Anwar Ibrahim: Jelajah PRN Johor 10/03/2022

PRN JOHOR - PIDATO ANWAR DI PROGRAM BERSAMA PIMPINAN PH

ANWAR DI DUN SEMERAH

 

Pagi tadi berkempen di sekitar Dun Semerah dan bertemu rakyat di sana. Saya lihat rata-rata pengundi menzahirkan rasa resah dan mengeluh tatkala melihat kos sara hidup yang kini terus menekan kehidupan rakyat.

Saya turut sebut bahawa saya kini sedang mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP. Ini kerana sejak dari kemelut bah tahun lalu, saya dan rakan-rakan telah menggesa kerajaan untuk menampung kerugian yang dialami rakyat. Namun, gesaan ini tidak diendahkan.

Justeru, dari kegagalan ini timbul desakan dari rakyat untuk mengeluarkan simpanan mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya sesebuah kerajaan itu ada rencana yang jelas serta sikap prihatin dan peka akan nasib rakyat.

#SuaraRakyatJohor

 






ANWAR DI DUN SG BALANG

 

DUN SG BALANG

Berkempen di Sungai Balang sambil diapit oleh calon Abdullah Sahid. Semoga warga Sungai Balang bangkit dan cipta perubahan di sini. Johor mesti bangun sebagai antara negeri yang mengangkat kepentingan dan hak rakyat keseluruhannya.

#SuaraRakyatJohor








 

ANWAR DI BUKIT NANING

DUN BUKIT NANING

Bertemu warga berbilang kaum di Bukit Naning di sekitar pekan Bukit Bakri. Calon dari KEADILAN adalah seorang anak muda kelahiran sini. Saya yakin dengan keupayaan beliau serta kasih beliau kepada nasib rakyat Bukit Naning. Saya amat berharap beliau diberikan peluang untuk tonjolkan keupayaan beliau dalam mengangkat suara warga Bukit Naning.

#SuaraRakyatJohor








PEGAWAI NAJIB MAKI WARTAWAN



 

Seorang pegawai yang mengiringi rombongan bekas perdana menteri Najib Razak didakwa memaki wartawan yang membuat liputan berhubung kempen BN sempena pilihan raya negeri Johor.

Kejadian dikatakan berlaku dua hari lalu ketika Najib mengiringi calon Tangkak dari BN/MCA Ong Chee Siang yang berkempen di Pusat Penjaja Tangkak Jaya.

Seorang saksi memberitahu Malaysiakini bahawa ketika Najib dan Ong sedang menjamu selera, sepasukan anggota pegawai dari jabatan kesihatan telah cuba mendekati rombongan Najib.

Seorang anggota rombongan yang memakai baju hijau muda menghampiri pegawai tersebut dan wartawan yang berada di situ mula merakamkan gambar.

“Apabila (lelaki berbaju hijau itu) menyedari seseorang sedang mengambil gambar, dia menghampiri seorang wanita yang mempunyai bukti bahawa dia adalah petugas media, dan memintanya memadamkan gambar yang diambil itu.

"Saya dengar wanita itu enggan berbuat demikian dan sebaliknya bertanyakan identiti individu tersebut. (Individu berbaju hijau itu) menjawab bahawa dia adalah pegawai Najib dan berulang kali berkata 'Najib bos saya'.

Description: https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/03/9b1b566810f83fd7cd572f0bf45aa442.jpg

"Terjadi pertikaman lidah antara mereka dan lelaki itu menggunakan (bahasa kesat) iaitu F-word terhadap wanita berkenaan. Malah, dia mendekatkan dirinya ke arah wanita itu. Dia sangat bongkak.

"Wartawan itu meminta lelaki tersebut supaya menjarakkan diri. Tetapi lelaki itu berulang kali membalas dengan F-word. (Pertengkaran) berakhir dengan kedua-duanya membuat panggilan telefon," kata saksi kejadian.

Saksi turut berkata dia berada di lokasi untuk mengambil gambar tetapi berhenti berbuat demikian kerana ketakutan selepas melihat keberangan lelaki berbaju hijau itu.

Katanya, dia kemudian mendekati pegawai jabatan kesihatan di kawasan tersebut dan mendapati mereka cuba mengeluarkan denda kepada Najib atas kesalahan yang dilakukan pada 26 Feb.

“Lelaki berbaju hijau itu tidak patut membuat kecoh dengan menghalang wartawan itu dan memakinya.

"Jika Najib melanggar protokol Covid-19, mengapa melindunginya? Ini sudah melampau kerana menggunakan perkataan sedemikian (F-word) kepada media.

ANWAR DI RENGIT

 

DUN RENGIT

Berkempen di sekitar Dun Rengit bertemu pelbagai lapisan masyarakat. Saya turut mendengar luahan dan keluhan mereka terkait ekonomi yang masih dalam kelembaban tatkala kita masih ke arah pemulihan.

Saya gesa kerajaan untuk segera berbincang dan fikirkan tentang bagaimana ekonomi mesti dirancakkan tanpa mengesampingkan tekanan hidup rakyat yang semakin menekan.

#SuaraRakyatJohor







 

AMANAH TANYA PAS : MASIH LAGIKAH PERJUANGKAN HUDUD ? KA DAH LUPA DAH ?








Amanah menggesa Abdul Hadi Awang menjelaskan sama ada PAS masih meletakkan hudud dalam agenda mereka atau sebaliknya.

Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional, Faiz Fadzil, berkata pendirian sebenar PAS wajar dinyatakan ekoran dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan media semalam.

"Dakwaan dibuat Muhyiddin itu adalah serius," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam Muhyiddin memberitahu bagaimana PAS kini tidak lagi bercakap mengenai isu "potong-potong" sepanjang tempoh dia menjadi perdana menteri pada 2020.

Kenyataan itu dibuat Muhyiddin pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Johor Bahru menjelang pilihan raya neger itu hujung minggu ini.

Presiden Bersatu itu berkata demikian dalam usahanya meredakan kebimbangan komuniti Cina kepada PAS dan sekali gus PN.

"Ketika saya jadi perdana menteri, dalam parti saya dulu pun ada PAS. Tiga menteri PAS. Sekarang pun tiga menteri PAS. Ada beberapa timbalan menteri PAS.

"Ada dengar dia cerita ‘potong-potong’? Tak ada lagi cerita. Pasal apabila dia (PAS) sudah jadi kerajaan, dia faham... dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada (agama) Islam, ada Buddha, ada Hindu, dia kena jaga," katanya.

Hudud bukan zombi

Gerakan - yang turut menjadi parti komponen PN - juga menyatakan hal yang sama apabila mendakwa PAS langsung tidak pernah membangkitkan isu hudud.

Presidennya Dominic Lau berkata masyarakat Cina tidak perlu lagi takut terhadap PAS.

"Sudah terbukti... Kita lihat semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan, dia menjemput ahli parlimen PAS menjadi menteri dan jelas mereka tidak pernah membangkitkan apa-apa tentang hudud," katanya.

Faiz berkata sebelum ini beberapa pemimpin utama PAS menegaskan bahawa agenda melaksanakan hudud adalah 'nyawa' bagi parti itu. Antaranya tambah Faiz, Allahyarham Haron Din yang menyatakan hal tersebut pada Dis 2014.

"Adakah nyawa perjuangan PAS kini sudah tiada?" katanya.

Justeru Faiz yang juga Adun Permatang Pasir di Pulau Pinang mendesak Abdul Hadi juga menjelaskan kepada rakyat apakah kompas politik PAS ketika ini.

Katanya dengan apa yang dapat dilihat orang ramai ketika ini PAS ternyata sudah mengubah agenda perjuangan mereka dan Islam bukan lagi dasar yang menjadi panduan gerakan parti berkenaan.

Keadaan itu, katanya, berlaku selepas PAS berkawan dengan Umno dan Bersatu. Malah tambah Faiz sejak menjadi kerajaan tiada satu pun dasar Islam yang dijadikan agenda negara sama ada melalui kerajaan Muhyiddin atau Ismail Sabri Yaakob.

"Jangan jadi seperti Muafakat Nasional yang dikatakan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang nampak tidak hidup tetapi tidak mati. Hudud bukan zombi" katanya.

TIK TOK : PESANAN KETUA SRIKANDI PKR PADA PENGUNDI MUDA JOHOR.





1. BN adalah parti kluster mahkamah

2. PARTI KAYA RAYA KELAS KAYANGAN

3. BN PERLU DIREHATKAN

4. BUDAYA BAGI RASUAH KEPADA PENGUNDI

5. RAKYAT JOHOR

BAHAN KEMPEN DIROSAKKAN LAGI






Persaingan politik dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini tidak berlaku secara matang.


Semakin banyak bahan kempen KEADILAN dirosakkan oleh penyokong parti lawan.


Terbaharu, papan iklan memaparkan calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik disabotaj dengan menampal sticker 'harapan palsu'


Menurut kenyataan KEADILAN Layang Layang, perbuatan seperti itu amat tidak bertamadun ketika mana KEADILAN mengamalkan politik nilai dan berhujah dalam kempen pilihan raya


"Dari bendera panji KEADILAN dibakar di Layang-Layang, dipacak bendera mereka hadapan poster calon Layang-Layang sehinggalah yang terbaru menampal pelekat berunsur troll kononnya.


"Di manakah kematangan berpolitik?" tanya kenyataan itu.


Kenyataan tersebut juga mengimbau kembali kempen Pilihan Raya Umum ke 14 lalu yang mana bilik jentera KEADILAN dilempar mercum dan dibingitkan dengan pekikan ekzos motor serta dikepung segerombolan konvoi bermotosikal sambil jentera pilihan raya dicemuh kata-kata kesat menggunakan sistem siar raya.


Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak menjamin kestabilan politik malah mengundang pergaduhan besar sekiranya tiada kesabaran di pihak yang dibuli.


"Anda mahu kestabilan kuasa kononnya, anda sendiri mahu membubarkan kerajaan ditadbir anda sendiri, anda juga yakin momentum kemenangan di Melaka tahun lalu akan jadi pemangkin "Kestabilan dan Kemakmuran" sebagai cogankata.


"Kenapa perlu berkelakuan moral yang rendah sebegini? Anda kan yakin momentum di Melaka akan berterusan di PRN Johor," sinis kenyataan itu.


Insiden mensabotaj bahan kempen terbaharu telah dilaporkan kepada pihak polis.

 

PRN Johor: Kembali Kepada Sistem Dua Parti?



Oleh: Hassan Abdul Karim



ULASAN: Terdapat satu slogan di Johor dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), pada tahun 2018 yang berbunyi:" Jika Umno-BN tumbang di Nusajaya (Johor) maka Umno-BN juga akan tumbang di Putrajaya (Kerajaan Persekutuan)".

Andaian itu tepat berlaku pada PRU14. Umno-BN hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbentuk di Nusajaya, kini dinamakan Kota Iskandar. Dari 26 kerusi parlimen di Johor, Umno-BN hilang 18 kerusi parlimen kepada PH. Putrajaya tumbang. Kerajaan PH di Putrajaya terbentuk.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Sebab rakyat Johor mudah memilih. Hanya ada dua pilihan. Sama ada menyokong Umno-BN yang diketuai oleh pemimpin kleptokrat yang mencuri wang negara dan wang rakyat melalui skandal RM50 bilion 1MDB atau memilih PH sebuah gabungan parti politik yang ingin membawa agenda reformasi?

Sistem dua parti tenggelam

Mandat rakyat pada PRU14 di Johor dan di seluruh Malaysia pada tahun 2018 tersebut ialah memilih PH dan menolak Umno-BN. Jelas. Mudah.

Tetapi dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) pada 12 Mac ini sistem dua parti telah tenggelam. Terlalu banyak parti politik bertanding. Banyak yang mencuba untuk buat pertama kali di Johor. Mencuba nasib. Kalau untung timbul, kalau rugi tenggelam. Tetapi pilihan raya umum negeri Johor bukanlah satu perjudian.

Rakyat Johor jelas bijak memilih pada PRU14. Johor adalah kubu kuat Umno-BN sejak Merdeka, lebih 60 tahun yang lalu. Tetapi atas sebab rasuah, salahguna kuasa, gagal mentadbir negeri dan negara secara amanah dan telus maka rakyat Johor telah menolak Umno-BN.

Walau banyak manapun parti politik yang bertanding dalam PRN Johor pada 12 Mac ini, tetapi sistem dua parti masih tetap wujud. Pertandingan sebenar ialah antara KEADILAN-PH sebagai satu gabungan yang telah diberi mandat oleh rakyat Johor pada PRU14 lalu dengan Umno-BN satu lagi gabungan parti yang telah ditolak rakyat buat pertama kali pada tahun 2018.

Inilah sebenarnya pilihan rakyat Johor. KEADILAN-PH di satu pihak lawan Umno-BN di pihak satu lagi?

Legasi pengkhianat mandat rakyat

Parti-parti yang lain ada liabiliti politik masing-masing. Misalnya, Parti Bersatu dalam Perikatan Nasional membawa legasi pengkhianatan kepada mandat rakyat.

Parti Pejuang pula membawa bagasi politik buruk kerana pernah bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Persekutuan PH.

Parti Bangsa Malaysia, PBM ada unsur pengkhianatan di dalamnya kerana ahli parlimen dan Adun yang melompat parti.

Manakala Parti Warisan, Muda dan Parti Sosialis Malaysia, PSM walaupun kesemuanya adalah pendatang baru di Johor, tetapi parti-parti politik ini berpotensi dan berupaya berkerjasama dengan PH untuk kebaikan masa hadapan rakyat dan negara. Atas nama demokrasi mereka dialu-alukan.

Kesimpulannya dalam PRN 12 Mac di Johor ini, sistem dua parti kembali lagi iaitu KEADILAN-PH lawan Umno-BN.

Jika Umno-BN menang di Johor, maka peluang untuk golongan kleptokrat, perasuah dan penjenayah politik dan ekonomi kembali berkuasa dalam PRU15 akan datang dan akan menjahanamkan negara.

Jadi tanggungjawab seluruh rakyat Johor yang akan mengundi pada 12 Mac nanti ialah untuk memilih KEADILAN-PH bagi menyelamatkan Johor dan juga Malaysia.

Selamat Mengundi Dengan Bijaksana._____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang