INI KENYATAAN KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA


Ketua Pembangkang Malaysia Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menjelaskan betapa kenaikan harga minyak akan membebankan rakyat secara keseluruhan ,tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.
Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong.
"Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan.
Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?
"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.
Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.
Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan.
"Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.
Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.
"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya.
"Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya.
FAKTA
JUMLAH SUBSIDI PETROL 8-10 BILLION
KOS OPERASI SYARIKAT USD 30 SETONG-MANAKALA HARGA MINYAK MENTAH USD 130 SETONG
PERLU BANDING DENGAN NEGARA PENGELUAR MINYAK.
BELANJA TREK KERETAPI 40 BILLION BERBANDING SUBSIDI MINYAK 13-15 BILLION

PROTES BESAR BESARAN MELEBIHI KEMPEN "BERSIH"


Satu protes besar besaran akan diadakan pada 12 Julai ini bagi menyatakan tuntutan rakyat keatas kenaikan harga minyak.Protes yang akan dianjurkan oleh badan bertindak mengawal harga minyak menyatakan bahawa tuntutan itu adalah untuk mendesak kerajaan agar menurunkan harga seperti sebelum kenaikan yang mendadak ini.



"Perhimpunan ini menyerupai apa yang dianjurkan seperti perhimpunan "BERSIH",tetapi kesannya lebih besar," demikian tegas Dr Hatta Ramli lagi.Menurut beliau lagi l

Lokasi perhimpunan ialah di bawah banggunan berkembar menara PETRONAS sebagaimana ianya adalah simbol kepada kekuatan syarikat carigali minyak PETRONAS.

"Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan kita memberi masa 5 minggu kepada kerajaan untuk membentangkan keuntungan dan kerugian kenaikan minyak dan kita pula mempunyai 5 minggu lagi untuk berkempen bagi perhimpunan ini",demikian jelas Dr hatta lagi.

SELEPAS TSUNAMI POLITIK...KINI TSUNAMI MINYAK DAN KESANNYA


Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata bantahan itu perlu dibuat segera memandang keputusan kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak malah tidak menyangka kerajaan bersikap 'kering hati' dalam membuat keputuasan tanpa mengambil kira kesulitan yang bakal dihadapi rakyat.
"Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka. Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara.

"Jika Perdana Menteri merayu supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Kini yang pastinya mulai Julai kenaikan Tarif elektrik juga akan turut naik.Maka kerana itu tidak mustahil harga barangan lain juga akan turut naik.Maka rakyat Malaysia kini akan jatuh dibawah paras kemiskinan seperti Tahun 70an semula.Memang kita akan kembali ke belakang semula.Yang hairannya kita adalah negara pengeluar minyak....

MINYAK NAIK LAGI..BULAN HADAPAN ELEKTRIK PULA NAIK ....RAKYAT PUN NAIK MINYAK JUGA...TENGOK JALAN SESAK..APA YANG RAKYAT PERLU BUAT???

INI ADALAH HADIAH PALING BERMAKNA KERAJAAN BARISAN NASIONAL SEJAK 50 TAHUN MERDEKA BUAT RAKYAT MALAYSIA





Mula-mula berita ini diketahui jam 2.30 petang dari seorang teman yang bertugas di sebuah syarikat minyak terkenal.Aku mulakan sms kepada rakan-rakan yang pada mulanya tidak mengambil kisah.sms kedua muncul jam 5.20 petang menyatakan harga minyak akan naik RM2.70 sen seliter....ha...ha.....dan yang pastinya esok akan ada lagi komen lama berbentuk baru



Malam tadi banyak yang sangkut di jalanraya kerana minyak...minyak...minyak...




RAKYAT MALAYSIA ...MINTA BERSABAR...31 OGOS ATAU 16 SEPTEMBER PENDERITAAN INI AKAN BERAKHIR...INSYAALLAH

...komen dari tukang angguk....Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak kerana harga global minyak seluruh dunia naik...jadi kerajaan tidak mampu untuk menanggung kos yang tinggi...dari dulu..kini...dan selamanya..macam itu juga.......


Jadi apa tindakan kita sebagai rakyat dalam sebuah negara pengeluar minyak......