HaNCUR LA...BANYAK LAGI NAK KENA CEKUP...SABAR LA SEKEJAP...

 





Veteran UMNO, Adam Abdul Hamid tampil dengan amaran keras kepada kepimpinan parti supaya mendesak Perdana Menteri mengadakan PRU16 lebih awal. 


Menurutnya, UMNO berdepan risiko menjadi lebih teruk sekiranya terus berada dalam kerajaan semasa sehingga tamat tempoh penggal, justeru segala tekanan perlu digunakan bagi memastikan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.


Dalam masa sama, Adam menyeru UMNO supaya tidak melihat hubungan dengan Perikatan Nasional dan PAS hanya dari sudut perebutan kuasa. 


Katanya, jika semua pihak hanya mahu jawatan Perdana Menteri dan mempertahankan kerusi masing-masing, usaha membina perpaduan akhirnya akan berdepan jalan buntu.


Sebaliknya, beliau menggesa parti-parti Melayu dan Islam mencari titik persamaan yang boleh menjadi asas kerjasama, termasuk menangani masalah ekonomi masyarakat Melayu. 


Pendekatan “runding baik-baik” dilihat lebih penting daripada terus berlaga sesama sendiri kerana perebutan kuasa semata-mata hanya akan menyebabkan kekuatan politik berpecah.


Resolusi veteran UMNO turut menggesa parti itu menerajui usaha menjajarkan semula kekuatan politik Melayu dan Islam berlandaskan Perlembagaan, kepentingan rakyat serta kestabilan negara. 


Adam menegaskan penjajaran tersebut bukan politik kebencian terhadap kaum lain, sebaliknya usaha menyatukan kekuatan tanpa mengorbankan keadilan dan kemakmuran masyarakat majmuk satu mesej yang kini diletakkan sebagai antara agenda penting UMNO menuju PRU16.





No comments: