Isu Parkir Berpalang Dibangkit, Program ‘Perlis Mendengar Rintihan Rakyat’ Bertukar Tegang






ARAU – Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat yang berlangsung di sini bertukar tegang apabila isu sistem parkir berpalang kembali dibangkitkan di hadapan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah pada Sabtu.


Program dialog bersama rakyat yang turut disertai pimpinan kerajaan negeri itu pada awalnya berlangsung dalam suasana tenang sebelum beberapa isu panas berkaitan pentadbiran negeri dibangkitkan secara terbuka.


Penganalisis politik, Datuk Dr Syed Azuan Al-Idrus tampil mempersoalkan beberapa perkara termasuk pelaksanaan sistem Smart Parking, isu pengurusan sampah dan dakwaan melibatkan integriti pentadbiran pihak berkuasa tempatan.


Beliau turut mempersoalkan kehadiran program yang didakwa lebih banyak melibatkan agensi kerajaan berbanding rakyat biasa.


Dalam sesi tersebut, Syed Azuan membangkitkan persoalan mengenai sistem parkir berpalang di Perlis yang didakwa masih belum ditanggalkan walaupun kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pembatalannya.


Keadaan mula tegang apabila Syed Azuan menegur Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth yang menepuk tangan apabila beliau bercakap mengenai syarikat pengendali parkir berkenaan.


Walaubagaimanapun Abu Bakar cuba menenangkan keadaan dan kembali terkawal selepas campur tangan urus setia program dan beberapa anggota polis yang berada di lokasi tersebut.


Pada Januari 2026, media melaporkan Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan bahawa sistem parkir berpalang yang pernah dirancang untuk dilaksanakan tidak akan diteruskan, selepas mengambil kira pelbagai pandangan termasuk daripada MPK demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.


Menurut Abu Bakar, sistem parkir dengan bayaran tertentu akan terus ditawarkan, tetapi tanpa palang fizikal di tempat letak kereta.


Pengurusan sistem itu akan diserahkan kepada MPK dan syarikat pengendali parkir.


Gambar : Tangkap layar video menunjukkan beberapa urus setia Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat dan beberapa anggota polis yang cuba mengawal keadaan tegang.

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen πŸ”½

.

Sumber : Sinar Harian

.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#FBLifeStyleLife

#TahunMelawatPerlis





No comments: