MENJELANG PRU15, ANWAR TERUS DIFITNAH !!
Diviralkan kononnya Anwar Ibrahim pernah menuntut elaun jutaan
ringgit dari kerajaan negeri Selangor sewaktu beliau menjadi Penasihat Ekonomi
Selangor di era Tan Seri Khalid Ibrahim. Hakikatnya, Anwar tidak pernah
menerima sebarang bayaran.
Paling teruk, turut difitnah adalah Faekah Husin, bekas pegawai
di Pejabat MB Selangor waktu itu kononnya sumber itu memetik kenyataan Faekah.
Terbaru, Faekah sendiri di dalam hantaran di FB beliau menafikan
sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Beliau turut memetik jawapan bertulis di
dalam Dun Selangor berkaitan isu tersebut.
Jelas, keputusan Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di
Parlimen Tambun dan keputusan PH menamakan beliau sebagai PM ke 10 sekiranya,
InsyaAllah, PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15 ini amat-amat
menggusarkan Umno/Bn dan PN. Maka, tidak pelik Anwar Ibrahim berterusan di
fitnah di media-media perdana dan media sosial. Sebaliknya, cabaran Anwar untuk
berdebat dengan semua calon PM tidak langsung disambut oleh mereka.
Mengapa mereka takut sangat kepada Anwar Ibrahim? Mengapa mereka
bimbang Anwar menjadi PM? Jawapannya mudah, memilih Anwar Ibrahim sebagai PM
bererti menghantar para perasuah dan penyamun ke penjara. Mereka takut, tetapi
rakyat tidak takut.
WFAUZDIN NS