YB NI BERANI BERSUARA...KALAU PAS MACAM INI..... ORANG SELUTE

Masa Khalid Samad kena tibai dengan Soltan...PAS diam saja. Tapi YB ni memang berani. Betoi la dia hanya takut pada Tuhan ..Konsep yang di laungkan oleh PAS selama ini. Tuhan ada. Itu semua orang percaya, Tapi kalau takut nak bersuara atau nak jaga tembolok , walau dah didedahkan dengan sikap dan perangai nya...masih jugak lagi nak skong ..aku percaya sah dan terang lagi bersuloh , dah masyukk dak pun  dapat bantuan.

Setakat ini Khalid Ibrahim orang dah nilai, Sikap Pas pun ramai dah nilai. Namun , bila adanya usaha macam ini, sekurang kurangnya ada yang berani bercakap. Minta maaf secara terbuka bagi pihak Pas, Itu Pas sendiri akui akan beberapa kelewatan dalam menyatakan pendirian.

Ramai yang masih anggap perlunya minta izin, perlu bagi tau dulu Pas, perlu itu ini, Tu semua ngarut. Kena membaca bukan saja kitab nak kena mentelaah, media juga perlu mentelaah. Kalau main sokong macam Tantawi, orang dah mula meluat, Tak payah cakap apa pun, asal keluar saja dari mulut Tantawi, sah imej dia dah hilang, Pilihanraya sekali lagi, kalau letak juga di Temerloh, awal awal lagi istihar kalah. Nak tunjuk hero tak kena tempat. Akhirnya kena saman.

So, Kalau sekarangini macam macam orang cakap P>U>K>I  Pas Umno Khalid Ibrahim , itu orang Pas tak boleh nak kata apa...Kalau kaum Cina dan India mula meragui Pas kena tanya Hj Hadi, Presiden Pas. Cumanya untuk menyeimbangkan antara Pas yang mengamalkan semangat setiakwan dan juga yang memahami perjuangan gerakan Reformasi dulu, dengan golongan ulama yang kita lihat seolah olah menyokong perjuangan Umno , itu Pas perlu jawab lah....apa pun buat masa ini imej Pas jatuh...itu Pas tak boleh cakap apa lah. Kalau esok pilihanraya di selangor..Pas akan hilang banyak kerusi...Pas akan jadi zaman 80an dulu...zaman Pas nak lawan Umno di kawasan Melayu yang masa itu Bn/umno ni macam Tuhan bagi orang Melayu. Tak dak Umno Melayu mampoih dan merempat.

Melayu cerdik sikit lepas Anwar kena tendang. Yang ini golongan muda belum tahu gerakan masa itu. Yang ini kalau tanya golongan 40an dan 50an , baik dalam Pas atau Dap, PKR sendiri, Isu Anwar memenangkan PAS. Bagaimana arwah Ustaz Fadzil Nor yang menjadi Presiden Pas begitu berjaya menarik minat golongan muda menyertai Pas, Bukan sekarang golongan muda sertai Pas..lama dulu dah Pas di sertai ramai apabila Anwar di pecat.. Ini jasa Ustaz Fadzil Nor. Ilham Tahalus Siyasi pakat elok elok dengan bangsa asing...sehinggalah Melayu sanggup bawa bendera DAP..., dan orang Tionghua berani pakai baju lambang bulan.....yang bagi jatuh Pas , jatuh negeri , tumbang sana sini, Ug sana UG sini...zaman ini zaman sekarang.

Jadi penyokong , ahli atau sesiapa dalam Pas sedar, celik, buka mata.....selebihnya terserah lah kepada kebijaksanaan. Kita percaya, ramai bijak pandai dalam PR ini. Jadi gunakanlah kebijaksanaan ini untuk bukan Khalid Ibrahim seorang.

Mana kita tahu diketika ini Umno sedang bersiap sedia mengemaskan jentera propaganda, pilihanraya, atau persediaan telah lengkap .Tiba tiba belum sempat 17 hb...Khalid bubar dewan...Apa macam Pakatan? Apa macam Pas? apa Macam PR?

Hangpa pikiaq ambik la.......... Masa ni Umno tepuk tangan Khalid balik jaga cucu, Pakatan kelam kabut, Selangor Umno punya...............



Keluar Pakatan Adalah Pilihan Terbaik PAS - Gua jadi UG pulak apa macam? wakaka


 Oleh: Gendang Perang

 

PAS tidak ada plihan selain dari keluar dari Pakatan Rakyat. PAS mempunyai kekuatan untuk memenangi pilihanraya secara bersendirian. PAS tidak perlukan PKR atau DAP untuk maju dalam politik.

Tahaluf siyasi dengan pakatan membuatkan PAS berada di persimpangan kerana wujudnya puak penentang dan puak penyokong tahaluf siyasi itu sendiri.

Banyak sebab untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Namun yang paling utama ialah mengembalikan maruah PAS sebagai parti Islam yang tercalar teruk semasa bersama Pakatan.

1. PAS melalui para pemimpinnya menyuarakan hasrat untuk terus bersama PR demi menjatuhkan umno tetapi tindak tanduk sebahagian pemimpin dan ahli-ahlinya tidak menunjukkan ke arah itu.

2. PAS dilihat sebagai MUNFIK apabila ingkar perjanjian tahauf siyasi dengan PKR dalam pilihanraya lalu. HJ Hadi dan Anwar Ibrahim telah sepakat untuk selesaikan kemelut pertindihan calon di Kota Damansara dan Pulau Pinang. Kedua-dua pemimpin itu bersetuju meletakkan calon PKR di kedua-dua kawasan berkenaan. Namun ahlinya termasuk calonya tidak mengendahkan perjanjian tersebut menyebabkan PR kalah di kedua-dua kawasan.

3. Calon-calon yang ingkar tidak dikenakan sebarang hukuman oleh parti sehingga mendorong Pesuruhjaya PAS Selangor meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab atas kejadian di Kota Damansara. (perkara 2 dan 3 tidak akan berlaku jika PAS bersendirian. PAS boleh meletak calon di semua ADUN dan Parlimen)

4. Muktamar PAS dicemari dengan pelbagai tuduhan sesama calon. Berlaku sesuatu yang tidak pernah dialami PAS sepanjang ditubuhkan. Pihak yang digelar Erdogan dan Pihak yang digelar UG bersengketa dalam diam kerana keinginan untuk berkuasa yang tidak pernah berlaku dalam PAS sebelum ini.

5. Berlaku tuduhan-tuduhan palsu sesama pemimpin yang menjejaskan reputasi PAS di mata umum. (Husam Musa pernah dituduh melarikan wang Lebuhraya Rakyat Kelantan.)

6) PAS mendapat nama buruk di mata bukan Islam kerana terdapat kenyataan-kenyataan berbaur perkauman  keluar dari pemimpin PAS secara lisan mahupun tulisan. Ini tidak mencerminkan Islam sebenar.

7) Pemimpin-pemimpin muda PAS terpengaruh dengan ideologi melayu.

8) Slogan 'PAS ganti UMNO' disalah tafsir sebagai menggantikan parti melayu untuk melayu dan demi melayu. PAS tidak boleh membiarkan ini terus berlaku.

9) PAS mempunyai jentera pilihanraya yang ampuh dan besar manakala PKR dan DAP hanya menumpang tuah sahaja. PAS tidak perlukan PKR dan DAP.

10) PAS mampu berdiri sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang dalam usaha untuk menubuhkan negara Islam.

*Sekadar yang terfikir sahaja, mungkin ada banyak lagi*

Oleh itu jelaslah, PAS mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersama Pakatan Rakyat yang selama ini merugikan PAS.

Berbalik kepada kemelut MB Selangor. Jika PAS keluar dari PR, PAS akan mempunyai majoriti yang besar berbanding DAP dan PKR setelah mendapat sokongan umno dan Khalid Ibrahim.

PAS mempunyi 15 ADUN, UMNO 12 dan BEBAS 1. Itu tidak termasuk ADUN PKR yang akan keluar PKR dan menyertai PAS.

Jika itu berlaku PAS berhak menuntut jawatan MB dan jawatan-jawatan lain kerana PAS adalah parti dominan. (Ketika bersama PR, PAS berkongsi dominasi dengan DAP)

Sebagai parti dominan, PAS juga boleh memilih untuk melaksanakan undang-undang Islam di Selangor kerana Islam adalah motif utama perjuangan PAS.

Dengan majoriti yang banyak PAS akan menguasai Selangor dan pemerintahan Selangor akan mengikut acuan yang dikehendaki PAS

Pastinya Selangor akan lebih maju dan makmur di bawah pemerintahan PAS. Jika TGNA boleh menyerahkan elaun dan gajinya untuk memajukan Kelantan maka sebagai pemimpin islam yang wasatiyah, Pemimpin PAS juga boleh mengikut jejak langkah TGNA di Selangor.

SELAMAT MAJU JAYA PAS

PAS Selangor perlu buat usul tolak Umno!




 OLEH: Amirulmukminin


Perselisihan pendapat dalam PAS antara golongan ulama dan profesional tiba di kemuncaknya apabila beberapa pemimpin Dewan Ulama dan pemimpin tertinggi PAS didakwa berkeras menyokong Khalid Ibrahim yang tidak lagi menjadi ahli Pakatan Rakyat.

Sokongan bagi mempertahankan kerusi MB Khalid di Selangor itu menyebabkan PAS Selangor terpaksa bekerjasama bersama Umno buat pertama kali dalam sejarah selepas Khalid memecat exco PKR dan DAP.


Pujukan gagal

Anwar pada 11 Ogos lalu bergegas ke Terengganu menaiki helikopter bertemu Presiden PAS Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Ibai. Pertemuan yang pada awalnya dilihat bakal membuahkan hasil positif selepas Umno Selangor mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid, berakhir dengan ketidaktentuan berterusan. Hadi yang sepatutnya membuat pengumuman pada malam itu menarik balik sokongan kepada Khalid tidak berkata apa-apa ketika diasak oleh media.

Hadi dilaporkan tidak banyak berganjak daripada pendirian asal walaupun  mengetahui Khalid memaksa PAS dan Umno bekerjasama di Selangor bagi mempertahankan kerusi MB yang disandangnya.  Hadi mungkin akan membuat keputusan yang sukar diterima ahli biasa PAS dalam menyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos ini. Bagaimanapun sejarah telah tercatat, mulai 11 Ogos lalu PAS yang memusuhi Umno telah bekerjasama dengan parti sekular itu memerintah Selangor.

PAS menghampakan perjuangan rakyat menuntut perubahan sejak 10 tahun lalu. Hal itu terjadi kerana tiada pemimpin yang berani menyanggah Hadi walaupun presiden tersesat jalan. Jika situasi sama berlaku dalam PKR atau DAP maka ahli bawahan akan menghentam kepemimpinan atasan. Sebaliknya, budaya PAS yang mengutamakan walak atau ‘setia tidak berbelah bahagi’ kepada pemimpin menyebabkan tiada siapa berani menegur atasan.

Sekiranya situasi ini dibiar berlarutan maka PAS akan mengulangi krisis kepimpinan pada 1970an lalu. Ketika itu Yang Dipertua PAS Asri Muda mentadbir parti mengikut kehendak sendiri. Ahli dan pemimpin bawahan tidak menegur dengan tegas. PAS diheret bekerjasama dengan Umno tetapi ditikam Umno dari belakang sehingga PAS pecah dua akibat krisis MB Kelantan.

Ketegasan sahabat

Ahli PAS tentu maklum peristiwa ketegasan sahabat dalam menegur khalifah. Ketika saidina Umar al Khattab bertanya kepada para sahabat apakah yang akan dilakukan jika beliau menyeleweng dalam pemerintahan, seorang sahabat bangun dan berkata akan ‘mengajar’ Umar dengan pedang beliau. Umar bersyukur di atas ketegasan para sahabat.

Dalam kemelut ini, ahli dan pemimpin rendah PAS bertanggungjawab menegur pemimpin atasan apabila kesilapan telah berlaku. Sewajarnya PAS cawangan dan kawasan memanggil mesyuarat tergempar. Satu usul yang tegas perlu dibahaskan oleh PAS cawangan dan kawasan di Selangor. Mereka perlu meluluskan usul menolak berkerjasama dengan Umno.

Usul akar umbi akan menghentikan pemimpin atasan bergerak lebih jauh. Mana-mana parti dalam dunia wujud kerana mempunyai cawangan dan ahli akar umbi. Jika akar umbi menolak bermakna parti tidak memperolehi sokongan teras dan pada dasarnya keputusan atasan tidak akan dilaksanakan jika melibatkan ahli bawahan.

Mesyuarat tergempar membahaskan usul seperti itu tidak boleh disekat oleh Setiausaha Agung PAS kerana tidak bercanggah dengan polisi PAS menentang Umno sejak sekian lama. Usul menolak Umno mempunyai taraf yang sama dengan usul menyokong kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Tiada lagi syurga

Hanya dengan cara itu sahaja para pemimpin PAS akan berfikir dua kali sebelum mengumumkan kerjasama dengan Umno mempertahankan pemerintahan di Selangor. Seandainya usul seperti itu gagal dibuat maka besar kemungkinan PAS akan melakukan kerjasama rasmi dengan Umno buat kali kedua selepas peristiwa di Kelantan pada 1971 – 1978.

Ahli bawahan yang dijanjikan syurga berjuang bersama PAS pasti tidak lagi dapat membayangkan syurga sebaik sahaja parti itu bersekongkol dengan parti yang sedang merompak duit rakyat Selangor melalui perjanjian air dan pembinaan loji Langat 2.

Begitu juga projek-projek besar di Selangor akan dikurniakan kepada kroni Umno selepas ini. Dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berkemungkinan besar akan dipotong untuk membiayai projek kroni. Tidak perlu ulama PAS membuat fatwa baharu kerana penyokong PAS telah faham kebusukan Umno dan tiada lagi kesucian bersama jemaah yang menyokong penyelewengan.

Inilah detik paling genting buat PAS. Ketika pemimpin tidak mampu membuat keputusan betul maka ahli bawahan PAS perlu memberi peringatan, kekuatan dan semangat agar istiqomah dilandasan yang betul dan tidak terjerumus melakukan maksiat bersama Umno!

AKU SOKONG NAMA PARTI BARU------- P U K I

PAS UMNO KHALID IBRAHIM

oleh: Gendang Perang

PUKI - Parti Baru tadbir negeri Selangor sekarang?... wakaka

Setelah Pakatan Rakyat hilang kuasa di Selangor apabila Menteri Besar dan exconya adalah disokong oleh umno maka tidak ada lagi istilah PR dalam kerajaan negeri Selangor.

PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak berperanan langsung dalam menentukan hala tuju negeri Selangor selepas ini.

PAS telah mengambil keputusan menyokong Khalid Ibrahim walaupun belum diputuskan secara rasmi. Rata-rata pemimpin PAS yang digelar ulam menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim.

Pemimpin PAS yang tidak bergelar ulam masih berdiam diri. Entah apa sebabnya...

Oleh kerana Selangor kini dipimpin individu bernama khalid ibrahim yang belum ada parti politik, dengan sokongan 100% oleh umno dan ???% oleh PAS.

Maka gua dengan ini mewujudkan satu akronim daripada kesemua nama-nama itu dengan nama yang cukup sedap.

PAS + UMNO + Khalid Ibrahim
=
PUKI

Satu-satunya cara untuk menghilangkan PUKI adalah dengan Khalid Ibrahim menyertai umno atau pas.

Maka dengan itu hanya wujud dua pihak yang bakal mentadbir Selangor iaitu PAS dan UMNO.

yang ini kena panggil  PANU ATAU PANAU(WRLR- yang ni hangpa nak sebut apa pun ikut pandai la)

Maka bersorak gumbiralah gembala-gembala yang mempromosi UG selama ini
BRAVO
Timbul pula masalah bau taik kerana masuk tong taik. Kalau tak faham sila tanya Orang tuuuuuuuuuuu!!!!
PAS tiada hasrat untuk berUG

Dengar Khabar TGNA disingkir kerana ini.. wallhu a'lam


Nak mengamuk? >>>>>>>> ngamuk la
Nak angkat parang >>>>>>>>> angkat la

Gua ada goyang ka????
berUGlah kamu sebelum kamu dipukikan
wakakakakakakakaka

Mana datang bau taik ni! 

Adun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid


Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.  


Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos, 2014.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.

"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.


"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.
  Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.

"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.

"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.

"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya.

PKR dan DAP menyifatkan pemecatan 6 exco berkenenaan sebagai tidak adil, serta merayu 4 exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya membantah tindakan menteri besar Selangor penggal kedua yang mereka gugurkan keahliannya pada Sabtu.

"Kami PKR membantah tindakan tidak beretika ini," kata Anwar pada sidang media bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas-bekas exco Selangor yang baru dipecat di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Saari berkata, pendapatnya itu juga sudah disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad yang juga exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.

"Perkara ini 'straight forward', tetapi kenapa kita seperti menanti keputusan yang begitu besar?" soalnya.

PAS memutuskan untuk mengadakan mesyuarat pada Ahad depan bagi memutuskan keputusan mereka sama ada kekal memilih Khalid sebagai menteri besar Selangor atau bersetuju dengan rakan PR mereka melantk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, beliau juga maklum terdapatnya keceenderungan daripada ahli PAS untuk keluar gabungan pembangkang berkenaan, namun berkata perkara itu masih lagi belum "disampaikan secara zahirnya."

"Tetapi pendapat sedemikian masih lagi belum menjadi dominan, namun isu perkauman paling mudah menangkap emosi rakyat Malaysia.

"PAS perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera," katanya.

Ketika ditanya berkenaan pemimpin PKR seperti Pengarah Strateginya Rafizi Ramli yang secara terbuka mengkritik PAS, beliau berkata:"Mereka mengikut emosi."

"Kita harapkan mereka yang sudah matang menjadi semakin matang," katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa khuatir sekiranya PAS mengambil pendirian meninggalkan PR, PAS akan kehilangan pengundi bandar yang selama ini sukar untuk menyokong mereka.

"Jika kita keluar PR kita yang akan rugi.

"Untuk menarik pengundi bandar, kita memerlukan tempoh masa yang lama," katanya. – 12 Ogos, 2014.


(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...