CHAMELEON
(Siri Ada Apa Dengan PM?)
Bahang PRU makin terasa.
Dah hujung-hujung penggal ni, biasanya pengundi dah makin menyampah dengan PM yang ada.
Itu kita tengok dari zaman Tun M dan Pak Lah. Najib dan Muhyiddin. Sampailah zaman Anwar sekarang.
Biasanya, bila pengundi atas pagar menyampah dengan PM sedia ada, kita akan shopping yang lain pula. Banyak options yang ada.
♦️ PAS dah mula nak Dr Sam, dah angkat dia jadi Ketua Pembangkang.
♦️ Bersatu masih juga ada angan-angan. Namun masih lagi pusing roundabout. Antara Muhyiddin atau Hamzah Zainuddin.
♦️ Bagi pengundi PH yang dah disillusioned dengan Kerajaan sedia ada. Mereka nak angkat Rafizi Ramli jadi future PM Malaysia. Harapkan RR benam Anwar next pilihan raya.
♦️ Bagi BN pula, mereka mengharapkan comeback UMNO memerintah negara. Ini kalilah, mungkin anak murid mendahului cikgunya.
Begitulah asam garam dunia politik kita.
**************
Saya selalu percaya, bukan mudah jadi PM Malaysia. Kita antara negara yang bukan mono-racial. Kita berbilang bangsa. Dan penduduk majoriti Melayu Islam hanya 58% sahaja. Banyak benda kena buat untuk imbangi kepentingan semua kaum dan bangsa.
Namun yang paling utama, Malaysia ini negara dagang. A trade nation. Makanya, skill diplomasi dan geopolitik sangat penting juga.
PM Malaysia bukan sahaja kena dihormati di Asia Tenggara tetapi punya hubungan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Kerana untuk “hidup” sebagai negara kerdil, kita kena bijak dan licik tak side mana-mana. Kalau tak, lumat kita dikerjakan mereka.
Ini saya rasa advantage PMX. 3 tahun ini banyak dibuatnya dan mendapat pujian antarabangsa.
🟦 Bilamana dia baik dengan Trump, layan pakcik tu masa Summit ASEAN, sempat menari zapin pula. Ada ketika PMX hentam dengan keras Izrahell dan Netanyahu di PBB dan WTO, US diam sahaja. Tiada kata apa.
🟦 Bila mana Malaysia antara negara pertama yang sign RTA dengan Amerika, stabilkan industri kita. Makanya lepas tu, trade dan RM kita antara terbaik di Asia. Walau RTA dihentam pada mula, namun sebab ia tak ada gigi, dibatalkan oleh Kongres Amerika. Itu tunjukkan kompromi Malaysia berbaloi. Smart move di situ.
🟦 Strategi Malaysia baik dengan Russia dan China melalui BRICS juga berharga. Mengimbangi pengaruh Amerika. Kedua-dua Rusia dan China mengiktiraf Malaysia sahabat baik mereka. Sekarang, masa Malaysia susah, kita nego dengan Rusia dan China bantu kita. Rusia pun dah janji nak bekal minyak.
Tunjukkan fierce neutrality Malaysia ini berjaya.
Dulu zaman 90-an kita baca, Anwar ini seorang chameleon. Dia pandai tukar ikut keadaan. Pada kita, selagi mana beliau bertindak untuk negara dan mendatangkan hasil pula, kita sokonglah. Selagi tak melanggar garis merah.
**************
Now, saya percaya kebarangkalian dia nak sambung penggal kedua, tak adalah tinggi mana. Dengan banyak dasar tidak popular pasal subsidi, dan keputusan yang ramai rasa pelik-pelik, sepenggal itu mungkin.
Cuma, sesiapa pun yang anda harap jadi PM menggantikan dia, pastikan walaupun mereka bukan battle-tested di persada antarabangsa, dia kenalah battle-ready ya.
Kerana di luar sana, bila Malaysia berdepan dengan Trump, Putin, Netanyahu dan Xi Jinping, bukan calang-calang boleh handle mereka.
Nak mereka ikut kemahuan kita, kena tahu kompromi tanpa jadi timid. Kena tahu bagaimana nak campak bargaining chip dengan letak ego ke tepi. Dan yang paling penting dalam mendapatkan apa yang Malaysia perlu, kena terus pertahankan garis merah itu.
Bukan pemimpin kaleng-kaleng boleh buat begitu.
Sang kancil mungkin fikir dia boleh kalahkan buaya. Ketuk-ketuk sahaja kepalanya.
Tapi di luar sana bukan setakat buaya. Naga dan T-Rex pun ada ya. Bersediakah dia?
Doakan Tuhan kurniakan pemimpin terbaik untuk memimpin negara. Kerana dialah wakil nombor satu rakyat Malaysia menghadap dunia.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB — Ini posting pertama dalam Siri “Ada Apa Dengan PM?” Nanti sis rajin minggu ni sis tulis lagi.
No comments:
Post a Comment