SOAL JAWAB LOKMAN TENTANG RANCANGAN MAHATHIR


PEMILIK AKAUN ZAM YAHAYA...POLIS NAK JUMPA....HANG JANGAN P MANA MANA



TERLALU AWALKAH DUA TAHUN SEBAGAI PM SEMENTARA ?



Saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar hari ini bertarikh 17 Februari 2020 bertajuk " Terlalu Awal Untuk Peralihan Kuasa".

Di dalam laporan akhbar tersebut telah memetik kenyataan penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff, di mana beliau tidak begitu bersetuju sekiranya proses peralihan kuasa PM dilaksanakan secara tergesa-gesa.  Alasan beliau adalah lebih baik tumpukan kepada masalah ekonomi, kestabilan politik serta masalah kesihatan (wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara sekarang.

Tahukah beliau bahawa atas hujah yang sama juga maka rakyat mahukan peralihan kuasa berlaku selewat-lewatnya Mei ini kerana keadaan ekonomi ternyata gagal ditangani sebaiknya oleh Tun M.  Buktinya di dalam 5 PRK, parti kerajaan telah ditolak oleh rakyat dan paling memalukan di PRK Tg Piai di mana boleh dikatakan parti kerajaan ditolak oleh semua kaum dengan kekalahan besar yang mencipta sejarah.  Kesilapan Tun M meletakkan seorang Menteri Ekonomi yang tidak cekap dan terlalu banyak berpolitik untuk menyailang Presidennya sendiri di samping begitu membelai MP-MP Pembangkang telah menambah kegawatan ekonomi.  Kegawatan politik juga berpunca dari Tun M sendiri di mana beliau sering hilang arah dan berbelit-belit apabila membicarakan soal peralihan kuasa.  Dari dua tahun, hingga kepada dua tahun setengah, hingga kepada ekonomi pulih dan terakhir selepas Persidangan APEC November nanti, adalah jangkamasa yang Tun M berikan untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar ternyata membelakangkan Majlis Presiden PH yang sepatutnya berkuasa menentukan tempuh perkhidmatan beliau.  

Kegawatan politik semakin bertambah apabila terdapat di kalangan Menteri di dalam PH sendiri yang siang malam kerjanya melobi mencari sokongan dari MP-MP Pembangkang untuk menentukan Tun M terus berkuasa.  Kelakuan yang semakin menjolok mata ini dibiarkan oleh Tun M tanpa sebarang tindakan.  Mana mungkin seorang Menteri boleh bertemu dengan beberapa orang MP dari Pembangkang di rumahnya tanpa pengetahuan pimpinan PH sendiri dan ditawarkan dengan projek-projek tanpa diambil tindakan tegas oleh PM?  Itu belum dikira kes semburit yang menjadi isu kontroversi yang turut menggawatkan keadaan politik negara.

Seorang lagi penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Mohammad Fuad Othman yang meminta semua pihak termasuk Majlis Presiden PH supaya tidak ragu-ragu dengan kesungguhan Dr Mahathir menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar.  Katanya lagi, Tun M harus diberi masa secukupnya oleh kepimpinan PH dan rakyat untuk melunaskan kerja-kerja pemulihan sosioekonomi negara yang belum beres dengan tarikh peralihan kuasa paling sesuai dilaksanakan selepas persidangan APEC 2020 pada November ini.  "Saya yakin Majlis Presiden PH masih mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada Dr Mahathir. Lagipun Anwar sendiri memberitahu beliau tidak bermasalah menunggu sedikit masa lagi bagi mengambil alih jawatan PM," katanya.

Soal ekonomi juga menjadi hujah kepada Prof Madya ini dan seperti yang telah saya sebutkan tadi atas hujah itu juga maka rakyat mahu Tun M serahkan jawatan PM kepada Anwar pada Mei ini nanti kerana rakyat telah menilai kecemerlangan Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu sehingga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik.  
Euromoney menamakannya sebagai empat menteri kewangan teratas dan pada tahun 1996,  Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik.  Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.  Bahkan, di penghujung karier politiknya bersama Umno, beliau tetap dikenali di dunia sehingga majalah Newsweek menamakan Anwar "Asian of the Year" pada tahun 1998.  Adakah ini tidak mencukupi untuk menyatakan Anwar Ibrahim mampu mengemudi negara di dalam keadaan sekarang?

Majlis Presiden tidak pernah tidak menghormati Tun M kerana beliau adalah Pengerusi PH.  Bahkan, sikap hotmat dan berlapang dada Majlis Presiden kepada Tun M dilihat keterlaluan di mana beberapa tindakan Tun M dibuat secara bersendirian tanpa merujuk kepada Majlis Presiden.  Sifat hormat Tun M kepada Majlis Presiden sebenarnya yang boleh dipertikaikan.  Beliau bebas untuk bercakap soal peralihan kuasa PM tanpa pernah merujuk kepada Majlis Presiden PH.  Ini masalah besar Tun M sebenarnya.

Apabila Anwar di dalam kenyataannya menyatakan beliau bersedia untuk menunggu selepas APEC, itu adalah kata-kata diplomasi penuh hikmah dari seorang tokoh dan pemimpin yang tidak suka berbalah dan mencetuskan isu.  Namun, beliau tetap akur dan hormat kepada Majlis Presiden PH apabila beliau berkata, " terletak di tangan Majlis Presiden PH untuk menentukannya".  Isunya, bukan kehendak Anwar, tetapi ini kehendak rakyat iaitu Anwar Ibrahim perlu diangkat untuk menjadi PM ke 8 pada Mei 2020.

Kesimpulannya, tempoh dua tahun menjadi PM sementara itu memang mencukupi buat Tun M, apatah lagi itulah janji beliau yang pertama sebaik sahaja diangkat menjadi PM. Di dalam usianya sekarang, beliau telahpun mencipta rekod dunia seorang PM tertua di alaf moden ini.  Kita tidak mahu beliau mencipta rekod seorang PM yang khianat kepada janji-janjinya.  Majlis Presiden PH diharapkan tidak bersekongkol dengan sebarang pengkhianatan.  

WFAUZDIN NS

BENARKAH DAIM TIDAK LAGI BERSAMA MAHATHIR, ATAU WAYANG DIBALIK TABIR



Bekas Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin menyuarakan penolakannya terhadap gesaan agar Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membuat pakatan baru dengan PAS dan UMNO melalui Pakatan Nasional.
Tun Daim yang dikenali sebagai penasihat Tun Mahathir berkata, pengundi sudah memberikan mandat kepada kerajaan sekarang, justeru keutamaan PH sepatutnya ialah mengembalikan keyakinan rakyat, bukan menubuhkan kerajaan baru.
Bercakap kepada akhbar Sin Chew Daily, Tun Daim berkata, rakyat mahukan kebajikan mereka dibela dan kerajaan pula menjadi stabil serta kukuh.
“Kita perlu bergerak ke depan dan membangunkan negara ini secara berterusan.
“Kerajaan mesti mengatasi semua masalah yang boleh diselesaikan sekarang juga,” katanya.
Ura-ura penubuhan Pakatan Nasional muncul sejurus selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam, mendedahkan wujudnya usaha Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan sokongan bagi bekerjasama dengan Tun Mahathir.
Ia berlaku ketika isu peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, semakin banyak diperkatakan.
Pendedahan itu dianggap menggagalkan rancangan menyekat Anwar daripada mengambil alih teraju kerajaan dan akhirnya mengakibatkan Lokman dipecat daripada UMNO.
Penolakan Tun Daim terhadap Pakatan Nasional dengan sendirinya bermakna beliau juga tidak setuju dengan usaha mengumpulkan Akuan Bersumpah atau SD Ahli-Ahli Parlimen bagi mengekalkan Tun Mahathir sehingga habis penggal.
Juga bermakna, dengan mahu PH diperkuatkan kerana ia sudah dipilih rakyat sebagai kerajaan, keinginan Tun Daim tentunya juga ialah agar peralihan kuasa kepada Anwar tidak cuba diganggu-gugat lagi.
Harus difahami, SD itu jika berjaya diperolehi, kerajaan PH yang ada sekarang dengan sendirinya akan berakhir dan akan digantikan dengan sebuah kerajaan lain, tetapi masih berketuakan Tun Mahathir sehingga tahun 2023.
Pengumpulan SD itu secara nyata mengenepikan Ahli-Ahli Parlimen PKR pro Anwar, DAP dan juga Amanah serta membuatkan janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui dimungkiri.
Bermakna, dengan sokongan utama daripada UMNO dan Pas, kerajaan yang baru yang mahu diusahakan melalui pengumpulan SD itu adalah Pakatan Nasional dengan mengenepikan pilihan pengundi pada PRU14 lalu, sebaliknya mengambil pihak yang kalah iaitu UMNO dan Pas untuk menjadi kerajaan.
Tidak mustahil melalui Pakatan Nasional itu, Timbalan Perdana Menteri adalah daripada UMNO.
Tetapi, kenapa Tun Daim menolak idea penubuhan Pakatan Nasional dan mahu PH terus diperkuatkan?
Adakah Tun Daim, sebagaimana banyak diperkatakan kebelakangan ini, sudah tidak lagi menjadi penasihat politik kepada Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 17/02/2020)

BENARKAH KISAH INI? ANDA BOLEH MENILAINYA


SEMUA TUN M BUAT PAS TENTANG, UNDI PERCAYA APA?

USUL UNDI PERCAYA ROSAKKAN DEMOKRASI – ZAID

AZMIN BAWA PEMIMPIN PAS JUMPA TUN M – EZAM

TIADA PIHAK BOLEH NAFI ANWAR PM – 8

PEMBANGKANG LANCAR SERANGAN SEBELUM 21 FEBRUARI

EZAM DEDAH KOMPLOT AZMIN ALI


PENGAMPU MAHATHIR MAHU BELIAU MATI DALAM KEHINAAN



Selagi Majlis Presiden tidak membuat keputusan lain atau Tun Mahathir Mohamad sendiri tidak berterus-terang enggan melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, perjanjian berhubung perkara itu adalah kekal sebagaimana ia telah dimuktamadkan sebelum ini.
Muktamadnya perjanjian itu adalah jelas iaitu Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri selepas Tun Mahathir, cuma tarikh bermulanya beliau mengambil alih jawatan itu saja yang belum lagi ditetapkan.
Begitu pun, berdasarkan janji Tun Mahathir sendiri yang berulangkali dilafazkannya iaitu hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun dan akan melakukan serah kuasa kepada Anwar sebelum tibanya PRU15, tidak diragui lagi peralihan kuasa tidak harus terlalu dilewat-lewatkan.
Anwar harus diberi masa yang cukup memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ketibaan PRU15 yang tempoh akhir mesti diadakan adalah pada tahun 2023.
Namun demikian, sementara ketiadaan tarikh serah kuasa itu terus menimbulkan pelbagai isu lain, termasuk komplot jahat untuk mengekalkan Tun Mahathir sehingga habis penggal, sama ada melalui Akuan Bersumpah atau usul percaya Pas dan dalam masa yang sama beliau enggan berterus-terang serta masih berteka-teki, keadaan itulah yang sebenarnya mencetuskan banyak spekulasi terus berkembang tanpa kawalan.
Bagi yang ada kepentingan seperti Zahid Hamidi yang berdepan 87 kes mahkamah atau Pas yang takut dengan wibawa dan ketrampilan Anwar, keinginan mereka sedia mengampu Tun Mahathir agar kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal tidaklah sukar difahami.
Atas kepentingan itu, mereka sanggup berbuat apa saja asalkan apa yang diingini dapat memenuhi kehendak hati.
Tetapi, bagi pengampu-pengampu yang lain daripada PH, sama ada yang ada jawatan atau sebaliknya, untuk apakah sebenarnya mereka beria-ia mahu Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal dan seterusnya memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar?
Apakah yang boleh bangga dan perolehi jika Anwar berjaya digagalkan jadi PM dan Tun Mahathir terus kekal sehingga habis penggal, tetapi dalam masa yang sama menjerumuskan diri Perdana Menteri kepada kemunafikan dan PH kepada perpecahan?
Ataukah mereka mahu PH berpecah dan supaya dengannya UMNO kembali berkuasa selepas PRU15 nanti?
Kepada pengampu dan pembodek, tidak sedarkah bahawa tindakan mereka yang boleh menyebabkan Tun Mahathir mungkir janji, jatuh ke lembah kemunafikan dan bergaduh semula dengan Anwar, yang lebih buruk ialah ia tanya akan memungkinkannya meninggal dunia dalam kehinaan?
Seharusnya, jika mereka sayang kepada Tun Mahathir, dalam usianya menuju 95 tahun yang kematian bila-bila masa boleh menjemputnya, yang harus mereka lakukan ialah mendorongnya sentiasa berpegang kepada janji kerana itulah yang akan memastikan nama dan legasinya, selepas ketiadaannya nanti, terus terpelihara dan diingati.
Lebih daripada itu, dalam usia menuju 95 tahun sekarang dan tiada lagi orang kanan yang setia serta kreatif disisinya seperti Megat Junid Megat Ayob, Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin, malah Tun Daim Zainuddin juga dikhabarkan tidak banyak campurtangan lagi, selain kedudukan Bersatu yang tidak cukup kuat, sedarkah mereka jika janji peralihan kuasa dimungkiri dan perbalahan dengan Anwar tercetus kembali, risiko kalah untuk Tun Mahathir adalah lebih tinggi lagi?
Bahkan, tidak mustahil, kerana faktor usia dan jantung yang tidak lagi sekuat dahulu, Tun Mahathir juga berisiko rebah dan meninggal dunia dalam asakan ketegangan berbalah semula dengan Anwar yang slogan perjuangannya semua orang tahu adalah “Lawan Tetap Lawan” dan “Lawan Sampai Menang.”
Dalam erti kata lain, jika janji peralihan kuasa dimungkiri atas desakan pengampu-pengampunya itu, sama ada Tun Mahathir menang atau kalah, kemungkinan untuk beliau mendapat penghinaan selepas kematiannya adalah cukup tinggi.
Tidak mustahil, bukan saja nama dan legasinya akan dicaci, malah kuburnya juga nanti mungkin akan dikencingi.
Berbeza jika beliau dipastikan memenuhi janji dan tidak berbalah dengan Anwar, namanya sebagai negarawan pasti akan kekal harum dan dikenang sepanjang zaman.
Dalam hal ini, bagi yang mempertahankan janji peralihan kuasa dipenuhi, walaupun mereka dilihat tidak mengampu Tun Mahathir, mereka jelas lebih jujur dan mahu namanya terus terpelihara selepas ketiadaannya, selain sayang dan ingin PH menjadi kerajaan dalam tempoh yang lebih lama lagi.
Oleh itu, kepada pengampu-pengampu tersebut, apa yang sebenarnya mereka perjuangkan untuk Tun Mahathir – kemuliaannya atau kehinaan untuknya? (ShahbudinHusin 16/02/2020)