Keluar Pakatan Adalah Pilihan Terbaik PAS - Gua jadi UG pulak apa macam? wakaka


 Oleh: Gendang Perang

 

PAS tidak ada plihan selain dari keluar dari Pakatan Rakyat. PAS mempunyai kekuatan untuk memenangi pilihanraya secara bersendirian. PAS tidak perlukan PKR atau DAP untuk maju dalam politik.

Tahaluf siyasi dengan pakatan membuatkan PAS berada di persimpangan kerana wujudnya puak penentang dan puak penyokong tahaluf siyasi itu sendiri.

Banyak sebab untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Namun yang paling utama ialah mengembalikan maruah PAS sebagai parti Islam yang tercalar teruk semasa bersama Pakatan.

1. PAS melalui para pemimpinnya menyuarakan hasrat untuk terus bersama PR demi menjatuhkan umno tetapi tindak tanduk sebahagian pemimpin dan ahli-ahlinya tidak menunjukkan ke arah itu.

2. PAS dilihat sebagai MUNFIK apabila ingkar perjanjian tahauf siyasi dengan PKR dalam pilihanraya lalu. HJ Hadi dan Anwar Ibrahim telah sepakat untuk selesaikan kemelut pertindihan calon di Kota Damansara dan Pulau Pinang. Kedua-dua pemimpin itu bersetuju meletakkan calon PKR di kedua-dua kawasan berkenaan. Namun ahlinya termasuk calonya tidak mengendahkan perjanjian tersebut menyebabkan PR kalah di kedua-dua kawasan.

3. Calon-calon yang ingkar tidak dikenakan sebarang hukuman oleh parti sehingga mendorong Pesuruhjaya PAS Selangor meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab atas kejadian di Kota Damansara. (perkara 2 dan 3 tidak akan berlaku jika PAS bersendirian. PAS boleh meletak calon di semua ADUN dan Parlimen)

4. Muktamar PAS dicemari dengan pelbagai tuduhan sesama calon. Berlaku sesuatu yang tidak pernah dialami PAS sepanjang ditubuhkan. Pihak yang digelar Erdogan dan Pihak yang digelar UG bersengketa dalam diam kerana keinginan untuk berkuasa yang tidak pernah berlaku dalam PAS sebelum ini.

5. Berlaku tuduhan-tuduhan palsu sesama pemimpin yang menjejaskan reputasi PAS di mata umum. (Husam Musa pernah dituduh melarikan wang Lebuhraya Rakyat Kelantan.)

6) PAS mendapat nama buruk di mata bukan Islam kerana terdapat kenyataan-kenyataan berbaur perkauman  keluar dari pemimpin PAS secara lisan mahupun tulisan. Ini tidak mencerminkan Islam sebenar.

7) Pemimpin-pemimpin muda PAS terpengaruh dengan ideologi melayu.

8) Slogan 'PAS ganti UMNO' disalah tafsir sebagai menggantikan parti melayu untuk melayu dan demi melayu. PAS tidak boleh membiarkan ini terus berlaku.

9) PAS mempunyai jentera pilihanraya yang ampuh dan besar manakala PKR dan DAP hanya menumpang tuah sahaja. PAS tidak perlukan PKR dan DAP.

10) PAS mampu berdiri sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang dalam usaha untuk menubuhkan negara Islam.

*Sekadar yang terfikir sahaja, mungkin ada banyak lagi*

Oleh itu jelaslah, PAS mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersama Pakatan Rakyat yang selama ini merugikan PAS.

Berbalik kepada kemelut MB Selangor. Jika PAS keluar dari PR, PAS akan mempunyai majoriti yang besar berbanding DAP dan PKR setelah mendapat sokongan umno dan Khalid Ibrahim.

PAS mempunyi 15 ADUN, UMNO 12 dan BEBAS 1. Itu tidak termasuk ADUN PKR yang akan keluar PKR dan menyertai PAS.

Jika itu berlaku PAS berhak menuntut jawatan MB dan jawatan-jawatan lain kerana PAS adalah parti dominan. (Ketika bersama PR, PAS berkongsi dominasi dengan DAP)

Sebagai parti dominan, PAS juga boleh memilih untuk melaksanakan undang-undang Islam di Selangor kerana Islam adalah motif utama perjuangan PAS.

Dengan majoriti yang banyak PAS akan menguasai Selangor dan pemerintahan Selangor akan mengikut acuan yang dikehendaki PAS

Pastinya Selangor akan lebih maju dan makmur di bawah pemerintahan PAS. Jika TGNA boleh menyerahkan elaun dan gajinya untuk memajukan Kelantan maka sebagai pemimpin islam yang wasatiyah, Pemimpin PAS juga boleh mengikut jejak langkah TGNA di Selangor.

SELAMAT MAJU JAYA PAS

No comments: