Tulisan panjang pasca lepas bebas!
Sebenarnya, sejak dari awal ura-ura rakyat bakal ditikam bahu,
aku dah layan kerenah itu sebagai endemik sendiri pun (itu buat diri aku). Aku
baca info dari pelbagai hala, dalam dan luar negara, yang paling banyak
memberikan kesan kepada aku ialah semuanya menjurus kepada menatang itu tidak
bagus, ada agenda mereka tersendiri.
Sepanjang inipun banyak aku perhatikan orang-orang mengadu itu
dan ini, ada yang mati mengejut, mati ketika kayuh basikal, mati jatuh bilik
air. Tak kurang juga yang mengadu sesak nafas, pekerja sawit yang sebelum itu
gagah perkasa menjulang tandan ke lori jadi lembik tak bertenaga. Yang cerita
sakit itu ini ramailah. Malas aku nak tulis sebab orang akan kata aku merapu je
kecuali bila tuan tubuh itu sendiri menderita kena, baru dia ada akai.
Aku sendiri kena demam dan selsema, dada rasa macam berapi dan
aku sedar Allah uji juga terpaksa menerima sakit itu. Tapi aku sentiasa positif
dan percaya setiap sakit yang Allah turunkan ada ubatnya. Sebenarnya flue biasa
aje, cumanya wajib ada asas rawatan dan persediaan ubat yang nak digunakan
semasa rawatan.
Rasulullah SAW sendiri ketika sakit berat ketika hampir wafat
menolak untuk menerima ubat. (Rujuk hadis berkaitan). Dan lagi satu, Nabi
sarankan pelbagai kaedah cara merawat. Yang penting, jangan makan ubat kalau
tidak sakit! Dan jangan rawat dengan benda haram.
Yang jadi masalah ialah bila orang suka panik. Kononnya macam
nak kena pi mati' dah kalau diserang flue itu. Rilek lah. Duk dengaq cerita
orang tak betul guide kita untuk pi spital akhirnya yang tak apa-apa jadi
masalah, yang stage 3 jadi 4 jadi 5 dan terus tidur. Anda tahu kan apa terjadi
lepas ditidurkan!
Aku termasuk salah seorang yang tidak menyahut seruan gomen. Aku
bukan anti menatang itu, tapi aku tak suka badan aku diuji kaji. Aku telah bina
kekuatan dari muda sampailah ke hari ini dengan baik sebagai amanah Allah.
Alhamdulillah, masih kekal sihat dengan imun dan antibodi sendiri. Aku yakin
ayam cucuk harganya murah saja, tapi ayam organik mahal gila! Mungkin orang
macam aku ni kalau pompuan ada peluang hantaran yang tinggi sebab organik.
Berbalik cerita macam mana menangani sendiri penyakit menular.
Pertama, yakinlah Allah yang memberi penyakit dan Allah yang Maha Menyembuh
dengan kita berubat. Ikut panduan Nabi dan berubat dengan benda halal. Jangan
berbalah dengan orang lain sebab mereka nak mati dengan cara mereka, ikut suka
mereka.
Bila anda rasa tak sedap badan, mula sakit hidung, sakit kepala
itu ada petanda serangan sakit itu. Mulakan dengan lemon 5 biji sehari. Kalau
boleh vitamin C wajib ambil 2000mg maksimum (kalau kurang dari itu pun boleh)
tak dapat lemon, limau nipis atau paling koman limau sambal.
Pergi farmasi beli zinc. Minimum 40mg. Beli Habbatus Sauda, madu
kelulut dan kalau dapat madu tualang.
Semua itu wajib makan dengan tersusun mengikut aturan dan
protokol merawat menatang tu secara tersendiri. Jangan skip dan jangan peduli
musuh anda yang menghasut.
Berjemur di panas matahari itu perlu. Mula awal pagi sampailah
pukul 10, dah stop. Yang paling utama dalam menangani menatang ni, anda wajib
kena prepare ubat yang doktor Tiktok kata untuk lembu tu. Mereka menipu kita
supaya sakit tambah mudarat dan dihantar ke wad. Makan ubat tak boleh sebut
nama tu paling maksimum 2 biji sehari ketika tengah flue berat. Lepas rasa
sembuh, slow jadi 1 biji sehari. Sampai hari ke 5 anda rilek. Ambil seminggu
sebijik atau ketika perlu.
Dalam kita berbalah sekian lama antara yang terima dan menolak
untuk ambil menatang tu, kita sebenarnya jadi mainan. Kita diberi cubaan yang
bukan sedikit. Ekonomi punah, yang meniaga jadi mangsa, marhaen jadi tak
keruan. Jangan lagi kita dibuat seperti bola dengan es oh pi yang merepek
meraban.
Akhirnya semua jadi seperti kereta control. Agama jadi celaru
dengan solat jemaah yang melanggar perintah Nabi. Gunakanlah akal kenapa anda
harus mengorbankan semua itu hanya kerana menurut kehendak orang lain.
Itu sahaja celoteh aku buat semua yang bertanya macam mana aku
boleh survive tanpa pi spital, tanpa jadi Zorro cekup hidung, tanpa segalanya!
Yang penting, kita jangan gaduh. Jangan tuduh sana sini. Aku
mengaku aku anti gomen. Aku meluat dekat budak Rembau tu. Dan yang paling utama
aku sayang warga Malaysia yang dah hampir dua tahun kena bohong. Akhirnya PM
Mael umum juga Malaysia bakal kembali kepada normal bulan depan. Harap itu
bukan gimik Aprilfool.
Aku harap celoteh ini tak bawa aku dengan kena gari dan masuk
penjara lagi. Sekianlah saja. Hangpa mesti lenguh otak baca coretan yang tak
bermanfaat ni kan?
Hehe
Baim
Maaf: video tiada kaitan