HRC LIVE!! - MADANI TUMBANG - UMNO DAH L4NGG4R - PH AKAN LAWAN HABISAN | TERSERLAH SIAPA RAFIZI

 


ANWAR RUNDING DENGAN ZAHID? PH TANDING SEMUA KERUSI DUN JOHOR, NEGERI SEMBILAN


 

TERKINI: PH Tak Tolak Bertanding Solo Pada PRU16, PRN Johor – PM Anwar

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026.

JOHOR BAHRU, 17 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak gabungan itu bersedia bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang selepas mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) Johor yang mengumumkan akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menurut beliau, PH tidak akan berdiam diri sekiranya rakan dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ dalam pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026.

“Kalau mereka sudah ambil keputusan untuk bertempur, jawapan kita harus tegas.

“Hari ini PH mengambil keputusan untuk menjawab dengan tegas. Kalau inilah pilihan mereka, PH akan bertanding di semua kawasan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata, keputusan tersebut bukan sahaja melibatkan Johor dan Negeri Sembilan malah semua kerusi DUN di Selangor, Pulau Pinang serta Pahang turut disenaraikan untuk ditandingi PH secara menyeluruh.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026.

“Di Johor sudah diumumkan, Negeri Sembilan juga hampir selesai, kita lawan semuanya,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan PH masih terbuka untuk berunding sekiranya kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan dapat diperkukuhkan demi kestabilan negara.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan hari ini dibina atas asas kestabilan politik dan kerjasama pelbagai kaum bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Namun katanya, jika ada pihak memilih untuk meretakkan hubungan sedia ada, PH juga bersedia menghadapi pertandingan secara terbuka.

“Gendang sudah dipalu, perang sudah diisytiharkan. Kalau mereka pilih untuk bertempur, kita lawan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

“Saya akan bincang dengan kawan-kawan PH secara serius. Kalau inilah cara untuk memperkukuh kekuatan dan meretakkan hubungan dalam kerajaan, apakah mungkin kita pilih untuk bertanding sendiri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.




Adakah kekosongan yang diakibatkan oleh Rafizi & friends bakal trigger sebuah PRK?

 

Adrian Lim Chee En





Jawapannya TIDAK.
Menurut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, kekosongan luar jangka haruslah berlaku dalam tempoh 3 tahun pertama Parlimen bersidang.
Ertinya, kekosongan ini tidak boleh jatuh dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Parlimen terbubar secara automatik.
Persidangan pertama Parlimen kali ini berlangsung pada 13 Februari 2023.
Maka tempoh lima tahun sebelum Parlimen terbubar secara automatik, tarikhnya 13 Februari 2028.
Sekiranya kekosongan berlaku sebelum 13 Februari 2026 (3 tahun pertama), ada lah PRK.
Sekiranya kekosongan berlaku selepas 13 Februari 2026 (2 tahun terakhir), tidak ada lah PRK.
Ada orang dakwa, kekosongan yang diakibatkan oleh Rafizi & friends telah disengajakan berlaku selepas 13 Februari 2026, supaya tidak berlaku PRK, kerana Rafizi tidak yakin mampu memenangi mana-mana kerusi sekiranya PRK diadakan.
Walhal Rafizi & friends telah kalah dalam pilihan raya parti sejak tahun lalu, sejak bulan Mei 2025 lagi. Dah lebih setahun Rafizi dan PMX tidak sebulu, sepatutnya Rafizi dah awal-awal umum keluar Keadilan & tubuh baharu, cetuskan PRK, tanding & menangkan kerusi-kerusi PRK.
Hmmm. Itu saya tidak tau lah. Itu kene tanya Rafizi & friends. Saya jawab pasal kedudukan Perlembagaan Persekutuan & undang-undang negara je.




Bantuan Pelajaran MADANI: 230 Penuntut IPT Tambun Terima RM178,000

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada 16 Mei 2026.

TAMBUN, 17 Mei – Sebanyak 230 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari kawasan Parlimen Tambun menerima manfaat Program Bantuan Pelajaran MADANI Peringkat Parlimen Tambun 2026 dengan jumlah keseluruhan RM178,000.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun Mohamad Hairul Amir Sabri berkata program itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan membantu meringankan beban kewangan penuntut dan keluarga, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos pendidikan dan perbelanjaan harian sepanjang pengajian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada 16 Mei 2026.

Beliau berkata menerusi bantuan itu, penuntut peringkat diploma menerima sumbangan RM500 seorang manakala ijazah sarjana muda RM1,000 seorang bagi membantu menampung keperluan pembelajaran, penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan asas pengajian.

“Simbolik penyerahan bantuan kepada 10 penuntut disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun hari ini (Sabtu),” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada 16 Mei 2026.

Mohamad Hairul Amir berkata beliau telah menyerahkan sumbangan kepada baki 220 penuntut di sebuah pasar raya pada Sabtu.

Beliau berkata pelaksanaan program bantuan pendidikan itu mencerminkan komitmen berterusan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun dalam memastikan agenda pembangunan pendidikan dan modal insan terus diberi perhatian khusus, terutamanya yang melibatkan golongan muda.

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan baki bantuan kepada pelajar IPT di Tambun pada 16 Mei 2026.

“Selain membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga, inisiatif itu turut diharap mampu meningkatkan motivasi penuntut untuk terus menumpukan perhatian terhadap pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang masing-masing.

“Program Bantuan Pelajaran MADANI juga dilihat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan terhadap aspek kesejahteraan rakyat, pembangunan insan, pendidikan berkualiti dan peluang yang lebih adil kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Justeru, beliau berkata Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan demi memastikan golongan pelajar, khususnya di kawasan Tambun terus mendapat sokongan sewajarnya dalam melanjutkan pengajian dan membina masa depan lebih baik.




BUDI95: Kerajaan Bincang Naikkan Kuota Subsidi p-Hailing – PM Anwar

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada 17 Mei 2026.

JOHOR BAHRU, 17 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Kerajaan MADANI akan membincangkan peningkatan had kuota petrol bersubsidi BUDI95 bagi penghantar makanan p-hailing kepada 250 liter pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Selasa ini.

Menurut Perdana Menteri, perbincangan berkenaan akan dilakukan bagi menimbang rayuan golongan pekerja berkenaan serta meringankan beban harian mereka.

“Mesyuarat hari Selasa ini, saya akan bawa dalam mesyuarat, bincang. Sebab dia (pemandu p-hailing) dapat 200 liter sama macam kitalah, RON95 200 sahaja liter.

Para penduduk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada 17 Mei 2026.

“Jadi saya kata, nanti saya peringatkan saudara Fahmi (Datuk Fahmi Fadzil), kita cari jalan kalau sekurang-kurangnya naik 50 (liter), (menjadi) 250 (liter),” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan perkara itu ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, cadangan itu tercetus hasil inisiatif beliau sendiri yang turun padang untuk bertanya dan mendengar keluhan golongan penghantar makanan mengenai kuota sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada 17 Mei 2026.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengumumkan kelulusan peruntukan segera RM1 juta bagi membiayai kerja baik pulih mendesak di kawasan perumahan berkenaan.

“Saya luluskan RM1 juta dulu… sekurang-kurangnya apa yang mendesak dulu. Kalau yang pecah kah, pintu kah apa sebagainya, kita baik pulih,” katanya.

Pada majlis sama, Perdana Menteri mengarahkan pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyegerakan bantuan membaiki kemudahan tandas rosak di Sekolah Bukit Mutiara selepas perkara itu dibangkitkan warga penduduk.




KONVENSYEN PH | Kita sedia pilihan raya di seluruh negara – Anwar Ibrahim


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi pilihan raya di seluruh negara sekiranya hubungan dalam kerajaan perpaduan terus diganggu atau ada pihak memilih untuk bertembung secara terbuka.

Dalam ucapan penutup penuh bersemangat di Konvensyen Pakatan Harapan di Johor, Anwar menegaskan PH tidak gentar dengan ancaman politik dan mempunyai pengalaman panjang berdepan tekanan serta pengkhianatan.

“Kalau betul mereka memilih untuk lawan, kita akan bertanding habis-habisan,” katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Beliau berkata PH pada awalnya memilih pendekatan rundingan dan kerjasama demi menjaga kestabilan politik negara, namun kesabaran gabungan itu tidak boleh dianggap sebagai kelemahan.

“Jangan salah baca. Jangan salah faham. Ini darah reformasi. Pantang dicabar,” katanya lagi.

Anwar turut memberi bayangan bahawa beliau boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan mandat baharu rakyat sekiranya keadaan politik terus terganggu.

“Kalau betul sudah lelah dan penat dengan kerajaan perpaduan ini, kita kembali kepada rakyat.

“Bukan sahaja di Johor dan Negeri Sembilan, seluruh negara saya bersedia,” ujarnya.

Menurut beliau, pimpinan Pakatan Harapan akan dipanggil berbincang dalam masa terdekat bagi menentukan langkah seterusnya susulan perkembangan politik mutakhir.

Dalam ucapan hampir sejam itu, Anwar turut mempertahankan rekod pentadbiran Kerajaan MADANI yang menurutnya berjaya menstabilkan politik negara, meningkatkan pelaburan dan melaksanakan pelbagai reformasi ekonomi sejak 2023.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam terbesar dalam sejarah, memperkukuh agenda Bumiputera, membantu SME serta mempercepat projek pembangunan di Sabah, Sarawak dan Johor.

“Kita bukan buat kerana pilihan raya. Kita lakukan sebagai dasar yang konsisten,” katanya.

Anwar turut mempertahankan kerjasama PH dengan DAP dan parti-parti lain dalam kerajaan perpaduan sambil membidas politik perkauman yang menurutnya terus dimainkan pihak lawan.

“Yes, I work with the DAP. So what?” katanya yang sekali lagi mengundang tepukan hadirin.

Beliau turut menegaskan kekuatan utama PH ialah kemampuan menyatukan rakyat pelbagai kaum dan wilayah dalam satu gabungan politik.

“Negara mana boleh himpunkan Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan dalam satu pasukan yang mantap? Malaysia, Pakatan Harapan,” katanya.

Konvensyen bertemakan Tekad MADANI, Harapan Rakyat itu berlangsung dalam suasana penuh sesak dengan ribuan perwakilan dan penyokong memenuhi dewan sejak pagi, termasuk sebahagian peserta yang terpaksa duduk di atas lantai.



RAFIZI, NIK NAZMI LETAK JAWATAN, BOLEH KE BERTANDING SEMULA?








Berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di Malaysia, isu sama ada seseorang Ahli Parlimen boleh bertanding semula selepas meletakkan jawatan adalah tertakluk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.


Namun, terdapat perubahan penting yang perlu diperhatikan mengenai peraturan ini:


​1. Peraturan Terdahulu (Sekatan 5 Tahun)


​Sebelum ini, Perkara 48(6) menyatakan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan (sebagai Ahli Dewan Rakyat) akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sebagai ahli Dewan Rakyat bagi tempoh 5 tahun bermula dari tarikh peletakan jawatannya.


​Contoh Klasik: Peraturan inilah yang menyebabkan kecoh suatu ketika dahulu apabila mana-mana wakil rakyat yang sengaja meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil (PRK) tidak boleh bertanding semula dalam tempoh tersebut.


​2. Pemansuhan Perkara 48(6) (Undang-Undang Anti-Lompat Parti)


​Apabila Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (atau lebih dikenali sebagai Undang-Undang Anti-Lompat Parti) diluluskan dan dikuatkuasakan pada 5 Oktober 2022, fasal Perkara 48(6) ini telah dimansuhkan sepenuhnya.


​Tujuan pemansuhan ini adalah sebahagian daripada pakej undang-undang anti-lompat parti.


Kesannya:


Tiada lagi sekatan 5 tahun: 


Sekiranya seorang Ahli Parlimen meletakkan jawatan secara sukarela sekarang, sekatan atau penalti yang menghalang mereka daripada bertanding semula dalam tempoh 5 tahun itu sudah tidak wujud.


Kesan Berbeza Di Bawah Akta Anti-Lompat Parti (Perkara 49A)


​Walaupun sekatan 5 tahun bertanding semula itu sudah dimansuhkan, tindakan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen akan secara automatik mencetuskan Perkara 49A (Undang-Undang Anti-Lompat Parti):


Kerusi Kosong


: Jika seorang Ahli Parlimen meletakkan jawatan daripada parti politiknya atau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, kerusi tersebut akan dikosongkan secara automatik.


Pilihan Raya Kecil (PRK):


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRK untuk mengisi kekosongan tersebut.


Boleh Bertanding Semula?


Dari segi undang-undang perlembagaan semasa (selepas pindaan 2022), individu tersebut secara teknikalnya boleh bertanding semula dalam PRK tersebut atau pilihan raya seterusnya kerana tiada lagi sekatan Perkara 48(6).


Rafizi, Nik Nazmi boleh bertanding semula di Parlimen Pandan, Setiawangsa. Tetapi mereka sudah hilang kepercayaan pengundi, dan sudah pasti PH akan lawan habis-habisan pertahankan kerusi Parlimen tersebut.





Johor nak tarik peruntukan pertanian atau tidak, tanya Mat Sabu


 


Datuk Seri Mohamad Sabu ‘bertanyakan’ kepada hampir 10,000 perwakilan Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Johor Bahru hari ini sama ada peruntukan pertanian untuk kerajaan negeri Johor mahu ditarik balik atau tidak.

“Di Johor ini, untuk RMK13, kita peruntukkan lebih kurang RM201 juta.

“Nak tarik balik peruntukan atau tidak? Tidak!

“Rakyat Johor rakyat Malaysia!” tegas beliau, disambut tepukan gemuruh delegasi yang memenuhi Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu memberi jaminan bahawa Johor akan terus menerima peruntukan besar dari kerajaan Persekutuan.

Malah, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, beliau sendiri akan memohon tambahan dana bagi memperkukuh sektor pertanian negeri itu.

Jelasnya, bagi tahun 2026 sahaja, kementerian diterajui beliau memperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk pelbagai projek pertanian di Johor.

“Saya sebagai Menteri langsung tiada niat untuk kurangkan peruntukan, bahkan kita akan cuba mohon kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri,” katanya.

Dalam nada berseloroh, beliau berkata, jika permohonan itu tidak diluluskan Menteri Kewangan, beliau akan terus mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau kita mohon pada Menteri Kewangan, beliau tidak mahu lulus, kita mengadu kepada Perdana Menteri,” katanya mencetuskan gelak ketawa hadirin.

Mohamad yang juga Presiden AMANAH turut melahirkan keyakinan bahawa dengan sokongan berterusan kerajaan Persekutuan dan kepimpinan PH, gabungan itu mampu memerintah Johor dengan lebih selesa selepas pilihan raya negeri akan datang.

“Penambahan peruntukan di Johor supaya PH akan memerintah dengan selesa selepas kita menang dalam PRN Johor nanti!” tegas Mohamad lagi.


PRN Melaka hampir pasti dalam masa empat bulan lagi


 


Pilihan Raya Negeri (PRN) kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh empat bulan dari sekarang.

Perkara itu disahkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan melihat kebolehupayaan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh itu.

Menurutnya, PRN tidak boleh diadakan terlalu hampir dengan tempoh penggal DUN berakhir iaitu Disember ini kerana waktu berkempen dijangka bertembung dengan Ramadan.

“Pastinya dalam tempoh 120 hari lagi sebab kita tidak boleh tunggu sehingga tarikh tamat pada 30 Disember ini kerana itu sudah hampir masuk bulan Ramadan.

“Jadi kita pastikan cuba melihat waktu yang sesuai dalam tempoh 120 hari ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Sirih Pulang Ke Gagang malam tadi.

Ditanya sama ada Umno Melaka akan bertanding secara solo atau tidak, beliau berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan.



KONVENSYEN MENUNTASKAN JAWAPAN: NAK KAWAN ATAU NAK LAWAN






Saya hadir hari ini ke Konvensyen Pakatan Harapan bersama rombongan Keadilan Indera Mahkota. Sebagai Setiausaha Keadilan Negeri yang berada dalam Grup Mobilisasi PH untuk Konvensyen ini, saya boleh sahkan bahawa sasaran kehadiran kami adalah di sekitar 3,000 orang, tetapi hari kejadian iaitu hari ini menyaksikan hampir 10,000 orang yang datang. Ini adalah pesta "tunjuk rasa" dalam kehangatan pengumuman Umno Negeri Johor yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam Pilihanraya Negeri yang akan datang.
Itulah... jangan suka sangat bermain dengan teka-teki, kalau nak berkawan katakan nak berkawan, kalau nak berlawan katakan sahaja nak berlawan, jangan tinggalkan kenyataan dalam kesamaran.
Asah-asah cincin suasa
Untuk majlis membelah mulut
Resah-resah hatiku rasa
Kalau tak luka mengapa berparut
Asah-asah keris kenangan
Negeri ku amuk rakyat ku tetak
Basah-basah ku rasa tangan
Tapi kenapa air tak nampak
Dari kami terus dihantui ketidaktentuan, baiklah kami membuat keputusan, anggota parti kami juga sudah letih merasa dipermainkan. Kami alu-alukan jika Umno Johor mahu bertanding di kesemua 56 kerusi DUN, tetapi kami juga akan berbuat perkara yang sama, bertanding di 56 kerusi DUN tersebut. Kami juga tiada masalah jika MB Umno Johor mahu membubarkan DUN dalam masa terdekat ini, tetapi MB kami pun akan berbuat perkara yang sama untuk DUN Negeri Sembilan, kami tambah dengan janji akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan ini.
Seperti yang dibentangkan tadi, kerajaan persekutuan telah membawa pelbagai projek pembangunan berskala besar ke Johor yang memungkinkan lonjakan ekonomi yang besar juga akan berlaku di Johor, dan semua projek ini bukan dibawa oleh kementerian-kementerian yang diterajui oleh Umno atau BN, tetapi semuanya dari kementerian-kementerian yang Menterinya daripada PH! Ini termasuklah projek ETS, RTS, Pelabuhan Tanjung Pelepas (extended) dan CIQ.
Kalau ini semua belum memuaskan hati Umno, belum mampu membuktikan keikhlasan kami dalam bekerjasama untuk sebuah kerajaan, maka marilah lakukannya, perlawanan itu! Umno baru-baru ini sudah dengan begitu bangga mahu mewar-warkan bahawa sejarah mereka bermula dari dalam istana, maaflah, kami tidak pernah merasa ia satu kelebihan. Perjuangan kami ini lahir dari atas jalanraya. Kami tiada masalah untuk kotor dan lecah, menyinsing lengan kalau kami perlu berlawan semula.
Dalam pada kami berkonvensyen ini, Rafizi Ramli mengambil tarikh yang sama untuk mengumumkan hala tuju politiknya. Adakah ia satu kejutan bagi saya? Tidak, kerana tanpa pengumuman itu pun, selama ini segala pandangan, pergerakan, percakapan dan pendiriannya sudah jelas menunjukkan hala tujunya yang bertentangan, hala tuju yang sudah tidak bersama kami. Sejak itu pun saya sudah tidak menganggap dia sebahagian dari parti ini.
Kepada penyokong-penyokong Rafizi, saya tidak mahu komen banyak, tetapi saya ingin nyatakan ini; Yang pertama, Rafizi ini merasa dia sentiasa paling betul dan bijak, yang kedua, khusus dalam parti ini, dia merasa tiada orang yang lebih betul dan bijak dari dia. Yang ketiga, yang paling penting, Rafizi ini tidak boleh menerima perbezaan pendapat, orang yang berbeza pendapat dengannya akan dianggap musuh, kemuncaknya bila dia berbeza pendapat dengan Anwar Ibrahim, maka Anwar Ibrahim dianggap sebagai musuhnya. Cukuplah setakat itu komen saya tentangnya, satu hari nanti saya percaya anda akan kembali kepada saya dan bertanya tentangnya.
Pulang dari Konvensyen hari ini (saya di dalam bas sekarang), saya mahu tutup dengan titipan pantun, kepada Umno dan penyokong Rafizi juga, kalaulah di hadapan sudah terbentang jalan mati:
Hari ini meramu kata
Hari esok membelah hati
Hari ini bertemu mata
Hari esok rindulah kami

Ucapan Pengerusi PH PM Anwar Ibrahim di Konvensyen Pakatan Harapan 2026 @ Johor


 

UCAPAN MAT SABU.


 

Isu Parkir Berpalang Dibangkit, Program ‘Perlis Mendengar Rintihan Rakyat’ Bertukar Tegang






ARAU – Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat yang berlangsung di sini bertukar tegang apabila isu sistem parkir berpalang kembali dibangkitkan di hadapan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah pada Sabtu.


Program dialog bersama rakyat yang turut disertai pimpinan kerajaan negeri itu pada awalnya berlangsung dalam suasana tenang sebelum beberapa isu panas berkaitan pentadbiran negeri dibangkitkan secara terbuka.


Penganalisis politik, Datuk Dr Syed Azuan Al-Idrus tampil mempersoalkan beberapa perkara termasuk pelaksanaan sistem Smart Parking, isu pengurusan sampah dan dakwaan melibatkan integriti pentadbiran pihak berkuasa tempatan.


Beliau turut mempersoalkan kehadiran program yang didakwa lebih banyak melibatkan agensi kerajaan berbanding rakyat biasa.


Dalam sesi tersebut, Syed Azuan membangkitkan persoalan mengenai sistem parkir berpalang di Perlis yang didakwa masih belum ditanggalkan walaupun kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pembatalannya.


Keadaan mula tegang apabila Syed Azuan menegur Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth yang menepuk tangan apabila beliau bercakap mengenai syarikat pengendali parkir berkenaan.


Walaubagaimanapun Abu Bakar cuba menenangkan keadaan dan kembali terkawal selepas campur tangan urus setia program dan beberapa anggota polis yang berada di lokasi tersebut.


Pada Januari 2026, media melaporkan Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan bahawa sistem parkir berpalang yang pernah dirancang untuk dilaksanakan tidak akan diteruskan, selepas mengambil kira pelbagai pandangan termasuk daripada MPK demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.


Menurut Abu Bakar, sistem parkir dengan bayaran tertentu akan terus ditawarkan, tetapi tanpa palang fizikal di tempat letak kereta.


Pengurusan sistem itu akan diserahkan kepada MPK dan syarikat pengendali parkir.


Gambar : Tangkap layar video menunjukkan beberapa urus setia Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat dan beberapa anggota polis yang cuba mengawal keadaan tegang.

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Sinar Harian

.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#FBLifeStyleLife

#TahunMelawatPerlis





PELBAGAI PIHAK DATANG BERDEMO. TETAPI TIDAK MENUNJUKKAN IANYA MEMPENGARUHI UNDI.









Qlin Alif



 Yang datang demo adalah dari Bersatu,Pas ,UMNO dan gabungan NGO.

Bila kau mainkan isu penderhaka kepada Adun dari DAP yang berbangsa Cina.


Ditambah pulak mempertikaikan lulusan UEC mendapat kelonggaran ke IPTA.


Dari satu segi mungkin undi kaum Melayu akan bertambah tapi dari segi undi kaum Cina tak akan berpihak kepada Bersatu,PAS dan UMNO.


Kalau tidak untuk apa Gerakan,MCA dan DAP sepakat mempertahankan lulusan UEC ke IPTA.





JANGAN SAMPAI MEMBENCI.





Man Toba.


 Dalam politik, jangan sampai kebencian buat kita hilang pertimbangan.


Allah sendiri berfirman:


“Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil.”

(Surah Al-Ma’idah: 8)


Kalau ada kelemahan, tegur. Kalau ada kesilapan, kritik. Tapi jangan sampai segala kebaikan langsung dinafikan.


Hari ni ramai terlalu fokus pada kekurangan kecil PMX sampai buta melihat benda besar yang sedang diperbaiki.


Ekonomi makin stabil. Pelaburan masuk. Bantuan rakyat diperluas. Nama Malaysia kembali dihormati luar negara. Pasport Malaysia pun melonjak ranking dunia.


Nak cari pemimpin sempurna memang takkan jumpa. Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin pun ada rakyat mengkritik pemimpin.


Yang penting:

lebih banyak manfaat atau lebih banyak mudarat?


Kalau kebaikan dia jauh lebih besar daripada kelemahan, maka berlaku adillah dalam menilai.


Bukan taksub. Tapi jangan zalim dalam menghukum.




KENAPA RAFIZI RAMLI DAN NIK NAZMI KOSONGKAN KERUSI DAHULU.



Mohd Fadli


 Kenapa Rafizi Ramli dan Nik Nazmi umum kosongkan kerusi berkuat kuasa pada hari Isnin, dan umum masuk Parti Bersama Malaysia pada hari Selasa?


Ini bagi mengelakkan Akta Lompat Parti, kosongkan kerusi dulu, baru masuk parti baru.


"Jika seseorang Ahli Parlimen meletakkan jawatan atau mengosongkan kerusinya terlebih dahulu, kemudian baru menyertai parti lain, itu tidak dianggap melanggar Akta Anti Lompat Parti.


Ini kerana kerusi tersebut sudah kosong sebelum beliau menyertai parti baharu."


Boleh jadi ada PRK, boleh jadi tiada PRK disebabkan tempoh matang penggal dan ini boleh jadi juga Parlimen bubar lebih awal.


Sebabnya, mungkin ada lagi beberapa Ahli Parlimen akan ikut jejak langkah Rafizi Ramli dan Nik Nazmi.


Sama-sama kita tunggu!


#ParlimenPandan

#ParlimemSetiawangsa

#ParlimenBubar