YB INDERA MAHKOTA MELAWAT TAPAK PERLOMBONGAN..

Semalam 5hb Dec, bersama YB Fuziah Salleh kami melihat aktiviti perlombongan bauxite di persekitaran daerah Kuantan.

Kami sedar akan kebaikannya kpd ekonomi raayat, namun ada banyak keburukan kpd rakyat setempat dari sudut keselamatan nyawa dan harta, kesihatan dan kaselesaan mereka.

Alam sekitar turut tercemar dan yang paling dibimbangkan adalah tercemarnya sumber air penduduk Kuantan.

Tidak mungkinkah kebaikan itu kita kekalkan dan mudaratnya dikawal?? Inilah matlamat kami!!

Alquran mengingatkan kita, "Arak dan judi itu ada munfaatnya kpd manusia tetapi kemudaratannya yg dibawa adalah lebih besar lagi!"

Bagi perlombongan ini, tidak mungkinkah Peringatan ini relevan?

Apakah kita tidak mengambil i'ktibar?


1MDB -- Skandal Kewangan Terbesar Abad Ini

IC: Kanak-kanak tempatan tiada, pendatang tanpa izin ada


SABAH 4 DIS: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin kesal berikutan ramai kanak-kanak tempatan di negeri ini tidak memiliki kad pengenalan (IC) sebaliknya pendatang tanpa izin mudah memperolehnya.
Beliau berkata, kanak-kanak di pedalaman yang ibu bapa mereka penduduk Sabah, selain masalah sama juga dihadapi masyarakat orang Asli di Pensiangan, Pitas dan sebagainya.
“Mereka hidup di jalanan, miskin dan tiada kebajikan, seterusnya membesar dalam keadaan tidak sesuai, seolah-olah tiada masa depan lagi. Mereka sukar melanjutkan pelajaran mahupun mendapatkan pekerjaan baik.
“Akhirnya, mereka terpaksa mencari nafkah dengan minta derma, kerja di pasar, menjual rokok seludup dan ada terlibat dalam sindiket pengedaran dadah,” katanya pada kenyataan hari ini.
jimmy wong2 (2)Menyifatkan Sabah dilanda masalah Stateless Kids sejak sekian lama, Jimmy berkata, masalah berkenaan bukan kes terpencil kerana banyak laporan sama di media dan mahu kerajaan melakukan sesuatu.
“Saya cadangkan kerajaan sediakan pejabat pendaftaran perkhidmatan bergerak yang aktif pergi ke pedalaman. Sekarang yang sediakan hanya Mahkamah Tinggi Sabah atas inisiatif Ketua Hakim, Tan Sri Richard Mainjun,” katanya.
Bagi kanak-kanak dalam kalangan pendatang tanpa izin pula, beliau berkata, kerajaan juga harus berbuat sesuatu supaya mereka mendapat hak sebagai kanak-kanak dan manusia.
“Saya amat tidak setuju jika mereka terus diberi kerakyatan tetapi jika ada pengenalan khas, mungkin berguna supaya mereka dapat dipantau dan diberi perhatian seperti pendidikan,” katanya.
Mengikut Menteri Pembangunan Komuniti dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab, katanya, bilangan kanak-kanak di jalanan ialah 200,000 orang iaitu 50,000 dari Filipina dan 150,000 (Indonesia).
“Saya harap kementerian mengkaji semula isu ini. Jangan biarkan rakyat sendiri tiada kad pengenalan tapi pendatang asing tanpa izin boleh dapat kad pengenalan. Ini kita tidak mahu berlaku lagi,” katanya.

MKN: BUKA SEMULA DEBAT KELULUSAN AUTOMATIK TANPA PERKENAN AGONG

ADAKAH BENAR KETUA DEWAN ULAMAK TERJEMAH BUKU SYIAH?



Seminggu dua ni orang ulama PAS menyerang Abg Mat 

Sabu gara-gara Abg Mat tonjolkan amalan kafir mengkafir 

dalam PAS.




Aik? Kenapa nak tuduh Abg Mat Syiah? Yg Ketua Dewan 

Ulama PAS terjemah buku Syiah ni tak bising pulak ke?

Tak tau berapa ramai dah jadi sesat sbb baca buku ni.



Tulang Besi.


BERAPA RIBU BOLEH HADIR?ADAKAH MUHYIDDIN SEBERANI ANWAR..

BERAPA RIBU BOLEH HADIR?




Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin nyata sudah berani bangun untuk melawan berikutan sekatan yang dikenakan terhadapnya untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini.

Sebagai tindak balas atas larangan tersebut, beliau dijadual akan mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada hari Isnin, 7 Disember jam 8.30 malam.

Dengan mengadakan perhimpunan itu, bermakna Muhyiddin akan terus mara ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam perjuangannya untuk berhadapan dengan Najib Razak yang semakin terhakis sokongan rakyat terhadapnya.

Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama?

Di sebalik sama ada hanya Muhyiddin yang hadir atau ada pemimpin lain akan turut serta, persoalan utama yang perlu diambil kira ialah berapa ramai dijangka boleh bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti?

Lima ribu, sepuluh ribu atau lebih daripada itu? 

Adakah pula Najib Razak dan para penyokongnya hanya akan berdiam diri saja dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyekat kehadiran orangramai ke program tersebut?
Walaupun sehingga ini dilihat ramai yang ingin hadir mendengar ucapan dan memberi sokongan kepada Muhyiddin dalam program yang diadakannya itu, namun jika kehadirannya kurang daripada seribu orang, ia tentu saja dianggap suatu kegagalan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Oleh itu risikonya memang ada. Memandangkan kesan mengadakan perhimpunan ini agak besar kepada imej Muhyiddin dalam fasa-fasa perjuangan beliau seterusnya, para petugas dan orang kanan serta kirinya haruslah berusaha keras bagi memastikan kehadiran benar-benar memberi impak kepada agenda perubahan yang diperjuangkan.

Jangan sampai hanya sekitar seribu atau kurang daripada itu yang hadir. Mesti dipastikan sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima ribu yang menghadirinya. Jika dapat lebih daripada itu, lebih berbaloi lagi.

Dalam masa yang sama, orangramai yang hadir pula, tidak harus melihat perhimpunan itu semata-mata untuk kepentingan Muhyiddin saja, tetapi yang lebih penting ialah untuk menerus serta meningkatkan lagi tekanan terhadap Najib bagi agenda perubahan demi menyelamatkan negara.

Hadir dan bersama-sama pada hari tersebut adalah manifestasi kita sama-sama mahukan perubahan.

(SHAHBUDIN HUSEIN)






05/12/2015).

PAS KENA TIPU. MUSTAFFA CUBA HENTAM AMANAH

Hudud: Husam dakwa Umno tipu Pas 

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu. 




“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.

“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,” soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya. 

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap, 

“Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,”katanya. 

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan. 

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya. 

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. -SH