Jangan cemar institusi masjid dengan dakyah politik kebencian – Tengku Zulpuri Shah


Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyeru agar institusi masjid tidak terjerumus dijadikan alat politik pihak tertentu yang hanya mampu memecahbelahkan perpaduan kaum dan keamanan negara ini.
Tegasnya, masjid merupakan tempat umat Islam beribadah serta menyampaikan nasihat dan bukannya sebagai tempat menyebarkan dakyah politik memburuk-burukkan kerajaan yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung dakwaan Pakatan Harapan Pahang yang kesal apabila masjid dijadikan tempat menyebar fitnah.
Laporan itu merujuk kepada  khutbah Jumaat baru-baru ini yang dilihat seolah-olah cuba menimbulkan persepsi negatif mengaitkan kononnya Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Agama bersikap mesra kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT).
“Khutbah yang berunsur politik tak perlulah mengelirukan makmum.
“Saya harap kerajaan negeri mahupun pusat boleh ambil tindakan sewajarnya. Ini perkara serius kerana boleh timbulkan kebencian dan perpecahan di kalangan masyarakat atas alasan agama,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu turut mengimbas isu yang berlaku dalam khutbah Hari Raya Aidil Adha di Pahang pada tahun 2014.
Teks khutbah itu secara jelas menuduh orang Islam yang berada dalam sesetengah parti khususnya DAP kononnya secara terang-terangan menentang Islam.
“Tuduhan sebegini adalah sangat melampau dan bahaya begitu juga yang dilaporkan baru-baru ini. Jangan kotorkan agama Islam dengan sikap kita sendiri.
“Saya amat berharap agar semua pihak tidak mempergunakan agama sehingga Islam mendapat gambaran yang salah, lebih-lebih lagi apabila ada pihak membuat dakwaan berunsur fitnah kononnya bercakap atas dasar agama,” katanya lagi.


Pulau Pinang terus cemerlang, catat pelaburan RM10.8 bilion


Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan kedua tertinggi di Malaysia sebanyak RM10.8 bilion pada 2017 walaupun berdepan beberapa cabaran semasa kata Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow.
“Pulau Pinang berada di kedudukan yang sangat memuaskan. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen tinggi dan daya tahan yang ditonjolkan semua pihak dalam memastikan keberlangsungan dan peningkatan pelaburan negeri itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan titah Agong di Parlimen sebentar tadi.
Bagi mengukuhkan lagi sektor pelaburan, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) diberi kuasa sebagai agensi pusat kebangsaan bagi hal-ehwal pelaburan untuk mengelakkan sebarang pertindihan kuasa dengan agensi lain.
Menurutnya, walaupun sehingga kini terdapat 32 agensi Persekutuan dan Negeri bagi mempromosi pelaburan atau memberi insentif kepada pelabur, kebanyakannya mempunyai peranan dan fungsi bertindih dan perlu dikaji semula.
“Oleh itu, wujud satu cadangan agar MIDA diberi kuasa sebagai agensi pusat kebangsaan bagi hal-ehwal pelaburan,” katanya.
“Saya menyarankan agar MIDA dan agensi-agensi promosi pelaburan negeri perlu terus meningkatkan kerjasama untuk meningkatkan promosi pelaburan bagi Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.
Pewujudan MIDA sebagai agensi promosi pelaburan ‘one-stop’ katanya memainkan peranannya di peringkat pusat manakala agensi promosi pelaburan negeri memainkan peranan di peringkat negeri.
“Semua agensi lain perlu mempunyai peranan dan fungsi yang khusus dan batasan kuasa yang jelas bagi memastikan kecekapan perkhidmatan bagi mempromosikan pelaburan nasional.
“Polisi-polisi terutama yang melibatkan insentif haruslah dinilai semula dan ‘repackage’ berdasarkan ‘benchmark’ antarabangsa. Kecekapan dalam mempertimbang dan membuat keputusan berkaitan cadangan projek dan mesyuarat bersama para pelabur juga harus diberi perhatian,” ujar beliau.
Dalam masa yang sama beliau membangkitkan tentang permohonan status MSC Malaysia yangtelah dibekukan buat sementara waktu  bermula 1 Jun 2018.
Perkara ini jelasnya telah menjejaskan beberapa pelabur baru yang dalam proses membuat permohonan bagi mendapatkan status MSC.
“Bagi memudahcara kemasukan pelabur baru, Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengambil langkah mempercepat kelulusan permohonan status MSC ini,” kata Kon Yeow.
Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan menggiatkan usaha untuk meningkatkan jumlah bakat tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional. 

SALLAHUDIN SETUJU POTONG ELAUN MP PEMALAS

MALAYSIA BETUL HANTAR DAIM LAWAT CHINA – SAIFUDDIN ABDULLAH

KENYATAAN BODOH: UMNO BELUM MAHIR JADI PEMBANGKANG

GST: ‘KENA 60 SEN MENJERIT SEBULAN’ – MP BEBAS

MUKHRIZ SELAR ANNUAR MUSA KATA LANGKAWI PRK AKAN DATANG