Pilihan Raya Negeri (PRN) kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh empat bulan dari sekarang.
Perkara itu disahkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan melihat kebolehupayaan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh itu.
Menurutnya, PRN tidak boleh diadakan terlalu hampir dengan tempoh penggal DUN berakhir iaitu Disember ini kerana waktu berkempen dijangka bertembung dengan Ramadan.
“Pastinya dalam tempoh 120 hari lagi sebab kita tidak boleh tunggu sehingga tarikh tamat pada 30 Disember ini kerana itu sudah hampir masuk bulan Ramadan.
“Jadi kita pastikan cuba melihat waktu yang sesuai dalam tempoh 120 hari ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Sirih Pulang Ke Gagang malam tadi.
Ditanya sama ada Umno Melaka akan bertanding secara solo atau tidak, beliau berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan.
No comments:
Post a Comment