KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA
MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 2
Allah tahu yang penunggang agama ini selalu
berdagang ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia, lalu Allah zahirkan apa
yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Tanpa tertubuhnya kerajaan al-ghadr
ini, kita tidak tahu orang yang berpuluh tahun berjuang bersama kita adalah
pengkhianat. Kita tidak tahu orang yang mereka berpura-pura jadi king maker dan
menipu pengundi sedangkan mereka sendiri sudah menyucikan kleptokrat tadi.
Kita juga kini tahu yang ada sarjana
kedoktoran, muhaddisin juga boleh menjadi perisai pengkhianat. Kita juga tidak
tahu yang "fatwa" pandai baca doa dan jadi imam solat bukan ciri-ciri
pemimpin dalam Islam; dia berlaku zalim dengan jawatan dan ilmu yang Allah beri
sedangkan seluruh fuqaha bersetuju yang ciri-ciri pemimpin yang baik adalah
yang Qawwi dan Amin.
Allah izinkan pengkhianatan pemimpin politik,
mufti, sarjana dan ahli2 parlimen hanya untuk menguji siapa yang beriman dan
siapa yang tertewas dengan ujian.
Allah izinkan pengkhianatan yang mereka
rancang berbulan-bulan sampai mereka sanggup menjual Allah, rasul dan
prinsip-prinsip yang mereka dahulu perjuangkan.
Cuma mereka lupa yang IZIN ALLAH JIKA TIDAK
DATANG BERSAMA REDHANYA akan JADI ISTIDRAJ.
Bila sudah kena istidraj ini yang mereka lagi
hanyut. Makin kuat mereka memfaraid harta awam, pecat orang yang berkelayakan
demi ghanimah politik, belanjawan negara di guna sesuka hati macam duit
sendiri, parlimen di tutup kerana takut hilang kuasa dan pelik yang Allah terus
mudahkan urusan mereka untuk terus merompak hasil negara.
Ekonomi makin teruk, inflasi mengila, harga
barang naik macam tak ada siapa yang pantau, tapi pelik tak ada orang yang
menjerit terancam lagi. Itu belum masuk bab kedaulatan negara dengan kapal
halimunan sampai sekarang tak siap-siap.
Mereka kira mereka hebat dapat menipu Allah,
tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri.
Saya juga melihat ini sebagai hijab yang
Allah sengaja angkat untuk melihatkan hipokritnya Kerajaan Melayu Isley dalam
perjuangan mereka. Dahulu siapa yang berani persoalkan pasal RUU355 terus
dianggap kafir, kini mereka sendiri kata itu bukan keutamaan.
Kini BMF ke laut, kes arwah Adib KIV, Dong
Zong tak di haramkan lagi, konsert kalau mereka buat boleh cemburu musuh islam,
fesyen show mencolok mata pun tak apa, komunis langgar perairan dan Isr@el
terbang di ruang udara.
Juga antara hikmah bila mereka mendapat kuasa
dengan cara berkhianat ialah supaya bila mereka berjumpa dengan Allah nanti,
langsung tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan hudud kerana telah di
beri peluang. Dahulu mereka salahkan UMNO, lepas tu salahkan DAP, kini mereka
sudah ada kuasa, kawan pula dengan Gerakan yang pernah saman hudud, dan hudud
masih tidak terlaksana, itu adalah salah mereka sendiri; nampaknya macam mizan
kebaikan mereka sedang dikosongkan tapi mereka masih lagi tidak sedar dan
bertaubat.
Sebab itu mereka selama ini tak pernah menang
ikut jalan yang betul, Allah pinjamkan kuasa pada mereka dengan cara yang
paling hina, sebab Allah hendak uji apa yang berada dalam hati manusia.
Bagaimana cara hidupmu, begitu jugalah
pengakhiran riwayat mu.