MSO
Naib presiden parti cap "A" (Amanah) Adly
Zahry menyatakan pandangan ketidakyakinan beliau kepada kemampuan PH dalam
pilihan raya akan datang. Maksud beliau kalau diharap kepada pembangkang dalam
PH sahaja, ia tidak boleh mengubah masa depan negara. Dalam bahasa mudah
pembangkang tidak akan menang.
PH hari ini ada Keadilan, DAP, Amanah dan UPKO yang
baru masuk. Justeru katanya pembangkang harus berada dalam kehemah besar.
Nampak Adly menggunapakai termalogi KHEMAH BESAR. Parti itu serius menjaja
khemah besar.
Khemah besar ini ia hendak mengumpulkan semua parti
pembangkang yang kini bergabung dalam PH. Ini termasuk Pejuang, Warisan dan
Muda atau lain-lain. Tujuan dan idea itu baik kejayaan itu dapat dicapai dengan
kesatuan. Tetapi kesatuan itu sudah sukar untuk diwujudkan oleh pembangkang apa
lagi kalau ia dibawa oleh parti cap "A". Benda khemah besar itu
terlalu idealis.
Parti cap "A" hendak bawa sama Pejuang ke
dalam khemah besar itu, sedangkan peneraju Pejuang itu tidak sebulu dengan
Keadilan. Apakah dalam keadaan tidak sebulu itu, akan wujud ketenteraman dalam
kehemah besar? Lainlah kalau parti A bermaksud khemah besar itu tanpa Keadilan.
Mengajak Keadilan bergabung dalam khemah besar bersama parti Pejuang sama
seperti cuba mendekatkan semua anjing dengan Arnab yang berbeza bulu dan rasa.
Kita angkat tabik kepada Adly atau parti cap A
hendak wujudkan khemah besar itu tanpa Keadilan. Parti itu boleh jadi pancang
(tiang) kepada khemah itu dengan mengajak Waisan, Muda, Putera, Pejuang, hatta
DAP sekalipun dan lain-lain. Sementara Keadilan biarlah dia bergerak dan
berkelana sendirian. Rasanya Keadilan mempunyai kemampuan sama seperti khemah
besar itu kalau ia bergerak sendiri. Keadilan perlu sedari kenal diri bahawa
dia parti jauh berwibawa berbanding parti cap A.
Keadilan tidak perlu berfikir tentang orang-orang
dalam khemah besar itu lagi, buang masa saja. Keadilan boleh berfikir untuk
bersendirian, atau pun sedia menerima rakan politik baru yang tidak termasuk
mereka yang digolongkan dalam khemah besar itu. Parti cap A, biarlah mereka
beretorik dengan khemah besar yang bertiangkan parti cap A. Trims.