MB SILA JAWAB SEBAB MUSIM PILIHANRAYA INI.


FAEKAH HUSSEIN




 Sallam semua,

Saya menerima poster kitar semula di bawah ini dari banyak pihak. Terdapat juga poster yang telah "ditambahbaik" mengikut situasi politik terkini. Tidak kurang juga yang menghantar mesej peribadi meminta pencerahan. 


Sejujurnya pada mulanya saya tidak mahu terlibat dengan propaganda sedemikian dan mahu mendiamkan diri meskipun muka saya terpapar pada poster tersebut dengan tujuan kononnya saya yang mengeluarkan kenyataan. Isu tersebut telah dijawab berulang kali namun ianya dipetik dan dikitar semula.


Namun atas nasihat keluarga, teman2 dan atas kesedaran saya bahawa setidak2nya saya perlu membetulkan sesuatu fakta yang salah maka saya menggunakan ruangan ini sebagai usaha pencerahan.


Seingat saya poster ini dibuat dan diviralkan oleh individu atau mungkin sekumpulan manusia yang tidak dikenali pada tahun 2013/2014 rentetan dari gerakan Langkah Kajang. Maksud dan tujuan ianya dilakukan tidak di dalam pengetahuan saya. Saya sendiri tidak pernah membuat kenyataan seperti tertera pada poster.


Kesan dari poster ini, Pejabat MB telah menerima banyak pertanyaan berkaitan gaji dan elaun Penasihat Ekonomi Selangor. Tidak terkecuali juga pertanyaan yang dikemukakan di DUN Selangor pada ketika itu.

 

Demi memberi keadilan dan melakukan pencerahan saya screen shot dan lampirkan di sini soalan dan jawapan yang dibentangkan oleh Menteri Besar di DUN Selangor pada ketika itu. 

Semoga ianya memberi manfaat.


Kepada MB Selangor Amirudin Shari Setpol MB dan para pegawai yang duduk di Pejabat Menteri Besar sekarang, buka dan semak lah Hansard, jawablah apa2 isu tidak tepat yang tersebar terutamanya ketika musim pilihanraya ini. Ini soal maruah boss kamu kot ..


No comments: