JANGAN KATA AKU KAPIAQ

 

Saiful Al Adli


Kalau orang masih kata saya Kafir sebab menentang Perjuangan PAS sila buka mata sendiri ya. 😎😎😎





GURU DAH JUMPA PUTIN.


 

JENUH NAK JAGA HUBUNGAN LUAR BILA ANWAR SUDAH TIADA..MUNGKIN ZAHID MEZAH DAN DR SAM MAMPU LAKUKAN.

 


DIPLOMASI DUNIA BAKAL MASUK ERA BARU SELEPAS ERA ANWAR. ZAHID DIJANGKA BUAT DUNIA LEBIH KAGUM PADA MALAYSIA.






Kalau satu hari nanti Zahid menjadi Perdana Menteri, mungkin dunia diplomasi Malaysia akan masuk satu era yang jauh lebih menarik. Selepas Anwar sibuk membina hubungan dengan kuasa-kuasa besar, ASEAN dan negara-negara dunia, Zahid nanti bolehlah datang untuk membawa hubungan antarabangsa Malaysia ke satu “tahap yang belum pernah kita bayangkan”.


Anwar sekarang memang sudah menyusahkan bakal penggantinya. Hubungan dengan China kena jaga. Amerika kena jaga. Negara ASEAN kena jaga. Timur Tengah kena jaga. Jepun, Eropah dan kuasa-kuasa lain pun Malaysia kena berkawan. Pendek kata, benchmark yang ditinggalkan itu agak tinggi.


Tetapi jangan risau. Zahid ada kelebihan tersendiri. Kalau Anwar dikenali kerana berucap soal ekonomi, geopolitik, keamanan dan kerjasama antarabangsa, Zahid mungkin boleh memperkenalkan pula satu gaya diplomasi yang benar-benar original. Dunia mungkin akan terpinga-pinga melihatnya.


Bayangkan Zahid berdiri di pentas antarabangsa mewakili Malaysia. Presiden, Perdana Menteri dan diplomat dari seluruh dunia tentunya mahu mengenali dengan lebih dekat tokoh yang berjaya sampai ke kedudukan tertinggi politik Malaysia selepas melalui perjalanan politik yang begitu penuh warna.


CNN mungkin mahu temu ramah. BBC mungkin mahu cerita. Al Jazeera mungkin mahu buat dokumentari. Media antarabangsa tentunya akan mempunyai begitu banyak bahan untuk memperkenalkan Perdana Menteri Malaysia yang baharu kepada dunia.


Malah kalau Anwar selama ini cuba membawa imej Malaysia sebagai negara sederhana yang boleh bercakap dengan pelbagai blok dunia, Zahid mungkin boleh menaikkan lagi populariti Malaysia. Bukan sekadar pemimpin dunia kenal Malaysia, mungkin rakyat mereka pun tiba-tiba rajin Google siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia.


Itulah kehebatan soft power yang kadang-kadang orang tak nampak. Negara lain belanja berbilion untuk kempen mempromosikan negara. Malaysia mungkin tak perlu. Cukup Zahid muncul di persidangan antarabangsa, kemungkinan nama Malaysia terus menjadi bahan perbualan.


Lagipun Zahid sendiri pernah memuji pendekatan diplomasi Malaysia yang seimbang dalam berdepan konflik antarabangsa. Maknanya beliau memang sudah melihat dari dekat bagaimana dasar luar negara ini dimainkan. Tinggal lagi kalau beliau duduk di kerusi nombor satu, tentulah lebih banyak peluang untuk menunjukkan bakat sebenar.


Sebab itu kalau ada yang kata Zahid bakal menjadi Perdana Menteri lebih hebat daripada Anwar dalam hubungan antarabangsa, jangan cepat ketawa. Berilah peluang. Mungkin Anwar hanya mampu membuat pemimpin dunia memandang Malaysia dengan hormat. Zahid mungkin mampu membuat satu dunia memandang Malaysia dengan pelbagai perasaan sekali gus.


Apa pun, kalau hari itu benar-benar tiba, diplomasi Malaysia memang dijangka memasuki satu era baru. Sama ada dunia kagum, terkejut atau tertanya-tanya, itu kita serahkan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa untuk menilai. Yang pasti, Malaysia mungkin tidak akan sunyi daripada perhatian.


#nadidaily





WOIII..KERJA APA ANAK AAK DIA NI

 




BUDAK NI TAK SEKOLAH TINGGI.

 Tak hairan akan lebih ramai penyamun akan dilahirkan jika UMNO dominan semula.

RCI pun dia tak peduli.

Istana pun dia tak peduli.

Penyamun boleh panggil wira.

Luar biasa bijaksana nya...






PMX BERTEMU VLADAMIR PUTIN.

 



Sebaik tiba di New Delhi, saya terus mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin. Pertemuan yang bermula sekitar jam 11 malam itu berlangsung dalam suasana persahabatan serta memberi ruang untuk kami menilai kemajuan hubungan Malaysia-Rusia dan menetapkan beberapa langkah konkrit bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua negara.











Saya membangkitkan keperluan untuk mempercepat usaha merealisasikan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia serta kemudahan perjalanan tanpa visa seperti yang telah dipersetujui sebelum ini, bagi merancakkan pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.


Saya turut menyatakan penghargaan atas dukungan Rusia terhadap kerjasama tenaga bersama Malaysia. Kedua-dua negara mempunyai kekuatan dan kepakaran yang boleh digembleng untuk memperluas kerjasama dalam sektor strategik ini demi kepentingan bersama.


Bicara kami turut menyentuh soal peningkatan kemasukan minyak sawit Malaysia ke pasaran Rusia, di samping meneroka usaha untuk menggandakan nilai perdagangan Malaysia-Rusia.


Yang lebih utama, setiap persetujuan yang dicapai mesti segera diterjemahkan kepada pelaksanaan. Justeru, saya mencadangkan penubuhan mekanisme khas antara Malaysia dan Rusia bagi menyelaras serta mempercepat pelaksanaan semua kesepakatan, dan cadangan ini telah dipersetujui oleh Presiden Putin.


Pada penghujung pertemuan, saya menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Presiden Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia. Insya-Allah, lawatan ini kelak akan membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Rusia yang semakin erat, matang dan saling menguntungkan.


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡·πŸ‡Ί 


#MalaysiaMADANI 

#DiplomasiMADANI 

#YakinMADANI