CALON BN SUNGAI LIMAU BERBINI 2?

Kantoii.. Calon Be End Dun Sg.Limau ada bini muda?? Cun lagi..

Tapi kenapa nikah diam2? Takkan takut bini tua kot? Lor Penakut rupanya? Tapi camana boleh jadi calon ni?

Alahai Jamil, ku sangkakan kau berbini satu, rupanya ada dua yer????

Dah macam dialog dalam cerita P.Ramlee la pulakkan. Rasa2 hangpa dalam cerita apa yaaaa??? Pikiaq sendiri naaaa.....

Tapi inilah yang cheq nak habaq kat hangpa semua, maklumat yang diterima dari kenalan rapat calon ini memberitahu pada cheq bahawa beliau mempunyai sorang bini muda dalam diam2.

Pandai sorok yaaa. Cheq dimaklumkan bini muda calon BN ni dari segi perwatakannya memang cun melecun. Dah la muda, cun pulak....mana tak laki tengok geram ye tak.

Bini muda calon ni merupakan seorang pelajar di universiti tempatan. Malangnya dia tidak menamatkan pelajarannya hingga selesai. Disebabkan cinta pada Profesor, beliau sanggup buat apa saja.

Belajar tak habis sebab dah pandai main cinta, mereka pun buat keputusan kahwin lari. Sebabnya Dr. Sohaimi takut pada bini pertamanya, beliau buat keputusan untuk kahwin secara senyap.

Bestkan calon BN ni...ini yang aura Ust Azizan yang mereka bawa dan pukul canang sana sini. Nak tau sapa bini muda dia, meh cheq tunjuk sikit.....

sumber : http://bit.ly/1g8EYZF

RAKYAT ADALAH BOSS


Rakyat Adalah Boss!
人民是老板!

Bengkel Komuniti untuk anda!
一个让你了解公民权利的社区工作坊!
9.30am-3.00pm
9 Nov 2013



Setiap hari, kita berdepan dengan pelbagai masalah di ruang lingkup kehidupan kita. Kita cuba untuk menyelesaikannya dengan menulis surat atau berkunjung terus ke majlis perbandaran tempatan, namun, sering sekali ia menjadi perkara yang susah, memenatkan dan adakalanya berakhir dengan kegagalan. 每天,我们在生活中面对各种疑难杂症,而尝试写信或直接登门造访市政局要求处理。但是,这通常是吃力不讨好的做法,并以失败告终。
 
Datanglah ke bengkel interaktif ini untuk memepelajari cara cara penyelesaian masalah haruan disamping mengetahui hak kita sebagai rakyat. Peserta akan mempelajari kemahiran kepimpinan, dan kepentingan individu turut serta dalam proses menyelesaikan isu isu tempatan. 因此,欢迎出席这个工作营,学习如何解决日常的问题兼了解身为人民的权利。参与者有机会学习领导技巧及公民参与对解决地方课题的重要性。
 
Peserta akan menpelajari tentang struktur pengurusan dan mengetahui pihak yang boleh berhubung untuk membantu kita dalam menyelesaikan masalah masalah ini. 参与者也将了解地方政府的管理架构和能够协助他们处理问题的单位
 
Sesi ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur diantara 17 hingga 50 tahun. Untuk membantu kita memahami kandungan bengkel inj dengan lebih menyeronokkan dan berkesan, kita akan sama sama meninton video, bermain pelbagai permainan dan berlakon! 此环节开放给任何年龄介于17岁至50岁的人士。为了提高工作营的生动性和效果,我们将穿插短片播映、小游戏和角色扮演等。
 
Daftarlah sekarang menggunakan borang yang disediakan di bawah atau hubungi 013-3990519 untuk turut serta! 欢迎即日起使用我们的表格报名,或联络 013-3990519。别错过哦!

Borang pendaftaran/表格报名:
https://docs.google.com/forms/d/1oPIpSD_gsScI1_zKgXxJn2bvRD1cKacM3KxzbxDbRm8/viewform
 



Youth4Change
(Belakang SJKC Sin Ya)
No.41, Tingkat 1, Jalan Perniagaan, Pusat Perniagaan Alma, Bukit Mertajam


















Email us at:
 
Contact person:
Melanie Yong (Programme Coordinator)
 
Copyright © LDF 2013 Suaram Penang All rights reserved.










why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
SUARAM Penang · 91C-2-21,University Heights,Jalan Sungai Dua,11700,Penang · George Town, 04 11700 · Malaysia

Email Marketing Powered by MailChimp

Azmin: BN kekal bajet defisit 16 tahun berturut-turut

Azmin: BN kekal bajet defisit 16 tahun berturut-turut

Bajet 2014 bersifat ‘Rich Man’s Budget, Poor To Get Poorer’. Langkah Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta  dan subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat. Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.
AzminUntuk mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, belanjawan negara perlu menekan prinsip ‘fiscal discipline’ dan menggariskan strategi pembangunan yang peduli rakyat.

Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan efisien dan mengambil langkah yang pro aktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah.

Pengagihan Kekayaan dan Kesenjangan Ekonomi

Jomo K.S dalam karya terbarunya berjudul ‘Malaysia @50 : Economic Development, Distribution and Disparities’ menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi perbincangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai malah isu kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi perdebatan universal.
Situasi ini adalah sama seperti yang diungkap oleh Nobel Laureate, Paul Krugman dalam satu rencana bertajuk Rich Man’s Recovery dalam New York Times dalam satu pemerhatian yang dijalankan di Harvard Business School. Krugman melihat kesenjangan ekonomi yang melampau dalam komuniti pelajar telah menggamit perhatian dunia dan amat membimbangkan.

Kata Krugman: “This society claims to reward the best and brightest regardless of family background but in reality the children of the wealthy benefit from opportunities and connections unavailable to children of the middle and working classes.”

Menurut Krugman lagi, kajian ini membuktikan wujudnya kesenjangan pendapatan yang ketara di antara golongan maha kaya dan mereka yang berpendapatan rendah. Golongan maha kaya ini menikmati kekayaan di atas kesengsaraan majoriti yang lain. “If the rich are so much richer than the rest that they live in a different social and material universe, that fact in itself makes nonsense of any notion of equal opportunity.”

Bajet 2014 Barisan Nasional

Bajet 2014 memperuntukkan sejumlah RM 264.2 bilion. Daripada jumlah ini RM 217.7 bilion merupakan anggaran untuk belanja mengurus manakala RM46.5 bilion adalah bagi belanja pembangunan.

Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit. Kerajaan telah meneruskan amalan bajet defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Ini merupakan kesinambungan daripada amalan dan perlaksanaan dasar fiskal semenjak daripada merdeka lagi.

Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami ‘fiscal deficit’ selama 49 tahun dan hanya 7 tahun menikmati ‘budget surplus’. Malaysia menikmati ‘budget surplus’ selama 5 tahun berturut – turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan.

Kerajaan pernah menjanjikan bahawa belanjawan negara akan kembali kepada belanjawan berimbang pada tahun 2005 ; sebaliknya hutang negara terus membengkak secara berganda di antara tahun 2007 dan 2012 kepada RM 421 bilion. Manakala pendapatan pada kadar 31% dari RM 140 bilion kepada RM 207 bilion. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Maybank Berhad bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak. Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36% daripada KDNK ; meningkat kepada 53% daripada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat kepada 54.7% daripada KDNK dalam tahun 2014. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara.

Ia juga menggamit perhatian rakyat Malaysia kepada persoalan debt – to – revenue ratio. Dalam tahun 2012, Fitch Rating Agency melaporkan bahawa kadar debt – to – revenue di Malaysia mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali yang bergelut dengan masalah hutang pada kadar 261%.

Malaysia di bawah pengurusan UMNO hari ini sedang mengalami penyakit ‘fiscal fatigue’ atau lelah kewangan. Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa.


Ucapan Perbahasan Bajet 2014 Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa