Tun M, jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong2 dan keluarga kamu!

 

Tun M, jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong2 dan keluarga kamu!

Oleh: Zunar.

Tun Mahathir,

Pada tahun 1998, kamu mengheret ketua-ketua polis, para hakim dan Peguam Negara untuk merekayasa sebuah fitnah seksual yang jijik bertujuan menyumbatkan Anwar dalam penjara. Ia adalah satu kospirasi peringkat tinggi bagi menghalang Anwar menjadi PM.

Ia adalah manifestasi ketakutan kamu terhadap sikap Anwar memerangi rasuah, manakala dikeliling kamu ialah para koruptor dan penjarah wang rakyat tingkat tinggi.  


Keengganan Anwar sebagai menteri kewangan untuk meluluskan wang negara bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anak kamu, Mokhzani yang mengalami kerugian berbilion ringgit menyebabkan kemurkaan kamu. Kamu marah benar bila Anwar meminta sebuah firma audit bebas, PWC untuk menyiasat Perwaja yang kerugian sekitar RM12 billion. Kenapa? Kerana ia diketuai oleh kroni kamu. Ia adalah sebuah contoh dari senarai panjang.


Jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong-cukong dan keluarga kamu.


Selepas Anwar kamu pecat, kamu kata Anwar jadi tali barut Amerika. Kerana itu, kamu mengikat Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika kononya untuk menyelamatkan ekonomi negara. Pada hal yang kamu buat sebenarnya ialah menyelamatkan anak-anak dan kroni kamu yang menjalankan perniagaan menggunakan Dollar Amerika. Biar negara rugi puluhan billion, yang penting kroni kamu selamat.


Pada Oktober 2003, perdana menteri bertukar tangan kepada Pak Lah. Tahun berikutnya, pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari segala tuduhan.

Dari Singapura kamu melatah dan menyindir keras dengan berkata: "Sesiapa nak buat salah, datang ke Malaysia!" Marah benar kamu, sedangkan kamu yang merekayasa fitnah tersebut. Kenapa? Kerana usaha kamu ketika itu gagal?

Mari jawab soalan-soalan ini.

Betul atau tidak beberapa hari sebelum keputusan pembebasan tersebut dibaca, kamu berusaha untuk mempengaruhi hakim-hakim supaya menukar keputusan bagi terus memenjarakan Anwar? Betul atau tidak kamu bersama tokoh-tokoh utama dari Pahang dan mantan tokoh-tokoh utama dalam bidang perudangan terus berusaha menyediakan kertas pertuduhan versi kamu untuk dibaca oleh para hakim? Benar atau tidak usaha ini berterusan sehingga beberapa jam sebelum hakim membaca keputusan sekitar jam 10 pagi?


Kemudian, menjelang PRU 14, kamu datang berjumpa Anwar di mahkamah dan menyatakan untuk berkerjasama bagi menjatuhkan Umno/BN. Anwar punya pilihan untuk menolak, tetapi bersikap berlapang dada dan sanggup mengenepikan sengketa dan menerima huluran tangan kamu. Rata-rata rakyat Malaysia menyangka kamu telah berubah dan insaf serta sanggup melupakan kezaliman kamu dan kembali menyokong kamu. Tetapi rakyat mulai sedar mereka tertipu sebaik saja kamu diberi kuasa semula.


Apabila memegang jawatan Perdana Menteri di era PH, paranoid yang menjadi mimpi ngeri kamu 23 tahun lalu datang kembali. Jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong-cukong dan keluarga kamu. Sekali lagi kamu harus menghalang Anwar.  


Soalan: Betul atau tidak selepas sebulan menjawat semula jawatan perdana menteri di era PH, kamu cuba menghalang proses pengampunan Anwar?


Betul atau tidak, kamu sengaja melantik mana-mana pemimpin atau Ahli Parlimen PKR yang tidak bersetuju dengan Anwar ke jawatan penting? Ini bagi melemahkan mantan timbalan perdana menteri itu dan seterusnya menghalang dari menjadi PM?


Betul atau tidak kamu adalah dalang sebenar Langkah Sheraton yang menjatuhkan PH?


Betul atau tidak tujuan kamu meletak jawatan ialah supaya kamu dilantik semula sebagai seorang PM yang mempunyai kuasa penuh? Seorang PM yang tidak lagi terikat dengan janji PH supaya menyerahkan jawatan PM kepada Anwar?


Wahai Tun Mahathir,

Soalan-soalan yang dikemukan di atas kekal sebagai pertanyaan - kamu punya hak untuk menjawab atau menafikan.


Tetapi fakta tetap kekal sebagai fakta - bahawa kamu sebenarnya ialah pemusnah bangsa. Sebuah negara, seluruh institusi sanggup kamu hancurkan demi melampiaskan dendam kesumat di hati kamu. Inspirasi rakyat sanggup kamu khianati demi menyelematkan kroni dan keluarga kamu.

4 Jan 2022



Rombakan Jemaah Menteri, Hamzah atau Azmin mungkin dilantik TPM minggu d...




Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan rombakan Jemaah Menteri minggu depan, termasuk pelantikan Timbalan Perdana Menteri dengan Hamzah Zainudin dan Azmin Ali antara calon yang diuar-uarkan untuk menyandang jawatan itu

RENTASAN 1042 | GEMPAR!!! KINI HADI FITNAH PH DEMI RAIH SOKONGAN UMNO TE...






MENARIK DALAM RENTASAN 1042
1. ALAM SEKOLAH YANG SENDU 2. DRON YANG BUTA 3. PEMIMPIN ISLAM PH TIDAK ISLAMIK, KATA HADI 4. KETIDAKTENTUAN CUMA CIPTAAN MANUSIA



Sidang Media Pimpinan Bahagian & Cawangan Selepas Ketua Wira Sepanggar K...

BILA ORANG KAYA JADI MENTERI. ADA AKU KISAH ?

 

ASUWDI ISMAIL


Bila orang kaya jadi Menteri....Andai dia ni susah...kena buang kerja..harta habis kena banjir...hang pa rasa dia pikir macam mana...






MUKHRIZ SEDANG MEMPROMOSI DIRINYA ATAU MAHU BAPANYA JADI PM SEKALI LAGI?

 

Berkatalah Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir bahawa masa untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sudah pun berlalu.

Katanya, Anwar bukan lagi calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri dan PH memerlukan pemimpin baru untuk menggantikannya.

“Saya rasa masa untuk Anwar sudah berlalu. Saya fikir ramai yang telah menyatakan demikian, bahkan dalam PH sendiri,” katanya dalam temubual dengan sebuah stesen radio.

Dalam masa yang sama, Mukhriz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk Pejuang bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU15 akan datang.

“Kami masih terbuka untuk sebarang perbincangan.

“Bagaimanapun, kita mempunyai isu tertentu yang perlu kita bangkitkan sebelum bergerak ke arah itu, terutama berkaitan sokongan pengundi Melayu kepada PH,” tambahnya lagi.

Ketika ditanya jika beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Mukhriz berkata: “Saya mesti bersedia untuk sebarang kemungkinan.”

Sepertimana yang kita sedia maklum, Pejuang bukanlah komponen PH, malah menampakkan sikap tidak mesra dengan gabungan tersebut.

Tetapi, mengapakah beliau masih berminat memperkatakan calon Perdana Menteri daripada PH?

Kenapa tidak Pejuang lebih memikirkan siapa calon PM daripada gabungan keempat yang mungkin disertainya bersama Warisan dan Muda?

Selagi Anwar diterima dan dipersetujui oleh PH sebagai calon Perdana Menteri, rasanya bukan menjadi isu bagi pihak lain untuk campurtangan mengenainya.

Malah, jika benar Pejuang ada kekuatan dan Anwar dikatakan bukan lagi calon Perdana Menteri yang sesuai, mengekalkan Presiden PKR itu sebagai calon Perdana Menteri bagi PH seharusnya merupakan berita gembira buat mereka.

Setidak-tidaknya, inilah masanya untuk Pejuang dan gabungan keempat itu menonjolkan calon Perdana Menteri yang lebih sesuai – kononnyalah – berbanding Anwar yang dikatakan tidak sesuai itu.

Beranikah Pejuang dan gabungan keempat itu menamakan siapa calon Perdana Menteri mereka?

Dalam masa yang sama, beranikah Mukhriz bersuara mengatakan masa untuk Pengerusi Pejuang, Tun Mahathir Mohamad mengejar lagi jawatan Perdana Menteri juga sudah berlalu?

Tidak kurang penting, dengan Mukhriz sendiri mengatakan beliau harus bersedia dengan sebarang kemungkinan, adakah dengan mendakwa masa untuk Anwar sudah berlalu, Presiden Bersatu itu sedang mempromosi dan memancung-mancungkan hidungnya agar PH menyetujui dan menerimanya sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang? – ShahbudinHusin 04/01/2021.


Dakwaan 6 kolam takungan di KL ditukar status, SPRM mulakan siasatan

 

Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpur diluluskan ditukar status untuk projek pembangunan.

Jurucakap SPRM berkata, siasatan mencakupi pelbagai aspek berkaitan kelulusan, termasuk dakwaan pembangunan lokasi terbabit seperti yang dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.

“SPRM sudah memulakan siasatan berhubung aduan banjir dibangkitkan. Siasatan dijalankan meliputi dakwaan kolam tadahan air ditukar status untuk tujuan pembangunan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menggesa SPRM mengambil tindakan segera berhubung dakwaan bahawa enam kolam takungan banjir di ibu kota diluluskan ditukar status untuk pelaksanaan projek pembangunan yang bertentangan dengan matlamat sebenar keperluan kolam terbabit.

Beliau dipetik sebagai berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti dan menyiasat dakwaan dibangkitkan itu.

www.zunar.my ????????

 


KES AZAM BAKI MENJADIKAN SPRM PERLU DILETAK DI BAWAH PARLIMEN

 

Sekiranya Azam Baki tidak bersedia untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab mengenai pertuduhan berat terhadap beliau yang dibuat dua bulan yang lepas, Ismail Sabri perlu tamatkan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan ambil tindakan segera untuk memindahkan SPRM daripada Jabatan Perdana Menteri ke Parlimen.

Cadangan ini perlu dibentangkan Ismail Sabri untuk kelulusan Kabinet dalam mesyuarat Kabinet esok – atau tidak ada mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung esok?

Kesunyian Ismail Sabri mengenai perkara yang melibat akauntabiliti, ketelusan, dan integriti SPRM dan pegawai-pegawainya selama dua bulan ini merupakan satu titik hitam untuk Kerajaan Ismail Sabri, yang menunjukkan bukan sahaja ketiadaan keseriusan dalam melawan rasuah, tetapi juga sebuah kerajaan yang lemah di mana Perdana Menteri dan Menteri-menterinya takut dengan pegawai awam.

Adakah perkara ini terjadi kerana SPRM mungkin mempunyai bukti-bukti mengenai ketiadaan integriti dalam kalangan Jemaah Menteri?

Azam perlu menjelaskan kepada orang awam mengapa beliau tidak berani untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan pertuduhan berat yang telah berbangkit terhadap beliau yang menjejaskan komitmen integriti beliau.

Masanya telah tiba untuk memindahkan SPRM daripada menjadi sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada sebuah badan yang bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen, yang merupakan satu langkah utama untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap SPRM sebagai satu badan utama pencegahan rasuah.

Dengan pemindahan ini, perlu ada sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa untuk memantau kerja-kerja SPRM.

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.

Tarikh baharu PAU 2021 diputuskan 12 Jan, kata Ahmad Maslan.


Bulan lepas Ahmad Maslan mengumumkan bahawa PAU 2021 yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Jan ini ditangguhkan susulan bencana banjir.

TAMPIN: Tarikh baharu Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada 12 Jan ini, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata, fokus utama ahli parti Umno ketika ini adalah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, sejak bulan lepas.

“Kita belum muktamadkan tarikh baharu (PAU) dan kita akan putuskan dalam mesyuarat MKT yang akan dipengerusikan Presiden parti untuk tarikh baharu yang sesuai.

“Kita sudah maklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung penangguhan PAU yang sepatutnya diadakan pada 13 hingga 15 Jan ini. Keutamaan kita bantu mangsa banjir, mereka perlu dibantu dulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program gotong-royong perdana di Taman Pinggiran Sungai Kelamah di sini.

Pada 25 Dis lepas, Ahmad mengumumkan PAU 2021 yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Jan ini ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Sementara itu, beliau berharap Umno Bahagian Kota Raja dan Klang di Selangor yang masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian berikutan banjir, supaya mengadakannya pada hujung bulan ini setelah keadaan reda.

TAK MUNGKIN ORANG YANG ADA SKANDAL DILANTIK SEBAGAI TPM. HAMZAH DAN AZMIN DIJANGKA MELOBI JAWATAN TPM

 


Rombakan Jemaah Menteri, Hamzah atau Azmin mungkin dilantik TPM minggu depan?




Rombakan itu masih dalam ‘proses tawar-menawar’ bagi menentukan siapa dikekalkan, digantikan atau digugurkan, menurut laporan media.

PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan rombakan Jemaah Menteri minggu depan, termasuk pelantikan Timbalan Perdana Menteri dengan Hamzah Zainudin dan Azmin Ali antara calon yang diuar-uarkan untuk menyandang jawatan itu, menurut laporan media.

Utusan Malaysia memetik sumber berkata, rombakan itu juga berkemungkinan memberi kesan kepada kedudukan dua menteri daripada Bersatu, iaitu Rina Harun (Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat) dan Ahmad Faizal Azumu (Belia dan Sukan).

Menurut laporan itu, rombakan itu masih dalam ‘proses tawar-menawar’ bagi menentukan siapakah yang dikekalkan, digantikan atau digugurkan dengan pengumuman mungkin dibuat pada Rabu selepas mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.

Ismail dijadualkan bertemu Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin semalam berkenaan rombakan itu “khususnya membabitkan menteri dan timbalan dalam kalangan Bersatu.”

Rina dan Faizal menjadi sasaran kecaman warganet di sebalik kritikan terhadap pengendalian bencana banjir baru-barun ini yang disifatkan antara yang terburuk.

“Tetapi jika kerusi Timbalan Perdana Menteri diberi kepada Bersatu, Faizal digugurkan,” kata laporan itu.

Sumber memaklumkan bahawa Azmin dan Hamzah dipertimbangkan sebagai timbalan Ismail, “tetapi Muhyiddin dikatakan cenderung untuk memilih Azmin berbanding Hamzah.”

Azmin merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain menjadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), manakala Hamzah adalah Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu.

i-Citra RM10,000: Shahril tak setuju dengan Asyraf Wajdi

 

i-Citra RM10,000: Shahril tak setuju dengan Asyraf Wajdi


Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang mencecah RM10,000 mengelak mangsa banjir yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu terus meminjam dari masa depan sendiri, kata Shahril Sufian Hamdan.

Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, ia sekali gus mengelak mereka daripada terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP tersebut.

“Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disenaraikan oleh Perdana Menteri (sebelum ini) jelas memberi alternatif kepada cadangan lain mahupun usaha-usaha yang telah diumumkan.

“Sebelum ini timbul kekhuatiran bahawa antara tawaran yang telah diumumkan lebih awal, iaitu pinjaman daripada Tekun dan BSN walaupun pada kadar 0% faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir.

“Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan, bukannya simpanan pencarum sendiri.

“Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000, malah amaun lebih besar daripada itu jika ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Beliau tidak sependapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000, terutama bagi mereka yang terdesak termasuk mangsa banjir.

Malah Asyraf Wajdi berkata, kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk BSN dan Tekun, terutama kepada mangsa banjir akan menambah beban hutang orang ramai.

Beliau menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak akan menyelesaikan masalah.

Pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan lima insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.

Inisiatif tersebut bagi meringankan beban golongan terbabit akibat banjir.

Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan usaha kerajaan mengimbangi antara keperluan mendesak semasa, dan tanggungjawab memelihara masa depan rakyat serta negara.

Katanya lagi, di samping itu, bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir, termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sehingga sebanyak RM19,500 seorang.

KENYATAAN MEDIA DSAI

 Kenyataan Media

4 Januari 2022


Saya maklum akan isu yang tular baru-baru ini berkaitan jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. 


Mereka dilaporkan diminta untuk menjalani proses kuarantin di hotel-hotel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kuarantin di rumah tidak dibenarkan sama sekali. 


Ini tentunya melibatkan kos kuarantin yang tinggi dan membebankan kepada mereka. 


Kerajaan atau kementerian bertanggungjawab mesti cepat dan tuntas dalam menangani isu ini dari terus melarat.


ANWAR IBRAHIM


Ketegangan dalam Umno memuncak ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP

 Robin Augustin

 -
Kerajaan menegaskan bahawa tiada lagi pengeluaran KWSP akan dibenarkan, bertentangan dengan kehendak kepimpinan Umno.

PETALING JAYA: Ketegangan semakin memuncak dalam Umno berhubung keengganan Putrajaya memenuhi tuntutan parti itu untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran selanjutnya daripada simpanan persaraan mereka, kata sumber.

Isu itu menimbulkan pertikaian antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, yang juga penasihat Barisan Nasional (BN), dengan Naib Presiden Umno, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Presiden menyatakan pendiriannya dengan sangat jelas, beliau mahu pengeluaran KWSP dibenarkan. Begitu juga Najib,” kata sumber Umno peringkat tinggi itu.

Pendirian mereka disokong oleh kenyataan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 27 Ogos bahawa kerajaan mesti akur dengan permintaan rakyat, termasuk pengeluaran sekali sahaja sekurang-kurangnya RM10,000 daripada akaun KWSP mereka.

Kata sumber itu, Ismail turut menghadiri mesyuarat, bersama Ketua Penerangan parti, Shahril Hamdan, yang kemudian menjadi penasihat ekonominya

Perdana Menteri baru-baru ini berkata, kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran KWSP selanjutnya, manakala sokongan Shahril terhadap pendirian Putrajaya mengundang kritikan hebat di media sosial.

Sumber itu berkata, masalahnya adalah “tokoh tertentu” dalam kerajaan menentang desakan berhubung pengeluaran KWSP.

“Umno mahu pengeluaran KWSP, seperti yang dijelaskan Presiden dan Majlis Tertinggi. Perkara ini telah dibincangkan dengan PM. Kami mahu kerajaan pertimbang semula keputusannya,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, kerajaan pimpinan Umno patut mendengar pandangan parti itu, kerana ia adalah parti akar umbi yang tahu keadaan di lapangan dan apa yang rakyat mahukan.

“Rakyat sedang bergelut akibat sekatan. Mereka meminta pengeluaran KWSP dari sebelum banjir lagi. Jadi kerajaan mesti dengar,” katanya.

Sumber itu berkata, kebimbangan semakin meningkat yang Umno akan menerima padah akibat keputusan dibuat oleh menteri-menterinya dalam kerajaan yang tidak selaras

Ustaz Ridzwan Smash Kak Lah Yg Salahkan Netizen.Sila tonton video sampai habis.



Ustaz Ridzwan ‘sekolahkan’ Kak Lah isu Rina Harun bersih kesan najis unggas, cicak

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar menempelak Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung isu aksi Datuk Seri Rina Harun membersihkan kesan najis unggas dan cicak baru-baru ini.

Ustaz Ridzwan menegaskan Siti Zailah yang juga dipanggil Kak Lah seolah-olah menyalahkan warganet yang mengecam tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencuci simen bersih pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi bulan lalu.

“Untuk pengetahuan Kak Lah yang dipertikaikan oleh netizen bukannya tentang turun padang, bukan tentang Datuk Rina mengatur kerusi.

“Tapi yang kita pertikaikan bagaimana Datuk Rina cuba untuk memperbodohkan rakyat. Dia pergi cuci pusat pemindahan banjir ang tidak kena banjir. Ini yang kita pertikaikan,” katanya.

 

Siti Zailah Mohd Yusoff

Terdahulu, Siti Zailah dalam temubual di Bernama TV berkata, Allah akan mempersoal segala perbuatan yang dilakukan semasa di dunia susulan kritikan warganet terhadap aksi Rina membersihkan kesan najis cicak dan unggas itu.

Wakil rakyat Pas itu juga mengingatkan warganet dengan membacakan Surah Yasin, ayat 65 berkenaan tangan dan kaki yang akan bercakap ketika diadili di Padang Mahsyar sebagai saksi atas segala perbuatan yang dilakukan ketika hidup di muka bumi.

“Kita dalam memberi komen harus melihat juga di sebalik apa yang berlaku…. apa yang kita buat akan disoal di hadapan Allah… apa yang kita tulis, apa yang kita taip.

“Sebab itu dalam suasana musibah bukan masa untuk kita menuding jari, mencari kesalahan seseorang.

“Semasa berlakunya musibah sepatutnya kita perbanyakkan pertolongan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

“Memang nak komen mudah, nak melaksanakan bukan mudah,” kata Siti Zailah.

Mengulas lanjut, Ustaz Ridzwan mengingatkan bahawa sebagaimana netizen yang akan dipersoalkan, Siti Zailah yang mempertahankan tindakan Rina itu juga akan berdepan keadaan sama pada Hari Akhirat kelak.

“Saya mahu ingatkan Kak Lah termasuk perkara yang tidak boleh dibuat adalah mempertahankan perkara yang batil, berdusta kepada rakyat.

“Turun dan berlakon dan disebarkan kononnya dia turun, itu juga kerja keji dan akan dipersoal Allah.

“Jangan mempermainkan ayat Allah untuk dilaksanakan kepada semua orang bukan kepada para netizen sahaja,” tegas Ustaz Ridzwan lagi.

Kadar pengangguran Terengganu tinggi, solusi kerajaan Pas hantar pekerja ke Selangor



 



Solusi menghantar tenaga kerja Terengganu ke Selangor sebagai memenuhi janji manifesto pilihan raya Pas dikritik banyak pihak.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, kerajaan Pas sepatutnya lebih kreatif dalam mewujudkan peluang pekerjaan, bukannya mengeksport anak muda ke negeri lain bagi memenuhi janji mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan.


"Pemikiran pemimpin Pas negeri ini nampaknya berceralu. Di mana mereka terdesak, hampir 4 tahun jadi kerajaan tiada apa janji maniefsto yang dapat ditunaikan.


"Malah keadaan ekonomi negeri menjadi bertambah buruk. Kadar pengangguran memuncak dan tidak pernah dialami sebelum ini. Jabatan Tenaga Kerja umumkan pengangguran di Terengganu antara tertinggi di Malaysia.


"Oleh kerana terdesak itu, dua tiga hari lepas mereka buat majlis melepaskan rombongan (anak muda) pergi bekerja di Selangor," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas Azan, penghijrahan tersebut sepatutnya dielakkan berikutan Terengganu telah pun dikenali sebagai negeri menua, dengan banyaknya tenaga kerja muda merantau ke Pantai Barat Semenanjung dan malah Singapura sejak berdekad dekad lalu.


"Perkara ini tidak wajar berlaku. Orang tua yang berumur ditinggalkan dan anak muda berhijrah. Dulu kita guna pendekatan mewujudkan pekerjaan di tempat masing masing untuk menseimbangkan kependudukan dalam negara


"Bukankah Terengganu banyak sumber untuk disertai oleh golongan muda? Tetapi kerajaan Pas tidak berjaya mengeksploitasi sumber ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan, menarik pelabur jauh sekali lah.


"Bayangkan anak anak muda kita terpaksa bekerja di negeri lain, ini menjadikan sumber tenaga kerja di Terengganu semakin merosot. Hal ini sangat tidak baik untuk perkembangan tenaga kerja mahir atau kurang mahir di negeri ini


"Kesannya perkembangan ekonomi tidak akan berjalan rancak. Aktiviti ekonomi hanya setakat kerja kerajaan, aktiviti petroleum dan gas tetapi tidak pula disertai oleh anak anak tempatan," katanya.


Azan turut mencabar kerajaan Pas, apakah peluang pekerjaan yang ditawarkan di Selangor itu tidak boleh diwujudkan di negeri berkenaan.


Tambahnya, pekerjaan yang dijanjikan seperti operator pengeluaran kilang dan dengan pendapatan yang kecil seharusnya boleh disediakan sekiranya pemimpin Kerajaan Negeri berfikiran lebih kreatif.


"Pekerja yang digalakan oleh Pas ini bidang apa, yang digalakkan ke Selangor? Pekerja kilang? Pendapatan pun tidak seberapa.


"Masalah sosial pula yang akan memuncak. Kita tahu di Selangor persaingan sengit, kejutan budaya, dan yang dihantar itu bukannya (pekerjaan) bergaji besar. Jadi ini adalah satu keputusan yang bercelaru dan tidak mencerminkan sebuah Kerajaan Negeri yang memandang ke hadapan.


"Kerajaan Pas Terengganu bukan sahaja gagal tetapi membahayakan struktur tenaga kerja di negeri ini," katanya lagi.


HEBAT BETOI KAYU BALAK NI YAK ..AMACAM ORANG PAHANG ..KE GUANE...MOTONG KE IDAK HARI NI?


 

BEGINILAH NASIB NAK DAPAT DUIT BANTUAN KERAJAAN...BERBARIS UNTUK DAPT DUIT. TAK ADA CARA LEBIH MUDAHKAH PENYELESAIANNYA

 


ANWAR PUN SETUJU KERAJAAN MESTI BERI RM10 RIBU KEPADA MANGSA BANJIR

 

Pada 24 Disember lalu, saya telah mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan sebanyak RM10 ribu kepada mangsa banjir yang terkesan teruk akibat bencana itu.

Ini berikutan ramai yang mengalami kerosakan harta benda seperti perabot, peralatan letrik dan lain-lain akibat rumah mereka ditenggelami air selama berhari-hari disebabkan banjir tersebut.

Dengan bantuan RM10 ribu itu dirasakan dapatlah mangsa banjir mengharungi kehidupan baru dengan sedikit rasa lega selepas bencana yang merosakkan kediaman dan harta benda mereka.

Tulisan berkenaan cadangan itu boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2021/12/24/mangsa-banjir-dalam-kesusahan-kerajaan-harus-beri-rm10-ribu-bantuan-kewangan.html

Hari ini, Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim turut memberi cadangan yang sama.

Ini bermakna, keperluan memberi bantuan RM10 adalah perkara yang sangat diperlukan kerana setelah lebih dua minggu berlaku, didapati masih ramai yang menghadapi kesukaran memulakan kehidupan.

Maka, jika benar kerajaan ingin menolong rakyat yang dalam kesukaran membina semula kehidupan, inilah masanya untuk memberi bantuan.

Itu pun RM10 ribu itu masih tidak cukup sebenarnya kalau dilihat kepada kerosakan harta benda dan rumah yang dialami oleh kebanyakan mangsa banjir, tapi setidak-tidaknya ternampak jugalah keprihatinan kerajaan dengan pemberian sebanyak itu.

Di ketika musibah ini, kerajaan janganlah terlalu berkira dan membiarkan karenah birokrasi menyusahkan lagi mangsa dengan meletakkan pelbagai syarat dan kriteria tertentu dalam pemberian bantuan yang diumumkan.

Beri saja bantuan RM10 ribu, habis cerita!!

Yang penting, rasa sengsara mangsa akan terubat dengan sikap prihatin yang ditunjukkan kerajaan.

Di bawah ini adalah kenyataan Anwar berkaitan hal tersebut:-

Kenyataan Media

3 Januari 2022

Kerajaan mesti segera menyalurkan bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir yang terkesan.

Semua mangsa banjir saat ini dalam keadaan yang cukup derita dan terdesak tatkala mereka kini dibebankan dengan kerugian yang amat dahsyat.

Apabila kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), maka mereka dengan ini harus berikan bantuan segera antara RM5,000 ke RM10,000 setiap orang mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami akibat bencana ini.

Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi yang melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan.

Di tahun baru ini kerajaan yang ada mesti ada rencana dan jalan baru dalam mengemudi negara, terutamanya di saat krisis dan dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat.


ANWAR IBRAHIM

DIA DOK HENTAM ZAHID DAN ANWAR. MAHATHIR DIA TAK HENTAM. NAMPAK SANGAT BUYERS NI : SAMBIL SAMBIL MEMANDU NAK PERGI KERJA, DENGAR ISU INI .PERANG SAUDARA UMNO BAKAL MELETUS, UMNO AKAN BERKECAI…





Para jargon dalam Umno yang berhajat untuk kembali berkuasa nampaknya semakin terjempit. Usaha mereka menggunakan Ismail Sabri Yaakob sebagai perantara memenuhi impian mereka gagal apabila Ismail Sabri yang kini sudah mulai diresapi zat nurtrisi Perdana Menteri berkeras dan tidak mempedulikan tuntutan mereka.

Para jargon ini menuntut Ismail Sabri membenarkan wang KWSP sebanyak RM10k dikeluarkan menerusi I-Citra serta melanjutkan moratarium, tetapi tidak dipedulikan Ismail Sabri. Ismail Sabri membuat seribu helah untuk tidak menunaikan permintaan itu.

Keengganan Ismail Sabri menuruti kehendak mereka ini dilihat fasal yang membawa kekacauan kepada Umno seterusnya. Ia juga dijadikan "puting" untuk mengeronyokkan Ismail Sabri. Ismail Sabri pula semakin hari semakin kukuh dengan disokong oleh Mahiaddin dan Tok Dor,maka beliau tidak lagi perlu pedulikan seruan dan tuntutan Zahid dan gengnya.

Apakah pengakhirannya, para jargon yang diketuai Zahid Hamidi itu akan kalah dan berakhir dengan perang saudara dalam Umno. Peperangan itu nanti tidak mustahil menyebabkan Ismail Sabri dan golongan menyokongnya menguasai Umno sepenuhnya atau pun akan minggir daripada Umno. Natijah dihadapi Zahid akan menangis tak berlagui dalam penjara.

Ini adalah episod tragis Umno pada tahun ini, 2022.

 

TAZKIRAH PAGI SELASA MENGENAI ALAM

 



NORAZLAN ABD AZIZ


Tampal sini sebagai peringatan dan tatapan anak² cucu dan generasi mendatang. Semoga musibah yg berlaku hari ini akan menjadi teladan buat mereka satu hari nanti. 😥.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Gambar hiasan : Kredit foto dari FB bro Ibrahim Mat Isa

 

BELUM DIBERI PELUANG MACAMANA HANG NAK MENILAI ORANG ?

 




Si tua saka kata Anwar tidak tahu perintah negara. Belum diberi peluang pun si tua saka tu kata Anwar tidak tahu perintah negara. Dia yang dah jadi PM selama 22 tahun, kemudian jadi PM sekali lagi 22 bulan, terlalu pandai perintah negara. Seorang PM yang bijak dan pandai macam si tua saka ini adalah dengan menjatuhkan kerajaannya sendiri. Bodoh ke pandai?

Betul, Anwar tidak sepandai beliau mengkayakan anak beranak dan kroni. Anwar juga tak secerdik beliau mereka cipta konspirasi menfitnah musuh-musuh politiknya. Anwar juga tidak sehebat beliau yang pernah mengharamkan partinya sendiri iaitu Umno. Satu-satunya pemimpin dalam dunia yang pernah mengharamkan partinya sendiri dan menjatuhkan kerajaannya sendiri, orang itu adalah Mahathir kutty.

Dia mengaku dia tidak mampu untuk jatuhkan Najib sebab Najib lebih bijak darinya. Maka, dia gunakan Anwar untuk jatuhkan Najib. Bila Najib sudah jatuh, dia kata Anwar tidak layak jadi PM.

Orang tua sejijik ini pun ada pemimpin dalam PH yang masih kemaruk mahu kutip dia masuk dalam PH? Berapa mangkuk nasi kangkang dia yang korang dah mentekedarah?

WFAUZDIN NS

 

SEBUAH KATA SEPINTAS PANDANG- JAJA KHEMAH BESAR

 


MSO


Naib presiden parti cap "A" (Amanah) Adly Zahry menyatakan pandangan ketidakyakinan beliau kepada kemampuan PH dalam pilihan raya akan datang. Maksud beliau kalau diharap kepada pembangkang dalam PH sahaja, ia tidak boleh mengubah masa depan negara. Dalam bahasa mudah pembangkang tidak akan menang.

PH hari ini ada Keadilan, DAP, Amanah dan UPKO yang baru masuk. Justeru katanya pembangkang harus berada dalam kehemah besar. Nampak Adly menggunapakai termalogi KHEMAH BESAR. Parti itu serius menjaja khemah besar.

Khemah besar ini ia hendak mengumpulkan semua parti pembangkang yang kini bergabung dalam PH. Ini termasuk Pejuang, Warisan dan Muda atau lain-lain. Tujuan dan idea itu baik kejayaan itu dapat dicapai dengan kesatuan. Tetapi kesatuan itu sudah sukar untuk diwujudkan oleh pembangkang apa lagi kalau ia dibawa oleh parti cap "A". Benda khemah besar itu terlalu idealis.

Parti cap "A" hendak bawa sama Pejuang ke dalam khemah besar itu, sedangkan peneraju Pejuang itu tidak sebulu dengan Keadilan. Apakah dalam keadaan tidak sebulu itu, akan wujud ketenteraman dalam kehemah besar? Lainlah kalau parti A bermaksud khemah besar itu tanpa Keadilan. Mengajak Keadilan bergabung dalam khemah besar bersama parti Pejuang sama seperti cuba mendekatkan semua anjing dengan Arnab yang berbeza bulu dan rasa.

Kita angkat tabik kepada Adly atau parti cap A hendak wujudkan khemah besar itu tanpa Keadilan. Parti itu boleh jadi pancang (tiang) kepada khemah itu dengan mengajak Waisan, Muda, Putera, Pejuang, hatta DAP sekalipun dan lain-lain. Sementara Keadilan biarlah dia bergerak dan berkelana sendirian. Rasanya Keadilan mempunyai kemampuan sama seperti khemah besar itu kalau ia bergerak sendiri. Keadilan perlu sedari kenal diri bahawa dia parti jauh berwibawa berbanding parti cap A.

Keadilan tidak perlu berfikir tentang orang-orang dalam khemah besar itu lagi, buang masa saja. Keadilan boleh berfikir untuk bersendirian, atau pun sedia menerima rakan politik baru yang tidak termasuk mereka yang digolongkan dalam khemah besar itu. Parti cap A, biarlah mereka beretorik dengan khemah besar yang bertiangkan parti cap A. Trims.

 

JOM KITA BACA CERITA TANGKAP HARIMAU

 

Harimau kumbang masuk perangkap



Harimau kumbang jantan itu memasuki perangkap selepas 11 hari mengganggu penduduk. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap malam tadi selepas 11 hari “menghantui” penduduk Kampung Asli Kenang Baru, Jalong Tinggi, dekat Sungai Siput.

Harimau kumbang jantan seberat 37kg itu memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Sungai Siput kira-kira jam 10 malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, PERHILITAN Perak menerusi kenyataan media berkata telah menerima aduan mengenai harimau kumbang berusia enam tahun itu pada 24 Disember lalu dan mengarahkan anggotanya melakukan tindakan susulan.

Katanya, tiga anggota PERHILITAN pada mulanya mengesan kehadiran haiwan itu ketika melakukan tinjauan pada tengah malam 25 Disember lalu berdekatan sebuah kandang lembu di kampung berkenaan.

Bagaimanapun ketika itu usaha menembak haiwan berkenaan menggunakan ubat pelali gagal.

“Pada awalnya kita mengambil keputusan untuk menembak haiwan itu menggunakan pelali pada waktu pagi bagi menjamin keselamatan anggota Perhilitan serta mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Namun kira-kira jam 7 pagi 25 Disember, haiwan itu didapati masuk semula ke hutan belukar berhampiran.

“Susulan itu, anggota Perhilitan memasang dua perangkap di kawasan berkenaan dan membuat pemantauan di kawasan itu dari semasa ke semasa sehingga haiwan itu masuk perangkap malam tadi,” katanya.

Menurutnya, harimau kumbang berkenaan diserahkan kepada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.

Katanya, penduduk kampung dinasihatkan sentiasa membersihkan kawasan kandang haiwan ternakan dan kebun serta tidak dibiarkan bersemak sebagai langkah mengurangkan kehadiran binatang buas di kawasan berkenaan.

(function() { var d = document, w = window; w

KERJA BUAT TAK JALAN LAGI PPUN- KABINET PUN TAK PENUH LAGI-LEBAI KALUT MINTA DUIT....AKAI ...TAK CERDIK..

  Kerajaan PH merubah segalanya bila jadi kerajaan 2018, di mana peruntukan sama rata untuk parti kerajaan dan pembangkang. Datang kerajaan ...