernafas seperti “snoring”. (Malaysiakini BM)

♦️Azhari menghubungi 991 pada jam 3.17 pagi & 3.47 pagi. (Malaysiakini BM)

♦️Dia juga yang yang dapatkan barang bukti (diari & tulisan tangan) dan serah pada polis.

🧩 16 Julai: 2 diari hijau & ungu ditemui guru Gloria → serah Azhari. (The Star / Bernama)
🧩 17 Julai: 1 diari coklat + 1 buku latihan ditemui semasa ibu ambil barang → serah kepada Warden. (The Star / Bernama)
🧩 18 Julai: semua buku & diari diserah Azhari → polis. (The Star / Bernama)
🧩 19 Julai: 15 helai tulisan tangan ditemui dalam rak kelas → serah Azhari → polis. (The Star / Bernama)

♦️Dia juga katanya dia tahu mengenai diari ini ketika dia hospital apabila Ibu Zara bertanya mengenainya dan katakan Zara suka menulis. Minta diari diserahkan kepada ibu namun beliau serahkan kepada pihak polis (Harian Metro).

📌 Apa “jigsaw puzzle” yang berkait?

🟦 Ingat testimoni Mak Guard? Yang dia dengar ialah ada kecurian duit RM300 milik kawan baik. Bukan pin lencana milik ketua dorm.

🟦 Ingat testimoni saksi ke-2 mengenai diari Zara yang ada tulisan orang kedua. Dan ada nota pasal ibunya juga. Keterangan warden ini akan bentuk rantaian bukti (chain of evidence). Saya kupas selepas ini.


🗝️TUISYEN UNDANG-UNDANG

⚖️PERCANGGAHAN

1) Punca Buli: Duit atau Pin?

♦️Mak Guard (Saksi 6): Zara dituduh curi duit RM300 kawan baik.

♦️Ketua Warden (Saksi 8): Zara dituduh curi pin Jalur Gemilang.

♦️Versi bercanggah → mana yang benar hanya boleh dipastikan oleh saksi kanak-kanak yang ada malam itu. Saksi ini akan dipanggil lanjut.

♦️Dalam undang-undang, apabila ada percanggahan → nilai bukti jadi lemah.

♦️Namun, corak tetap sama: Zara dituduh mencuri dan dimalukan. Itu fakta yang tak berubah.

Kalau tuduhan ini betul, yang perlu dinilai ialah impak kepada jiwa dan mental Zara ketika itu.

2) Punca Tiada Post-Mortem

♦️Versi keluarga: Ibu kata beliau rasa tidak dimaklumkan sepenuhnya, seolah-olah ditipu.

♦️Versi doktor dan polis: Ibu sendiri tandatangan borang enggan, selepas diberi penerangan.

♦️Dua versi berlawanan.

♦️Dalam keadaan begini, undang-undang ajar kita → jangan hukum sebelum jelas. Trauma boleh buat seseorang keliru.

3) Implikasi kepada Keluarga dan Kes

♦️Jika benar ibu enggan, peguam beliau kena jelaskan konteks → adakah keputusan dibuat dalam keadaan tertekan, tanpa kefahaman penuh?

♦️Jika benar ada kegagalan komunikasi dari polis/hospital, itu pula tak boleh jadi punca salahkan ibu.

♦️ Tapi ia cabaran besar untuk peguam apabila berhujah di mahkamah nanti. Lindungi ibu daripada disangsi.



⚖️ RANTAIAN BUKTI


🟦Rantaian bukti (chain of evidence) penting untuk pastikan bukti yang ada tidak ditambah dan diganggu.

🟦Macam baton berlari apabila diserahkan banyak kali kepada orang berlainan kena smooth. Tak jatuh. Kalau tak, kalah.

🟦Bukti paling utama sekarang ialah diari dan nota tulisan Zara.

🟦Melalui bukti warden, ada yang sekolah jumpa sendiri. Ada yang jumpa ketika ibu ambil barang. Dan semua diserahkan kepada polis.

Soalan akan timbul, di mana dijumpa dan siapa handle dari mula? Pelajar atau guru lain ada akses kah, adakah mereka telah membaca dan usik dokumen?

🟦Ini akan diuji oleh peguam Zara. Betulkah rantaian bukti terjaga? Hingga dalam jagaan polis selepas diterima dari sekolah. Tambah ada tulisan seorang lagi selain Zara. Tambah ada nota mengenai ibunya.

🟦Peguam kena pastikan keadilan untuk Zara. Kalau bukan diari dan tulisan dia. Perlu melawan dan timbal balas bukti lain supaya Koroner boleh buat keputusan.

🟦Diari ini penting untuk dikaji betul atau tidak. Ia boleh memberi jawapan kepada mental dan jiwa Zara sebelum kejadian. Boleh juga diguna untuk tujuan menolak teori bunuh diri. Kiranya tiada nota terakhir atau catatan tersendiri.

APA KITA BELAJAR?

📌 Percanggahan fakta akan buat bukti di KIV, ditimbang nilai percaya dan memerlukan saksi/ bukti sokongan lain pula.

📌 Chain of Evidence atau rantaian bukti elemen penting dalam kes. Ini jagaan barang kes dari tempat kejadian hingga hari dibawa ke Mahkamah. Kalau pecah atau koyak, bukti yang kredibel pun boleh ditolak.


⚓️PENUTUP


Banyak percanggahan ini menunjukkan kes Zara masih penuh misteri.

Undang-undang tidak boleh dibuat atas persepsi semata-mata. Perlu saksi dan bukti nyata.

Jigsaw puzzle 1 dibentuk oleh Pendakwa. Jigsaw puzzle 2 akan dicantum oleh Peguam Keluarga.

Dan kita kena percaya mereka akan buat sehabis baik untuk mangsa.

Kena ingat kes Adib dan Faris, Koroner putuskan naratif berlainan dari apa yang disajikan pada mulanya. Makanya, boleh wujud apa-apa kemungkinan.

Kuncinya, kesabaran dan melawan pePANDIRan.

Tugas kita berdoa agar ditunjukkan kebenaran dan Adik Zara mendapat keadilan.