JANGAN PERCAYA SI TUA KUTUK INI

 

Mahathir sedia jumpa DS Anwar. Kalau nak kata dia jilat ludah sendiri pun dia tak kisah. Katanya demi untuk halang perasuah berkuasa.


Satu kenyataan yang penuh hipokrasi. Itu semua hanya sekadar alasan untuk menipu rakyat. Hakikat sebenar, dia cuma tamakkan kuasa.


Dalam satu rakaman audio mesyuarat PPBM yang tersebar, jelas suara Mahathir mahukan sokongan UMNO untuk jatuhkan PH dengan jawatan sebagai umpan.


Kalau Mahathir tak letak jawatan tanpa berbincang dan terus serahkan kepada DS Anwar seperti mana dalam konsensus, parti rasuah itu takkan dapat berkuasa hari ini.


Setelah khianati PH, setelah beberapa kenyataan menghina DS Anwar secara terang, tiba-tiba dia nak jumpa DS Anwar untuk berbincang pula.


Sedangkan beberapa bulan sebelum ini Mahathir dengan bongkak berkata tak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik. Cakapnya macam dah kuat sangat. Rupanya macam keldai je.


Cepat sangat dia lupa apa dia kata. Atau mungkin Mahathir baru sedar yang tanpa PH, dia takkan mampu menang sebarang kerusi pun.


Atau mungkin juga apabila dia melihat Muda gagal untuk sertai PH dan musnahkan PH dari dalam, maka sekarang masa untuk dia pula bertindak?


Apa pun, kenyataan Mahathir membuktikan yang dia semakin lemah manakala PH pula semakin gagah. Terbukti auranya sudah malap.


Cadangan aku mudah je. Kalau betul Mahathir nak halang perasuah berkuasa, bubarkan Pejuang dan GTA dan dia sendiri pencen dari politik.


Tanpa Mahathir, pastinya politik negara sudah lama stabil. Berhentilah hidup dalam kepuraan serra. Guane boh?


 

Raja Gelap



No comments: