HANYA YANG ADA PEMIKIRAN JAHAT BOLEH MELAKUKANNYA

 KHALED SAMAD

Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata dia tidak terkejut jika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memulakan langkah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak hairan jika Hadi adalah salah seorang dalang kerana ia memerlukan fikiran jahat untuk melakukan perkara ini.

"Hadi sangat berbeza dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru tidak akan bersetuju dengan Langkah Sheraton kerana dia menghormati mandat pengundi," kata Khalid.




malaysiakini.com
Khalid: Tak mengejutkan Hadi dalang guling kerajaan PH
Pemimpin Amanah itu berkata Abdul Hadi terdesak untuk melihat kerajaan PH tumbang,



DOK KAMPUNG ULU..LINE TAK DAK..MANA DEPA TAU PERANAN E WALLET. TU YANG DOK KUTUK GUAN ENG DULU...LA BARU CERDIK SIKIT...


 

LAPORAN POLIS NI UNTUK TINDAKAN SAMAN SAJA....TAK PE...DUIT BANYAK DAH


 

MASA PH DAPAT JUGA ONE OFF...SEKARANG KENA KENCING


 

RUU 355 PAS HANCING KENCING SAJA.WALAUN YANG KENA PENAYA


 

SIAPA IBLIS TU HADI AWANG YANG LULUSKAN ICERD?



Apa maksud tersirat tawar dua TPM Sabah, Sarawak… tanya jer!


 

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke-8, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berjanji jika BN menang PRU-15, dua orang Timbalan Perdana Menteri akan dilantik masing-masing bagi mewakili Sabah dan Sarawak.

Ini satu tawaran yang menarik.

Dalam sistem politik negara kita, Timbalan Perdana Menteri dilantik oleh Perdana Menteri. Pengerusi mana-mana parti politik tidak ada kuasa untuk melantik Timbalan Perdana Menteri.

Yang kita diberitahu, calon Perdana Menteri daripada BN ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tetapi yang membuat janji ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN.

Apakah ada maksud tersirat di sebalik janji ini?

Adakah ini bermaksud Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah calon PM sebenar daripada parti BN?

Adakah ini bermaksud, sebagai Pengerusi BN yang satu-satunya ada kuasa untuk memberi watikah kepada calon-calon BN, beliau hanya akan memberi watikah kepada penyokong-penyokong setianya sahaja?

Adakah ini bermaksud, apabila calon-calon ini menang dalam pilihanraya, mereka akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai PM, bukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob?

Adakah ini bermaksud, jika BN menang dalam PRU-15, buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia akan mempunyai seorang PM yang sedang berhadapan dengan pendakwaan jenayah rasuah di mahkamah?

Adakah ini juga bermaksud, agenda pertama Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah jawatan pada 20 November 2022 bukan untuk membela nasib rakyat, tetapi untuk melepaskan dirinya daripada pendakwaan di mahkamah?

Yer lah…antara tugas rasmi PM yang baru dilantik ialah untuk melakukan kunjung hormat ke atas rakan sejawat di luar negara.

Tak syoklah kalau tiba-tiba PM kena bergegas balik untuk hadir perbicaraan di mahkamah.

Saya tanya jer…

Datuk Dr Marzuki Mohamad
Penulis adalah Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke-8

 

Bekas Ketua UMNO iring Anwar di Sabah, dakwa dibuang

 



Abdul Ghafur (tiga kiri) duduk sebelah Anwar dalam siri jelajahnya ke Sabah hari ini.

Kemunculan bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebuah majlis di Tawau menimbulkan persoalan mengenai status bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dalam UMNO.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kalabakan itu sendiri mendakwa beliau sendiri keliru dengan status keahliannya dalam parti Melayu terbesar itu tetapi percaya namanya sudah digugurkan selepas perubahan kepemimpinan bahagian itu sejurus Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya ahli UMNO seumur hidup tetapi apabila satu kumpulan ambil alih Bahagian (kepemimpinan UMNO Bahagian Kalakaban), mereka buang saya daripada UMNO Kalabakan,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Pengerusi PH dihadiri Anwar, hari ini (23 Oktober 2022), lapor Berita Harian.

Namun beliau yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah dan bekas Timbalan Pengerusi UMNO Sabah itu berkata jika benar dirinya dibuang daripada parti perkara itu tidak melalui proses sepatutnya.

“Sebenarnya, mereka (bahagian) tidak ada kuasa, hanya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ada kuasa untuk buang,” kata Abdul Ghafur, 79 dan mempertikai tindakan UMNO Kalabakan yang disifatkannya bertindak sesuka hati tanpa merujuk perlembagaan parti.

“Saya ada merujuk kepada Biro Perhubungan UMNO Pusat untuk siasatan namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan. Jadi, sekarang saya bolehlah dianggap orang yang tidak ada parti. Saya bebas menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang saya suka,” katanya yang menyokong PKR pada PRU-15 nanti.

 

Faekah tampil tolak fitnah Anwar tuntut elaun RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

 

Faekah tampil tolak fitnah Anwar tuntut elaun RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor





By BORHAN AHMAD / October 23, 2022

Bekas pegawai kanan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin menolak fitnah kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tuntutan lebih RM15 juta dari kerajaan negeri walaupun gajinya hanya RM1 setahun.

Dalam penjelasannya Faekah melampirkan jawapan rasmi Tan Sri Khalid ketika menjadi Menteri Besar Selangor bahawa Anwar selaku Penasihat Ekonomi kerajaan negeri hanya menerima gaji RM1 setahun sahaja.

“Penasihat Ekonomi hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun. Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh perlantikan.

“Beliau tidak dibayar apa-apa elaun atau keistimewaan lain selain gaji RM1 itu,” kata jawapan menteri besar yang dikepilkan oleh Faekah bagi menjawab satu soalan dalam Dewan Negeri Selangor.

Menurut Faekah, beliau menerima poster kitar semula kononnya Anwar membuat tuntutan elaun RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor walaupun gaji yang dimintanya hanya RM1 sebulan.

Poster ini disebarkan dan dibuat penambahbaikan ekoran janji Anwar mahu memotong gaji perdana menteri jika beliau terpilih memegang jawatan itu selepas PRU-15 ini.

“Sejujurnya pada mulanya saya tidak mahu terlibat dengan propaganda sedemikian dan mahu mendiamkan diri meskipun muka saya terpapar pada poster tersebut dengan tujuan kononnya saya yang mengeluarkan kenyataan.

“Isu tersebut telah dijawab berulang kali namun ianya dipetik dan dikitar semula,” katanya.

Namun atas nasihat keluarga, teman-teman dan atas kesedaran beliau bahawa setidak-setidaknya beliau perlu membetulkan sesuatu fakta yang salah maka beliau menggunakan ruangan ini sebagai usaha pencerahan.

“Seingat saya poster ini dibuat dan diviralkan oleh individu atau mungkin sekumpulan manusia yang tidak dikenali pada tahun 2013/2014 rentetan dari gerakan Langkah Kajang.

“Maksud dan tujuan ianya dilakukan tidak di dalam pengetahuan saya. Saya sendiri tidak pernah membuat kenyataan seperti tertera pada poster,” katanya.

Kesan dari poster ini, katanya, Pejabat MB telah menerima banyak pertanyaan berkaitan gaji dan elaun Penasihat Ekonomi Selangor.

Tidak terkecuali juga pertanyaan yang dikemukakan di DUN Selangor pada ketika itu, katanya.

“Demi memberi keadilan dan melakukan pencerahan saya screen shot dan lampirkan di sini soalan dan jawapan yang dibentangkan oleh Menteri Besar di DUN Selangor pada ketika itu.

“Semoga ianya memberi manfaat,” kata Faekah menerusi facebook beliau hari ini.

 

JUAI BANGSA DAN AGAMA KA LEBAI. BAGI KUASA TAK BOLEH BUAT APA LEBHAI...


 MOHD SHAH RIM

Wayar putus ke ostaz ni?? 22 bulan PH jadi kjaan PM Org Melayu , Islam tetap agama rasmi..

Nak gelak pun ada

 

RASUAH

 



zaman aku jadi walaun dulu, seringkali didoktrinkan dalam usrah PAS bahawa amalan "beri petrol percuma" adalah satu bentuk RASUAH, dan ia ditujukan kepada UMNO/BN pada ketika itu.


namun zaman sudah berubah, PAS kini menjilat kembali ludah dan najis mereka. kini mereka buat apa yang mereka lawan dulu.


dalil? sudah pasti ada dalilnya.


"beri minyak percuma bukan rasuah, tapi ia adalah program kemasyarakatan", kata walaun.


begitulah penghinaan Tuhan terhadap PAS. mereka mula menjadi apa yang mereka lawan dulu.


lihatlah bagaimana kemunafikan itu terjadi.


:)



Khalid Samad sah tanding Titiwangsa

 

Khalid Samad menyandang Parlimen Shah Alam selama tiga penggal.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan menampilkan Khalid Samad dari Amanah bertanding di Parlimen Titiwangsa, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya Amanah Asmuni Awi, berkata pencalonan Khalid di kawasan itu dianggap sebagai “pengorbanan luar biasa”.

“Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai menteri wilayah persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai wilayah PH,” katanya dalam kenyataan.

Khalid merupakan Ahli Parlimen Shah Alam sebelum pembubaran Parlimen. Beliau menyandang kerusi di kawasan berkenaan selama tiga penggal.

Asmuni berkata, keputusan Amanah mencalonkan Khalid ke Titiwangsa dari Shah Alam bukan keputusan mudah memandangkan pada PRU lalu beliau menang dengan majoriti 33,849 undi.

Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah dijangka bertembung dengan bekas menteri kewangan II, Johari Ghani dari Barisan Nasional (BN) dan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal dari Perikatan Nasional (PN).

Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, dijangka bertanding di kerusi itu memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa bermula 2013 hingga 2018, sebelum tewas kepada calon Bersatu, Rina Harun, pada PRU14.

Dalam pada itu, Wan Faysal dilaporkan berkata, beliau terbuka bertanding di Titiwangsa pada PRU15, mengambil kira beliau adalah ketua bahagian Bersatu di kawasan terbabit.

Beliau diramal menggantikan Rina yang dijangka bertanding di Sepang.

Pada 2018, Rina menang di Titiwangsa dengan majoriti 4,139 undi, menewaskan Johari dan Noor Mohamad dari PAS. Beliau merupakan calon PH ketika itu.

PRU bukan pertahanan kuasa tetapi peluang tentukan siapa lebih baik

 



Rakyat perlu memikirkan secara bijaksana kelebihan yang mereka miliki dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.



Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, naratif bahawa pilihan raya untuk memilih kerajaan yang mempertahankan kaum tertentu dan tidak boleh dijadikan arus perdana pemikiran.



Katanya, PRU sebaliknya merupakan peluang untuk rakyat memilih yang terbaik bagi memerintah 5 tahun ke hadapan.



"Sekarang kos sara hidup meningkat, dan yang paling susah tentulah kelas menengah. Terutamanya B40 yang sekarang (mengembang) jadi B60.



"Politik bukan untuk mempertahankan kuasa dalam segala cara. Tetapi politik pilihan raya ialah gelanggang untuk rakyat bangkit lawan penindasan," katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam Pakatan Harapan Pulau Pinang, malam tadi.



Anwar menyelar pemimpin negara yang tidak sudah sudahnya merompak kewangan kerajaan dan berlaku di pelbagai agensi.



"Sebut sahaja agensi, tentera laut ada masalah LCS, sebelumnya kapal selam.



"Kepada syarikat siapa (komisyen), Razak Baginda. Kepada VVIP, keluarga Menteri disebut komisyen, kalau rakyat bawah, polis, penguatkuasa kalau ambil RM200 disebut korupsi.



"Setiap kos meningkat, LCS tak terjawab sampai sekarang," katanya.



Menurut Anwar, demi memperbaiki kehidupan rakyat dan meningkatkan taraf sosio ekonomi beliau secara berstrategi beralih bertanding di Perak, sebuah negeri yang kaya hasil bumi tetapi rakyatnya tidak mendapat pembangunan sepatutnya.



"Itu sebab mengapa saya pilih parlimen Tambun Perak untuk bertanding supaya dapat menarik minat rakyat ke Tambun dan mudah mudahan kalau kita menang, kita angkat martabat Perak dan boleh bersaing dengan Pulau Pinang sebagai penjana ekonomi baru," ujarnya.



Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga menyeru rakyat menilai tawaran parti parti yang bertanding berdasarkan polisi yang dijanjikan, bukannya bantuan one off yang tidak seberapa, apatah lagi gula gula pilihan raya yang nilainya bertahan untuk hidup sebulan.



"Yang kita nak dengar dalam percaturan pilihan raya, idea apa dalam ekonomi. Bagaimana nak tingkatkan mutu pendidikan. Bagaimana nak tingkatkan nila tadbir urus negara. Bagaimana jamin kemudahan kesihatan lebih baik. Semua bermula dengan dasar yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.



"Ini bukan soal Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Bila tak boleh jawab usul DAP, kata dia komunis. Tak boleh jawab hujah saya kata saya Israel, ahli Freemason. Politik jenis apa begini," katanya.



Tidak lupa, bakal Perdana Menteri ke 10 itu menyeru agar pengundi Pulau Pinang menguburkan ahli politik khianat di Pulau Pinang dalam PRU ke 15.

 

SAH EGO

 


Sah ego. Orang dah tegur, betulkan, bukan dia nak terima. Dia pusing arah lain. Dia kata penyokong PH tak boleh kena tegur. Tapi yang jelasnya, dia yang sebegitu.

Masalah lebih besar, apa yang dia cakap menjurus kepada fitnah. Bukan setakat tak tepat. Macamana bila mufti sendiri yang jaja fitnah. Kan teruk tu.

Fitnah tu boleh terhapus kalau dia minta maaf. Tapi ego sang mufti, lebih rela pertahankan ego dari memohon maaf. Bukan sikap yang boleh diteladani. Guane boh?

Raja Gelap

 





MENJELANG PRU15, ANWAR TERUS DIFITNAH !!

 

MENJELANG PRU15, ANWAR TERUS DIFITNAH !!









Diviralkan kononnya Anwar Ibrahim pernah menuntut elaun jutaan ringgit dari kerajaan negeri Selangor sewaktu beliau menjadi Penasihat Ekonomi Selangor di era Tan Seri Khalid Ibrahim. Hakikatnya, Anwar tidak pernah menerima sebarang bayaran.

Paling teruk, turut difitnah adalah Faekah Husin, bekas pegawai di Pejabat MB Selangor waktu itu kononnya sumber itu memetik kenyataan Faekah. Terbaru, Faekah sendiri di dalam hantaran di FB beliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Beliau turut memetik jawapan bertulis di dalam Dun Selangor berkaitan isu tersebut.

Jelas, keputusan Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di Parlimen Tambun dan keputusan PH menamakan beliau sebagai PM ke 10 sekiranya, InsyaAllah, PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15 ini amat-amat menggusarkan Umno/Bn dan PN. Maka, tidak pelik Anwar Ibrahim berterusan di fitnah di media-media perdana dan media sosial. Sebaliknya, cabaran Anwar untuk berdebat dengan semua calon PM tidak langsung disambut oleh mereka.

Mengapa mereka takut sangat kepada Anwar Ibrahim? Mengapa mereka bimbang Anwar menjadi PM? Jawapannya mudah, memilih Anwar Ibrahim sebagai PM bererti menghantar para perasuah dan penyamun ke penjara. Mereka takut, tetapi rakyat tidak takut.

WFAUZDIN NS

 

SOKONGAN MAHATHIR KEPADA ANWAR SEBAGAI PM-10 SUDAH TIDAK BERNILAI, MALAH TAK LAGI DIPERLUKAN

 

Secara tiba-tiba, kini sudah wujud suatu kecenderungan baru yang bertujuan untuk memastikan kerjasama politik yang diimpikan Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim benar-benar menjadi kenyataan.

Kecenderungan itu ialah dengan cuba menggambarkan perlunya Tun Mahathir menerima dan membuat pengumuman terbuka menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Disebutkan jika itu dilakukan, maka tiada sebab kerjasama tidak boleh terjalin semula antara kedua pemimpin tersebut, seterusnya secara automatik juga dapat memastikan UMNO/BN dikalahkan sekali lagi.

Yang berkata demikian, daripada pencacai kaki lima hinggalah kepada penganalisa politik bergelar profesor, segala-galanya kini terletak di pihak Tun Mahathir untuk menentukan berjaya atau tidaknya kerjasama itu.

Setuju Tun Mahathir berbuat demikian, maka terbentuklah kerjasama itu.

Di pihak Anwar pula dinasihatkan agar bersikap lebih terbuka dan jangan terlalu emosi dengan sejarah lama dengan Tun Mahathir.

Tambah mereka, politik itu pragmatik serta tiada musuh yang kekal dan tiada juga sahabat yang abadi.

Di waktu yang sama, sejak semalam tampil pula seorang penyokong kuat Tun Mahathir mengesahkan kononnya Anwar sudah pun bersetuju untuk berjumpa dengan Pengerusi GTA itu bagi membincangkan kerjasama antara mereka.

Kata penyokong tersebut, pertemuan itu akan berlangsung dalam dua atau tiga hari akan datang ini.

Menurutnya, Tun Mahathir secara umumnya sudah bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10 dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat selepas pertemuan tersebut nanti.

Katanya, kini tiada lagi isu antara Anwar dengan Tun Mahathir berikutan Pengerusi GTA itu sudah setuju untuk menyokong Pengerusi PH itu sebagai bakal Perdana Menteri seterusnya selepas PRU15 ini.

Ternampak dalam hal ini, walaupun PH melalui kenyataan Saifuddin Nasution Ismail telah memaklumkan gabungan itu akan berlawan mendepani PRU15 tanpa bekerjasama dengan Tun Mahathir, GTA dan Pejuang, masih ada pihak yang belum putus asa mahu menyelamatkan nyawa politik Tun Mahathir.

Membentuk kerjasama dengan GTA bukanlah merupakan keinginan PH atau Anwar, meskipun ada segelintir kelompok dalam PH tidak dinafikan sangat mahu ia berlaku.

Tidak pernah Anwar membuka mulut mahu bekerjasama dengan orang yang telah mengkhianatinya, malah beliau sentiasa gigih bekerja memulihkan kekuatan PKR dan PH dengan keyakinan dan semangat juangnya yang tidak pernah padam.

Sebaliknya yang teringin sangat bekerjasama ialah Tun Mahathir dan GTA, malah sampai ke peringkat beliau sudah tak kisah jika ada pihak yang menganggap keinginannya itu umpama menjilat ludah sendiri.

Tun Mahathir bukan saja merasakan PH berpotensi untuk menang, tetapi juga untuk menumpang kemenangan PH bagi mengelakkan GTA ditimpa kekalahan memalukan, seterusnya dapat pula menyelamatkan karier politik anaknya, Mukhriz Mahathir.

Kalau PH tiada potensi untuk menang, mana mungkin Tun Mahathir sanggup merendahkan dirinya sampai ke tahap tak kisah menjilat ludah sendiri.

Bererti dalam hal ini, sokongan Tun Mahathir kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 sudah tidak bernilai lagi kerana keinginan bekerjasama itu sendiri tercetus atas kepercayaan Presiden PKR itu sudah pun berada di ambang kemenangan.

Yang lebih bernilai sebenarnya hanyalah Tun Mahathir ingin menumpang kekuatan serta kemenangan PH bagi menyelamatkan maruah diri dan masa depan anaknya.

Sedemikian, lebih baik PH berhenti melayan hasrat dan nafsu Tun Mahathir itu atau sesiapa saja yang cenderung bersimpati kepadanya, apa lagi meletakkan kepercayaan dengan menyandarkan perlunya beliau menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam situasi sekarang ini.

Sokongan beliau sudah tiada ertinya lagi setelah sokongan yang sepatutnya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 sebelum ini dikhianati dan dicuranginya dengan sengaja dan dalam keadaan penuh kesedaran dilakukannya.

Memang benar dalam politik tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi, tetapi dengan Tun Mahathir, lebih baik kita memilih bermusuh selama-lamanya.

Elok-elok sudah stabil dan aman tenteram tanpa kelibatnya, kemenangan pun tak jauh lagi di depan mata, takut dek kerana adanya beliau bersama nanti, tak pasal-pasal PH jadi bergolak macam dulu semula. – ShahbudinHusin 23/10/2022.



AGAKNYA STESEN BAS ELEKTRIK NI LAGU MANA ? MESTI HEBAT DARI STESEN BAS SEKARANG


 

MB SILA JAWAB SEBAB MUSIM PILIHANRAYA INI.


FAEKAH HUSSEIN




 Sallam semua,

Saya menerima poster kitar semula di bawah ini dari banyak pihak. Terdapat juga poster yang telah "ditambahbaik" mengikut situasi politik terkini. Tidak kurang juga yang menghantar mesej peribadi meminta pencerahan. 


Sejujurnya pada mulanya saya tidak mahu terlibat dengan propaganda sedemikian dan mahu mendiamkan diri meskipun muka saya terpapar pada poster tersebut dengan tujuan kononnya saya yang mengeluarkan kenyataan. Isu tersebut telah dijawab berulang kali namun ianya dipetik dan dikitar semula.


Namun atas nasihat keluarga, teman2 dan atas kesedaran saya bahawa setidak2nya saya perlu membetulkan sesuatu fakta yang salah maka saya menggunakan ruangan ini sebagai usaha pencerahan.


Seingat saya poster ini dibuat dan diviralkan oleh individu atau mungkin sekumpulan manusia yang tidak dikenali pada tahun 2013/2014 rentetan dari gerakan Langkah Kajang. Maksud dan tujuan ianya dilakukan tidak di dalam pengetahuan saya. Saya sendiri tidak pernah membuat kenyataan seperti tertera pada poster.


Kesan dari poster ini, Pejabat MB telah menerima banyak pertanyaan berkaitan gaji dan elaun Penasihat Ekonomi Selangor. Tidak terkecuali juga pertanyaan yang dikemukakan di DUN Selangor pada ketika itu.

 

Demi memberi keadilan dan melakukan pencerahan saya screen shot dan lampirkan di sini soalan dan jawapan yang dibentangkan oleh Menteri Besar di DUN Selangor pada ketika itu. 

Semoga ianya memberi manfaat.


Kepada MB Selangor Amirudin Shari Setpol MB dan para pegawai yang duduk di Pejabat Menteri Besar sekarang, buka dan semak lah Hansard, jawablah apa2 isu tidak tepat yang tersebar terutamanya ketika musim pilihanraya ini. Ini soal maruah boss kamu kot ..


JANGAN PERCAYA SI TUA KUTUK INI

 

Mahathir sedia jumpa DS Anwar. Kalau nak kata dia jilat ludah sendiri pun dia tak kisah. Katanya demi untuk halang perasuah berkuasa.


Satu kenyataan yang penuh hipokrasi. Itu semua hanya sekadar alasan untuk menipu rakyat. Hakikat sebenar, dia cuma tamakkan kuasa.


Dalam satu rakaman audio mesyuarat PPBM yang tersebar, jelas suara Mahathir mahukan sokongan UMNO untuk jatuhkan PH dengan jawatan sebagai umpan.


Kalau Mahathir tak letak jawatan tanpa berbincang dan terus serahkan kepada DS Anwar seperti mana dalam konsensus, parti rasuah itu takkan dapat berkuasa hari ini.


Setelah khianati PH, setelah beberapa kenyataan menghina DS Anwar secara terang, tiba-tiba dia nak jumpa DS Anwar untuk berbincang pula.


Sedangkan beberapa bulan sebelum ini Mahathir dengan bongkak berkata tak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik. Cakapnya macam dah kuat sangat. Rupanya macam keldai je.


Cepat sangat dia lupa apa dia kata. Atau mungkin Mahathir baru sedar yang tanpa PH, dia takkan mampu menang sebarang kerusi pun.


Atau mungkin juga apabila dia melihat Muda gagal untuk sertai PH dan musnahkan PH dari dalam, maka sekarang masa untuk dia pula bertindak?


Apa pun, kenyataan Mahathir membuktikan yang dia semakin lemah manakala PH pula semakin gagah. Terbukti auranya sudah malap.


Cadangan aku mudah je. Kalau betul Mahathir nak halang perasuah berkuasa, bubarkan Pejuang dan GTA dan dia sendiri pencen dari politik.


Tanpa Mahathir, pastinya politik negara sudah lama stabil. Berhentilah hidup dalam kepuraan serra. Guane boh?


 

Raja Gelap



 FAKTA


Kaedah BERPOLITIK ahli politik Melayu 


- Gunakan "Melayu" sebagai alasan perjuangan    mereka


- Gunakan "Bukan Melayu" sebagai alasan mereka mengapa Melayu bergelut


Hasilnya setelah 60 tahun, ahli politik Melayu tidak pernah bergelut pun, sedangkan orang Melayu masih bergelut sehingga kini...


Hidup melayu Hehehe !!! 😁



Eh taching pula

 Eh taching pula




Re-quote


"Arab ckp ضربني وبكى، شتمني واشتكى : dia yg pukul aku, dia pula yang menangis. Dia yang maki aku, dia pula yang mengadu."


Benda boleh pusing buat apa susah-susah minta maaf kan?


Macam tak belajar bab Fiqh awlawiyat, bab khianat boleh sertu, bab Insyallah terlebih sensitif pula.


Hairan, terkesima. Bincang Ilmiah. Demikianlah Serba Tahu.



KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 1

 

KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 1

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

 

MMMS

 

Sebagai seorang muslim, saya suka mencari-cari hikmah dalam setiap perkara yang terjadi supaya boleh di elak di masa hadapan dan juga untuk di jadikan iktibar. 

 

Ini bertepatan dengan hadith Nabi di bawah. 

 

“Mukmin tidak dipatuk dua kali pada lubang yang sama.” Hadith riwayat al-Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998.

 

Waktu pengkhianatan ini mula-mula berlaku, macam-macam alasan dan ayat-ayat Allah di jual untuk menghalalkan khianat tersebut. Ada asatisizah bagi jaminan kata akan dapat rahmat sebab kerajaan Melayu Islam; ada yang kata kurang mudharat, ada pula yang kata lepas kerajaan ghadir naik, isu perkauman semuanya reda. Tapi yang dia tak nampak, isu tersebut reda sebab mereka sudah mendapat laba. Jenis naif politik tapi gigih menjual fatwa. 

 

Padahal dalam Quran jelas menyebut yang setiap perjanjian itu perlu di sempurnakan dan jangan khianat. 

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 3.

 

Salah satu yang tuduhan waktu khianat itu, ialah menuduh orang yang hendak melakukan Islah @ reform sebagai rakus. Tapi setelah 31 bulan, yang di jamin itu sebenarnya rakus, hanya pandai berkhianat, bila di beri kuasa satu apa pun tak tahu. Perangai sebiji macam tikus membaiki labu. 

 

Dalam mana-mana zaman, pasti akan ada mehnah dan ujianya.

 

Tujuan Allah beri ujian seperti pengkhianatan adalah untuk melihat siapa yang lebih bertakwa, jujur pada ilmu dan amanah.

 

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

 

Tapi kita sering tertanya, kenapa Allah takdirkan mereka memerintah menjadi kerajaan?

 

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Al-An'Am/6:32)

 

Dah Allah juga telah merakamkan permintaan orang yang zalim di hari akhirat untuk di kembalikan semula di dunia untuk bertaubat tetapi Allah telah menolak permintaan mereka kerana Allah tahu mereka pasti akan kembali berbuat zalim.

 

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”. [Ibrahim/14:44]

 

Ini Allah sebut yang penzalim itu semuanya adalah pendusta, jika di beri peluang kembali ke dunia, mereka masih akan mengulangi kezaliman mereka.

 

"Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka [al-An’am/6:28]

(function() { var d = document, w = window; w

UNTUNG MEMANG SEDIKIT, TETAPI....

  " Kalau kita buat macam biasa, dah lama dah masakan panas, dengan keadaan barang sekarang mahal, takde untung. Kalau satu ratus kita ...