PENUTUP SETAKAT INI- KITA BUKAN NAK BUAT LAWAK HINA DIA MACAM DIA DOK HINA ORANG- TENGOK KENA BAYAR TUNAI- NAK KATA PADAN MUKA TAK BAIK..TAPI HAKIKATNYA DIA MENDAPAT HABUAN.


 

MASAALAH DOKTOR KONTRAK- PERUNTUKAN BESAR UNTUK LANTIKAN 1500 PEGAWAI PERUBATAN- MEMERLUKAN 3 BILLION- KALAU 4 RIBU PERLU ADA 10 BILLION RINGGIT- KITA CUBA SELESAIKAN SECARA BERPERINGKAT.


 
AKU NAK BAGI TAU..ANAK JIRAN AKU BERHIJRAH KE ENGLAND SEJAK SETAHUN LEPAS...KEEJA DI SANA.

POMPUAN...DR PEREMPUAN SELEPAS PRAKTIKUM/ HOUSEMANSHIP....ZAMAN PN LA..RAMAI PROFESIONAL ANAK  MUDA MELAYU ...

YANG DOK ADA NI  NAK DOK BAWAH KETIAK MAK LAGI KA..



AKU TENGOK LOKMAN ADAM PULAK BAGUIH ...YANG PKR RAMAI RAMAI BERTANDING DULU TAK MAU BUAT BERITA KA KEMPEN KA...KA HANGPA JEMU DAH ? DAH MENANG NO.....


 

PROJEK CHINA AKAN DIAGIHKAN KE BEBERAPA NEGERI


 

Ucapan Penuh Anwar Ibrahim Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bu...

HEBAT ALICE LAU!! - TERKEDU HAMZAH SHAHIDAN & WAN FAYHSAL | KECOH DEWAN ...



Kecoh dan gamat didewan rakyat pagi tadi, apabila ahli pembangkang bertindak meninggalkan dewan, apabila usul untuk membahaskan pengeluaran bersasar KWSP ditolak oleh speaker. Yang menjadi perhatian, ialah, ketegasan timbalan speaker YB Alice Lau Kiong Yieng, ahli parlimen 3 penggal DAP, dari Lanang Sibu Sarawak ini, dalam mengawal dan berhapan dengan ahli ahli pembangkang didewan rakyat. Ia bermula apabila ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhzal yang mahukan usul KWSP beliau yang ditolak speaker, dibincangkan juga di Dewan pagi tadi.



MB KAKI FITNAH! MAHKAMAH ARAH BAYAR RM120K KEPADA MAHFUZ!



Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berhubung kenyataan fitnah yang dibuat Sanusi empat tahun lepas.Keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah ganti rugi dari daripada RM50,000 kepada RM120,000 terhadap Sanusi.Peguam mewakili Mahfuz, Noorazmir Zakaria berkata, rayuan Sanusi sebagai defendan untuk menolak rayuan plaintif pula ditolak oleh mahkamah.Sesi persidangan Mahkamah Rayuan sebentar tadi berjalan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.“Rayuan MB Kedah terhadap saman fitnah Mafuz ditolak oleh Mahkamah Rayuan.





LAGAK BELA MELAYU ISLAM SANG LEMBU KENYANG



Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula tidak merasa puas, mengutus surat kepada Dr Yusuf Al-Qardhawi dan ramai pemimpin Islam seluruh dunia bahawa kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) sekular, memusuhi Islam, disokong freemason, komunis, zionis, Amerika dan banyak lagi fitnah yang ditabur Hadi. Pemimpin PAS yang terlepas cakap secara terbuka seperti Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menuduh Anwar penyokong LGBT, kalah Saman dan mengakui apa yang beliau katakan sebenarnya adalah bohong, palsu dan fitNah.



KALAH SAMAN FITNAH: SANUSI KENA BAYAR LEBIH PADA MAHFUZ.


 

CAP AYAM HANG KATA. KENA DOK PULAU LAQI BALIK GITU JA.AWAT TAK DAKWAH DISANA....CEROI...


 

SIAP HANGPA.....


 

NI BOLEH JADI WIRA KWSP

 

Brader ni kalau masuk PAS kompom jadi wira. Dulu ada seorang tu ahli PAS pernah jadi wira HUDUD




DOKTOR KONTRAK PENYOKONG PN..


 
Miss Azah.

Kalau nak tahu, para doktor ni,  ramai malahan terlalu ramai merupakan para walaun. Belajar je pandai, bab politik ke laut dalam! Zaman kontrak2 ni semua zaman siapa jadi PM dan kenapa jadi begini?? Bukan ke sebab songlap? Jadi, nak suruh kerajaan sekarang ni jadi magician ke? Ubah sekelip mata negara jadi kaya raya? Bengong!



RAYUAN KURANGKAN KOS SAMAN .SANUSI KENA BAYAR RM120K KEPADA MAHFUZ OMAR KERANA RAYU KURANGKAN JUMLAH SAMAN...120 DAH CUKUP JOMMELAHHH...


 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Ingat merayu makin turun, rupanya dapat pertambahan. Tahniah!


Raya awal la nampaknya Dato Mahfuz.




Rayuan Sanusi ditolak & Rayuan Dato Wira Mahfuz Omar menaikkan jumlah gantirugi dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. 


Alhamdulillah. 


Persidangan Mahkamah Rayuan secara zoom harini. 


Rayuan MB Kedah terhadap saman fitnah Dato Mafuz ditolak oleh Mahkamah Rayuan. 


Rayuan anakguam untuk menaikkan jumlah gantirugi pula dibenarkan, daripada RM50,000 kepada RM120,000. 


Saya secara peribadi dalam kendali kes saman fitnah, inilah jumlah gantirugi yang paling tinggi dapat. Susah nak lepas nilai ratus ribu sekarang ni. 


Alhamdulillah. Ramadhan Kareem. 


12 Ramadhan 1444H. 

3 April 2023.





 33 bulan mentakbir habuk pun takde👎👎👎👎..... yang hanya mentakbir 3 bulan orang yang tak ambil gaji... dan buat kerja dengan tekun dan berdisplin.... yang takbir 33 bulan...dok kutuk sini sana... memfitnah sini sana... macam tin milo kosong 😆😝



BAGI HADI AWANG TADBIR SEKUPANG HABUK TAK MASUK.




BERLAKU DI PERLIS....ANWAR JUGA HANGPA SALAH...WALAUN BETOI...


 

Sifat melampau yang Nabi tak mahu ada di kalangan umatnya.l


 

JENIS CAM GINI TAK BOLEH KULIAH DI PERLIS


AMPUN TUANKU...JANGAN DENGAR WALAUN...BUKAN APA..MEREKA BIADAP DAN BURUKKAN KERAJAAN PERPADUAN DAN MARAH HANYA KERANA TIDAK DAPAT KELUARKAN KWSP....


 

JEBAT BERCERITA TENTANG NAK JATUH KERAJAAN ANWAR - DEPA AKAI TAK DAK


 

MP PAS ADA BUAT MACAM NI. BUKAN SORANG TETAPI RAMAI DAH BELIAU BANTU.




 [4/2, 9:02 PM] MAN +60 18-462 9212:Steven Sim MP Bt Mertajam hadiahkan sebuah van kepada Puan Ina seorang peniaga bunga yg bermasalah. Hutang Puan Ina yg berhutang rm15K dg bank juga dilangsakan olih Yb. Mana nak cari Yb mcam ni.



[4/2, 9:04 PM] SHAHRIN SHARIF +60 13-339 5381: jangan harap lah YB pas nk buat macam ni..



[4/2, 9:41 PM] MAN +60 18-462 9212: Bagi IKAN CARU utk satu rumah hanya dapat  satu ekor jer 😜🤣😆pastu up kat Tik Tok, kat fb, kat whtsp itu laaa standard wakil rakyat paspispus, *ada yg lagi win bila rkyat sbgi pengundi parlimen permatang pauh dtg jumpa YB.Parlimen, tujuan nk  minta tolong bantuan .. sebab rumah terbakar, motor utk kegunaan kerja cari nafkah hari² pun terbakar juga .. sang wakil rakyat dg yakin, bersemangat kata,  jgn sedih dn jgn risau .. sbgi wakilrakyat parlimen, sy akn tolong dn bantu awak semua dg doa' .. muga awk semua diberi kekuatan, tabah dan sabar terima ujian dunia, insha Allah awk smua akn dpt pahala paling besar sesuai janji Allah pda hamba²nya yg sabar & redha*




NAJIB TIDAK SEWAJARNYA DIAMPUNKAN SEGERA, MELAINKAN JIKA SETELAH MENJALANI 1/3 ATAU SEPARUH HUKUMAN PENJARA


Walaupun peguam Najib Razak mungkin akan memohon semakin kehakiman yang kedua bagi membebaskan bekas Perdana Menteri itu, tetapi harus kita akui, mengharapkan keputusan yang berbeza daripadanya tidak semudah seperti menukar mentol yang sudah terbakar.

Dengan keputusan majoriti terkumpul 13-1 dalam kes SRC International yang dihadapinya setakat ini, semakan kali kedua jika dipohon, kebarangkalian ia ditolak juga adalah tinggi.

Saya sudah banyak kali menulis sejak lama dulu lagi, fakta yang jelas dalam kes Najib itu ialah ada kemasukan wang ke dalam akaun bank peribadinya dan kemudian wang itu pula dibelanjakan dengan antaranya untuk membeli-belah di luar negara.

Cubaan menggunakan isu teknikal tidak memadam hakikat bahawa kesalahan memang telah dibuktikan berlaku melebihi keraguan yang munasabah.

Dalam keadaan sekarang di mana hukuman sedang berjalan, satu-satu pilihan yang tinggal buat Najib untuk dibebaskan hanyalah memohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.

Dalam hal ini, ada sebahagian penyokong Najib yang mahu keluarga bekas Perdana Menteri itu menumpukan kepada hal tersebut sepenuhnya buat ketika ini dan melupakan saja untuk memohon semakan buat kali kedua.

Malah, ada penyokong Najib yang yakin jika fokus itu diberi tumpuan mulai sekarang, Najib tidak mustahil boleh dibebaskan sebelum sambutan Hari Raya ini.

Bolehkah begitu?

Meskipun kuasa memberi pengampunan adalah hak Agong, tetapi prosesnya mesti melalui Lembaga Pengampunan yang dalam erti kata lain, usul pembebasan itu mesti diusul atau dipersetujui terlebih dahulu oleh kerajaan dan Perdana Menteri.

Ia sama seperti kes Anwar Ibrahim diberi pengampunan pada 2018 dahulu di mana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad mendapat mandat sepenuhnya daripada PH yang baru membentuk kerajaan, untuk mengemukakan pengampunan tersebut.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan, yang mendapatinya bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan hukuman itu dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Ini bermakna ketika Anwar diberi pengampunan pada 2018, beliau sudah menjalani sebahagian besar daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya.

Tetapi, Najib sudah berapa lama berada di Penjara Kajang?

Belum pun setahun daripada hukuman 12 tahun yang dihadapinya.

Dalam tinjauan dengan beberapa peguam, mereka nampaknya berbeza pendapat tentang bila permohonan pengampunan boleh dipohon.

Ada yang mengatakan pengampunan hanya boleh dipohon setelah seseorang pesalah itu menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada hukuman dan ada pula yang berkata, tiada tempoh masa yang khusus untuk berbuat demikian.

Dikatakan bila-bila masa saja pengampunan itu boleh dipohon.

Namun demikian, dalam kes Najib yang mana beliau merupakan bekas Perdana Menteri yang pertama dihukum penjara serta untuk memberi pengajaran kepada semua, ramai ditanya pendapat mereka tidak bersetuju sama sekali jika bekas Presiden UMNO itu diberi pengampunan dalam waktu terdekat ini.

Rata-rata beranggapan tempoh yang wajar untuk dipohon pengampunan ialah setelah beliau sekurang-kurangnya menjalani satu pertiga atau separuh daripada hukuman gang diterimanya.

Tambahan lagi, kata mereka, Najib masih ada kes lain berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di mahkamah dan pengampunan awal yang diberi kepadanya akan memberi kesan kepada kes-kes tersebut.

Biarlah beliau menjalani hukuman sewajarnya terlebih dahulu, bahkan ini juga untuk memberi keadilan kepada pesalah-pesalah lain juga, tambah mereka lagi.

Seorang pemimpin politik yang enggan disebut namanya berkata, dalam kes Najib, beliau paling wajar menjalani separuh daripada hukuman sebelum hendak diberi pengampunan.

“Tempoh enam tahun berada di penjara daripada 12 tahun hukuman yang diterimanya sekurang-kurangnya merupakan tempoh yang cukup untuk Najib bertaubat dan beribadat.

“Beliau tidak perlu memikirkan soal dunia lagi selepas ini,” tegas pemimpin berkenaan. – ShahbudinHusin 03/04/2023.

 

BANYAK MANA DIA BAWA MASUK MASA JADI DUTA KHAS ?




Hadi bawa bilion-bilion pelaburan masuk dari Timur Tengah semasa

 jadi Duta Khas goyang kaki...


Jangan plak korang tak tau...

KOH KOH KOH... jilaker!!


bob kelanang




 

SEMOGA NEGARA INI DIRAHMATI DI BAWAH PIMPINAN BELIAU

 

YOP SAIN


Semoga segala walauncai tak koyak mental & jiwa menatap gambar

 pemimpin negara kita yang amat dikagumi masyarakat serata dunia

 ini. Bertabah dan bermuhasabah lah ye...






MASAC sambut baik kerajaan kawal produk berkaitan vape


 Langkah kerajaan mengenakan cukai ke atas produk berkaitan vape disambut baik Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC).

Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi berkata vape sudah lama berada dalam pasaran dan pengenalan cukai berkenaan mampu mendapatkan semula cukai rokok yang menyusut kesan lambakan vape.


Malah langkah kerajaan itu, kata beliau, dapat mengurangkan ketirisan hasil pendapatan kerajaan daripada jualan rokok biasa yang kini berkurangan susulan kehadiran peranti vape.


"Lanjutan dari langkah Kerajaan mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin daripada Akta Racun 1952 dan melaksanakan cukai ke atas hasil penjualan cecair nikotin untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), MASAC berpandangan ianya merupakan langkah yang baik untuk mengurangkan ketirisan hasil pendapatan Kerajaan dari jualan rokok biasa yang kini telah berkurang kesan dari kehadiran peranti vape.


"Pengenalan cukai ini, mampu mendapatkan semula cukai rokok yang telah berkurang kesan dari lambakan kehadiran vape di pasaran," katanya dalam satu kenyataan.

Raja Azizan Suhaimi

Raja Azizan turut berharap Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang dijangka dibentang di Parlimen pada Mei ini memasukkan seksyen yang hanya membenarkan penggunaan peranti vape dalam kalangan pengguna berusia 18 tahun dan ke atas.

"Ia bagi memastikan belia dan pelajar bawah umur tidak terbabit dengan penggunaan vape," katanya.


Sebagai rekod, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustapha sebelum ini memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia akan membentangkan RUU baharu sebagai langkah memastikan kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin dalam cecair elektronik atau vape.


KKM juga jelasnya akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).


"MASAC turut bersedia menganggotai kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR) yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Selain itu, MASAC bersedia bersama KKM agar maklumat mengenai nikotin vape yang mungkin ada dicemari dadah dapat dikongsi maklumatnya oleh MASAC kepada semua rakyat Malaysia agar bijak memilih jenis nikotin yang berdaftar sahaja dan tidak semberono membeli nikoton di mana-mana yang tidak diketahui kandungannya walau dijual dengan harga yang murah," kata kenyataan itu lagi.

Beri masa kerajaan selesai isu lambakan doktor kontrak


 Mogok dirancang kumpulan doktor kontrak hanya akan memberi impak negatif kepada sistem kesihatan secara keseluruhan, kata seorang pakar perubatan.


Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid yang merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Polisi, Ekonomi dan Pengurusan Kesihatan) berkata, negara masih memerlukan masa bagi merencanakan transformasi kesihatan secara menyeluruh termasuk dalam hal membela nasib doktor kontrak.


Kerajaan tegasnya perlu diberi masa untuk menyelesaikan isu tersebut dengan baik.


"Kita tahu bahawa sejak daripada beberapa tahun lepas sudah ada desakan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menangani masalah pelantikan doktor-doktor yang terlatih tidak mengikut acuan ataupun sektor lain yang dikendalikan oleh JPA.

Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid

"Sistem kesihatan belum lagi menjalani reformasi yang dirancangkan dengan terperinci. Saya yakin kerajaan yang ada sekarang begitu serius menangani masalah ini.


"Pada masa yang sama kerajaan melihat kepada suatu bentuk reformasi yang lebih luas di mana mereka akan menyediakan prasarana kesihatan yang lebih baik dan juga sumber kewangan yang lebih kukuh bagi memberikan ruang kepada kerajaan melantik (doktor kontrak).


"Kita tahu bukan satu perkara yang mudah untuk memperbaiki sistem kesihatan dan ia memerlukan tindakan yang komprehensif, yang dirancang dengan baik supaya kita tidak menghadapi masalah pada masa hadapan," katanya.


Dr Syed Mohamed Aljunid berkata begitu ketika muncul sebagai tetamu program Fokus Minggu Depan terbitan Astro Awani.


Khabar angin sebelum ini menyatakan lebih 8,000 doktor kontrak mahu mengadakan mogok bermula 3-5 April ini dengan bertindak mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit.


Kumpulan dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia berkata, 3,000 doktor kontak akan meletakkan jawatan mereka bermula 1 April sebagai membantah membantah “sistem tidak adil dan gaji rendah” dalam sektor penjagaan kesihatan awam.


Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Tertinggi untuk mencari jalan menyelesaikan isu perjawatan berkenaan.


Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan isu tersebut tetapi meminta kerajaan diberi masa munasabah untuk mengotakannya.


Dalam pada itu, Dr Syed Mohamed Aljunid berkata, pihak yang terlibat harus faham bahawa sistem kesihatan negara memerlukan sumber kewangan yang tinggi untuk membiayai gaji dan pencen.


Justeru beliau berharap pihak berkenaan akan berfikir dengan lebih rasional sebelum mengambil bahagian dalam mogok yang mahu diadakan.


"Pada masa sekarang kita cuma membelanjakan tak sampai pun lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar jadi ini menyebabkan jumlah yang diperlukan untuk membiayai gaji dan sebagainya termasuk pencen itu terhad.


"Kita juga tahu sekarang juga kita mempunyai lambakan doktor dalam negara sejak tahun 2020, di mana kita sudah pun mencapai ratio doktor ke populasi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang menyarankan satu doktor ke 500 pesakit, kita sudah mencapai di bawah 500," jelasnya lagi.